Thursday, 31 December 2015
HATIKU TERTUTUP SUDAH
SIRI 2
Dari pertemuan di majlis perkahwinan seorang rakan tiga bulan lepas,Atikah dan Zamani sering berhubungan seperti pasangan kekasih.Atikah tidak serik untuk membuka episod cinta baru.Walau hatinya pernah disakiti dan dilukai oleh kaum sejenis Zamani.
"Emmm..kau tak reti-reti nak serik ke tikah.Karang kau wat drama airmata lagi macam dulu.".tegur Nini setelah mendengar kisah cinta hangat Atikah dengan pilihan hatinya.
"Aku tak pernah berdendam dengan mana-mana lelaki.Kenapa harus dia yang seterusnya jadi galang ganti rasa dendam aku? Tak adil kan.Bagi aku,aku berterimakasih pada takdir yang membuatkan aku kecewa dalam bercinta.Sebab dari kecewalah aku jadi matang.Allah tak menjadikan satu pasangan je dalam hidup seseorang,malah satu demi satu Dia akan hadirkan.Mungkin kali pertama gagal,kali kedua berhati-hati,kali ketiga mencongak,kali ke empat,ke lima dan seterusnya adalah penentu.Aku suka bagi peluang pada diriku untuk mentafsir sesuatu yang baru.Tak salah kan?"
"Memang lah salah.Takda sape kata salah pun.Tapi kali ni kau kena lah skodeng hatinya dulu.Teropong ke dalam terowong nalurinya sampai ke usus kalau boleh.Manalah tau kot-kot ada tersorok seguni hipokrit dan lawak bodoh dia dalam tu.Sebab kitaorang ni sayang kat kau.Suka duka kita dok serumah dah macam adik-beradik.Kalau kau menangis kitaorang pun nangis sama,kalau kau ketawa,kitaorang lebih-lebih lagi lah.."
"yeke? kalau aku kentut? korang kentut sama lah ye,hahahaa....sayang korang muahhh.." Atikah terus menggomol dan mencium rakan serumahnya Nini dan Shima sampai terjerit terlolong mereka berdua dikerjakan Atikah.Suasana dalam rumah sewa bujang itu menjadi gamat sehingga menarik perhatian jiran sebelah. Tiba-tiba handset Atikah berbunyi.
"haha..rasakan..nak lagi?Eh jap,ada call...assalamualaikum...emm..jap...emm...ok...dalam 20 minit gitu.bye..".Atikah berdesup berlari ke bilik.Selang beberapa minit kemudian dia keluar dengan penuh ceria dan harum mewangi. Nini dan Shima memberi reaksi seperti biasa memang sebelum ini pun Atikah seperti itu kalau keluar dating dengan pasangannya.Kalau tak semerbak bilik tak sah.
"Fuhh...wanginya macam harum sundal...."belum sempat Zamani mengusik jari Atikah sudah menyepit lengan duda kematian isteri itu dengan manja.
"Aduss...bisanya cubitan maya karim ni ye.." usik Zamani lagi.Atikah bertambah geram kali ni dia mencubit pipi Zamani pula.
"ok..ok...surender tapi takleh angkat dua belah tangan nanti kita tak sampai ke tempat nak di tuju pulak haha...ala,jangan lah marah sayang,Zam nak gurau-gurau je..comel tengok tikah marah".
"Kita tak payah makan lah ye,pusing kotaraya je.Tengok lampu dan gelagat orang." Atikah memberi cadangan.
"Ok,Zam tak kisah,cuma takot tikah lapar je.Nanti kata,apalah kuar ngan duda tu,langsung tak belanja makan,kedekut taik idung masin,kan..betul tak?".
"Ek eleh,ke situ pulak dia.Wat skrip kena reject.Nanti kita beli je apa-apa kudap makan dalam kete.Malam-malam ni malaslah nak heavy sangat".
"yela-yela,baik tuan puteri.Kita ikut je.Asalkan dapat jumpa buah hati pengarang jantung ni pun dah cukup.Tak makan pun takpa.Tikah nak tau tak,dulu kan masa Zam dengan arwah,kami macam ni lah kalau kuar malam-malam macam orang bercinta walau pun anak dah empat orang.Lepas tu kami baring dan gurau-gurau dalam kete.Dia ketawa mengekek,tetiba tingkap kena ketuk.Pencegah maksiat tercegat konon nak tangkap kami,haha..kelakar bila mereka minta kad nikah muka mereka berubah dan terus beredar.."Zamani mula menggamit memori silam,airmatanya mula bergenang.Kenangan demi kenangan mula menerpa ke dinding sukmanya.Atikah mulai gelisah.Memang macam inilah setiap kali bila dia keluar bersama.Hanya sesaat saja dia melakar sketsa indah dengan Zamani,selebihnya lelaki itu mulai merebak ke kisahnya bersama dengan bekas isteri.Atikah mematikan angan.Harapannya hendak bermanja dan meluah rasa dengan insan yang telah menjurai hatinya pudar sama sekali.Namun dia akur bahawa dia adalah insan yang terkemudian sebelum dia.
Atikah pulang dengan hati yang duka.Tiada cerita indah yang hendak dikongsi dengan rakan serumahnya.Fikirannya penat dan menerawang menatap siling perlahan-lahan bayangan di kelopak matanya menjadi kelam sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang dari pandangan..
Tok..tok..tok.. pintu bilik Atikah di ketuk bertubi-tubi.
"Tikahhhh...kau tak pegi keje ke,kan malam tadi cakap ada meeting hari ni..Ni,ha..Johan call....tikahhhh...bangun lah weeii..".Nini melaung dari luar bilik sambil memegang handpon.
"Aduss...aku memang pengsan abis malam tadi..hemm...mana Johan?" tanya Atikah sambil menyelak rambutnya yang menutupi dahi.
"Ni..dia call handpon aku sebab kau offset."
"Hello...yela nak wat macamana aku tak tersedar.Hold dulu lah.Bagitau kat PA Dato' tu jap lagi sampai lah,aku ada urusan,alah pandai-pandai lah kau ayat dia,macam lah kau tak biasa kan.Ok aku nak mandi.Bye".
............................................................................................................
"Psstt...kau perasan tak sejak akhir-akhir ni cik Atikah selalu datang lewat dan tak terurus kan?" bisik Asiah kepada rakan sebelahnya Jasni.
"Entah,tak perasan lah pulak.Aku tengok ok je." jawab Jasni sambil sibuk mencatat sesuatu di dalam buku kerjanya.
"Engkau tu mana lah nak tau,macam kera sumbang.Langsung tak mau ambik perhatian alam sekeliling."
"Alah,apa susah dah kau rajin kan,biar engkau saja lah yang ambik perhatian.Manalah tau,hujung tahun ni kau dapat anugerah khidmat cemerlang dalam mengintip hal orang.Keje sendiri berterabur,nak ambik kisah hal orang".
Ek eleh mamat ni,macam tu pun nak ceramah orang.Oklah..wat keje awak tu..Menyampah..weekkk..".
"weeii..apa tu bising-bising,wat keje tu pepagi nak bercengkarama lak.Dalam tu boss tengah meeting tu weii..wat malu je.Suruh gi keje cuci pejabat takmo,masuk sini keje borak lah pulak" sergah Dahari ketua kerani dalam pejabat Hasil Dalam Negeri itu. Semua kakitangan dalam unit pentadbiran itu senyap sunyi.Masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberi.
Masa berlalu begitu pantas.Tiada ruang untuk mengejar.Tiada yang tertinggal walau sekelumit.Lantaran dari kesuntukan masa itulah Atikah tidak pernah menganalisa dan mengulangkaji sejarah percintaannya yang terdahulu.Tidak pernah tersimpul di benaknya untuk menghurai semua kekusutan yang satu ketika menjadi busut di lembah hatinya.
"Ya,aku sedar bahawa aku adalah pemburu cinta.Aku mencari cinta sejati.Maka itu aku tak pernah tewas dalam kembara ni.Tapi,aku pun ada matlamat dan punya nokhtah dalam perjuangan seperti ini.Aku bukanlah nak ikut seratus peratus kehendak hati.Aku ada akal." Atikah meluah segala perasaanya kepada Johan sambil menghirup kopi panas yang baru dipesan.
"Aku rasa,dia perlukan kau bukanlah untuk pengganti isterinya,tapi untuk hiburan semata.Sebagai pelepas rindu terhadap bekas isterinya.Dia terlalu sayang kat arwah dan sentiasa membayangi roh isterinya ada bersamanya.Rumit juga kes dia ni.Dia tak boleh terima qada dan qadar.Eh,aku ni jahil tentang agama.Tapi kan,ustaz aku kata qada dan qadar itu salah satu rukun iman.Maknanya kita kena wajib percaya akan ketetapan qada dan qadar tu.Macamana kalau orang tak mempercayainya?Hah,cuba kau jawab."
"Aku bukan ahli dalam agama dan bab hukum.Entahlah.Setiapkali dia jumpa aku,mula-mula ok,gurau-gurau,cakap masa depan,perancangan hidup.Masuk minit ketiga,dia dah mula wat cite hindustan.Itulah yang aku naik loya.Sabar je lah.Puas aku pujuk supaya dia melupai arwah isterinya.Maksud aku bukan lupa langsung tak ingat tapi lupakan dia dalam bentuk fizikal.Entahlah aku pun dah tak reti nak cakap.Dah lah,jom pegi bayar,aku nak balik tidur lak". ..........................................................................................................
Sudah lama tiga dara pingitan dalam rumah sewa itu tidak berjongging.Semua badan macam kuih pau tengah mengembang dalam pengukus,terutama Shima.Petang yang damai itu sampailah hajat mereka untuk berjogging di tepi tasek.
"Adoiiii...semput weii, ni le padahnya kalau keje dok peram lemak.Fuhh....rasa nak tercabut sendi lutut".keluh Shima sambil mengurut-ngurut lututnya.Nafasnya mengah dan tersekat-sekat.Kulitnya yang putih kuning itu sudah jadi macam udang kena rebus.
"Ek eleh ,berjalan tak sampai 500 km pun dah hilang nafas.Berjalan je pun bukannya berlari.Tu la hari-hari balun nasi ayam.Udah,meh kejar aku.." cabar Nini sambil berlari anak.Gadis yang memiliki bentuk badan yang cantik semulajadi itu tidak menghiraukan rakannya yang terkedek-kedek mengejarnya.
"Aduh...kaki aku sakitnya mak oiii...kau lari lah sorang-sorang Nini,malas aku nak kejar kau.Balik tido lagi baik.Mana si tikah ni tak nampak batang hidung pun,dia jogging ke...atau berasmaradana...ishh yang tu lagi sorang.Tak abis-abis ngan pakwe,tengah berjogging pun sempat lagi tu." Shima membebel seorang diri sambil menoleh ke arah Atikah yang sedang bersembang dengan Zamani yang turut sama berjogging.Mereka berdua berlari seiringan.Langsung tidak mempedulikan pandangan sekitar yang memerhati gelagat mereka berdua.
"Wah,boleh tahan Tikah berlari.Patutlah badan cantik.Selalu ye datang sini?" Puji Zamani sambil menjeling ke arah Atikah.
"Dulu selalu gak lepas balik keje terus datang sini.Tapi sekarang rasa malas pulak haha..lagi pun sejak akhir-akhir ni keje menimbun.Lagipun hujan petang-petang gini.Zam selalu datang ke sini juga ke?"
"Dulu masa arwah ada,Zam sering jogging kat sini.Kadang saja je walau tak jogging,kami pusing-pusing dengan kereta melihat gelagat orang berjogging.Seronok jogging dengan dia.Dia saja lari jauh-jauh tinggal Zam kat belakang pastu ghaib.Jenuh Zam cari dia ingat kena samun atau kena sorok hantu,rupa-rupanya dia nyorok balik pokok.Ishh..berderau darah kena sergah hahaha...Tapi sekarang tinggal kenangan.Bila tengok tasek tu seolah dia ada sambil memerhati ke arah kita." Zamani memulakan kisah lama.Atikah memalingkan muka ke arah lain.Kakinya semakin memecut seolah-olah ada sesuatu yang menarik.Laju dan semakin laju meninggalkan Zamani yang termengah-mengah mengejarnya dari belakang.
"Weii..apa ni tetibe je pecut.Kite tak mau masuk sukma lah..Tikah tungguuu...."
Atikah tidak menghiraukan panggilan Zamani.Hatinya begitu tersentap.Dadanya sebak menahan gelora.Tasek Titiwangsa itu terasa terlalu kecil baginya.Mau rasanya dia berlari sehingga sepuluh pusingan.
............................................................................................................
Atikah sibuk mengemas bilik tidurnya yang berselerak dengan kain baju dan bahan bacaannya.Kali terakhir bilik itu terkena penyapu,bulu ayam dan mop adalah dua bulan yang lepas.Sibuk benar gadis yang berambut panjang paras bahu sehingga tiada ruang waktu untuk memanjakan ranjang tidurnya.Tiba-tiba tugasannya terhenti.Ada panggilan telefon.
"Watpe tu"
"Kemas bilik".
"Rajinnya malam-malam pun mengemas".
"Kebetulan free,boleh lah.Dah berbulan pun tak kemas"
"Aikk..apa punya anak dara ni,berbulan tak kemas bilik.Kang jadi zoo bawah katil tu kang,macam-macam bunyi.Jadi apa-apa,sape yang susah,Zam juga yang susah.."
"Terimakasih sebab sudi nak tolong susahkan diri untuk Tikah.Dah makan ke,tadi masak ke beli?".
"Beli je.Kebetulan ada pasar malam kat taman sebelah.".
"Ooo..beli apa tadi?"
"Nasi hujan panas dengan ayam masak merah.Saja je tengok lauk dan nasi yang orang tu jual sama dengan yang arwah masak.Tu yang beli tu.Tapi rasa berlainan sikitlah.Arwah memang pakar masak nasi hujan panas dan ayam masak merah.Tapi Zam ni tak reti bersyukur.Suka menyusahkan dia.Dia dah masak sedap-sedap tapi ada je nak komen dan sakitkan hati dia.Zam ni jahat tau Tikah.Arwah seorang yang sabar dan tak reti nak marah.Hemmm...bila teringatkan dia,airmata ni mesti menitis.Banyak dosa Zam terhadap dia.Rindu sangat.Dia baik macam Tikah juga.Cantik,berbudi bahasa juga macam Tikah sebab tu Zam sayang Tikah.".
"Err..Zam,maaf ye tetibe Tikah rasa sakit perut pulak ,tak tau nape.Nanti kita sambung semula ye,maaf ye Zam,assalamualaikum".Atikah mematikan handsetnya dan terus membuka pintu bilik dan merebahkan badannya ke kusyen.Dia menarik nafas dalam-dalam.Matanya dipejam rapat seolah tidak mahu melihat apa-apa di depannya.
"Nape dengan kau ni Tikah? Gaduh dengan Zamani ke?" tanya Nini sambil memperlahankan suara tv.
"Aku tak faham apa yang dia mahu dari aku.Aku rasa,aku ni adalah bahan atau alat penghilang resah dan rindu dia terhadap bekas isterinya.Bila dia rasa sunyi,dia cari aku.Sembang,ketawa,wat lawak poyo,dah abis.Macam tu lah selalunya.Endingnya zero.Aku rasa macam buang masa je melayan dia.Orang lain pun sayang juga kat isteri,sedih juga kalau orang tersayang sudah tak ada.Tapi mereka boleh terima dan redha.Nasib lah dia tak pegi peluk batu nisan tu pun dah cukup baik.Kalau tak,tak tau lah nak jadi apa".Atikah meluahkan radangnya.
"Apa dosa yang dia buat kat isteri nya sampai macam tu sekali.Selalunya orang lelaki ni kuat kan.Jahat sangat lah tu kot.Kalau tak masakan dia rasa macam bersalah sangat.Aku rasa isterinya pun dah tak tahan dengan perangainya,elok jugalah Allah ambik dia supaya dia tak terus menderita.Betul tak?"
"Ishh..tak baik tuduh macam tu.Wat dosa kering je".Bantah Atikah.
"Abis tu,nape asyik meratap hiba je,bukan semalam isteri dia meninggal,dah lima tahun dah.Macam pelik je.Bukan tak boleh bersedih tapi berpada-padalah.Orang yang meninggal tu ustaz aku cakap dia sentiasa menanti amal jariah dari orang yang hidup terutama ahli keluarganya dan sahabat-sahabat terdekat.Bantu dia dengan doa,zikir,ayat quran,sedekah,haji dan macam-macam amal baik.Bukannya dengan meratap,menangis asyik terkenang tu terkenang ni.Come on lah kita orang islam,bukan kaum hindu.Kau pernah baca tak kisah saat Rasulullah s.a.w nak wafat?" Nini berceramah sambil menyoal Atikah umpama seorang ustazah.
"Tak". Jawab Atikah ringkas.
"Semua sahabat Baginda bersedih dan ada yang pengsan terutama Muaz dan Sayyidina Abu Bakar.Berbaloi lah kalau mereka menangis sehingga pengsan sebab kehilangan seorang insan yang alim dan mulia di sisi Allah.Habis tu kita? Kehilangan apa je? Layak ke kita nak wat macam tu?" soal Nini lagi.Atikah menggeleng kepala tanda tidak setuju. Kusyuk dan tawadduk dia mendengar ceramah percuma sahabatnya.Tak sangka rupanya rakan sebilik yang dianggapnya 'gila-gila' dan brutal itu rupanya mempunyai ilmu agama yang tinggi.Dalam hatinya berbunga bangga.
............................................................................................................
Johan cuba menjengah ke bilik pejabat Atikah.Dari tadi dia terintai-intai untuk cuba memasuki tetapi dilihatnya Atikah sedang berurusan dengan seorang pelanggan maka niatnya dibatalkan.
"Masuk le,tak payah nak intai-intai terjenguk-jenguk macam ayam belanda cari makan."pelawa Atikah yang mulai perasan dengan tingkah laku sahabat karibnya.
"Terimakasih.Nampak kau ye aku dah nyorok tadi tu".
"Apa pula tak nampaknya.Sepuluh kilometer pun dah nampak baju merah kau tu.Emm..ada apa kau datang jumpa aku?"
"Amboii..terus tanya je,tak suruh aku duduk pun.Orang lain dengan sopan santun kau persilakan,aku...macam bagi tak bagi je aku duduk kat kerusi kau yang empuk ni.Yela sape lah aku kan...".
".Silakan duduk en.Johan.Ya ada apa,boleh saya bantu?" perli Atikah.
"Ngada.Aku nak tanya kau pasal semalam.Masa kat kafe tu aku nampak kau nangis depan duda tu.Nape? Aku berada jauh masa tu.Tak berani nak datang dekat nanti kacau daun lak kan.Aku tak pernah tengok kau sedih macam tu sekali,boleh kau cite kat aku? Kalau kau sudi share ngan aku la,kalau tak boleh, nak wat macamana kan..".
"Ha ah.Memang aku dah sampai tahap maximum menahan sabar.Dia jemput aku kat rumah,ajak ngeteh.Ok lah.Aku selalu menaruh harapan bila setiapkali kami keluar nak je cakap pasal soalhati dengan rasa romantik,suasana orang bercinta gitu.Tapi dia tak habis-habis dengan cite arwah,arwah,arwah.Nasib baik dia sendiri tak arwah.Betullah kata si Nini tu,banyak sangat dosa yang dia buat.Aku dah boring,dah fedup,menyampah.Dahh...jangan kau nak tanya-tanya lagi pasal ni.Aku nak tutup buku.Aku dah kehilangan banyak masa dan perasaan.Sekarang aku nak tumpu pada kerjaya aku,nak sambung PJJ aku yang terbengkalai tu." Atikah cuba menyedarkan dirinya sendiri dan memulakan azam baru setelah bangkit dari lamunan yang panjang.
"Baguslah.Kau berjaya dengan motivasi diri sendiri.Tu la kau,nak bercinta dengan orang yang jauh-jauh.Yang dekat depan mata, kau buat tak layan je.Yela,sape lah aku kan.."
"Dah..aku baru je telan panadol.Jangan kau cuba nak hilangkan dos dia dalam badan aku ni.Aku dah letih tadi ramai lak clients macam-macam karenah nak layan.Ni nak layan kau pulak,ahh,..sudah lah jom kita rehat,perut aku dah lapar.".Atikah bangun sambil menarik handbagnya dan terus beredar.Johan memandang dengan pandangan bisu,dalam hati terus bertanya,apakah syarat sebuah cinta yang harus dimiliki?.
TAMAT
Monday, 28 December 2015
HATIKU TERTUTUP SUDAH
Siri 1
Hujan baru sahaja berhenti semenjak dari subuh tadi.Atikah terus menekan pedal minyak setelah jalan semakin lenggang dan cuaca kembali terang. Broommm..myvi merah meluncur laju membelah kesunyian pagi.Terasa benar dia sudah kelewatan untuk ke pejabat.Atikah amat perihatin dengan jadual kedatangan.Jangan ada merah walau sehari.Baginya punchcard adalah diri seseorang.
Broommm..dia memecut lagi,tetiba tayarnya terlanggar lopak air...sruuuuppp...air lopak berwarna kopi susu itu menyimbah ke badan seorang penunggang motosikal yang kebetulan lalu di situ.
Cepat-cepat penunggang itu memberhentikan motornya dan menyapu muka dengan saputangan di dalam poket.Atikah menoleh ke cermin sisi...alamakkk....aduss kesiannya,mesti berterabur le nyumpahnya kat aku.Kena minta maaf ni".bisiknya smbil mengundur kereta mendekati lelaki yang basah kuyup dan masih tercegat di tepi motornya.
"Assalamualaikum,,,err,,,saya Atikah,..saya minta maaf sebab tak perasan ada lubang dan awak ada di sebelah."
