Monday, 20 January 2014
DIRIMU BUKAN UNTUIKKU
EPISOD 17
Barulah Rina dan Muaz tahu kenapa bayi lelakinya itu terlalu erat dengan pembantu rumah barunya Malini,rupa-rupanya Malini selalu beri Muhamad Hasnol Hakimi menghisap ibu jari kakinya.Kemudian setiap malam dia selimutkan bayi lelaki itu dengan kain batik yang dia pakai.Adus apa tujuannya? " Maafkan Malini bu,bapak.Sebenarnya Malini terlalu sayang padanya persis adik malini sendiri" terus terangnya setelah diasak oleh Rina dan Muaz akan perbuatannya yang jelik itu."Kamu tau tak,perbuatan kamu ini salah,salah disisi agama .Lepas tu pulak,kamu mengajar anak saya ini makan benda kotor,jijik...tu..tu..ibujaari kaki kamu yang kematu bersisik hijau dengan kuku hitam melegam tu,tergamak kau beri anak aku hisap.Nah mari sini cuba kau isap ibujari kaki aku pulak apa kau rasa?"bentak Muaz yang sudah hil;ang sabar dengan orang gajinya."maafkan Malini pak,ibu..maafkan lain kali Malini tak buat lagi" janjinya sambil menunduk persis orang bersalah yang sedang menerima hukuman."Maaf kamu kata,kamu ingat kami tak tau ke,selama ini kamu telah merancang untuk melarikan Muhamad Hasnol Hakimi ke Indonesia,betulkan?"Muaz membuka rahsia."ttidak pakk..ampunnn..Malini tak buat seperti itu...ampunnn.." mohonnya sambil cuba memegang tangan Rina untuk meminta maaf tapi cepat-cepat ditarik oleh Rina. "Tak buat kamu kata? Ni..ni apa..ini surat yang kamu hendak kirim kepada kawan kamu yang berada di Pulau Pinang kan...kau suruh dia datang ambil kau dengan anak aku semasa kami berdua pergi keje kann...?..kau ingat kami bodoh iya? di mana kami dapat sumber dan jumpa surat ini,itu kau tak perlu tahu.Orang macam kau ni elok hidup dalam lokap je lagi bagus...." kata Muaz sambil cuba hendak telefon seseorang tapi cepat-cepat ditarik oleh Malini.Dia menangis meronta-ronta minta tolong supaya perbuatannya jangan disebarkan ke pihak berkuasa.Rina yang dari tadi hanya melihat dengan hati yang geram tiba-tiba bertukar jadi kesian terhadap Malini.
Dia juga menghalang Muaz dari menghubungi pihak berkuasa demi perihatinnya terhadap orang gajinya yang miskin."ok,kali ini aku lepaskan kau,tapi kalau kau buat lagi benda yang sama...nahas kau" Muaz bagi amaran keras terhadap Malini.Cepat-cepat Malini bersujud di kaki Muaz mengucapkan terimakasih dan bersyukur kerana perbuatannya dapat dimaafkan oleh kedua majikan yang baik hati.
Tetapi tidak sampai sebulan selepas kejadian itu,Malini buat perangai lagi.Kali ini dia keluar bersiar-siar dengan rakan senegaranya yang juga pembantu rumah kepada kawan sepejabat Rina.Dia membawa bersama Muhamad Hasnol Hakimi keluar tanpa memberitahu Rina dan Muaz.Sudah puas Rina serta penduduk setempat mencarinya tetapi tak juga jumpa.Rina sudah hampir pitam,dikendongnya Aina ke hulu ke hilir seperti kucing jatuh anak sambil menangis terlolong-lolong mencari Malini dan anak lelaki kesayangannya.Dia terus ke balai polis untuk membuat lapuran.Ketika itu Muaz berada di Ipoh dan tidak tahu menahu akan kehilangan anak dan pembantu rumahnya kerana panggilan Rina dijawab oleh Aida.Aida berbohong mengatakan Muaz tertinggal telefon padahal waktu iitu dia sedang mandi.
Semasa Rina hendak turun dari kereta,tiba-tiba dia didatangi oleh seorang wanita bersama dengan seorang bayi lelaki.."Maliniiii......kau kemana? kenapa kau bawa lari anak akuuu....kau jahatt.." pekik Rina sambil merampas anaknya dari kendongan Malini... ~bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment