CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 13 June 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 23




                         Hari ini hari penyerahan buku rekod atau buku pelapuran pelajar.Rina tak tau yang mana dulu hendak pergi.Empat orang anak,bermakna empat sekolah hendak dia jengah.Sedangkan dalam masa yang sama dia seorang guru.Ya Allah...berilah aku kekuatan.Berilah aku daya fikir yang sihat dan bernas.Bantulah aku Ya Tuhan untuk menyelesaikan pembelajaran anak-anakku.Rina terpaksa menipu pengetuanya bahawa suaminya berada di luar kawasan dan tidak dapat menghadiri program penyerahan buku rekod anak-anaknya.Terpaksalah dirinya seorang yang mengurusnya.Padahal memang pun dia seorang yang selama ini menguruskan pembelajaran anak-anaknya tanpa bertanya kabar oleh Muaz."Er,,cikgu..maafkan saya,boleh tak saya ambil dulu kad pelapuran anak saya ni sebab saya hendak pergi ke sekolah anak saya yang nombor dua pula" bisik Rina tanpa segan silu pada guru kelas anak sulungnya.Terpaksa dia menebalkan muka di hadapan ibubapa yang lain.Guru itu mengangguk tanda faham dan simpati dengan keadaan Rina.Memang kebanyakan guru-guru dan kakitangan di semua sekolah anak-anak Rina mereka sudah faham dan tahu serba sedikit sejarah hidupnya.Pada mulanya mereka ingat Rina seorang ibu tunggal kerana tak pernah nampak bayang Muaz datang ke sekolah.

                   Selepas satu sekolah ke satu sekolah sehingga habis kad pelapuran anaknya diterima barulah Rina berasa lega dan kembali bertugas.Begitulah tugasan Rina yang tidak kehabisan dari seawal subuh hingga larut malam.Itupun Muaz selalu terlepas pandang dan menganggap Rina sentiasa relax dan tidak banyak tugasan selain dia.Malas Rina untuk berdebat dalam perkara sedemikian.Penat rasanya untuk memikirkan semua itu.Kepalanya sudah penuh dan perlu ada sedikit ruang untuk berehat.Muaz tidak pernah bertanya tentang pelajaran anak-anak apatah lagi tentang kewangan dan perbelanjaan sekolah.Kalau Rina tidak meminta bermakna dia anggapkan Rina sudah selesaikan semuanya.Bermakna kalau Rina dan anak-anak mahukan belanja,mereka kena sentiasa mengingatkan dan meminta.Aduss..sampai bila? Dalam rumah pun kena jadi peminta sedekah ke? Wahai hati bersabarlah dikau,Allah kan ada.

             Kepenatan Rina tiba-tiba diganggu oleh panggilan telefon." Assalamualaikum,Kak,ini Zul,abang di mana kak? Dari tadi Zul call tak angkat" sapa Zulhairi adik bongsu Muaz di kampung. "Waalaikumussalam,oh Zul,ingat siapa tadi dah tukar nombor baru iya,abang keje,agaknya dia tak cam nombor baru Zul sebab itu dia tak angkat."Jawab Rina sambil membela Muaz.Padahal Muaz memang susah hendak menjawab panggilan telefon kalau tak ada kaitan bisnes dengannya." Takkan langsung tak angkat,manalah tau kalau nombor ni pelanggan dia..saja lah tu..ni Zul nak bagitau,mak sekarang tak sihat.Dia kalau boleh nak sangat akak dan anak-anak semua balik.Rindu sangat dia kat cucu-cucunya kt perak.Abang Long dan Abang Rizal dah balik minggu lepas.tu yang mak rasa terkilan akak dan abang Muaz tak balik sama" Jelas Zulhairi seakan-akan menahan sebak.
"Ya Allah yeke dik...akak tak kisah boleh je ambik cuti.Abang Muaz tu la tak tau macamana boleh cuti ke tak,akak ni tak reti nak drive balik sana .Akak takut tak biasa.Lagi pun abang Muaz tu memang tak benarkan akak drive sorang-sorang balik kampung.Nantilah akak bagitau dia ye dik..kirim salam kat mak cakap akak dan abang serta anak-anak akan balik dalam minggu ni".Janji rina terhadap Zulhairi."Emm..ok kak terimakasih ye..jangan lupa bagitau abang ye,assalamualaikum" Zulhairi menamatkan perbualan.
"Waalaikumussalam..." perlahan Rina mematikan handsetnya.Fikirannya menerawang ke kampung membayangkan keadaan mak mentuanya yang sakit darah tinggi,kencing manis dan buah pinggang.Dia tahu mak mentuanya sangat merinduinya bukan saja waktu sakit malah waktu sihat pun sebab Rina terlalu rapat dengannya." Mak tak kisah kalau orang lain tak balik pun asalkan Rina dapat balik.Mak tak reti dan kekok dan minta tolong menantu-menantu mak yang lain,mereka tu tak sama dengan Rina.Bila balik je ke sini isteri Rizal dan bang Long tu terus je bawa barang masuk bilik,tak keluar-keluar dah.Kalau keluar pun bila nak mandi dan makan. Kadang bersalam dan bertanya khabar mak pun tidak.Tapi mak tak kisah asalkan mereka bahagia" teringat luahan mak mentuanya semasa dia balik beraya dua tahun yang lalu.memanglah kalau Rina balik kampung sesampai je terus cari mak mentuanya dan peluk cium persis ibunya sendiri.Lepas itu diurut-urutkan tempat mana-mana bahagian mak mentuanya yang sakit.Terus pula dia ke dapur melihat dan menjenguk ke dalam peti ais kot-kot masih ada stok makanan atau sebaliknya.Kalau takada rina akan membawa mak mentuanya pergi bershopping di pasaraya.Kemudian mereka masak bersama mengikut selera mak mentuanya.Lepas itu mereka ke kebun belakang rumah mencari ulam...ahhh...betapa indahnya kenangan setiap kali balik beraya di sana...tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kepulanngan Muaz.

                   Cepat-cepat dia menceritakan apa yang disampaikan oleh adik bongsunya tadi." Ishhh...mana boleh,saya ni kan banyak kerja.Memang saya tau tu panggilan dari dia saja je saya tak mau angkat.Dah tau dah Rizal ada bagitau saya." jawab Muaz selamba sambil menuju ke mini pejabatnya. Rina membontoti Muaz sampai ke mini pejabat. Dia terus memujuk untuk pulang ke kampung Tapi hati batu Muaz tetap membatu ~ bersambung~
                         

No comments:

Post a Comment