♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸♥ﷲ♥¸¸.•*¨*•♫♥ ♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸♥ﷲ♥¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥ ♥♥♥
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِال رَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِال
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Wahai sahabat fillahku,
Bersyukurlah kita dengan segala kurniaan Allah s.w.t terhadap kita . Kadang apa yang ada pada kita,tidak ada pada orang lain. Kita berjawatan tinggi,tetapi orang lain hanya buruh binaan. Kita berumah besar tetapi orang lain berumah setinggan,. Kita berkereta mewah,tetapi orang lain berjalan kaki. Kita makan di hotel,tetapi orang lain makan di kaki lima. Apakah kita sedari yang semua itu hanyalah sementara? Apakah kita sedari yang semua itu bakal menjadi habuan cacing di dalam tanah? Apakah kita sedari yang sebenarnya kita adalah sama dengan nasib mereka yang kita pandang dengan sekilas pandangan itu?
Wahai sahabat fillahku,
Sesungguhnya Allah tidak memandang harta dan pangkatmu,tetapi Allah memandang pada tinggi dan mulianya akalmu. Ketahuilah olehmu sahabatku, bahawasanya nilai kita di sisi Allah adalah sama dengan helaian kain kafan berwarna putih sahaja.Kain kafan yang harganya sepuluh kali ganda murahnya dengan pakaian yang kita pakai sekarang. Kenapa kita tidak dikafan dengan kain sutera yang beratus atau beribu harga semeter? Kenapa tidak di kafan dengan benang emas menggantikan kapas yang berharga murahan itu?,Dan nilai kita di sisi Allah hanyalah sekangkang ruang tanah yang sempit dan berdindingkan sekeping papan murahan sebagai dinding menutup jasad kita. Kenapa tidak menggunakan gentian-gentian atau kepingan marmar dari kristal atau yang sewaktu dengannya untuk membezakan kedudukan kita dengan kedudukan orang lain?. Sedarilah akan asal usul kejadian kita dan kemana keberakhiran kehidupan kita kelak.
Wahai sahabat fillahku,
Dalam kita menikmati kurniaan nikmat Allah,ingatlah,jeling-jelinglah,pada yang kekurangan nikmat itu. Mungkin mereka kekurangan nikmat di dunia,tetapi mereka akan mendapat kelebihan nikmat di akhirat kelak. Dan sebaliknya,kita yang berlebihan mendapat nikmat Allah ini,akan berkurangan di sana kelak,nauzubillah. Oleh itu sentiasalah merendahkan hati dan menundukkan pandangan mata ke arah kenikmatan dunia yang sering menipu gejolak hatimu agar kembali ke paras warasan iman yang sebenar. Kerana setinggi mana ego dan takbur,sehebat mana kata dan aksi,sekaya mana harta kita,akan ditembusi tanah yang kita pijak setiap hari pada umur yang dikurniakan Allah.
Wahai sahabat fillahku,
Ingatlah kita adalah milik kekal Allah dan tidak layak bercakap besar atau bermegah dengan pangkat dan harta. Kerana itu semua adalah juga pemberian Allah s.w.t. yang dipinjamkan kepada kita, sementara menunggu masa untuk dijemput pulang.
SELAMAT BERAMAL DAN SENTIASALAH MENGIMBANGI AMAL BAIK KITA SAMADA IANYA MEMENUHI SUKATAN YANG BENAR-BENAR DIKEHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T.
♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*• .☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´ ¨*•.☆
No comments:
Post a Comment