CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 28 December 2015




                                                HATIKU TERTUTUP SUDAH


Siri 1

Hujan baru sahaja berhenti semenjak dari subuh tadi.Atikah terus menekan pedal minyak setelah jalan semakin lenggang dan cuaca kembali terang. Broommm..myvi merah meluncur laju membelah kesunyian pagi.Terasa benar dia sudah kelewatan untuk ke pejabat.Atikah amat perihatin dengan jadual kedatangan.Jangan ada merah walau sehari.Baginya punchcard adalah diri seseorang.
Broommm..dia memecut lagi,tetiba tayarnya terlanggar lopak air...sruuuuppp...air lopak berwarna kopi susu itu menyimbah ke badan seorang penunggang motosikal yang kebetulan lalu di situ.
Cepat-cepat penunggang itu memberhentikan motornya dan menyapu muka dengan saputangan di dalam poket.Atikah menoleh ke cermin sisi...alamakkk....aduss kesiannya,mesti berterabur le nyumpahnya kat aku.Kena minta maaf ni".bisiknya smbil mengundur kereta mendekati lelaki yang basah kuyup dan masih tercegat di tepi motornya.

"Assalamualaikum,,,err,,,saya Atikah,..saya minta maaf sebab tak perasan ada lubang dan awak ada di sebelah."
"Waalaikumussalam.Ye,memang lumrah macam tu lah.Sesape pun kalau naik kete memang tak nampak penunggang macam saya ni" perlinya
"Saya tak sengaja,maafkan saya.Boleh tau nama awak sape"
"Hemm,,sempat pulak nak berkenalan.Awak ingat saya ni nak pegi tido ye? Awak ingat dalam motor saya ni ada almari ye boleh tukar salin baju?"
"Err...habis tu awak mahu saya buat apa,saya takada baju spare nak bagi,yang ada pun baju kurung,takkan awak nak pakai baju kurung lak pegi keje".
"Awak ingat saya maknyah ke  nak pakai baju kurung, tak payah nak wat lawak bodoh lah pepagi ni..awak tahu tak gara-gara awak,saya dah lewat pegi keje tau takkk?"
"Weeiii....sudah-sudah lah asyik sebut salah saya.Kan dah minta maaf,kalau awak tak puashati lagi,ok...(sambil menyimbah air dalam lopak  ke bajunya sendiri) Nahhh...puashati?? Sama-sama basah air lopak.Awak nak apa lagi,cakaplah??..Atikah sudah hilang sabar.Tudung merah dan kurungnya habis basah dengan air lopak yang kekuningan itu. Lelaki  tinggi lampai itu tercengang,Terhenti kata-kata melihat gelagat gadis didepannya yang sanggup melakukan semua itu deminya. Kenderaan lalu lalang masing-masing membunyikan hon serta memandang dengan penuh tandatanya.Sebuah kereta peronda polis tiba-tiba berhenti dan salah seorang anggota beruniform keluar bertanya khabar.

"Assalamualaikum,ada apa yang boleh dibantu"?
"Er..waalaikumussalam.Takda apa-apa encik, hal kecik je.Terimakasih".Jawab penunggang motor itu ramah. Anggota polis tersebut terus berlalu.Atikah dan lelaki terbabit hanya berpandangan dan sama-sama bertukar nombor telefon untuk berurusan selanjutnya.Lalu keduanya terus beredar.

              Riuh rendah dalam rumah sewa bujang Atikah memberi respon tentang kisahnya yang terlibat dengan simbahan air lopak itu.
"Hensom tak mamat tu tikah?" tanya Nini dengan penuh minat.
"Fuhh....cair beb..aku tengok misai dia pun dah cukup buat aku tak tidur malam".Jelas Atikah dengan bersungguh-sungguh.
"Weii..nama dia sape,keje kat mana?" tanya Shima pula.
"Dalam kad bisnesnya yang dia bagi kat aku tu,namanya Irfan.Esekutif kat perodua.Nasiblah dia pakai motor je pagi tadi.Ada kete simpan tu la pasal".

Nini dan Shima melopong mendengar keterangan Atikah.Dah lah hensom,gaji besar pulak tu.Tiba-tiba whatsaap Atikah memberi isyarat ada mesej masuk.
"Jap uollss,aku rasa ni whatsaap dari dia...emm..kan aku dah cakap...".Atikah terus menyelinap ke dalam bilik dan pintu di tutup.Shima dan Nini berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.
"Orang dah dapat balak barulah katakan..."kata Nini sambil mencebikkan bibirnya ke arah Shima.
 Perhubungan Atikah dan Irfan semakin rapat dan menjurus kepada pasangan kekasih.Saban hari mereka asyik berhubung dan berwhatsaap seolah-olah tidak boleh berenggang walau sesaat.Semua mahu berteman termasuk waktu makan,membeli belah atau kemana saja pergi bila ada kelapangan.

