CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 24 March 2014




INIKAH RINDU 

Kasih..
ingin saja aku berlari
menggapai cintamu
yang nun jauh di sebalik danau
semakin ku cuba menepis
sepi yang membalut seluruh jasadku
semakin itulah gugusan rindu
membuah di segenap tangkai hati

Maafkan aku kasih
andai rindu ini memaksa
aku untuk mengimpikanmu
kerna aku tidak pantas
untuk menentang resah yang
sering bersarang di lubuk jiwa

Mata ini tidak mampu lagi untuk
menampung aliran airmata
dari membasah pipi kusamku
kasihmu yang bersemadi
di sanubari ini tidak akan
terpadam walau disiram
selautan air mengalir

Dengarlah kasih
andai masih ada tersisa
kasihmu padaku
jangan biarkan api dusta
membakar hangus cinta suci kita
kerna aku tidak segagah
hidup tanpa cintamu

Kembalilah kasih
tika cintaku masih terhampar
tak akan tertutup laman kasihku
kan kunanti kepulanganmu
walau gugur kemboja
sudah kering di tangkainya.


KISAH ANAK GADIS BERDIALOG DENGAN SYAITAN SAAT KEMATIANNYA
jom kita ambil ikhtibar dari cerita ini...allahhu akbar..

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya, itulah yang dahulu hendak kamu hindari.” (Surah Qaf : 19)
Benarkah aku akan mati?
Aku masih muda, baru 24 tahun. Tak masuk akal, mimpi agaknya.
Mesti akan ada doktor datang yang merawat aku sekejap lagi, aku yakin.
Mak..nak air, tekak rasa dah kering..
Eh, kenapa tak ada siapa yang menyahut?
Mak..ayah..
Kenapa tak ada orang dengar aku panggil?
     Ya aku dengar. Tiada siapa dengar panggilan kau kecuali aku.
Mana engkau? Siapa engkau?
     Akulah qorinmu..akulah syaitan yang hebat
Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan kau, kau jangan ganggu aku.
Ya Allah, sedarkan aku dari mimpi ini…
     Berlindung dengan Allah?
     Sekarang baru ingat nak berlindung dengan Allah?
     Sepanjang hidup tak pernah kau ingat pun?
     Dah nak mati..baru nak berlindung dengan Allah?
     Tak malu!
Mati? Aku masih muda untuk mati!
     Sejak bila pula kematian tahu pilih orang muda atau tua?
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Surah Al-A’raaf : 34)
     Sekarang selesai tugas aku. Aku nak berehat.
Tugas kau? Apa tugas kau?
     Tugas yang aku lakukan sejak Allah ciptakan Adam.
     Hari di mana Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.
     Sejak itu manusia terbahagi kepada dua kelompok
     Kelompok Allah dan kelompok syaitan!
Apa yang kau cakap ni?
     Kenapa? Pertama kali kau dengar tentang ini?
     Maafkan aku, memang salah aku.
     Aku yang biasakan kau untuk dengar lagu-lagu dan semua yang haram.
Aku berlindung dengan Allah dari kau.
Aku dari kelompok Allah, bukan kelompok syaitan.
Akulah paling baik antara semua orang!
     Kau paling baik antara semua orang?
     Dengar sini…
     Orang-orang yang berada di dalam tingkat keempat neraka jahannam pun berkata kami lebih baik dari yang di bawah.
     Sedangkan mereka semua di dalam neraka, mereka semua sesat.
     Tiada beza antara kesesatan yang jauh dan yang dekat. Tetap sesat!
Tapi aku tak ada dosa, aku muslimah.
Aku muslimah, dosa aku kecil sahaja!
     Tidak sayangku.
     Dosa kau sebenarnya besar tapi aku yang menampakkan ia kecil dimatamu.
     Aku hiasi dosa itu dan aku nampakkan ia seperti tiada apa.
“.. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah An-Nahl : 63)
     Aku cuma mengajak, kau yang ikut.
     Kerja aku, menghias amalan anak Adam sejak mula terciptanya manusia.
     Aku buat kau berangan-angan, lalai dan lupa.
     Aku buat kau berlengah untuk bertaubat.
     Kau minta syurga sekali, aku mintak neraka seribu kali untuk kau.
Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.” (Surah As-Sajdah : 13)
     Apa salah aku, aku cuma melaksanakan tugas.
     Aku paling gembira bila kau tinggalkan solat.
     Aku yang membuatkan kau lewatkan solat.
     Lengahkan solat.
     Ringan-ringankan solat.
     Kemudian, aku buat kau tinggalkan solat!
     Sehingga hati kau MATI.
     Kau tahu kan? Pemisah antara muslim dan kafir adalah solat.
Laknat kau! Adakah selain itu yang kau lakukan?
     Oh, banyak lagi..aku puas dengan usaha aku.
Cis !
     Bertenang..
Kau memang dah celaka.
     Kau akan mati dalam keadaan kau telah berzina lebih dari seratus kali.
Tak, aku tak pernah dekati lelaki seumur hidup aku!
