Thursday, 31 December 2015
HATIKU TERTUTUP SUDAH
SIRI 2
Dari pertemuan di majlis perkahwinan seorang rakan tiga bulan lepas,Atikah dan Zamani sering berhubungan seperti pasangan kekasih.Atikah tidak serik untuk membuka episod cinta baru.Walau hatinya pernah disakiti dan dilukai oleh kaum sejenis Zamani.
"Emmm..kau tak reti-reti nak serik ke tikah.Karang kau wat drama airmata lagi macam dulu.".tegur Nini setelah mendengar kisah cinta hangat Atikah dengan pilihan hatinya.
"Aku tak pernah berdendam dengan mana-mana lelaki.Kenapa harus dia yang seterusnya jadi galang ganti rasa dendam aku? Tak adil kan.Bagi aku,aku berterimakasih pada takdir yang membuatkan aku kecewa dalam bercinta.Sebab dari kecewalah aku jadi matang.Allah tak menjadikan satu pasangan je dalam hidup seseorang,malah satu demi satu Dia akan hadirkan.Mungkin kali pertama gagal,kali kedua berhati-hati,kali ketiga mencongak,kali ke empat,ke lima dan seterusnya adalah penentu.Aku suka bagi peluang pada diriku untuk mentafsir sesuatu yang baru.Tak salah kan?"
"Memang lah salah.Takda sape kata salah pun.Tapi kali ni kau kena lah skodeng hatinya dulu.Teropong ke dalam terowong nalurinya sampai ke usus kalau boleh.Manalah tau kot-kot ada tersorok seguni hipokrit dan lawak bodoh dia dalam tu.Sebab kitaorang ni sayang kat kau.Suka duka kita dok serumah dah macam adik-beradik.Kalau kau menangis kitaorang pun nangis sama,kalau kau ketawa,kitaorang lebih-lebih lagi lah.."
"yeke? kalau aku kentut? korang kentut sama lah ye,hahahaa....sayang korang muahhh.." Atikah terus menggomol dan mencium rakan serumahnya Nini dan Shima sampai terjerit terlolong mereka berdua dikerjakan Atikah.Suasana dalam rumah sewa bujang itu menjadi gamat sehingga menarik perhatian jiran sebelah. Tiba-tiba handset Atikah berbunyi.
"haha..rasakan..nak lagi?Eh jap,ada call...assalamualaikum...emm..jap...emm...ok...dalam 20 minit gitu.bye..".Atikah berdesup berlari ke bilik.Selang beberapa minit kemudian dia keluar dengan penuh ceria dan harum mewangi. Nini dan Shima memberi reaksi seperti biasa memang sebelum ini pun Atikah seperti itu kalau keluar dating dengan pasangannya.Kalau tak semerbak bilik tak sah.
"Fuhh...wanginya macam harum sundal...."belum sempat Zamani mengusik jari Atikah sudah menyepit lengan duda kematian isteri itu dengan manja.
"Aduss...bisanya cubitan maya karim ni ye.." usik Zamani lagi.Atikah bertambah geram kali ni dia mencubit pipi Zamani pula.
"ok..ok...surender tapi takleh angkat dua belah tangan nanti kita tak sampai ke tempat nak di tuju pulak haha...ala,jangan lah marah sayang,Zam nak gurau-gurau je..comel tengok tikah marah".
"Kita tak payah makan lah ye,pusing kotaraya je.Tengok lampu dan gelagat orang." Atikah memberi cadangan.
"Ok,Zam tak kisah,cuma takot tikah lapar je.Nanti kata,apalah kuar ngan duda tu,langsung tak belanja makan,kedekut taik idung masin,kan..betul tak?".
"Ek eleh,ke situ pulak dia.Wat skrip kena reject.Nanti kita beli je apa-apa kudap makan dalam kete.Malam-malam ni malaslah nak heavy sangat".