"Jom lunch aku belanja".pelawa Johan rakan sekerja Atikah sebaik tiba waktu rehat.
"Emm..thanks, dah janji dengan seseorang."Atikah menolak sopan.
"Kau ni kan, belum jadi isteri orang lagi,tak ada ikatan yang sah pun.Tak semestinya kau hari-hari nak keluar makan dengan mamat tu.Setia lah sangat." Johan seolah naik menyampah dengan Atikah.
"Malas nak gaduh dengan dia.Nak mujuknya susah,pisang setandan pun belum tentu cair hatinya." balas Atikah sambil mengemas meja yang berselerak dengan fail.
"heiii...apa cerr..yang sibuk jaga hati dia watpe? Aku tengok kau layan mamat tu sebijik laki kau.Dah berapa banyak duit kau perabis kat dia.Sejak kau kenal dia pasal kes tersimbah air lopak tu,sekarang dah masuk dua tahun lebih,aku nak tanya kau satu soalan...ada dia berhajat nak masuk pinang kau?"Tanya Johari cuba membuka mata Atikah yang semakin menyepet.Atikah hanya menggeleng kepala sambil wajahnya tiba-tiba sayu.
"Ada dia rasa nak bawa kau berjumpa dengan familinya,atau nak kenal famili kau?".Soalnya lagi.Atikah masih menggeleng bisu.
"Pernah tak dia merancang sesuatu yang melibatkan masa depan antara kau dan dia selain  nak enjoy atau keluar bersiar-siar? Baik aku jawab je,mesti tak pernah kan.Sebab dia tengok kau tu macam sayang sangat kat dia,macam dah tak ada lelaki lain dah dalam hidup kau selain dia.Kau tunjuk sangat setia kau,sopan santun kau,sifat keisterian kau kat dia sedangkan dia tak ada apa-apa pun. 
Kau terlalu sangat mengharap.Tapi kau silap.".
"Stoppp.Maaf Johan.Jangan kutuk dia dan jangan cuba karang skrip drama yang belum tentu ada pengarahnya.Ok,dia dah sampai kat luar,aku keluar dulu". tiba-tiba Atikah memberhentikan Johan dari bercakap tentang lelaki pilihannya lalu menyandang beg ke bahu dan terus berlalu. Johan menarik nafas kesal dengan sikap kawan sekerjanya yang keras kepala itu.

                    Atikah mengelamun seketika di ruang tamu dalam hingar bingar ketawa kawan serumahnya.Dia membuat analisa semula tentang kata-kata Johan semalam.Ada benarnya.Dia menconggak duit gaji yang sering tinggal cukup-cukup untuk bayar sewa rumah dan ansuran kereta.Tolak bagi duit kat ayahnya,bayar internet, mana yang ada dalam dompetnya itulah untuk dia beli makanan.Mana pegi gajinya yang sudah enam angka itu?
"Heii...panjangnya angan kau". sergah Nini sambil menepuk bahu Atikah. Terpelanting remote kontrol astro di tangan Atikah gara-gara kejutan dari rakan serumah yang nakal itu. 
"Kau pikir apa? kami tengok semenjak akhir-akhir ni kau lain  macam je.Kau ada masalah ngan Irfan ke? Kau nak kawin ekk...".Nini cuba meneka dalam kesamaran sambil menjeling wajah gadis bujur sirih di hadapannya.
"Entahlah Nini.Sakit kepala aku dibuatnya.Tadi Irfan baru call aku.Dia nak pinjam duit lagi. Baru dua hari lepas aku dah bagi pinjam 10k kat dia,ni nak lagi.Bila aku tanya nak buat apa,dah naik angin.Minggu lepas aku tukar tayar keretanya sebab dia outstation tak sempat nak tukar.Aku juga bayar.Kata nak ganti balik duit aku,sampai sekarang takda pun.Sudahnya dia pula nak pinjam duit aku.".Atikah cuba berkongsi masalah dengan rakan serumahnya.
"Aku rasalah,tapi kau jangan marah aku pulak.Irfan tu macam tak serius dengan kau.Nak ambik kesempatan je.Kau tu lembut sangat,tu la pasal.Mudah bagi kepercayaaan.Aku pun kesian tengok kau,kadang dia buat kau macam perempuan simpanan pun ada.Bawa ke hulu ke hilir,kawinnya tidak-tidak.Dah dua tahun   lebih asyik macam tu je.Entah-entah dia ada perempuan lain kot..".
"Ahhh..sudahlah kau..korang ni sama je semua.Menuduh yang bukan-bukan.Ingat pandai sangatlah tu nasihat orang.Menyampahhh...".Bentak Atikah lalu bingkas bangun terus masuk ke bilik dan gedegangggg...daun pintu di tutup dengan kuat.
Nini dan Shima masing-masing menutup telinga. 
"Aku sian kat dia je,bukannya aku dengki ke apa.Geram aku tengok lelaki yang suka permainkan pompuan ni.Ishh..kalau aku lah couple ngan mamat tu,tau lah langit tinggi rendahnya.Botak aku keje kan".Nini mengacip-ngacip giginya yang putih bersih itu tanda protes.
"Suka hati kau lah labu".sampuk Shima sambil sambil terus masuk ke bilik . 
           Malam itu Atikah bergaduh besar dengan Irfan sebab dia sudah dapat rasakan bahawa Irfan telah menipu cintanya.Dan dia juga dapat berita bahawa Irfan terbabit dengan penipuan duit projek untuk pembinaan chalet.Irfan telah melesapkan duit deposit untuk permulaan projek pembinaan chalet di sebuah pusat  peranginan. 
Atikah kesal kerana tidak mendengar nasihat kawan-kawannya lantaran cintanya yang membuta.               "Jom teman aku pegi kenduri.Dah takda sape  nak marah kan?" pelawa Johan sebaik habis waktu pejabat.
"Bila?" tanya Atikah sambil tersenyum simpul.
"Malam ni kat hotel Casuarina,pukul 8.Aku sorang je takda couple.Jelos aku ngan orang lain.Nasib baiklah kau sudi jadi couple aku.Walaupun terpaksa.. kan?" johan menjeling nakal ke arah Atikah yang sedang punchcard.          "Tema?"tanya Atikah tidak menghiraukan pertanyaan Johan.
"Biru.Weii..lajunya jalan tunggulah  kot iye pun.Aku jemput kau ye.Solek cantik-cantik tau.Silap tarikh,orang ingat kau isteri aku muahahaa...bahagianya...".Johan berangan sendirian sambil melangkah laju keluar menuju kereta.
"Hello...ni kete aku.Berangan lagi. Kete sendiri pun dah tak kenal".kata Atikah sambil menahan gelak.

                Suasana di majlis perkahwinan kerabat istana itu penuh gilang gemilang.Tetamu penuh sesak dengan pakaian yang berwarna warni seumpama pertunjukan fesyen.Semuanya kebanyakan berpasangan dengan tema yang sama.Pengantin sudah di pelaminan.Atikah begitu anggun dan jelita sekali di malam itu.Johan tidak habis-habis menoleh ke wajahnya seolah itu pertama kali dia bersua dengan Atikah.
"Ishh..tengok sana lah. Tu pengantin tu...kau perasan tak sebijik macam Nora Danish".Atikah cuba mengalih pandangan Johan.
"Taknak tengok dia,aku nak tengok kau je."
 "Malu kat orang lah.Kalau kau nak tengok aku,watpe datang sini,hah?"
"Sebab,kalau kat tempat lain kau takkan secantik macam malam ni.Kau dengan baju kurung dan muka tanpa bedak,pastu sandang beg galas.Aku dah jemu dah tengok Atikah macam tu.Atikah malam ni aku tak pernah tengok.Gojes ."
"Hahahaha..oppsss...ishh..ngada betullah kau ni.Merepek tau tak.Dah le renung aku macam tu, rimas tau tak,rimas."Atikah sebenarnya tewas dengan renungan tajam Johan yang tidak kurang kacaknya.Tapi hatinya kosong terhadap jejaka yang berjawatan akauntan di pejabatnya.
"Sebenarnya..aku..".belum sempat Johan menghabiskan kata-kata tiba-tiba muncul Zamani  kawan baiknya dari belakang.
"Amboii..kat sini rupanya merpati dua sejoli ni.Jenuh aku cari.Dah lama dah kau datang?" sapa Zamani sambil menjeling ke arah Atikah yang sibuk merakam gambar pengantin.     
"Haha..kau Zam,lama juga dah habis sepinggan ni.Mana yang lain?"
"Ada,nun hujung sana.Kau tak mau perkenalkan aku sape awek sebelah ni?"
"Emmm...ok,perkenalkan ini Atikah kawan sekerja aku,penolong pengarah pentadbiran.Masih solo.Jelas?"
"Hai,saya Zamani.".sambil menghulur tangan dan disambut oleh Atikah dengan senyuman manja.Zamani tidak melepas pandangan serta tangannya masih menggenggam erat tangan Atikah seolah tidak mahu lepas.Johan memerhati dengan penuh geram dan melihat susuk tubuh Zamani semakin mengecil.Atikah menarik perlahan sambil matanya masih bertentangan dengan renungan Zamani.Jantungnya berdebar persis dipanah petir.
"Weiii..korang ingat ini tempat shoot drama bersiri ke?" sergah Johan yang mulai berbulu dengan gelagat rakannya  itu.

...bersambung...




No comments:

Post a Comment