     Benar, tapi bukankah kau pernah keluar ke pasar dengan memakai minyak wangi?
Ya, jadi?
     Seorang lelaki telah terhidu wangian kau.
     Bukan seorang, tapi ramai.
     Kau tahu bukan, jika seorang wanita keluar dengan memakai wangian lalu dihidu oleh lelaki ajnabi dia dikira berzina?!
Tapi cuma minyak wangi.
Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)
     Nak tahu yang lebih teruk lagi?
     Tak cukup lagi?!
     Aku tak nak kau masuk neraka sahaja, tapi aku nak kau dicampak ke tingkat paling rendah!
Laknat kau!
Besarnya dendam kau pada anak Adam, apa lagi yang kau lakukan?
     Kau mati dengan membawa dosa si fulan, si fulan dan si fulan
Penipu, aku tak kenal mereka. 
Mana mungkin aku pikul dosa mereka.
     Benar. Tapi kau memang seorang pelupa.
     Lupakah kau pada suatu hari, kau keluar dengan bersolek cantik, disarung pula dengan pakaian yang ketat dan menarik perhatian.
     Kau jadi fitnah kepada mereka, sedangkan mereka adalah hamba Allah yang soleh.
     Mereka terpegun dengan kecantikan kau!
     Malah lebih teruk, kau telah merosakkan taubat sebahagian dari mereka.
     Kerana kesalahan itu, kau telah memikul dosa mereka.
Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)
     Sungguh balasan Allah amat dahsyat.
     Aku menang ke atas dirimu.
Tidak! Aku akan pastikan aku mati dalam keadaan mati syahid.
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Surah Al-Mukninun : 99)
     Itu kata-kata lama yang aku dah dengar dari orang-orang seperti kau.
     Mungkin rayuan itu boleh diterima kalau kau minta dulu.
     Hari ini kita akan berpisah.
     Sejak kau kecil kita bersama, aku akan ikut ke mana sahaja kau pergi kecuali kubur.
     Pergilah kau seorang diri, diazab seorang diri dan ditinggal seorang diri.
Laknat kau! Kau telah merosakkan dunia dan akhirat aku!
     Mereka telah datang…
Siapa? Keluarga aku?
     Binasalah engkau, hari ini keluargamu takkan mampu membantu.
     Cuba lihat, siapa yang datang.
     Mereka itulah malaikat azab, mereka datang dengan sebat dari neraka.
     Belum terbukakah hijab itu untuk kau melihatnya?
Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang  hari ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).” (Surah Qof : 22)
     Malaikat akan berkata kepada rohmu, ‘keluarlah wahai jiwa yang kotor..’
     Pergilah menuju kemurkaan daripada Allah.’
Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah Al-An’am : 93)
TAMAT
Duhai sahabat,
Berikanlah bahagian dari hatimu untuk Allah, kau tak akan disia-siakan.
Peruntukkanlah satu jam dari harimu untuk solat.
 Dengan siapa engkau bersama setiap waktu?
Kepada siapa engkau mengadu sepanjang hidupmu?
Siapa yang akan bersamamu saat kematian nanti?
Siapa yang akan menemanimu di kubur yang gelap gelita?
Siapa yang akan bersamamu di padang mahsyar nanti?
Siapa yang akan bersamamu di atas titian sirat yang dibawahnya adalah neraka jahannam? Di dalamnya kau akan dengar pekikan ahli neraka yang sangat menyiksakan.
Disana nanti ada Allah, kau akan menyeru namaNya.
Tapi, alangkah indahnya andai nama itu diseru sebelum hari ini.
Dialah yang akan menjadikan hidupmu sentiasa bahagia jika kau mengenaliNya  di dunia.
Tanyalah pada mereka yang sering menyeru nama Allah, pernahkah mereka hidup menderita?
Sungguh, aku pernah mengenali orang-orang yang basah tikar sejadahnya di malam hari  kerana menangis rindu pada Allah. 
Rindu untuk melihat wajah Allah swt.
Sahabatku..
Tidakkah kau tahu bahawa Allah sentiasa merindukanmu. Rindukan taubatmu.
Ya, kamu!
Belum tibakah masa untuk hati itu menjadi lembut?
Kalau kau tahu betapa rindu dan gembiranya Allah jika kau kembali kepadanya, pasti kau tidak akan berlengah lagi.
T.A.U.B.A.T enam huruf sahaja.
Lakukan! Kau akan masuk ke dunia indah yang tidak pernah kau jejaki sebelum ini.
Bertaubatlah, dan teruslah bertaubat, kembalilah kepadaNya.
Jangan pernah jemu.
Mulakan sekarang, mulakan dengan fardhu pertama yang datang selepas kau membaca kisah ini.
Berjanjilah pada diri ‘cukuplah kelalaian, hidupku akan berubah mulai saat ini.
Hari ini, aku akan kembali. 
Allah aku datang!”
Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran.” (Surah Al-Hadid : 16)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya.” (Surah Abasa : 3)


URI DAN CARA MENGHORMATINYA

Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak... sila baca dan faham....
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAKUri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 20


                          Sudah hampir dua tahun Rina menjadi surirumah sepenuh masa.Terlalu cepat masa berlalu tanpa sedari.Anak-anaknya membesar di depan mata tanda dia sendiri menyedarinya.Tapi anak-anaknya membesar bersama pahit perih ibunya.Muaz yang berjanji ingin menyara hidup Rina setelah berhenti dari kerja,hanyalah tinggal janji.Tak pernah Rina merasa duit dari hasil projek Muaz sehingga mahu minta duit minyak kereta pun tak pernah ada.Kalau didesak pun hanya Rm10 yang mampu diberi Muaz. Sayu hati Rina mengenangkan janji-janji yang ditabur oleh suaminya sendiri.Inikah habuannya dari hasil taat setia dia menurut perintah untuk meletakkan jawatan dulu? Air jernih mulai menitis satu demi satu ke pipinya yang mulai kusam dan cengkung.Kemudian laju bak air mengalir di atas gunung menuruni lembah berbatu.Cepat-cepat dia menyeka dengan hujung lengan t-shirt supaya tiada siapa yang tahu akan luka di hatinya.

                     Rina menatap note rm10 yang Muaz hulur padanya pagi sebelum Muaz keluar pergi kerja.Apalah yang hendak dia beli dengan nilai duit sebanyak itu.Kalau zaman ibubapanya mungkin nilai duit itu tinggi,tapi zaman sekarang sudah berubah.Masuk kedai mamak beli dua perkara pun dah hampir rm10. Tak mengapalah bersyukur juga sekurang-kurangnya dapatlah isi petrol untuk jemput anak-anaknya dari sekolah." Mama...adik laparlah kat sekolah tadi adik tak sempat nak beli makanan loceng dah berbunyi.Adik rehat lambat sebab adik kena bertugas kat bilik sumber" kata Anis Humairah anak ketiga Rina sebaik saja memasuki kereta."Ha ah..abang pun lapar juga mama..tadi kat sekolah abang makan sikit je abah bagi duit belanja tak cukup nak beli nasi lemak.Abang beli kuih dan air milo je"..sahut Mohd Hakimi pula.Rina mengetap bibir menahan sebak.Cepat-dia mengambil sunglass dari laci kereta dan memakainya kerana dia terasa air matanya hampir membanjiri kelopak matanya.Dadanya sebu.Dia menoleh kepada Aina, yang duduk diam dari tadi di sebelahnya ."Kakak nak makan apa..cakaplah" Rina seolah memancing jawapan dari anak sulungnya.Dalam hati semuga Aina tidak mengharap seperti adik-adiknya.Kerana Rina tahu dalam dompetnya cuma ada rm5 sahaja. Tapi Aina hanya diam tanpa sepatah jawapan.Seolah dia juga tahu akan penderitaan ibunya.Kerana pernah dia tertoleh ke dalam dompet ibunya semasa ibunya mengeluarkan wang  untuk mengisi petrol.

                         Perlahan kaki Rina melangkah ke medan selera yang dipenuhi pelanggan.Hatinya terbayang akan permintaan anak-anaknya yang belum matang itu.Bagaimana nanti kalau mereka minta yang mahal-mahal,sedangkan duitnya ada rm5 sahaja.Rina berbisik dengan anak-anaknya supaya jangan minta lauk mahal seperti daging dan ayam.Makan telur dadar dan sayur sahaja serta minum air kosong."Tak mauu...adik nak ayam,mama..tuuu..ayam merah tu adik suka...lepas tu adik nak milo ais,,," rayu Anis Humairah sambil menolak pinggan nasi yang dihidang oleh pembantu gerai.Permintaan yang sama juga oleh Muhd Hakimi.Aina cuma diam dan akur akan permintaan ibunya yang menyuruh makan dengan nasi dengan telur dadar serta sayur.Harganya cuma rm1.50 sahaja sepinggan.Aina terpaksa mematangkan pemikirannya walaupun dia masih berumur 12 tahun iaitu usia yang tidak sepatutnya menghadapi situasi demikian.Usia itu adalah usia untuk mereka bermain dan bersukaria bukan untuk sebuah penderitaan.
                    Rina tidak dapat menahan sebak..setitis airmata jatuh di atas pinggan nasinya.Rina malu andai ada orang nampak dan dengar akan perbualan anak-anaknya. " Adikk...ni ayam dan daging,nah  bagi anak makan,Jangan susah hati rezki Allah di mana-mana.Jangan biarkan mereka lapar ye dik..." pelawa seorang pelanggan wanita yang duduk bersebelahan dengan meja Rina dan anak-anak.Rupa-rupanya dari awal dia memerhatikan kelibat mereka kerana dia tertarik dengan keletah serta wajah comel anak Rina.
'Ya Allah...err...terimakasih kak..semuga Allah saja dapat membalasnya" jawab Rina sambil mengatur piring lauk itu di atas meja. "Maafkan anak-anak saya kak...mereka ni mengada-ngada pulak.bukan tak nak bagi makan ayam dan daging tu..saja..sebab hari-hari mereka makan semua tu.Takotlah pula dapat penyakit nanti" Rina cuba mengelak dari diketahui akan susah senangnya. " eh tak mengapa dik..budak-budak memang begitu.Lagi pun mereka kan baru balik sekolah,mesti lapar dan perlu bagi makanan berkhasiat.Tak pa itu Allah dah tertulis rezeki mereka untuk hari ini.Kakak ikhlas menolong" Jawab pelanggan yang bermurah hati itu. " Terimakasih kak,panggil saja saya Rina.." sambung Rina lagi sambil bersalaman.


            Rina menceritakan kejadian di medan selera sianghari tadi kepada Muaz dengan harapan beliau ada sedikit rasa belas kasihan dan perihatin terhadap dia dan anak-anak.Harapannya agar dapatlah Muaz akan bagi duit belanja yang lebih sedikit sebagai pengalas perut dan keperluan yang lain.Rupa-rupanya harapan tinggal harapan.Ternyata hati batu dan kedekut Muaz itu tak lut disiram dengan apa pun rayuan.Rina akur dan airmata merembes lagi....  ~bersambung~




















Monday, 17 March 2014


 
 
 
 DOAKU
 
Allahu Akbar 3x .Allah yang menguasai langit dan bumi dan segala ketentuan ada di bawah kekuasaanNya.Masukkanlah nama kami di dalam senarai orang2 yang layak menerima rahmat dan kurniaanMu.Jangan Kau cicirkan nama kami Ya Rabb dari menerima pahala dan SyurgaMu.Dan kumpulkanlah kami dalam golongan orang2 yang diberi keampunan, keberkatan rezki, kesihatan rohani dan jasmani,serta orang2 yang menyucikan diri.Lanjutkan usia kami agar dapat kami melakukan amalan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.Amin.

BERBICARALAH DENGAN TERTIB

Bicara yang manis boleh membuat orang tersenyum hingga berhari-hari lamanya sehingga ianya masih di ingatan dan pemilik bicara manis itu akan sentiasa dikenang kerana dialah yang membuat diri itu tertawa dan tersenyum.Tetapi bicara yang menyakiti akan juga dikenang tetapi dalam situasi yang berbeza iaitu ada dendam dan benci kerana dialah hati dan perasaannya jadi tak tenteram.Oleh itu jadilah insan yang menjadi pendamai kepada pemilik sebuah hati...

 PENANTIAN

Di remang senja nan merah
kulihat dedaun berguguran
jatuh berselerakan
di hamparan rerumput kering

Tiada tangan yang sudi
memungut ke tempat embunan yang kebasahan
terbiarlah dedaun menanti
renyainya hujan membasah
seluruh jiwa dan jasad

Begitulah aku
menanti dan terus menanti
akan tibanya detik indah
menggapai tanganku
ke tempat yang tinggi

 
 
 
 
Tibanya Dikau
Termenung aku di jendela sunyi
memintal kenangan yang tak kesudahan
satu demi satu menerjah
di dinding benak yang tak bertiang
namamu berbaris memagari pandangan
tersengih senyummu
mendakap malu
terlena daku di birai rindu
bila bayangmu di depan mataku
 BIJAKNYA ALLAH

Tengok semenjak kehilangan MH370 berapa ramai orang akan berckp dan mengkaji tentang ketuhanan.Yang x pnh berckp dan post status mengenai ketuhanan pun dh boleh berbuat demikian.Dan berapa ramai kitab Allah dibelek dan dikaji utk mencari suratan dan kebetulannya.Nah..lihat betapa bijaknya Allah mentautkan semula hati mereka ke arah mencintai AlkitabNya. Bijakkan Allah. Subhanallah.
 KUN FAYAKUN

Allah ingin membuktikan bahawa antara yang terkandung dalam kitabNya adalah benar belaka.Kun Fayakun...takdir Allah tiada siapa boleh menyangkal walau sebijak mana pun mereka.Sesuatu yang menjadi milikNya akan dibawa bersamaNya tanpa ikatan perjanjian.Itulah Yang Maha Pencipta yang memiliki langit dan bumi.

 HATIKU UNTUKMU


Di kala tabir dinihari mulai menyelak
benih embunan pun mengintai
di sebalik kabus menebal
dan selendang rindu pun beralun
menutupi wajah malam yang lesu
tersenyum unggas melirik nakal
kala hati kubuka untukmu

 ANDAI HATI KITA TENANG...

Setiap hari kita memburu kebahgiaan walhal kebahgiaan itu ada sebelah diri kita cuma kita saja tak perasan dan peka kerana kita mudah resah,mudah jemu,mudah melenting,mudah buruk sangka,mudah menuding jari dan mudah mengaku kalah.Cuba kalau kita belajar sabar sikit,tenang sikit,berbaik sangka sikit,belajar mengakui kelemahan sikit dan belajar meletakkan salah itu pada diri sikit...kan mudah.Maka bahagia pun akan datang dengan mudah.InsyaAllah.
 JANGAN ROBOH SILATULRRAHIM KITA


Walau sejauh mana kita berada walau setinggi mana kita mendaki walau sedalam mana kita menyelam walau seperit mana pancaroba melanda walau sesibuk mana tugasan kita, pesan hati ini jangan lah sesekali robohkan silatulrahim kita.Jalinkan ikatan ukhwah meniti redhaNya.
CEPATNYA PUTARAN WAKTU


