Sunday, 5 January 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 15
Aida jadi tak tentu hala dibuatnya apabila Muaz bertalu-talu menyoalnya persis seorang detektif yang sedang menyoal seorang pesalah.Mukanya merah padam bercampur geram.Rasa mahu tangannya naik ke muka Aida andai bukti kukuh telah ada di depan matanya.Tapi macamana hendak dibuktikan? Takkan Aida nak jawab " Ha ah,saya lah yang melakukannya..." tak sebodoh itu jawapan yang hendak dikeluarkan oleh Aida yang memang bijak berkata-kata itu. "Apa awak cakap ni? Jangan nak merepek nak menuduh orang sembarangan kalau awak tiada bukti yang kukuh.Awak Tuhan ke boleh tahu siapa yang buat anak awak itu. Entah-entah maknya yang cuai tak tahu jaga anak tahu beranak je,alih-alih nak salahkan orang pulak" bentak Aida malas nak layan tuduhan Muaz. Kain yang berlonggok dalam bakul cepat-cepat dilipatnya." hem...xpa,xpa.Kali ni saya boleh terima jawapan awak.Tapi ingat.kalau berlaku lagi perkara seperti ini, tahulah apa yang saya nak buat" gertak Muaz sambil berlalu dan pergi mendapatkan keretanya di garaj." Berlaku apa?Ohoo..jadi,macamlah saya ni tukang menjatuhkan takdir untuk famili awak gitu ye? kalau anak bini awak demam ke,muntah ke,nak mampus ke,itu saya punya kerjalah iya?Oii,awak ni xda agama ke,kan sakit pening hidup mati,semua kerja Tuhan,cubalah banyak baca buku agama dan mengaji Quran sikit jangan hendak menjahilkan diri je" bentak Aida lagi sambil mencekak pinggang di muka pintu. Muaz sikitpun tidak menghiraukan apa yang dia cakap mungkin tidak kedengaran kerana tingkap keretanya telah ditutup.Berderum bunyi injin kereta mercedes warna hitam meninggalkan rumah teres berkembar dua
tingkat itu.Terkebil-kebil mata Aida melihatnya sambil bibirnya menjuih penuh kebencian.
Dalam hatinya berbunga bangga.Padan muka Rina.Itulah balasannya suka ambik suami orang.Macam dah tak ada jantan lain,laki aku juga yang kau kebas.Rina masih membuat perancangan baru.Hatinya sakit kembali apabila mengetahui anak Rina telah sembuh.Dan Muaz asyik meninggalkan dia untuk ke Kuala Lumpur bersama Rina.Dasar jantan tak guna.Sepatutnya ini giliran aku.Suka hati dia je nak bergilir yang mana satu.Apa dia ingat aku ni tunggul kayu? Adussssss......Ya Allah bencinya aku.....Rina menghubungi kawan baik yang bekerja satu pejabat dengannya.Airmatanya mengalir laju,geram bercampur dendam.Adakala dia menggangguk tanda faham apa yang diceritakan oleh kawannya di dalam telefon.Kemudian dia tersenyum lega.Mungkin ada perancangan yang lebih baik yang hendak dia jalankan bersama dengan kawan baiknya demi melunaskan rasa cemburunya terhadap Rina dan Muaz.
~bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment