CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 24 January 2014




Doaku Untukmu

Kulabuhkan ingatanku padamu
di ufuk padang sejadahku
di bawah kemilau kasihnya Tuhan
mengalir deras titisan jernih
membasah kuyup hijabku
tangan kutadah meraih restu
agar dirimu di puncak kurniaNya
bersama ketinggian iman
kehidupan yang penuh keberkatan
kan kubekal secangkir rindu
buat menahan panahan gelora
dari kilauan rimbunan sukmamu
kan kubawa namamu
ke ribaan doaku
semuga tidak lagi
dikau bertanya
apakah daku masih setia
dan aku ingin dikau tahu
sesungguhnya aku
tidak pernah
menjauh.
 

DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 18



                         Malini merasa amat malu dan berdosa pada majikannya tapi oleh kerana sayangnya terlalu kuat terhadap Muhamad Hasnol Hakimi dia sanggup berbuat apa saja walaupun berdepan dengan maut.Nasibnya amat baik hari tu kalau tidak sudah tentu dia bermalam dalam lokap. Namun perasaan itu hanyalah sementara sahaja.Malini buat hal lagi.Tak pernah serik.Kali ini dia nekad untuk melarikan diri dari majikannya tanpa membawa bayi lelaki itu bersama.Tak mengapalah walaupun tanpa bayi itu,kaki yang tak setia ini mahu juga meninggalkan teratak yang baginya amat membosankan dan amat memenjarakannya.Dia mahu bebas,bebas dari arahan dan terhindar dari jari telunjuk majikannya...habis,untuk apa kamu ke mari?

                       Muhamad Hasnol dan Aina menangis melolong-melolong mencari pengasuhnya yang tiba-tiba hilang entah kemana.Rina yang baru balik dari 'outstation' baru sahaja masuk ke bilik untuk mandi dan solat zuhur terkejut dan cepat-cepat mendukung Muhamad Hasnol Hakimi yang merangkak keluar pagar untuk mengejar seseorang.Aina hanya memerhati dengan kaku sambil menangis dan memanggil-manggil nama pengasuhnya serta adiknya.Rina mengunci grill pintu yang terbuka luas lalu memberi susu kepada bayi lelakinya sambil dipantau oleh Aina sementara dia menunaikan solat zuhur.Kali ini dia tidak membuang masa lagi dan terus ke balai polis sekali lagi untuk membuat lapuran.Muaz telah dihubungi dari awal.Tetapi sedikitpun dia tidak merasa terkejut malah seolah-olah bersyukur di atas kehilangan Malini.Hatinya merasa cukup lega sekurang-kurangnya kepalanya tidak lagi memikirkan akan tingkahlaku pembantu rumahnya dan hati nya akan kembali lapang seandainya Rina meletakkan jawatan di pejabatnya.

                     "Apa? abang kata bagus kalau Malini lari?Abang tau tak anak-anak kita ni payah nak tinggal di rumah orang,apatah lagi di nurseri.Mereka tak biasa sebab celik-celik mata dah ada orang jaga mereka di rumah." jawab Rina apabila dia menghubungi Muaz. " ala,apa susah, Rina kan ada,abang rasa lagi baik kalau ibunya yang jaga.Tak payah nak susah-susah cari orang gaji buat buang masa dan menyemak rumah je." cadang Muaz dengan nada suara yang tenang. " maksudnya abang nak suroh Rina berhenti kerja lah ye" teka Rina." Ha ah.ok kan.Rina letak je jawatan tu.Tak apa  abang akan bayar gaji Rina sebanyak mana yang Rina selalu dapat termasuk KWSP sekali. Duduk je rumah jaga anak-anak.Abang pun tak payah nak berulang alik lagi.Nanti abang sampai kita kemas barang dan ambik lori balik ke Ipoh." panjang lebar Muaz memujuk Rina yang masih dalam kebingungan itu.Rina tiada pilihan lagi,kepalanya sarat dan penuh sesak dengan berbagai masalah yang bakal menimpanya jikalau dia meneruskan tinggal di KL tanpa orang gaji.Siapa hendak urus anak-anaknya jikalau dia kerja luar. Rina bukanlah jenis wanita yang lasak dan tahan diuji.Hatinya cepat rapuh dan mudah mengalah pada ujian.Bagaimana dengan kerja-kerjanya di pejabat kalau anak-anaknya menangis ditinggalkan dirumah pengasuh?Kalau anak-anaknya demam? Bangun malam menjerit minta susu setiap satu jam sekali? Nak kemas rumah?Masak? Itu,ini? Adus...Rina tidak mungkin dapat melakukannya sendirian.Dia tak biasa bersusah demikian rupa.