"yela-yela,baik tuan puteri.Kita ikut je.Asalkan dapat jumpa buah hati pengarang jantung ni pun dah cukup.Tak makan pun takpa.Tikah nak tau tak,dulu kan masa Zam dengan arwah,kami macam ni lah kalau kuar malam-malam macam orang bercinta walau pun anak dah empat orang.Lepas tu kami baring dan gurau-gurau dalam kete.Dia ketawa mengekek,tetiba tingkap kena ketuk.Pencegah maksiat tercegat konon nak tangkap kami,haha..kelakar bila mereka minta kad nikah muka mereka berubah dan terus beredar.."Zamani mula menggamit memori silam,airmatanya mula bergenang.Kenangan demi kenangan mula menerpa ke dinding sukmanya.Atikah mulai gelisah.Memang macam inilah setiap kali bila dia keluar bersama.Hanya sesaat saja dia melakar sketsa indah dengan Zamani,selebihnya lelaki itu mulai merebak ke kisahnya bersama dengan bekas isteri.Atikah mematikan angan.Harapannya hendak bermanja dan meluah rasa dengan insan yang telah menjurai hatinya pudar sama sekali.Namun dia akur bahawa dia adalah insan yang terkemudian sebelum dia.
Atikah pulang dengan hati yang duka.Tiada cerita indah yang hendak dikongsi dengan rakan serumahnya.Fikirannya penat dan menerawang menatap siling perlahan-lahan bayangan di kelopak matanya menjadi kelam sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang dari pandangan..
Tok..tok..tok.. pintu bilik Atikah di ketuk bertubi-tubi.
"Tikahhhh...kau tak pegi keje ke,kan malam tadi cakap ada meeting hari ni..Ni,ha..Johan call....tikahhhh...bangun lah weeii..".Nini melaung dari luar bilik sambil memegang handpon.
"Aduss...aku memang pengsan abis malam tadi..hemm...mana Johan?" tanya Atikah sambil menyelak rambutnya yang menutupi dahi.
"Ni..dia call handpon aku sebab kau offset."
"Hello...yela nak wat macamana aku tak tersedar.Hold dulu lah.Bagitau kat PA Dato' tu jap lagi sampai lah,aku ada urusan,alah pandai-pandai lah kau ayat dia,macam lah kau tak biasa kan.Ok aku nak mandi.Bye".
............................................................................................................
"Psstt...kau perasan tak sejak akhir-akhir ni cik Atikah selalu datang lewat dan tak terurus kan?" bisik Asiah kepada rakan sebelahnya Jasni.
"Entah,tak perasan lah pulak.Aku tengok ok je." jawab Jasni sambil sibuk mencatat sesuatu di dalam buku kerjanya.
"Engkau tu mana lah nak tau,macam kera sumbang.Langsung tak mau ambik perhatian alam sekeliling."
"Alah,apa susah dah kau rajin kan,biar engkau saja lah yang ambik perhatian.Manalah tau,hujung tahun ni kau dapat anugerah khidmat cemerlang dalam mengintip hal orang.Keje sendiri berterabur,nak ambik kisah hal orang".
Ek eleh mamat ni,macam tu pun nak ceramah orang.Oklah..wat keje awak tu..Menyampah..weekkk..".
"weeii..apa tu bising-bising,wat keje tu pepagi nak bercengkarama lak.Dalam tu boss tengah meeting tu weii..wat malu je.Suruh gi keje cuci pejabat takmo,masuk sini keje borak lah pulak" sergah Dahari ketua kerani dalam pejabat Hasil Dalam Negeri itu. Semua kakitangan dalam unit pentadbiran itu senyap sunyi.Masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberi.
Masa berlalu begitu pantas.Tiada ruang untuk mengejar.Tiada yang tertinggal walau sekelumit.Lantaran dari kesuntukan masa itulah Atikah tidak pernah menganalisa dan mengulangkaji sejarah percintaannya yang terdahulu.Tidak pernah tersimpul di benaknya untuk menghurai semua kekusutan yang satu ketika menjadi busut di lembah hatinya.
"Ya,aku sedar bahawa aku adalah pemburu cinta.Aku mencari cinta sejati.Maka itu aku tak pernah tewas dalam kembara ni.Tapi,aku pun ada matlamat dan punya nokhtah dalam perjuangan seperti ini.Aku bukanlah nak ikut seratus peratus kehendak hati.Aku ada akal." Atikah meluah segala perasaanya kepada Johan sambil menghirup kopi panas yang baru dipesan.
"Aku rasa,dia perlukan kau bukanlah untuk pengganti isterinya,tapi untuk hiburan semata.Sebagai pelepas rindu terhadap bekas isterinya.Dia terlalu sayang kat arwah dan sentiasa membayangi roh isterinya ada bersamanya.Rumit juga kes dia ni.Dia tak boleh terima qada dan qadar.Eh,aku ni jahil tentang agama.Tapi kan,ustaz aku kata qada dan qadar itu salah satu rukun iman.Maknanya kita kena wajib percaya akan ketetapan qada dan qadar tu.Macamana kalau orang tak mempercayainya?Hah,cuba kau jawab."
"Aku bukan ahli dalam agama dan bab hukum.Entahlah.Setiapkali dia jumpa aku,mula-mula ok,gurau-gurau,cakap masa depan,perancangan hidup.Masuk minit ketiga,dia dah mula wat cite hindustan.Itulah yang aku naik loya.Sabar je lah.Puas aku pujuk supaya dia melupai arwah isterinya.Maksud aku bukan lupa langsung tak ingat tapi lupakan dia dalam bentuk fizikal.Entahlah aku pun dah tak reti nak cakap.Dah lah,jom pegi bayar,aku nak balik tidur lak". ..........................................................................................................
Sudah lama tiga dara pingitan dalam rumah sewa itu tidak berjongging.Semua badan macam kuih pau tengah mengembang dalam pengukus,terutama Shima.Petang yang damai itu sampailah hajat mereka untuk berjogging di tepi tasek.
"Adoiiii...semput weii, ni le padahnya kalau keje dok peram lemak.Fuhh....rasa nak tercabut sendi lutut".keluh Shima sambil mengurut-ngurut lututnya.Nafasnya mengah dan tersekat-sekat.Kulitnya yang putih kuning itu sudah jadi macam udang kena rebus.
"Ek eleh ,berjalan tak sampai 500 km pun dah hilang nafas.Berjalan je pun bukannya berlari.Tu la hari-hari balun nasi ayam.Udah,meh kejar aku.." cabar Nini sambil berlari anak.Gadis yang memiliki bentuk badan yang cantik semulajadi itu tidak menghiraukan rakannya yang terkedek-kedek mengejarnya.
"Aduh...kaki aku sakitnya mak oiii...kau lari lah sorang-sorang Nini,malas aku nak kejar kau.Balik tido lagi baik.Mana si tikah ni tak nampak batang hidung pun,dia jogging ke...atau berasmaradana...ishh yang tu lagi sorang.Tak abis-abis ngan pakwe,tengah berjogging pun sempat lagi tu." Shima membebel seorang diri sambil menoleh ke arah Atikah yang sedang bersembang dengan Zamani yang turut sama berjogging.Mereka berdua berlari seiringan.Langsung tidak mempedulikan pandangan sekitar yang memerhati gelagat mereka berdua.
"Wah,boleh tahan Tikah berlari.Patutlah badan cantik.Selalu ye datang sini?" Puji Zamani sambil menjeling ke arah Atikah.
"Dulu selalu gak lepas balik keje terus datang sini.Tapi sekarang rasa malas pulak haha..lagi pun sejak akhir-akhir ni keje menimbun.Lagipun hujan petang-petang gini.Zam selalu datang ke sini juga ke?"
"Dulu masa arwah ada,Zam sering jogging kat sini.Kadang saja je walau tak jogging,kami pusing-pusing dengan kereta melihat gelagat orang berjogging.Seronok jogging dengan dia.Dia saja lari jauh-jauh tinggal Zam kat belakang pastu ghaib.Jenuh Zam cari dia ingat kena samun atau kena sorok hantu,rupa-rupanya dia nyorok balik pokok.Ishh..berderau darah kena sergah hahaha...Tapi sekarang tinggal kenangan.Bila tengok tasek tu seolah dia ada sambil memerhati ke arah kita." Zamani memulakan kisah lama.Atikah memalingkan muka ke arah lain.Kakinya semakin memecut seolah-olah ada sesuatu yang menarik.Laju dan semakin laju meninggalkan Zamani yang termengah-mengah mengejarnya dari belakang.
"Weii..apa ni tetibe je pecut.Kite tak mau masuk sukma lah..Tikah tungguuu...."
Atikah tidak menghiraukan panggilan Zamani.Hatinya begitu tersentap.Dadanya sebak menahan gelora.Tasek Titiwangsa itu terasa terlalu kecil baginya.Mau rasanya dia berlari sehingga sepuluh pusingan.
............................................................................................................
Atikah sibuk mengemas bilik tidurnya yang berselerak dengan kain baju dan bahan bacaannya.Kali terakhir bilik itu terkena penyapu,bulu ayam dan mop adalah dua bulan yang lepas.Sibuk benar gadis yang berambut panjang paras bahu sehingga tiada ruang waktu untuk memanjakan ranjang tidurnya.Tiba-tiba tugasannya terhenti.Ada panggilan telefon.
"Watpe tu"
"Kemas bilik".
"Rajinnya malam-malam pun mengemas".
"Kebetulan free,boleh lah.Dah berbulan pun tak kemas"
"Aikk..apa punya anak dara ni,berbulan tak kemas bilik.Kang jadi zoo bawah katil tu kang,macam-macam bunyi.Jadi apa-apa,sape yang susah,Zam juga yang susah.."
"Terimakasih sebab sudi nak tolong susahkan diri untuk Tikah.Dah makan ke,tadi masak ke beli?".
"Beli je.Kebetulan ada pasar malam kat taman sebelah.".
"Ooo..beli apa tadi?"
"Nasi hujan panas dengan ayam masak merah.Saja je tengok lauk dan nasi yang orang tu jual sama dengan yang arwah masak.Tu yang beli tu.Tapi rasa berlainan sikitlah.Arwah memang pakar masak nasi hujan panas dan ayam masak merah.Tapi Zam ni tak reti bersyukur.Suka menyusahkan dia.Dia dah masak sedap-sedap tapi ada je nak komen dan sakitkan hati dia.Zam ni jahat tau Tikah.Arwah seorang yang sabar dan tak reti nak marah.Hemmm...bila teringatkan dia,airmata ni mesti menitis.Banyak dosa Zam terhadap dia.Rindu sangat.Dia baik macam Tikah juga.Cantik,berbudi bahasa juga macam Tikah sebab tu Zam sayang Tikah.".
"Err..Zam,maaf ye tetibe Tikah rasa sakit perut pulak ,tak tau nape.Nanti kita sambung semula ye,maaf ye Zam,assalamualaikum".Atikah mematikan handsetnya dan terus membuka pintu bilik dan merebahkan badannya ke kusyen.Dia menarik nafas dalam-dalam.Matanya dipejam rapat seolah tidak mahu melihat apa-apa di depannya.
"Nape dengan kau ni Tikah? Gaduh dengan Zamani ke?" tanya Nini sambil memperlahankan suara tv.
"Aku tak faham apa yang dia mahu dari aku.Aku rasa,aku ni adalah bahan atau alat penghilang resah dan rindu dia terhadap bekas isterinya.Bila dia rasa sunyi,dia cari aku.Sembang,ketawa,wat lawak poyo,dah abis.Macam tu lah selalunya.Endingnya zero.Aku rasa macam buang masa je melayan dia.Orang lain pun sayang juga kat isteri,sedih juga kalau orang tersayang sudah tak ada.Tapi mereka boleh terima dan redha.Nasib lah dia tak pegi peluk batu nisan tu pun dah cukup baik.Kalau tak,tak tau lah nak jadi apa".Atikah meluahkan radangnya.
"Apa dosa yang dia buat kat isteri nya sampai macam tu sekali.Selalunya orang lelaki ni kuat kan.Jahat sangat lah tu kot.Kalau tak masakan dia rasa macam bersalah sangat.Aku rasa isterinya pun dah tak tahan dengan perangainya,elok jugalah Allah ambik dia supaya dia tak terus menderita.Betul tak?"
"Ishh..tak baik tuduh macam tu.Wat dosa kering je".Bantah Atikah.
"Abis tu,nape asyik meratap hiba je,bukan semalam isteri dia meninggal,dah lima tahun dah.Macam pelik je.Bukan tak boleh bersedih tapi berpada-padalah.Orang yang meninggal tu ustaz aku cakap dia sentiasa menanti amal jariah dari orang yang hidup terutama ahli keluarganya dan sahabat-sahabat terdekat.Bantu dia dengan doa,zikir,ayat quran,sedekah,haji dan macam-macam amal baik.Bukannya dengan meratap,menangis asyik terkenang tu terkenang ni.Come on lah kita orang islam,bukan kaum hindu.Kau pernah baca tak kisah saat Rasulullah s.a.w nak wafat?" Nini berceramah sambil menyoal Atikah umpama seorang ustazah.
"Tak". Jawab Atikah ringkas.
"Semua sahabat Baginda bersedih dan ada yang pengsan terutama Muaz dan Sayyidina Abu Bakar.Berbaloi lah kalau mereka menangis sehingga pengsan sebab kehilangan seorang insan yang alim dan mulia di sisi Allah.Habis tu kita? Kehilangan apa je? Layak ke kita nak wat macam tu?" soal Nini lagi.Atikah menggeleng kepala tanda tidak setuju. Kusyuk dan tawadduk dia mendengar ceramah percuma sahabatnya.Tak sangka rupanya rakan sebilik yang dianggapnya 'gila-gila' dan brutal itu rupanya mempunyai ilmu agama yang tinggi.Dalam hatinya berbunga bangga.
............................................................................................................
Johan cuba menjengah ke bilik pejabat Atikah.Dari tadi dia terintai-intai untuk cuba memasuki tetapi dilihatnya Atikah sedang berurusan dengan seorang pelanggan maka niatnya dibatalkan.
"Masuk le,tak payah nak intai-intai terjenguk-jenguk macam ayam belanda cari makan."pelawa Atikah yang mulai perasan dengan tingkah laku sahabat karibnya.
"Terimakasih.Nampak kau ye aku dah nyorok tadi tu".
"Apa pula tak nampaknya.Sepuluh kilometer pun dah nampak baju merah kau tu.Emm..ada apa kau datang jumpa aku?"
"Amboii..terus tanya je,tak suruh aku duduk pun.Orang lain dengan sopan santun kau persilakan,aku...macam bagi tak bagi je aku duduk kat kerusi kau yang empuk ni.Yela sape lah aku kan...".
".Silakan duduk en.Johan.Ya ada apa,boleh saya bantu?" perli Atikah.
"Ngada.Aku nak tanya kau pasal semalam.Masa kat kafe tu aku nampak kau nangis depan duda tu.Nape? Aku berada jauh masa tu.Tak berani nak datang dekat nanti kacau daun lak kan.Aku tak pernah tengok kau sedih macam tu sekali,boleh kau cite kat aku? Kalau kau sudi share ngan aku la,kalau tak boleh, nak wat macamana kan..".
"Ha ah.Memang aku dah sampai tahap maximum menahan sabar.Dia jemput aku kat rumah,ajak ngeteh.Ok lah.Aku selalu menaruh harapan bila setiapkali kami keluar nak je cakap pasal soalhati dengan rasa romantik,suasana orang bercinta gitu.Tapi dia tak habis-habis dengan cite arwah,arwah,arwah.Nasib baik dia sendiri tak arwah.Betullah kata si Nini tu,banyak sangat dosa yang dia buat.Aku dah boring,dah fedup,menyampah.Dahh...jangan kau nak tanya-tanya lagi pasal ni.Aku nak tutup buku.Aku dah kehilangan banyak masa dan perasaan.Sekarang aku nak tumpu pada kerjaya aku,nak sambung PJJ aku yang terbengkalai tu." Atikah cuba menyedarkan dirinya sendiri dan memulakan azam baru setelah bangkit dari lamunan yang panjang.
"Baguslah.Kau berjaya dengan motivasi diri sendiri.Tu la kau,nak bercinta dengan orang yang jauh-jauh.Yang dekat depan mata, kau buat tak layan je.Yela,sape lah aku kan.."
"Dah..aku baru je telan panadol.Jangan kau cuba nak hilangkan dos dia dalam badan aku ni.Aku dah letih tadi ramai lak clients macam-macam karenah nak layan.Ni nak layan kau pulak,ahh,..sudah lah jom kita rehat,perut aku dah lapar.".Atikah bangun sambil menarik handbagnya dan terus beredar.Johan memandang dengan pandangan bisu,dalam hati terus bertanya,apakah syarat sebuah cinta yang harus dimiliki?.
TAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment