CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 13 June 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 22



                          Sakit hati Aida bukan dibuat-buat.Rasa tak tertanggung lahar cemburunya yang terus membakar dan kini menjadi lava.Tak mampus-mampus juga perempuan celaka tu..Liat betul nyawanya ye..takpa tau lah aku nak mengajar betina keparat tu.Aida telah mengupah seseorang untuk menghantar satu bungkusan yang berisi perca kain dan pasir dari tanah kubur.Bungkusan itu disangkutnya di atas kerawang pintu pagar rumah Rina.Tujuannya adalah untuk memecah belahkan rumahtangga Rina dan Muaz.Tapi Allah maha berkuasa di atas segala sesuatu.Setibanya Rina balik dari kerja dan memungut semua anak-anaknya dari sekolah salah seorang anaknya ternampak bungkusan plastik tergantung di pintu pagar.Rina dengan tenang memandang dan menyuruh anaknya supaya jangan pegang.Rina sudah biasa dengan keadaan begini.Bukan sekali,tapi sudah banyak kali rumahnya dicampak dengan benda-benda tahyul begini.Tujuannya sama.Kalau dulu pernah di garaj kereta betul-betul di bawah kereta Rina diletaknya semangkuk nasi bersama abu mayat serta serpihan batu nisan.Nasib menyebelahi Rina juga.Kalau lah dia masuk dalam kereta dan terlangkah benda-benda tu entahlah tak tau apa yang berlaku.Tapi Rina seorang yang tenang dan bijak.Dia tak cepat menuduh dan mengelabah.Dia telepon kakak angkatnya yang mahir tentang benda-benda misteri untuk membuat tindakan seterusnya.Kakak angkatnya pesan jangan buat masuk ke dalam rumah.Ambil dengan kayu atau apa-apa selain dari menyentuh dan buang ke dalam air yang mengalir beserta dengan selawat dan ayatul kursi.

                       Muaz sudah dapat mengagak siapa yang punya angkara.Pada mulanya dia menuduh Aida yang melakukannya tetapi fikirannya berubah macam orang hilang akal pula.Dia menuduh ada orang lelaki yang mungkin kekasih Rina yang melakukannya. Rina terkejut dan sakit hati dengan tuduhan melulu Muaz.Lelaki?Siapa? Apa buktinya? " Awak jangan nak menuduh Rina yang bukan-bukan.Jangan nak buat cerita wayang" bentak Rina." Huh...awak tu siapa tak kenal..orang cantik dan g;lamor kan.Lelaki keliling kelalang..manalah tau dalam ramai-ramai tu ada yang sakit hati tengok awak jadi isteri saya" tuduh Muaz membabi buta."Astaghfirullah hal azim..Rina masih waraslah,Ingat apa,kalau Rina ni jenis yang gatal,curang,dari dulu lagi Rina dah buat.Kenapa masa kat KL dulu masa awak tak duduk sana Rina tak buat,kenapa tiba di sini baru nak buat.Ah, sudahlah jangan nak cari pasal..Rina banyak kerja nak buat.Malulah dengan anak-anak kalau mereka dengar".Rina cuba membela diri sambil meletak semua barang-barang dapur di dalam peti ais.Tak ada mood pula dia hendak memasak petang tu.Anak-anaknya semua senyap di dalam bilik masing-masing.Tidak lama kemudian Rina keluar membeli beberapa bungkus nasi.Muaz menjadi tidak menentu.Dia terus masuk ke dalam mini pejabatnya dan menyambung tugasan kerjanya.Maghrib berlalu begitu sahaja.Peduli apa dengan maghrib,yang penting kerja aku mesti beres.Duit aku mesti cukup jangan berkurang.Rina sudah penat dalam soal 'mengislamkan' Muaz. ~bersambung~


No comments:

Post a Comment