                  Tanpa merujuk kepada sesiapa termasuk adik beradik,dengan penuh ketaatan dan rasa hormat yang tinggi terhadap suami tersayang, juga tanpa memikirkan akibat dan masa depan,Rina meletak jawatan 24 jam. Dia tidak pernah terfikir dan menyoal kembali apa tujuan sebenar Muaz menyuruhnya meletak jawatan. ~ Bersambung~



                         


Thursday, 23 January 2014




KANVAS CINTA



Sepi itu datang lagi
membawa seberkas cerita
cerita semalam yang terkubur 
di perut kesibukan kota
tanpa nisan tanpa air mawar
menyirami kegersangan kuburan
sebuah sketsa cinta
hanya secebis kenangan
dan bayangan tawamu
membasahi semula
kanvas cinta yang masih tersisa..




Hatiku Adalah Untukmu


Apa khabar sahabatku
seharian kita dipisahkan oleh kesibukan tugas
kita dibentengkan oleh seribu tanggungjawab
yang entah bila kehabisan
kita dilemaskan dengan berbagai masalah
nafas dan jantung kian berdenyutan
mengikut rentak kesibukan tanpa arahan
bercelaru minda menyumbat fikiran
hati menjerit jiwa tersakiti
namun rezeki tetap diharungi
saban hari kita mengejar dan dikejar
oleh deruan masa
yang tiada siapa akan menokhtahkan
di celahan bebayang mimpi
memburu seribu impian
kita masih mensisa sedikit ingatan
buat teman yang jauh di mata
agar persahabatan tidak mudah ternokhtah
di garisan yang keliru
tanpa kita menyedarinya
kemana dirimu
menghilang tanpa
aku mengetahuinya

Monday, 20 January 2014



DIRIMU BUKAN UNTUIKKU

EPISOD 17



                             Barulah Rina dan Muaz tahu kenapa bayi lelakinya itu terlalu erat dengan pembantu rumah barunya Malini,rupa-rupanya Malini selalu beri Muhamad Hasnol Hakimi menghisap ibu jari kakinya.Kemudian setiap malam dia selimutkan bayi lelaki itu dengan kain batik yang dia pakai.Adus apa tujuannya? " Maafkan Malini  bu,bapak.Sebenarnya Malini terlalu sayang padanya persis adik malini sendiri" terus terangnya setelah diasak oleh Rina dan Muaz akan perbuatannya yang jelik itu."Kamu tau tak,perbuatan kamu ini salah,salah disisi agama .Lepas tu pulak,kamu mengajar anak saya ini makan benda kotor,jijik...tu..tu..ibujaari kaki kamu yang kematu bersisik hijau dengan kuku hitam melegam tu,tergamak kau beri anak aku hisap.Nah mari sini cuba kau isap ibujari kaki aku pulak apa kau rasa?"bentak Muaz yang sudah hil;ang sabar dengan orang gajinya."maafkan Malini pak,ibu..maafkan lain kali Malini tak buat lagi" janjinya sambil menunduk persis orang bersalah yang sedang menerima hukuman."Maaf kamu kata,kamu ingat kami tak tau ke,selama ini kamu telah merancang untuk melarikan Muhamad Hasnol Hakimi ke Indonesia,betulkan?"Muaz membuka rahsia."ttidak pakk..ampunnn..Malini tak buat seperti itu...ampunnn.." mohonnya sambil cuba memegang tangan Rina untuk meminta maaf tapi cepat-cepat ditarik oleh Rina. "Tak buat kamu kata? Ni..ni apa..ini surat yang kamu hendak kirim kepada kawan kamu yang berada di Pulau Pinang kan...kau suruh dia datang ambil kau dengan anak aku semasa kami berdua pergi keje kann...?..kau ingat kami bodoh iya? di mana kami dapat sumber dan jumpa surat ini,itu kau tak perlu tahu.Orang macam kau ni elok hidup dalam lokap je lagi bagus...." kata Muaz sambil cuba hendak telefon seseorang tapi cepat-cepat ditarik oleh Malini.Dia menangis meronta-ronta minta tolong supaya perbuatannya jangan disebarkan ke pihak berkuasa.Rina yang dari tadi hanya melihat dengan hati yang geram tiba-tiba bertukar jadi kesian terhadap Malini.

                              Dia juga menghalang Muaz dari menghubungi pihak berkuasa demi perihatinnya terhadap orang gajinya yang miskin."ok,kali ini aku lepaskan kau,tapi kalau kau buat lagi benda yang sama...nahas kau" Muaz bagi amaran keras terhadap Malini.Cepat-cepat Malini bersujud di kaki Muaz mengucapkan terimakasih dan bersyukur kerana perbuatannya dapat dimaafkan oleh kedua majikan yang baik hati.
Tetapi tidak sampai sebulan selepas kejadian itu,Malini buat perangai lagi.Kali ini dia keluar bersiar-siar dengan rakan senegaranya yang juga pembantu rumah kepada kawan sepejabat Rina.Dia membawa bersama Muhamad Hasnol Hakimi  keluar tanpa memberitahu Rina dan Muaz.Sudah puas Rina serta penduduk setempat mencarinya tetapi tak juga jumpa.Rina sudah hampir pitam,dikendongnya Aina ke hulu ke hilir seperti kucing jatuh anak sambil menangis terlolong-lolong mencari Malini dan anak lelaki kesayangannya.Dia terus ke balai polis untuk membuat lapuran.Ketika itu Muaz berada di Ipoh dan tidak tahu menahu akan kehilangan anak dan pembantu rumahnya kerana panggilan Rina dijawab oleh Aida.Aida berbohong mengatakan Muaz tertinggal telefon padahal waktu iitu dia sedang mandi.

                         Semasa Rina hendak turun dari kereta,tiba-tiba dia didatangi oleh seorang wanita bersama dengan seorang bayi lelaki.."Maliniiii......kau kemana? kenapa kau bawa lari anak akuuu....kau jahatt.." pekik Rina sambil merampas anaknya dari kendongan Malini...  ~bersambung~

Sunday, 5 January 2014


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 16


                            Masa berlalu dengan pantas,dan sedar tak sedar umur anak sulung Rina,Aina telah mencecah 4 tahun.Genius dan comel budaknya.Apa yang diajar oleh orang keliling semua dapat diikutnya terutama pelajaran.Rata-rata Rina mencari tadika untuk menempatkan Aina yang berumur 4 tahun itu tetapi kebanyakan tidak diterima alasannya mereka Aina terlalu bijak dan tidak sesuai untuk belajar di tadika.Dia akan cepat bosan kerana apa yang diajarkan oleh guru tadika itu umpama seperti mengunyah kacang.Kadang dia sendiri yang tolong mengajar kawan-kawannya.Pernah gurunya meletakkannya di kelas 6 tahun.Itupun dia bosan juga.Katanya kenapa mudah sangat.Bagilah yang susah-susah sikit.Tak sampai lima minit satu buku latihan telah disiapkannya.Guru-gurunya pening kepala tak tahu apa yang hendak diberi latihan lagi.Suatu hari sedang gurunya asyik mengajar pelajar tahun 6,tiba-tiba Aina hilang dan tiada di bangkunya.Puas gurunya mencari.Satu tadika termasuk jaga dan ibubapa yang ada di situ turut mencari.Hampir-hampir mereka menghubungi polis.Tiba-tiba seorang guru dari sekolah rendah berdekatan telah menghantar Aina dengan sebuah naskah buku di tangan. " Ini pelajar di tadika ini ye.Tadi entah macamana dia menyelinap masuk dalam kelas tahun 1 sewaktu kami sedang berehat.Ingatkan anak guru kat sekolah kami.Dia leka menjawab soalan latihan Bahasa melayu di papan putih.Entah buku siapa yang dikerjakannya.Bila semak,betul semua jawapannya.Bijak betul budak ni"cerita guru wanita dari sekolah rendah bersebelahan dengan tadika Aina.Terlopong guru-guru dan ibubapa yang ada di situ.Tak sangka sebijak itu kanak-kanak kecil yang bernama Aina boleh terbuka hati dn berani ke sekolah itu dengan seorang diri.Berani pula dia belajar seorang diri dalam kelas yang dia sendiri tak pernah menjejakinya.Itu lah kuasa Yang Maha Esa.

                           Rina terkejut bercampur bangga dengan pemnberitahuan oleh guru tadika terhadap perbuatan Aina.Memanglah sudah ramai kawan dan ahli keluarganya termasuk guru-guru mencadangkan supaya dia memohon untuk memasukkan Aina ke sekolah rendah iaitu sistem lompat kelas.Tapi dia takut.Takut berlaku seperti kanak-kanak genius yang bernama Sofiah yang suatu ketika dahulu gempar dengan kecerdikan dia dalam matapelajaran matematik dan melayakkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.Tetapi harapan kedua ibubapanya hancur disebabkan ketaksuban dan permainan dunia.Kecerian dan bijak pandai Sofiah akhirnya terjunam menyembah bumi.Itulah yang sama sekali mematikan niat Rina untuk merealisasikan impian kawan-kawan dan ahli keluarganya.Kini Aina telah mempunyai adik lelaki berusia 2 tahun bernama Muhamad Hasnol Hakimi.

                         Muhamad Hasnol Hakimi sangat rapat dengan pembantu rumah baru bernama Malini.Malini berasal dari Medan sama dengan Surti.Tapi Surti telah berhenti setelah permitnya tamat selama dua tahun.Malini suka kanak-kanak kerana dia mempunyai seorang adik lelaki persis sama usia dengan Muhamad Hasnol Hakimi.Siang malam dikendongnya budak itu ke hulu ke hilir sehingga kanak-kanak itu bagai anak sulungnya.Susah hati Rina dan Muaz melihatnya,manakan tidak anak lelaki  mereka terlalu sayang akan bibiknya sehingga mereka berdua pun tidak diendahkannya.Hendak pegang sekejap pun tak mahu dan menangis seolah-olah Rina dan Muaz itu orang asing baginya.Pelik,sungguh pelik.Apalah yang dibuat Malini sehingga begitu jadinya anak mereka terhadap kedua ibubapanya.Dulu Surti tidaklah sampai begitu sekali sayangnya terhadap Aina.Macam ada yang tak kena je,bisik hati Rina. ~ bersambung~

DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 15



                            Aida jadi tak tentu hala dibuatnya apabila Muaz bertalu-talu menyoalnya persis seorang detektif yang sedang menyoal seorang pesalah.Mukanya merah padam bercampur geram.Rasa mahu tangannya naik  ke muka Aida andai bukti kukuh telah ada di depan matanya.Tapi macamana hendak dibuktikan? Takkan Aida nak jawab " Ha ah,saya lah yang melakukannya..." tak sebodoh itu jawapan yang hendak dikeluarkan oleh Aida yang memang bijak berkata-kata itu. "Apa awak cakap ni? Jangan nak merepek nak menuduh orang sembarangan kalau awak tiada bukti yang kukuh.Awak Tuhan ke boleh tahu siapa yang buat anak awak itu. Entah-entah maknya yang cuai tak tahu jaga anak tahu beranak je,alih-alih nak salahkan orang pulak" bentak Aida malas nak layan tuduhan Muaz. Kain yang berlonggok dalam bakul cepat-cepat dilipatnya." hem...xpa,xpa.Kali ni saya boleh terima jawapan awak.Tapi ingat.kalau berlaku lagi perkara seperti ini, tahulah apa yang saya nak buat" gertak Muaz sambil berlalu dan pergi mendapatkan keretanya di garaj." Berlaku apa?Ohoo..jadi,macamlah saya ni tukang menjatuhkan takdir untuk famili awak gitu ye? kalau anak bini awak demam ke,muntah ke,nak mampus ke,itu saya punya kerjalah iya?Oii,awak ni xda agama ke,kan sakit pening hidup mati,semua kerja Tuhan,cubalah banyak baca buku agama dan mengaji Quran sikit jangan hendak menjahilkan diri je" bentak Aida lagi sambil mencekak pinggang di muka pintu. Muaz sikitpun tidak menghiraukan apa yang dia cakap mungkin tidak kedengaran kerana tingkap keretanya telah ditutup.Berderum bunyi injin kereta mercedes warna hitam meninggalkan rumah teres berkembar dua    
tingkat itu.Terkebil-kebil mata Aida melihatnya sambil bibirnya menjuih penuh kebencian.
                          Dalam hatinya berbunga bangga.Padan muka Rina.Itulah balasannya suka ambik suami orang.Macam dah tak ada jantan lain,laki aku juga yang kau kebas.Rina masih membuat perancangan baru.Hatinya sakit kembali apabila mengetahui anak Rina telah sembuh.Dan Muaz asyik meninggalkan dia untuk ke Kuala Lumpur bersama Rina.Dasar jantan tak guna.Sepatutnya ini giliran aku.Suka hati dia je nak bergilir yang mana satu.Apa dia ingat aku ni tunggul kayu? Adussssss......Ya Allah bencinya aku.....Rina menghubungi kawan baik yang bekerja satu pejabat dengannya.Airmatanya mengalir laju,geram bercampur dendam.Adakala dia menggangguk tanda faham apa yang diceritakan oleh kawannya di dalam telefon.Kemudian dia tersenyum lega.Mungkin ada perancangan yang lebih baik yang hendak dia jalankan bersama dengan kawan baiknya demi melunaskan rasa cemburunya terhadap Rina dan Muaz.
~bersambung~