Tuesday, 17 June 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 25
Rina sudah buntu dengan masalah rumahtangga.Terasa setiap rongga dirinya dipenuhi nanah berbisa dan bila-bila masa saja akan membusuk.Fikirannya sudah bercelaru.Sekuat manalah sangat hati dan perasaannya untuk menelan semua racun dan dusta yang saban hari terhidang di dalam rumahtangganya.Selain pada Allah,dia tidak tahu lagi untuk mengadu "Hasbiayallahu wanikmal wakil.La haulawala Quwwatailla Billa Hil A'liyyil azim" hanya kalimah itu yang sentiasa menemaninya ketika gusar dan galau.Sebelum ini segala kepahitan dengan seribu perasa telah dia kecapi,kali ini dia ingin mencuba meluahkan apa yang terbuku dibenaknya untuk dikongsi dengan adik iparnya Rizal."Ishh..boleh caya ke si Rizal tu.Buatnya dicerita semua pada Muaz pula,naya aku.Tapi,siapa lagi aku nak cerita.Kat famili aku...emm..dah tau dah apa jawapannya.Memang aku juga yang mereka kecam.Siapa nak percaya dengan cerita aku ni.Takda bukti yang jelas.Tak ada video dan perakam suara.Takpa,biarlah apa yang Rizal nak kata.Itu abang dia.Biar dia yang nasihatkan.Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang abangnya telah lakukan terhadap rumahtangga ini.Bukan aku nak aibkan Muaz dan nak kata aku yang terbaik,tapi sekadar hendak meminta pendapat yang terbaik demi menyelamatkan rumahtanggaku"
"waalaikumussalam,sekejap ye,kak Rina ke tu?" tanya suara dari dalam rumah sebaik sahaja Rina memberi salam. "Silakan masuk kak Rina,dengan anak-anak je ke..abang Muaz mana" pelawa Siti isteri Rizal sambil mempersilakan Rina dan anak-anaknya sambil dia mengangkat pakaian yang berselerak serta buku di atas sofa dan juga meja tamu.Di wajahnya menampakkan perasaan malu dan segan terhadap birasnya yang sentiasa kemas dan bersih menguruskan rumah."maaf ye rumah bersepah,maklumlah mereka ni lasak,dah kemas berkali-kali pun,pusing je belakang,dah berterabur balik,haha....duduklah ye akak,siti nak ke dapur jap, Rizal tengah solat asar kat surau,jap lagi balik lah tu.." Siti memohon diri dan berlalu ke dapur.
"Eh..tak payah susah-susah Tie,kak Rina dan anak-anak baru je lepas makan balik keje tadi.Kebetulan harini akak balik awal sebab badan tak sihat,lepas tu ada hal sikit nak cakap dengan Rizal.Ni pun tak lama sebab abang Muaz korang belum balik lagi,nanti dia balik tengok kami tak ada kat umah bising pulak.Ni pun kata nak hantar baju ke rumah Tie" sanggah Rina." ala,takpa bukannya susah sangat pun,air bujang je..." jawab siti dan terus menghilang ke dapur.Tak lama kemudian bau bawang putih goreng semerbak memenuhi ruang tamu...bunyi minyak menumis dan menggoreng memencit-mencit ke telinga Rina membuatkan perutnya tiba-tiba lapar.Emmm..tadi kata nak buat air bujang je,tapi...si Siti ni memang,tak sah kalau tak hidang makanan yang berat-berat kalau sesiapa yang datang ke rumah dia.
" Assalamualaikum.." suara lelaki di luar memberi salam di susuli dengan suara-suara kecil mengikuti salam bapanya. " Walaikumussalam...ohh..Rizal dah balik..." jawab Rina sambil melebarkan senyuman pada Rizal dan dua anak lelakinya. ~ bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment