CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 24 March 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 20


                          Sudah hampir dua tahun Rina menjadi surirumah sepenuh masa.Terlalu cepat masa berlalu tanpa sedari.Anak-anaknya membesar di depan mata tanda dia sendiri menyedarinya.Tapi anak-anaknya membesar bersama pahit perih ibunya.Muaz yang berjanji ingin menyara hidup Rina setelah berhenti dari kerja,hanyalah tinggal janji.Tak pernah Rina merasa duit dari hasil projek Muaz sehingga mahu minta duit minyak kereta pun tak pernah ada.Kalau didesak pun hanya Rm10 yang mampu diberi Muaz. Sayu hati Rina mengenangkan janji-janji yang ditabur oleh suaminya sendiri.Inikah habuannya dari hasil taat setia dia menurut perintah untuk meletakkan jawatan dulu? Air jernih mulai menitis satu demi satu ke pipinya yang mulai kusam dan cengkung.Kemudian laju bak air mengalir di atas gunung menuruni lembah berbatu.Cepat-cepat dia menyeka dengan hujung lengan t-shirt supaya tiada siapa yang tahu akan luka di hatinya.

                     Rina menatap note rm10 yang Muaz hulur padanya pagi sebelum Muaz keluar pergi kerja.Apalah yang hendak dia beli dengan nilai duit sebanyak itu.Kalau zaman ibubapanya mungkin nilai duit itu tinggi,tapi zaman sekarang sudah berubah.Masuk kedai mamak beli dua perkara pun dah hampir rm10. Tak mengapalah bersyukur juga sekurang-kurangnya dapatlah isi petrol untuk jemput anak-anaknya dari sekolah." Mama...adik laparlah kat sekolah tadi adik tak sempat nak beli makanan loceng dah berbunyi.Adik rehat lambat sebab adik kena bertugas kat bilik sumber" kata Anis Humairah anak ketiga Rina sebaik saja memasuki kereta."Ha ah..abang pun lapar juga mama..tadi kat sekolah abang makan sikit je abah bagi duit belanja tak cukup nak beli nasi lemak.Abang beli kuih dan air milo je"..sahut Mohd Hakimi pula.Rina mengetap bibir menahan sebak.Cepat-dia mengambil sunglass dari laci kereta dan memakainya kerana dia terasa air matanya hampir membanjiri kelopak matanya.Dadanya sebu.Dia menoleh kepada Aina, yang duduk diam dari tadi di sebelahnya ."Kakak nak makan apa..cakaplah" Rina seolah memancing jawapan dari anak sulungnya.Dalam hati semuga Aina tidak mengharap seperti adik-adiknya.Kerana Rina tahu dalam dompetnya cuma ada rm5 sahaja. Tapi Aina hanya diam tanpa sepatah jawapan.Seolah dia juga tahu akan penderitaan ibunya.Kerana pernah dia tertoleh ke dalam dompet ibunya semasa ibunya mengeluarkan wang  untuk mengisi petrol.

                         Perlahan kaki Rina melangkah ke medan selera yang dipenuhi pelanggan.Hatinya terbayang akan permintaan anak-anaknya yang belum matang itu.Bagaimana nanti kalau mereka minta yang mahal-mahal,sedangkan duitnya ada rm5 sahaja.Rina berbisik dengan anak-anaknya supaya jangan minta lauk mahal seperti daging dan ayam.Makan telur dadar dan sayur sahaja serta minum air kosong."Tak mauu...adik nak ayam,mama..tuuu..ayam merah tu adik suka...lepas tu adik nak milo ais,,," rayu Anis Humairah sambil menolak pinggan nasi yang dihidang oleh pembantu gerai.Permintaan yang sama juga oleh Muhd Hakimi.Aina cuma diam dan akur akan permintaan ibunya yang menyuruh makan dengan nasi dengan telur dadar serta sayur.Harganya cuma rm1.50 sahaja sepinggan.Aina terpaksa mematangkan pemikirannya walaupun dia masih berumur 12 tahun iaitu usia yang tidak sepatutnya menghadapi situasi demikian.Usia itu adalah usia untuk mereka bermain dan bersukaria bukan untuk sebuah penderitaan.
                    Rina tidak dapat menahan sebak..setitis airmata jatuh di atas pinggan nasinya.Rina malu andai ada orang nampak dan dengar akan perbualan anak-anaknya. " Adikk...ni ayam dan daging,nah  bagi anak makan,Jangan susah hati rezki Allah di mana-mana.Jangan biarkan mereka lapar ye dik..." pelawa seorang pelanggan wanita yang duduk bersebelahan dengan meja Rina dan anak-anak.Rupa-rupanya dari awal dia memerhatikan kelibat mereka kerana dia tertarik dengan keletah serta wajah comel anak Rina.
'Ya Allah...err...terimakasih kak..semuga Allah saja dapat membalasnya" jawab Rina sambil mengatur piring lauk itu di atas meja. "Maafkan anak-anak saya kak...mereka ni mengada-ngada pulak.bukan tak nak bagi makan ayam dan daging tu..saja..sebab hari-hari mereka makan semua tu.Takotlah pula dapat penyakit nanti" Rina cuba mengelak dari diketahui akan susah senangnya. " eh tak mengapa dik..budak-budak memang begitu.Lagi pun mereka kan baru balik sekolah,mesti lapar dan perlu bagi makanan berkhasiat.Tak pa itu Allah dah tertulis rezeki mereka untuk hari ini.Kakak ikhlas menolong" Jawab pelanggan yang bermurah hati itu. " Terimakasih kak,panggil saja saya Rina.." sambung Rina lagi sambil bersalaman.


            Rina menceritakan kejadian di medan selera sianghari tadi kepada Muaz dengan harapan beliau ada sedikit rasa belas kasihan dan perihatin terhadap dia dan anak-anak.Harapannya agar dapatlah Muaz akan bagi duit belanja yang lebih sedikit sebagai pengalas perut dan keperluan yang lain.Rupa-rupanya harapan tinggal harapan.Ternyata hati batu dan kedekut Muaz itu tak lut disiram dengan apa pun rayuan.Rina akur dan airmata merembes lagi....  ~bersambung~




















No comments:

Post a Comment