CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 13 May 2012





















KEMATIAN ADALAH PENGHAKHIRAN KEHIDUPAN


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ



 مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saudara dan saudari seislamku,

Mati adalah perpisahan antara ruh dan jasad.Tubuh kita yang kasar datang dari tanah dan akal juga datang dari tanah. Itulah anasir kejadian awalnya. Ruh dari Allah akan kembali kepada Allah,seperti dalam firmanNya yang bermaksud:" Kita ini semuanya datang dari Allah dan kepada Allah kita semuanya akan dikembalikan" (Al Baqarah :156).Oleh itu mati bukanlah pupus. Bukan hilang,bukanlah habis,akan tetapi mati itu ialah pergantian sifat hidup dari Fana' dan Baqa' dan dari dunia kepada akhirat. Selama kita hidup di dunia haruslah kita ingat bahawa kita tidak lama tinggal di sini dan pasti akan mati. Janganlah bersedih tentang mati kerana mati itu adalah sifat lawan bagi hidup.

Orang yang takut mati itu bererti dia takut pula hidup. Mati itu hanya sekali sahaja ,sesudah mati yang sekali tidak ada mati yang lain lagi. Jika kita insaf dengan baik lalu kita penuhi umur itu dengan amal soleh dan tidaklah lagi kita merasa takut akan mati. Orang-orang yang enggan mati, padahal dia mesti mati ialah kerana hatinya sangat terpaut kepada dunia ini sehingga apabila datang waktu matinya,tetapi dia belum bersedia dan takut untuk menghadapinya.

Dia merasakan mati itu sangat sakit kerana sakit bercerai dengan harta dan pangkat yang dikasihinya. Kerana harta tadi yang dicarinya tidak menghitung halal dn haram dan dalam masa mencari harta dan pangkat tadi dia tidak sempat ingat kepda suruhan dan larangan Allah,nauzubillah. Semuga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa menyucikan diri serta berani menghadapi kematian dengan tenang.




Saturday, 12 May 2012




BIARKAN CINTA DAN RINDU INI UNTUKNYA


Semalaman aku diasak persoalan. Persoalan tentang hakikat cinta sahabat. Sahabat kah dia? Atau...ah...tidak mau aku mengelamun jauh. Sahabat tetap sahabat. Mana bisa lebih dari itu. Harus ada beza dan sempadan. Kita telah berjanji bahawa tiada istilah cinta dalam persahabatan. Cinta telah kita pagari dengan benteng-benteng keimanan yang kukuh. Kita tambak dengan timbunan keazaman beserta benih kasihNya, yang tidak mungkin teroboh  begitu sahaja walaupun tsunami dusta membadai di lautan kasih ukhwah kita. Tiap waktu yang melewati kita,pasti debunga indah mewarnai arena persahabatan. Sungai-sungai indah tidak henti mengalirkan air jernih menghanyut segala sampah kerinduan  ke tasek kontang.


Dengar sini sahabat yang kurindui,
Sesungguhnya dikau adalah kekasih Tuhan.Curahkanlah sepenuhnya rasa kecintaan dan kerinduan terhadapNya. Semarakkanlah wangian cintamu seantero SyurgaNya.  Bentangkanlah permaidani salju demi menyambut ketibaan Sang Bidadari Syurga,lantas menjemputmu ke teratak Mahligai kasihNya. Alangkah bahagia dan damainya dirimu di sana sahabatku.  Tinggallah sementara angan ini,kerna kita masih jauh dalam menyelami erti persahabatan yang sebenarnya. Jangan terlalu mengharap agar terbenih bibit cinta yang mengiringi persahabatan ini,. Dan berhentilah berkorban masa demi meraih cinta yang sementara. Terlalu awal berkorban,nanti akan cepat hilang kepercayaaan dan tiada apa yang harus dikorbankan lagi.Tapi,berkorbanlah demiNya. Kerna setiap pengorbanan itu ada ketenangan di penghujungnya. Itulah janji Tuhan pada kita.


Sahabatku yang juga kekasih Allah,
Sakit dan perih serta terlalu sukar untuk menidakkan cinta dalam persahabatan yang menyelinap masuk tanpa diduga. Tapi kita harus bersedia untuk sakit walaupun sebentar cuma,walaupun hanya menelas,kerna dari kesakitan akan terlahir sebuah kesyukuran. Jangan awali hari dengan penyesalan hari kelmarin,kerna ia akan menganggu hebatnya hari ini dan akan merosakkan indahnya hari esok. Matanglah dalam berfikir,kerna kematangan berfikir bukan bererti setiap orang di dunia ini perlu belajar hingga ke universiti atau menara gading,tapi apa yang penting hendaklah cuba memahami  dan mengimbangi di antara fikiran masing-masing agar tidak timbul salah faham dan sengketa.<3<3<3





Thursday, 10 May 2012









بسم الله الرحمن الرحيم

♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆

SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH ITU SANGAT  DEKAT BAGI ORANG-ORANG YANG SELALU MEMPERBAIKI AMALANNYA. WALAU DOSA KITA SEBANYAK BUIH-BUIH DI LAUTAN NAMUN, RAHMAT DAN PENGAMPUNAN ALLAH SELUAS LANGIT DAN BUMI SELAGI MANA ROH TIDAK SAMPAI KE HALQUM.