"Waalaikumussalam.Ye,memang lumrah macam tu lah.Sesape pun kalau naik kete memang tak nampak penunggang macam saya ni" perlinya
"Saya tak sengaja,maafkan saya.Boleh tau nama awak sape"
"Hemm,,sempat pulak nak berkenalan.Awak ingat saya ni nak pegi tido ye? Awak ingat dalam motor saya ni ada almari ye boleh tukar salin baju?"
"Err...habis tu awak mahu saya buat apa,saya takada baju spare nak bagi,yang ada pun baju kurung,takkan awak nak pakai baju kurung lak pegi keje".
"Awak ingat saya maknyah ke nak pakai baju kurung, tak payah nak wat lawak bodoh lah pepagi ni..awak tahu tak gara-gara awak,saya dah lewat pegi keje tau takkk?"
"Weeiii....sudah-sudah lah asyik sebut salah saya.Kan dah minta maaf,kalau awak tak puashati lagi,ok...(sambil menyimbah air dalam lopak ke bajunya sendiri) Nahhh...puashati?? Sama-sama basah air lopak.Awak nak apa lagi,cakaplah??..Atikah sudah hilang sabar.Tudung merah dan kurungnya habis basah dengan air lopak yang kekuningan itu. Lelaki tinggi lampai itu tercengang,Terhenti kata-kata melihat gelagat gadis didepannya yang sanggup melakukan semua itu deminya. Kenderaan lalu lalang masing-masing membunyikan hon serta memandang dengan penuh tandatanya.Sebuah kereta peronda polis tiba-tiba berhenti dan salah seorang anggota beruniform keluar bertanya khabar.
"Assalamualaikum,ada apa yang boleh dibantu"?
"Er..waalaikumussalam.Takda apa-apa encik, hal kecik je.Terimakasih".Jawab penunggang motor itu ramah. Anggota polis tersebut terus berlalu.Atikah dan lelaki terbabit hanya berpandangan dan sama-sama bertukar nombor telefon untuk berurusan selanjutnya.Lalu keduanya terus beredar.
Riuh rendah dalam rumah sewa bujang Atikah memberi respon tentang kisahnya yang terlibat dengan simbahan air lopak itu.
"Hensom tak mamat tu tikah?" tanya Nini dengan penuh minat.
"Fuhh....cair beb..aku tengok misai dia pun dah cukup buat aku tak tidur malam".Jelas Atikah dengan bersungguh-sungguh.
"Weii..nama dia sape,keje kat mana?" tanya Shima pula.
"Dalam kad bisnesnya yang dia bagi kat aku tu,namanya Irfan.Esekutif kat perodua.Nasiblah dia pakai motor je pagi tadi.Ada kete simpan tu la pasal".
Nini dan Shima melopong mendengar keterangan Atikah.Dah lah hensom,gaji besar pulak tu.Tiba-tiba whatsaap Atikah memberi isyarat ada mesej masuk.
"Jap uollss,aku rasa ni whatsaap dari dia...emm..kan aku dah cakap...".Atikah terus menyelinap ke dalam bilik dan pintu di tutup.Shima dan Nini berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.
"Orang dah dapat balak barulah katakan..."kata Nini sambil mencebikkan bibirnya ke arah Shima.
Perhubungan Atikah dan Irfan semakin rapat dan menjurus kepada pasangan kekasih.Saban hari mereka asyik berhubung dan berwhatsaap seolah-olah tidak boleh berenggang walau sesaat.Semua mahu berteman termasuk waktu makan,membeli belah atau kemana saja pergi bila ada kelapangan.
"Jom lunch aku belanja".pelawa Johan rakan sekerja Atikah sebaik tiba waktu rehat.
"Emm..thanks, dah janji dengan seseorang."Atikah menolak sopan.
"Kau ni kan, belum jadi isteri orang lagi,tak ada ikatan yang sah pun.Tak semestinya kau hari-hari nak keluar makan dengan mamat tu.Setia lah sangat." Johan seolah naik menyampah dengan Atikah.
"Malas nak gaduh dengan dia.Nak mujuknya susah,pisang setandan pun belum tentu cair hatinya." balas Atikah sambil mengemas meja yang berselerak dengan fail.
"heiii...apa cerr..yang sibuk jaga hati dia watpe? Aku tengok kau layan mamat tu sebijik laki kau.Dah berapa banyak duit kau perabis kat dia.Sejak kau kenal dia pasal kes tersimbah air lopak tu,sekarang dah masuk dua tahun lebih,aku nak tanya kau satu soalan...ada dia berhajat nak masuk pinang kau?"Tanya Johari cuba membuka mata Atikah yang semakin menyepet.Atikah hanya menggeleng kepala sambil wajahnya tiba-tiba sayu.
"Ada dia rasa nak bawa kau berjumpa dengan familinya,atau nak kenal famili kau?".Soalnya lagi.Atikah masih menggeleng bisu.
"Pernah tak dia merancang sesuatu yang melibatkan masa depan antara kau dan dia selain nak enjoy atau keluar bersiar-siar? Baik aku jawab je,mesti tak pernah kan.Sebab dia tengok kau tu macam sayang sangat kat dia,macam dah tak ada lelaki lain dah dalam hidup kau selain dia.Kau tunjuk sangat setia kau,sopan santun kau,sifat keisterian kau kat dia sedangkan dia tak ada apa-apa pun.
Kau terlalu sangat mengharap.Tapi kau silap.".
"Stoppp.Maaf Johan.Jangan kutuk dia dan jangan cuba karang skrip drama yang belum tentu ada pengarahnya.Ok,dia dah sampai kat luar,aku keluar dulu". tiba-tiba Atikah memberhentikan Johan dari bercakap tentang lelaki pilihannya lalu menyandang beg ke bahu dan terus berlalu. Johan menarik nafas kesal dengan sikap kawan sekerjanya yang keras kepala itu.
Atikah mengelamun seketika di ruang tamu dalam hingar bingar ketawa kawan serumahnya.Dia membuat analisa semula tentang kata-kata Johan semalam.Ada benarnya.Dia menconggak duit gaji yang sering tinggal cukup-cukup untuk bayar sewa rumah dan ansuran kereta.Tolak bagi duit kat ayahnya,bayar internet, mana yang ada dalam dompetnya itulah untuk dia beli makanan.Mana pegi gajinya yang sudah enam angka itu?
"Heii...panjangnya angan kau". sergah Nini sambil menepuk bahu Atikah. Terpelanting remote kontrol astro di tangan Atikah gara-gara kejutan dari rakan serumah yang nakal itu.
"Kau pikir apa? kami tengok semenjak akhir-akhir ni kau lain macam je.Kau ada masalah ngan Irfan ke? Kau nak kawin ekk...".Nini cuba meneka dalam kesamaran sambil menjeling wajah gadis bujur sirih di hadapannya.
"Entahlah Nini.Sakit kepala aku dibuatnya.Tadi Irfan baru call aku.Dia nak pinjam duit lagi. Baru dua hari lepas aku dah bagi pinjam 10k kat dia,ni nak lagi.Bila aku tanya nak buat apa,dah naik angin.Minggu lepas aku tukar tayar keretanya sebab dia outstation tak sempat nak tukar.Aku juga bayar.Kata nak ganti balik duit aku,sampai sekarang takda pun.Sudahnya dia pula nak pinjam duit aku.".Atikah cuba berkongsi masalah dengan rakan serumahnya.
"Aku rasalah,tapi kau jangan marah aku pulak.Irfan tu macam tak serius dengan kau.Nak ambik kesempatan je.Kau tu lembut sangat,tu la pasal.Mudah bagi kepercayaaan.Aku pun kesian tengok kau,kadang dia buat kau macam perempuan simpanan pun ada.Bawa ke hulu ke hilir,kawinnya tidak-tidak.Dah dua tahun lebih asyik macam tu je.Entah-entah dia ada perempuan lain kot..".
"Ahhh..sudahlah kau..korang ni sama je semua.Menuduh yang bukan-bukan.Ingat pandai sangatlah tu nasihat orang.Menyampahhh...".Bentak Atikah lalu bingkas bangun terus masuk ke bilik dan gedegangggg...daun pintu di tutup dengan kuat.
Nini dan Shima masing-masing menutup telinga.
"Aku sian kat dia je,bukannya aku dengki ke apa.Geram aku tengok lelaki yang suka permainkan pompuan ni.Ishh..kalau aku lah couple ngan mamat tu,tau lah langit tinggi rendahnya.Botak aku keje kan".Nini mengacip-ngacip giginya yang putih bersih itu tanda protes.
"Suka hati kau lah labu".sampuk Shima sambil sambil terus masuk ke bilik .
Malam itu Atikah bergaduh besar dengan Irfan sebab dia sudah dapat rasakan bahawa Irfan telah menipu cintanya.Dan dia juga dapat berita bahawa Irfan terbabit dengan penipuan duit projek untuk pembinaan chalet.Irfan telah melesapkan duit deposit untuk permulaan projek pembinaan chalet di sebuah pusat peranginan.