Semakin hari semakin singkat waktu yg berlalu.Baru je merasai dinginnya malam kehangatan siang sudah terasa.Baru saja menikmati suasana meriahnya siang azan maghrib sdh kedengaran.Begitulah peredaran masa yg bekerja setia di paksinya.Namun masih ada yg belum tersedar dari mimpi bahawa bumi ini sememangnya sudah singkat utk berpusing.Dia akn terhenti bila2 masa saja andai penciptanya menyuruh berbuat demikian.Tapi adakah kita sdh bersedia?
HILANGMU TANPA JEJAK
(buat MH370)

Kususuri jejakmu
walaupun tanpa denai untukku
ikuti
kurenangi lautan
walaupun tanpa ombak
untukku harungi
ku tempuhi mega kelam
walau tanpa pelangi indah
untukku lebarkan sayap
lebar mencarimu di seluruh
Pelusuk dunia

Kehilanganmu tanpa secebis nota
untuk diabadikan ceriteranya
pada insan yang ditinggalkan
kehilanganmu bererti lenyap
sebuah legenda ulung kebanggaan negara

Maka hujan doa pun berderaian
membasahi setiap bibir-bibir ikhlas
para waris tenggelam dalam lautan airmata pilu
pada setiap wajah yang lesu 

dan hiba terbekal seribu harapan
agar Tuhan akan turunkan
segala kasihsayang serta belas ihsanNya 

yang terkandung dalam iradatNya.

Semuga kehilanganmu 

membuahkan ketenangan 
dan keceriaan pada yang menanti
andai qadar dan qadarNya
mengatasi apa yang difikirkan
terhadapmu.

Kehilanganmu tetap ditangisi
sehingga hadirmu terpampang
di arena nyata.
Doa ini tak akan terhenti
sehingga wajahmu benar wujud di alam nyata
Pulang lah MH 370
hilangmu terus kunanti.
Tika kelopak mataku mulai kuyu layu....

Sahabatku sayang...indahnya malam andai dipagari bintang yang beribu..indah lagi andai sang punggok berlagu.
Dan kejora menjadi saksi di celahan lambaian kemboja.Tika itu wajah-wajah kalian muncul satu persatu.Membelah sunyi di kejauhan malam.Tetapi yang lebih indah andai setiap wajah yang hadir beriringan dengan akhlakmu
yang terpuji.Maka lelah lah daku dipelukan sucimu...selamat malam sahabatku.Nantikan mentari kan muncul esok pagi..


Bila Pagi Menitip Kata

Aku tersedar dari lamunan
kicauan beburung membangkitkan ingatan
mentari mengintai di celahan awan

Mega mengusung kabus di tepian
terselaklah langit putih
menampakkan serinya
menyuluh bumi mewarnai alam
dan penghuninya berebutan
berpesta

Nun disana kulihat pelangi
setiap jalurnya menghiasi lelangit
kenari menari kegirangan
atas paksi bahagia yang tercipta

Terpegun daku dengan kebesaranNya
yang menitip kasih tak pernah jemu
hanya diri ini yang sering
berpaling dari kesyukuran
kurniaan Tuhan tidak dihargai
 BAWALAH RESAHKU PERGI


Di rembang senja nan kelabu
sang bayu memintal sirna
di bawah rimbunan gemawan
yang berarak megah
terduduk aku ditangga usang
membilang detiknya waktu
sampai bila penantian ini berakhir 

hatiku tidak kuat menepis duka
berilah jawapan dengan
hadirmu disisi
walaupun takdirnya Tuhan
hatiku terlalu kuat adanya dikau 

Utuslah padaku walau
satu perkataan agar
luka ku sembuh
dan resahku
kau bawa pergi...
 ALLAH SEKADAR MENGUJI


Saja Allah ingin melihat siapakah di antara kita yang kreatif dlm menangani masalah.Siapa yang paling mendekati ketika sekian lama menjauh dariNya.Doa2 yang terkumpul selama ini adakah dituju ikhlas untukNya.Dan adakah kita masih dengan ketaatan bersujud padanya atau sudah berpaling dari keEsaanNya....Bijak kan Allah....