~@@@@@~~~@@@@@~~~@@@@@~~~@@@@@~~~@@@@@~~~@@@@@~~~




✿●•٠· ♥ RAHSIA HATI SEORANG WANITA ✿●•٠· ♥

••► SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi



 hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian...


(✿◠‿◠)

••► CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak 



menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-


katanya sekali aja...(✿◠‿◠)

••► HALUS : ibarat sehelai sutera , cantik , mulus 



, lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun 


seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas 


sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat 


kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran.,


 Bukan DENDAM...(✿◠‿◠)

••► IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu



 diragui...(✿◠‿◠)

••► KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja



 untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk

ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat 


tabah...(✿◠‿◠)

••► PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan 



sekeliling dalam diam...(✿◠‿◠)

••► MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA



 yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap


 seorang WANITA , suka bermanja hanya kepada 


insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama 


kaum...(✿◠‿◠)

••► EGO : WANITA yang terlalu sayangkan 



kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila 


bertemu dengan yang dicintainya...(✿◠‿◠)

••► CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang 



paling dalam dan tulus...bukan di khianati...(✿◠‿◠)

••► SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat 



WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 


1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu 


kepada satu saja .. LELAKI pula dijadikan dengan 9 


akal dan 1 nafsu ... fungsi lelaki adalah membimbing 


WANITA dan bukan menghanyutkan wanita...


(✿◠‿◠)

Wednesday, 9 May 2012



MENSYUKURI APA YANG ADA PADAMU
♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆
Jangan hitung dedaun yang berguguran di taman
Tapi hitunglah bunga-bunga yang indah bermekaran setiap pagi
Jangan hitung hari-harimu dengan airmata yang menitis di pipi
Tapi hitunglah senyuman-senyuman yang terlukis di wajahmu
Jangan jalani hari  dengan menghitung ujian-ujian yang kamu alami
Tapi hiduplah dengan berkat-berkat dan anugerahNya 
Yang sudah kau terima dari Tuhanmu dalam hidupmu
Belajarlah bersyukur atas apa yang kau miliki sekarang.
Apa yang ada disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan.
♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆

Tuesday, 8 May 2012





Aqidah Dan Akhlak Seorang Isteri Idaman
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM

Seorang isteri idaman harus memahami erti pentingnya aqidah islamiyah yg shahihah, kerna sah tidaknya suatu amal tergantung kpd benar dan tidaknya aqidah seseorang. Isteri idaman adlh insan yg slalu bersemangat dlm menuntut ilmu agama sehingga dia dapat mengetahui ilmu2 syar’i baik yg berhubungan dgn aqidah, akhlak maupun dlm hal muamalah sebagaimana semangatnya para shahabiyah dlm menuntut ilmu agama Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam untuk menghilangkan kebodohan mereka dan beribadah kpd Allah di atas cahaya ilmu.

Sebagaimana riwayat dibawah ini:

Dari Abu Said Al Khudri dia berkata: Pernah suatu kali para wanita berkata kepada Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam: “Kaum laki-laki telah mengalahkan kami, maka jadikanlah satu hari untuk kami, Rasulullah pun menjanjikan satu hari dapat bertemu dgn mereka, kemudian Rasulullah memberi nasihat dan perintah kepada mereka. Salah satu ucapan beliau kpd mereka adalah: “Tidaklah seorang wanita di antara kalian yg ditinggal mati tiga anaknya, kecuali mereka sebagai penghalang baginya dari api nereka. Seorang wanita bertanya: “Bagaimana kalau hanya dua?” Beliau menjawab: “Juga dua.” (HR. Al-Bukhari No 1010)

Seorang isteri yg aqidahnya benar akan tercermin dlm tingkah lakunya misalnya:

~> Dia hanya bersahabat dgn wanita yg baik.
~> Selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Rabbnya.
~>Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya.

Akhlak Isteri Idaman.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berusaha berpegang teguh kpd akhlak-akhlak Islami yaitu: Ceria, pemalu, sabar, lembut tutur katanya dan selalu jujur.
Tidak banyak bicara, tidak suka merosak wanita lain, tidak suka ghibah (menggunjing) dan namimah (adu domba).

Tidak menceritakan rahsia rumah tangga, diantaranya adlh hubungan suami isteri ataupun perlakuan intim dlm rumah tangga. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam: “Sesungguhnya di antara orang yg terburuk kedudukan-nya disisi Allah pada hari kiamat yaitu laki-laki yg mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya kemudian ia sebar luaskan rahsianya.” (HR. Muslim 4/157)

Isteri idaman di rumah suaminya
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Membantu suaminya dalam kebaikan. Merupakan kebaikan bagi seorang isteri bila mampu mendorong suaminya untuk berbuat baik, misalnya mendorong suaminya agar slalu ihsan dan berbakti kpd kedua orang tuanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala, yg ertinya: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kpd dua orangtuanya, ibunya telah mengandungnya dgn susah payah dan melahirkannya dgn susah payah.” (Al Ahqaf 15)
Membantunya dalam menjalin hubungan baik dgn saudara2nya.
Membantunya dalam ketaatan.
~> Berdedikasi (semangat hidup) yg tinggi.
~> Ekonomis dan pandai mengatur rumah tangga.
~> Bagus didalam mendidik anak.

Penampilan:
@@@@@@@@@@@@@@@

Di dalam rumah, seorang isteri yg solehah harus slalu memperhatikan penampilannya di rumah suaminya lebih2 jika suaminya berada di sisinya maka Islam sangat menganjurkan untuk berhias dgn hal2 yg mubah sehingga menyenangkan hati suaminya.
Jika keluar rumah, seorang isteri yg solehah harus  memperhati-kan hal-hal berikut: Harus minta izin suami, Harus menutup aurat dan tidak menampakkan perhiasannya, Tidak memakai wangi-wangian, Tidak banyak keluar kecuali untuk tujuan syar’i atau keperluan yg sangat mendesak.

Wabillahi taufikwalhidayah,wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.




SESEKALI INGATLAH RUMPUT DI BUMI

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸♥ﷲ♥¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸♥ﷲ♥¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Wahai sahabat fillahku,

Bersyukurlah kita dengan segala kurniaan Allah s.w.t terhadap kita . Kadang apa yang ada pada kita,tidak ada pada orang lain. Kita berjawatan tinggi,tetapi orang lain hanya buruh binaan. Kita berumah besar tetapi orang lain berumah setinggan,. Kita berkereta mewah,tetapi orang lain berjalan kaki. Kita makan di hotel,tetapi orang lain makan di kaki lima. Apakah kita sedari yang semua itu hanyalah sementara? Apakah kita sedari yang semua itu bakal menjadi habuan cacing di dalam tanah? Apakah kita sedari yang sebenarnya kita adalah sama dengan nasib mereka yang kita pandang dengan sekilas pandangan itu?

Wahai sahabat fillahku,

Sesungguhnya Allah tidak memandang harta dan pangkatmu,tetapi Allah memandang pada tinggi dan mulianya akalmu. Ketahuilah olehmu sahabatku, bahawasanya nilai kita di sisi Allah adalah sama dengan helaian kain kafan berwarna putih sahaja.Kain kafan yang harganya sepuluh kali ganda murahnya dengan pakaian yang kita pakai sekarang.  Kenapa kita tidak dikafan dengan kain sutera yang beratus  atau beribu harga semeter? Kenapa tidak di kafan dengan benang emas menggantikan kapas yang berharga murahan itu?,Dan nilai kita di sisi Allah hanyalah sekangkang ruang tanah yang sempit dan berdindingkan sekeping papan murahan sebagai dinding menutup jasad kita. Kenapa tidak menggunakan gentian-gentian atau kepingan marmar dari kristal atau yang sewaktu dengannya untuk membezakan kedudukan kita dengan kedudukan orang lain?. Sedarilah akan asal usul kejadian kita dan kemana keberakhiran kehidupan kita kelak.

Wahai sahabat fillahku,

Dalam kita menikmati kurniaan nikmat Allah,ingatlah,jeling-jelinglah,pada yang kekurangan nikmat itu. Mungkin mereka kekurangan nikmat di dunia,tetapi mereka akan mendapat kelebihan nikmat di akhirat kelak. Dan sebaliknya,kita yang berlebihan mendapat nikmat Allah ini,akan berkurangan di sana kelak,nauzubillah. Oleh itu sentiasalah merendahkan hati dan menundukkan pandangan mata ke arah kenikmatan dunia yang sering menipu gejolak hatimu agar kembali ke paras warasan iman yang sebenar. Kerana setinggi mana ego dan takbur,sehebat mana kata dan aksi,sekaya mana harta kita,akan ditembusi tanah yang kita pijak  setiap hari pada umur yang dikurniakan Allah. 

Wahai sahabat fillahku,

Ingatlah kita adalah milik kekal Allah dan tidak layak bercakap besar atau bermegah dengan pangkat dan harta. Kerana itu semua adalah juga pemberian Allah s.w.t. yang dipinjamkan kepada kita, sementara menunggu masa untuk dijemput pulang.

SELAMAT BERAMAL DAN SENTIASALAH MENGIMBANGI AMAL BAIK KITA SAMADA IANYA MEMENUHI SUKATAN YANG BENAR-BENAR DIKEHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T.
 ♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