Friday, 24 January 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 18
Malini merasa amat malu dan berdosa pada majikannya tapi oleh kerana sayangnya terlalu kuat terhadap Muhamad Hasnol Hakimi dia sanggup berbuat apa saja walaupun berdepan dengan maut.Nasibnya amat baik hari tu kalau tidak sudah tentu dia bermalam dalam lokap. Namun perasaan itu hanyalah sementara sahaja.Malini buat hal lagi.Tak pernah serik.Kali ini dia nekad untuk melarikan diri dari majikannya tanpa membawa bayi lelaki itu bersama.Tak mengapalah walaupun tanpa bayi itu,kaki yang tak setia ini mahu juga meninggalkan teratak yang baginya amat membosankan dan amat memenjarakannya.Dia mahu bebas,bebas dari arahan dan terhindar dari jari telunjuk majikannya...habis,untuk apa kamu ke mari?
Muhamad Hasnol dan Aina menangis melolong-melolong mencari pengasuhnya yang tiba-tiba hilang entah kemana.Rina yang baru balik dari 'outstation' baru sahaja masuk ke bilik untuk mandi dan solat zuhur terkejut dan cepat-cepat mendukung Muhamad Hasnol Hakimi yang merangkak keluar pagar untuk mengejar seseorang.Aina hanya memerhati dengan kaku sambil menangis dan memanggil-manggil nama pengasuhnya serta adiknya.Rina mengunci grill pintu yang terbuka luas lalu memberi susu kepada bayi lelakinya sambil dipantau oleh Aina sementara dia menunaikan solat zuhur.Kali ini dia tidak membuang masa lagi dan terus ke balai polis sekali lagi untuk membuat lapuran.Muaz telah dihubungi dari awal.Tetapi sedikitpun dia tidak merasa terkejut malah seolah-olah bersyukur di atas kehilangan Malini.Hatinya merasa cukup lega sekurang-kurangnya kepalanya tidak lagi memikirkan akan tingkahlaku pembantu rumahnya dan hati nya akan kembali lapang seandainya Rina meletakkan jawatan di pejabatnya.
"Apa? abang kata bagus kalau Malini lari?Abang tau tak anak-anak kita ni payah nak tinggal di rumah orang,apatah lagi di nurseri.Mereka tak biasa sebab celik-celik mata dah ada orang jaga mereka di rumah." jawab Rina apabila dia menghubungi Muaz. " ala,apa susah, Rina kan ada,abang rasa lagi baik kalau ibunya yang jaga.Tak payah nak susah-susah cari orang gaji buat buang masa dan menyemak rumah je." cadang Muaz dengan nada suara yang tenang. " maksudnya abang nak suroh Rina berhenti kerja lah ye" teka Rina." Ha ah.ok kan.Rina letak je jawatan tu.Tak apa abang akan bayar gaji Rina sebanyak mana yang Rina selalu dapat termasuk KWSP sekali. Duduk je rumah jaga anak-anak.Abang pun tak payah nak berulang alik lagi.Nanti abang sampai kita kemas barang dan ambik lori balik ke Ipoh." panjang lebar Muaz memujuk Rina yang masih dalam kebingungan itu.Rina tiada pilihan lagi,kepalanya sarat dan penuh sesak dengan berbagai masalah yang bakal menimpanya jikalau dia meneruskan tinggal di KL tanpa orang gaji.Siapa hendak urus anak-anaknya jikalau dia kerja luar. Rina bukanlah jenis wanita yang lasak dan tahan diuji.Hatinya cepat rapuh dan mudah mengalah pada ujian.Bagaimana dengan kerja-kerjanya di pejabat kalau anak-anaknya menangis ditinggalkan dirumah pengasuh?Kalau anak-anaknya demam? Bangun malam menjerit minta susu setiap satu jam sekali? Nak kemas rumah?Masak? Itu,ini? Adus...Rina tidak mungkin dapat melakukannya sendirian.Dia tak biasa bersusah demikian rupa.
Tanpa merujuk kepada sesiapa termasuk adik beradik,dengan penuh ketaatan dan rasa hormat yang tinggi terhadap suami tersayang, juga tanpa memikirkan akibat dan masa depan,Rina meletak jawatan 24 jam. Dia tidak pernah terfikir dan menyoal kembali apa tujuan sebenar Muaz menyuruhnya meletak jawatan. ~ Bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment