Tuesday, 17 June 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 25
Rina sudah buntu dengan masalah rumahtangga.Terasa setiap rongga dirinya dipenuhi nanah berbisa dan bila-bila masa saja akan membusuk.Fikirannya sudah bercelaru.Sekuat manalah sangat hati dan perasaannya untuk menelan semua racun dan dusta yang saban hari terhidang di dalam rumahtangganya.Selain pada Allah,dia tidak tahu lagi untuk mengadu "Hasbiayallahu wanikmal wakil.La haulawala Quwwatailla Billa Hil A'liyyil azim" hanya kalimah itu yang sentiasa menemaninya ketika gusar dan galau.Sebelum ini segala kepahitan dengan seribu perasa telah dia kecapi,kali ini dia ingin mencuba meluahkan apa yang terbuku dibenaknya untuk dikongsi dengan adik iparnya Rizal."Ishh..boleh caya ke si Rizal tu.Buatnya dicerita semua pada Muaz pula,naya aku.Tapi,siapa lagi aku nak cerita.Kat famili aku...emm..dah tau dah apa jawapannya.Memang aku juga yang mereka kecam.Siapa nak percaya dengan cerita aku ni.Takda bukti yang jelas.Tak ada video dan perakam suara.Takpa,biarlah apa yang Rizal nak kata.Itu abang dia.Biar dia yang nasihatkan.Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang abangnya telah lakukan terhadap rumahtangga ini.Bukan aku nak aibkan Muaz dan nak kata aku yang terbaik,tapi sekadar hendak meminta pendapat yang terbaik demi menyelamatkan rumahtanggaku"
"waalaikumussalam,sekejap ye,kak Rina ke tu?" tanya suara dari dalam rumah sebaik sahaja Rina memberi salam. "Silakan masuk kak Rina,dengan anak-anak je ke..abang Muaz mana" pelawa Siti isteri Rizal sambil mempersilakan Rina dan anak-anaknya sambil dia mengangkat pakaian yang berselerak serta buku di atas sofa dan juga meja tamu.Di wajahnya menampakkan perasaan malu dan segan terhadap birasnya yang sentiasa kemas dan bersih menguruskan rumah."maaf ye rumah bersepah,maklumlah mereka ni lasak,dah kemas berkali-kali pun,pusing je belakang,dah berterabur balik,haha....duduklah ye akak,siti nak ke dapur jap, Rizal tengah solat asar kat surau,jap lagi balik lah tu.." Siti memohon diri dan berlalu ke dapur.
"Eh..tak payah susah-susah Tie,kak Rina dan anak-anak baru je lepas makan balik keje tadi.Kebetulan harini akak balik awal sebab badan tak sihat,lepas tu ada hal sikit nak cakap dengan Rizal.Ni pun tak lama sebab abang Muaz korang belum balik lagi,nanti dia balik tengok kami tak ada kat umah bising pulak.Ni pun kata nak hantar baju ke rumah Tie" sanggah Rina." ala,takpa bukannya susah sangat pun,air bujang je..." jawab siti dan terus menghilang ke dapur.Tak lama kemudian bau bawang putih goreng semerbak memenuhi ruang tamu...bunyi minyak menumis dan menggoreng memencit-mencit ke telinga Rina membuatkan perutnya tiba-tiba lapar.Emmm..tadi kata nak buat air bujang je,tapi...si Siti ni memang,tak sah kalau tak hidang makanan yang berat-berat kalau sesiapa yang datang ke rumah dia.
" Assalamualaikum.." suara lelaki di luar memberi salam di susuli dengan suara-suara kecil mengikuti salam bapanya. " Walaikumussalam...ohh..Rizal dah balik..." jawab Rina sambil melebarkan senyuman pada Rizal dan dua anak lelakinya. ~ bersambung~
Sunday, 15 June 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 24
Aida kebingungan melihat perubahan pada diri Syukri anak sulungnya.Dulu dia tak reti nak bersalam dan cium pipi ibunya bila setiap kali mahu keluar.Nada percakapannya pun lain dari biasa.Tak kasar dan biadap.Kali ini dia penuh dengan kesopanan.Ishh...nape ngan budak ni.Buang tabiat ke...ke nak mampos mcm mak tiri dia tu...ishh tak faham aku...bisik hati Aida keseorangan.Dia tidak tahu secara diam-diam Rina telah 'mencuri' Syukri dan membawa balik ke rumahnya.Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan mereka adik beradik walaupun berlainan ibu." Yang awak bawa balik si Syukri ni buat apa? Nanti kalau maknya tau mcamana? Awak ni..memandai je.." tegur Muaz kurang senang dengan tindakan Rina yang membawa balik anak tirinya." Ala abang ni..apa salahnya.Mereka kan adik beradik yang sah.Itu pun dah terlewat.Sepatutnya dari kecil lagi mereka hidup bersatu dan kenal antara satu sama lain." jawab Rina sambil membuka peti air mencari bahan-bahan untuk di masak." Syukri nak makan apa sayang biar mama Rina masak ye..emm..mama Rina tau syukri suka makan daging masak merah kan...ok nanti kita masak ye..makan puas-puas tauu..." Rina cuba mengambil hati anak tirinya.Syukri amat sayang kat Rina mengatasi ibunya.Kebaikan dan keperihatinan Rina terhadapnya jauh berbeza dengan Aida.
Anak-anak Rina kurang senang dengan kehadiran abang tiri mereka kerana wataknya berbeza berbanding dengan mereka." mama..abang Syukri tu lama ke tinggal kat rumah kita? " tanya Muhammad Hasnol Hakimi dengan muka mencuka." Ha ah..nape..sekarang kan cuti penggal seminggu.Biarlah dia tinggal kt sini..sian dia duduk sorang-sorang kat rumah.Mama dia tu bukannya jenis tunggu rumah,sibuk memanjang dengan kerja pejabatnya.Lagipun mereka selalu je bertengkar. Nape Akim tanya macam tu..tak suka ke dia tinggal kat sini?" jelas Rina panjang lebar sambil sibuk memasak makanan kegemaran anak tirinya. " Bukan apa..abang Syukri tu tak suka solat.Pastu suka melepak. Cakap pun tak senonoh.Kami tak suka dia.." jelas Akim. " Ishh...tak baik cakap macam tu.Kan dia abang korang jugak.Kesian dia dah tak ada adik beradik lain.Adik dia Nani tu kecik lagi dan tinggal ngan jiran siang malam.Abah korang pulak dah lah tak suka balik sana. Sebulan sekali pun tidak.Abis tu dia nak bersembang dengan siapa?..Dah...dah..nanti pelan-pelan ajak dia solat,dan cakap lembut-lembut dengan dia.Lama kelamaan dia akan terikut cara kita,ok?" Pujuk Rina terhadap anak-anaknya.
" Abang, nanti petang kita pergi beli baju Syukri ye,kesian dia tak ada baju.Asyik pakai baju ni saja" Rayu Rina sambil menjeling manja ke arah Muaz yang sedang menonton tv. " Awak nak tau tak,Aida tu pantang kalau saya sebut nama anak-anak kita kat sini,menggerutu muka macam memerang. Itu belum saya ajak anak-anak ni pergi sana. Dia siap pesan,jangan seorang pun keturunan sini nak jejak kaki di rumahnya.Huhh..tak sedar diri,rumah tu bukan dia yang beli.basuh kaki je dia masuk rumah dulu. Berlagak." rungut Muaz dengan muka yang meluat mengingati Aida. " Biarlah abang.Memanglah dia sukar hendak menerima hakikat bermadu.kita doakan je lah dia berubah.Yang abang pun satu nape dah tak reti-reti nak balik sana? Dah berbulan dah.Tak baik tau.poligami kena adil.Kalau tidak boleh berlaku adil,kahwini je salah seorang sebabb......" belum sempat Rina menghabiskan hujjahnya Muaz terus menyampuk. " Ahhh..tak payah awak nak jadi ustazah kat saya.Saya tau apa saya buat.Saya bukan tak mau balik sana,tapi semenjak saya dah banyak kali terserempak dan terjumpa benda-benda yang dia masuk dalam makanan,tempat tidur,macam-macam lagi, saya dah fedup.Saya memang tak gemar kaki bomoh ni.Semua tempat di taburnya.Naik seriau saya dibuatnya." Muaz naik angin tanpa ribut dan hujan."Biarlah abang.Benda-benda macam tu tak kekal lama.Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.Err...abang dah so....." sekali lagi percakapan Rina tercaras." Ishhh..bisinglah awak ni.Suka nak arah orang itu ini,awak ingat saya ni budak tadika ke semua nak kena cakap?Jap lagi saya solat lah" Bentak Muaz sambil menjengilkan mata ke arah Rina dan berlalu dari situ.Rina pun cepat-cepat bangun dan mengintai-ngintai balik kabinet samada suaminya ke bilik air ambil wuduk atau sebaliknya. Sebab waktu maghrib hampir tamat.Rina sudah tidak larat menjadi mata-mata gelap dalam rumahnya,setiap kali masuk waktu solat dia mengerah anak-anaknya berjemaah dan selepas itu mengaji Quran. Tapi dalam masa yang sama dia juga ustazah kepada suaminya..Ya Allah besarnya dugaan terhadap Rina.Mendidik anak-anaknya tidaklah sesusah mendidik suaminya.Sebab anak-anaknya telah diasuh dari kandungan lagi.Anak-anaknya berjemaah tanpa bapa.Kadang Rina yang mengimani solat lima waktu.Muaz seperti biasa,balik kerja terus terkam juadah bawah saji dan masuk bertapa dalam mini pejabatnya.Berhenti sekejap untuk mandi dan masuk ke mini pejabat lagi sehingga dia berpuashati dengan urusannya.Anak?.Ah..biarlah mak dia kan ada...lagi pun mak dia kan dah ada kerja boleh bagi belanja kat mereka tu... ~ bersambung~
Friday, 13 June 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 23
Hari ini hari penyerahan buku rekod atau buku pelapuran pelajar.Rina tak tau yang mana dulu hendak pergi.Empat orang anak,bermakna empat sekolah hendak dia jengah.Sedangkan dalam masa yang sama dia seorang guru.Ya Allah...berilah aku kekuatan.Berilah aku daya fikir yang sihat dan bernas.Bantulah aku Ya Tuhan untuk menyelesaikan pembelajaran anak-anakku.Rina terpaksa menipu pengetuanya bahawa suaminya berada di luar kawasan dan tidak dapat menghadiri program penyerahan buku rekod anak-anaknya.Terpaksalah dirinya seorang yang mengurusnya.Padahal memang pun dia seorang yang selama ini menguruskan pembelajaran anak-anaknya tanpa bertanya kabar oleh Muaz."Er,,cikgu..maafkan saya,boleh tak saya ambil dulu kad pelapuran anak saya ni sebab saya hendak pergi ke sekolah anak saya yang nombor dua pula" bisik Rina tanpa segan silu pada guru kelas anak sulungnya.Terpaksa dia menebalkan muka di hadapan ibubapa yang lain.Guru itu mengangguk tanda faham dan simpati dengan keadaan Rina.Memang kebanyakan guru-guru dan kakitangan di semua sekolah anak-anak Rina mereka sudah faham dan tahu serba sedikit sejarah hidupnya.Pada mulanya mereka ingat Rina seorang ibu tunggal kerana tak pernah nampak bayang Muaz datang ke sekolah.
Selepas satu sekolah ke satu sekolah sehingga habis kad pelapuran anaknya diterima barulah Rina berasa lega dan kembali bertugas.Begitulah tugasan Rina yang tidak kehabisan dari seawal subuh hingga larut malam.Itupun Muaz selalu terlepas pandang dan menganggap Rina sentiasa relax dan tidak banyak tugasan selain dia.Malas Rina untuk berdebat dalam perkara sedemikian.Penat rasanya untuk memikirkan semua itu.Kepalanya sudah penuh dan perlu ada sedikit ruang untuk berehat.Muaz tidak pernah bertanya tentang pelajaran anak-anak apatah lagi tentang kewangan dan perbelanjaan sekolah.Kalau Rina tidak meminta bermakna dia anggapkan Rina sudah selesaikan semuanya.Bermakna kalau Rina dan anak-anak mahukan belanja,mereka kena sentiasa mengingatkan dan meminta.Aduss..sampai bila? Dalam rumah pun kena jadi peminta sedekah ke? Wahai hati bersabarlah dikau,Allah kan ada.
Kepenatan Rina tiba-tiba diganggu oleh panggilan telefon." Assalamualaikum,Kak,ini Zul,abang di mana kak? Dari tadi Zul call tak angkat" sapa Zulhairi adik bongsu Muaz di kampung. "Waalaikumussalam,oh Zul,ingat siapa tadi dah tukar nombor baru iya,abang keje,agaknya dia tak cam nombor baru Zul sebab itu dia tak angkat."Jawab Rina sambil membela Muaz.Padahal Muaz memang susah hendak menjawab panggilan telefon kalau tak ada kaitan bisnes dengannya." Takkan langsung tak angkat,manalah tau kalau nombor ni pelanggan dia..saja lah tu..ni Zul nak bagitau,mak sekarang tak sihat.Dia kalau boleh nak sangat akak dan anak-anak semua balik.Rindu sangat dia kat cucu-cucunya kt perak.Abang Long dan Abang Rizal dah balik minggu lepas.tu yang mak rasa terkilan akak dan abang Muaz tak balik sama" Jelas Zulhairi seakan-akan menahan sebak.
"Ya Allah yeke dik...akak tak kisah boleh je ambik cuti.Abang Muaz tu la tak tau macamana boleh cuti ke tak,akak ni tak reti nak drive balik sana .Akak takut tak biasa.Lagi pun abang Muaz tu memang tak benarkan akak drive sorang-sorang balik kampung.Nantilah akak bagitau dia ye dik..kirim salam kat mak cakap akak dan abang serta anak-anak akan balik dalam minggu ni".Janji rina terhadap Zulhairi."Emm..ok kak terimakasih ye..jangan lupa bagitau abang ye,assalamualaikum" Zulhairi menamatkan perbualan.
"Waalaikumussalam..." perlahan Rina mematikan handsetnya.Fikirannya menerawang ke kampung membayangkan keadaan mak mentuanya yang sakit darah tinggi,kencing manis dan buah pinggang.Dia tahu mak mentuanya sangat merinduinya bukan saja waktu sakit malah waktu sihat pun sebab Rina terlalu rapat dengannya." Mak tak kisah kalau orang lain tak balik pun asalkan Rina dapat balik.Mak tak reti dan kekok dan minta tolong menantu-menantu mak yang lain,mereka tu tak sama dengan Rina.Bila balik je ke sini isteri Rizal dan bang Long tu terus je bawa barang masuk bilik,tak keluar-keluar dah.Kalau keluar pun bila nak mandi dan makan. Kadang bersalam dan bertanya khabar mak pun tidak.Tapi mak tak kisah asalkan mereka bahagia" teringat luahan mak mentuanya semasa dia balik beraya dua tahun yang lalu.memanglah kalau Rina balik kampung sesampai je terus cari mak mentuanya dan peluk cium persis ibunya sendiri.Lepas itu diurut-urutkan tempat mana-mana bahagian mak mentuanya yang sakit.Terus pula dia ke dapur melihat dan menjenguk ke dalam peti ais kot-kot masih ada stok makanan atau sebaliknya.Kalau takada rina akan membawa mak mentuanya pergi bershopping di pasaraya.Kemudian mereka masak bersama mengikut selera mak mentuanya.Lepas itu mereka ke kebun belakang rumah mencari ulam...ahhh...betapa indahnya kenangan setiap kali balik beraya di sana...tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kepulanngan Muaz.
Cepat-cepat dia menceritakan apa yang disampaikan oleh adik bongsunya tadi." Ishhh...mana boleh,saya ni kan banyak kerja.Memang saya tau tu panggilan dari dia saja je saya tak mau angkat.Dah tau dah Rizal ada bagitau saya." jawab Muaz selamba sambil menuju ke mini pejabatnya. Rina membontoti Muaz sampai ke mini pejabat. Dia terus memujuk untuk pulang ke kampung Tapi hati batu Muaz tetap membatu ~ bersambung~
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 22
Sakit hati Aida bukan dibuat-buat.Rasa tak tertanggung lahar cemburunya yang terus membakar dan kini menjadi lava.Tak mampus-mampus juga perempuan celaka tu..Liat betul nyawanya ye..takpa tau lah aku nak mengajar betina keparat tu.Aida telah mengupah seseorang untuk menghantar satu bungkusan yang berisi perca kain dan pasir dari tanah kubur.Bungkusan itu disangkutnya di atas kerawang pintu pagar rumah Rina.Tujuannya adalah untuk memecah belahkan rumahtangga Rina dan Muaz.Tapi Allah maha berkuasa di atas segala sesuatu.Setibanya Rina balik dari kerja dan memungut semua anak-anaknya dari sekolah salah seorang anaknya ternampak bungkusan plastik tergantung di pintu pagar.Rina dengan tenang memandang dan menyuruh anaknya supaya jangan pegang.Rina sudah biasa dengan keadaan begini.Bukan sekali,tapi sudah banyak kali rumahnya dicampak dengan benda-benda tahyul begini.Tujuannya sama.Kalau dulu pernah di garaj kereta betul-betul di bawah kereta Rina diletaknya semangkuk nasi bersama abu mayat serta serpihan batu nisan.Nasib menyebelahi Rina juga.Kalau lah dia masuk dalam kereta dan terlangkah benda-benda tu entahlah tak tau apa yang berlaku.Tapi Rina seorang yang tenang dan bijak.Dia tak cepat menuduh dan mengelabah.Dia telepon kakak angkatnya yang mahir tentang benda-benda misteri untuk membuat tindakan seterusnya.Kakak angkatnya pesan jangan buat masuk ke dalam rumah.Ambil dengan kayu atau apa-apa selain dari menyentuh dan buang ke dalam air yang mengalir beserta dengan selawat dan ayatul kursi.
Muaz sudah dapat mengagak siapa yang punya angkara.Pada mulanya dia menuduh Aida yang melakukannya tetapi fikirannya berubah macam orang hilang akal pula.Dia menuduh ada orang lelaki yang mungkin kekasih Rina yang melakukannya. Rina terkejut dan sakit hati dengan tuduhan melulu Muaz.Lelaki?Siapa? Apa buktinya? " Awak jangan nak menuduh Rina yang bukan-bukan.Jangan nak buat cerita wayang" bentak Rina." Huh...awak tu siapa tak kenal..orang cantik dan g;lamor kan.Lelaki keliling kelalang..manalah tau dalam ramai-ramai tu ada yang sakit hati tengok awak jadi isteri saya" tuduh Muaz membabi buta."Astaghfirullah hal azim..Rina masih waraslah,Ingat apa,kalau Rina ni jenis yang gatal,curang,dari dulu lagi Rina dah buat.Kenapa masa kat KL dulu masa awak tak duduk sana Rina tak buat,kenapa tiba di sini baru nak buat.Ah, sudahlah jangan nak cari pasal..Rina banyak kerja nak buat.Malulah dengan anak-anak kalau mereka dengar".Rina cuba membela diri sambil meletak semua barang-barang dapur di dalam peti ais.Tak ada mood pula dia hendak memasak petang tu.Anak-anaknya semua senyap di dalam bilik masing-masing.Tidak lama kemudian Rina keluar membeli beberapa bungkus nasi.Muaz menjadi tidak menentu.Dia terus masuk ke dalam mini pejabatnya dan menyambung tugasan kerjanya.Maghrib berlalu begitu sahaja.Peduli apa dengan maghrib,yang penting kerja aku mesti beres.Duit aku mesti cukup jangan berkurang.Rina sudah penat dalam soal 'mengislamkan' Muaz. ~bersambung~
Thursday, 5 June 2014
Inginku tinggalkan secebis perkongsian buatmu teman...
Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya.
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah agresif
Penyakit pemurah adalah menyebut2 pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit kaya adalah kikir
Penyakit agama adalah hawa nafsu
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
Penyakit mewah adalah berlebih-lebihan
Subscribe to:
Posts (Atom)