Atikah kesal kerana tidak mendengar nasihat kawan-kawannya lantaran cintanya yang membuta. "Jom teman aku pegi kenduri.Dah takda sape nak marah kan?" pelawa Johan sebaik habis waktu pejabat.
"Bila?" tanya Atikah sambil tersenyum simpul.
"Malam ni kat hotel Casuarina,pukul 8.Aku sorang je takda couple.Jelos aku ngan orang lain.Nasib baiklah kau sudi jadi couple aku.Walaupun terpaksa.. kan?" johan menjeling nakal ke arah Atikah yang sedang punchcard. "Tema?"tanya Atikah tidak menghiraukan pertanyaan Johan.
"Biru.Weii..lajunya jalan tunggulah kot iye pun.Aku jemput kau ye.Solek cantik-cantik tau.Silap tarikh,orang ingat kau isteri aku muahahaa...bahagianya...".Johan berangan sendirian sambil melangkah laju keluar menuju kereta.
"Hello...ni kete aku.Berangan lagi. Kete sendiri pun dah tak kenal".kata Atikah sambil menahan gelak.
Suasana di majlis perkahwinan kerabat istana itu penuh gilang gemilang.Tetamu penuh sesak dengan pakaian yang berwarna warni seumpama pertunjukan fesyen.Semuanya kebanyakan berpasangan dengan tema yang sama.Pengantin sudah di pelaminan.Atikah begitu anggun dan jelita sekali di malam itu.Johan tidak habis-habis menoleh ke wajahnya seolah itu pertama kali dia bersua dengan Atikah.
"Ishh..tengok sana lah. Tu pengantin tu...kau perasan tak sebijik macam Nora Danish".Atikah cuba mengalih pandangan Johan.
"Taknak tengok dia,aku nak tengok kau je."
"Malu kat orang lah.Kalau kau nak tengok aku,watpe datang sini,hah?"
"Sebab,kalau kat tempat lain kau takkan secantik macam malam ni.Kau dengan baju kurung dan muka tanpa bedak,pastu sandang beg galas.Aku dah jemu dah tengok Atikah macam tu.Atikah malam ni aku tak pernah tengok.Gojes ."
"Hahahaha..oppsss...ishh..ngada betullah kau ni.Merepek tau tak.Dah le renung aku macam tu, rimas tau tak,rimas."Atikah sebenarnya tewas dengan renungan tajam Johan yang tidak kurang kacaknya.Tapi hatinya kosong terhadap jejaka yang berjawatan akauntan di pejabatnya.
"Sebenarnya..aku..".belum sempat Johan menghabiskan kata-kata tiba-tiba muncul Zamani kawan baiknya dari belakang.
"Amboii..kat sini rupanya merpati dua sejoli ni.Jenuh aku cari.Dah lama dah kau datang?" sapa Zamani sambil menjeling ke arah Atikah yang sibuk merakam gambar pengantin.
"Haha..kau Zam,lama juga dah habis sepinggan ni.Mana yang lain?"
"Ada,nun hujung sana.Kau tak mau perkenalkan aku sape awek sebelah ni?"
"Emmm...ok,perkenalkan ini Atikah kawan sekerja aku,penolong pengarah pentadbiran.Masih solo.Jelas?"
"Hai,saya Zamani.".sambil menghulur tangan dan disambut oleh Atikah dengan senyuman manja.Zamani tidak melepas pandangan serta tangannya masih menggenggam erat tangan Atikah seolah tidak mahu lepas.Johan memerhati dengan penuh geram dan melihat susuk tubuh Zamani semakin mengecil.Atikah menarik perlahan sambil matanya masih bertentangan dengan renungan Zamani.Jantungnya berdebar persis dipanah petir.
"Weiii..korang ingat ini tempat shoot drama bersiri ke?" sergah Johan yang mulai berbulu dengan gelagat rakannya itu.
...bersambung...
Saturday, 26 December 2015
Ayam Perap BBQ
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa
Cara Cara Dia :-
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
Friday, 25 December 2015
[ RESEPI MENGHILANGKAN JERAGAT ]
.
1) Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis.
2) Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau.
3) Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.
.
JERAGAT YANG DI BIARKAN TANPA RAWATAN AKAN MEMBAWA KEPADA KANSER KULIT
Subscribe to:
Posts (Atom)





