Saturday, 12 May 2012
BIARKAN CINTA DAN RINDU INI UNTUKNYA
Semalaman aku diasak persoalan. Persoalan tentang hakikat cinta sahabat. Sahabat kah dia? Atau...ah...tidak mau aku mengelamun jauh. Sahabat tetap sahabat. Mana bisa lebih dari itu. Harus ada beza dan sempadan. Kita telah berjanji bahawa tiada istilah cinta dalam persahabatan. Cinta telah kita pagari dengan benteng-benteng keimanan yang kukuh. Kita tambak dengan timbunan keazaman beserta benih kasihNya, yang tidak mungkin teroboh begitu sahaja walaupun tsunami dusta membadai di lautan kasih ukhwah kita. Tiap waktu yang melewati kita,pasti debunga indah mewarnai arena persahabatan. Sungai-sungai indah tidak henti mengalirkan air jernih menghanyut segala sampah kerinduan ke tasek kontang.
Dengar sini sahabat yang kurindui,
Sesungguhnya dikau adalah kekasih Tuhan.Curahkanlah sepenuhnya rasa kecintaan dan kerinduan terhadapNya. Semarakkanlah wangian cintamu seantero SyurgaNya. Bentangkanlah permaidani salju demi menyambut ketibaan Sang Bidadari Syurga,lantas menjemputmu ke teratak Mahligai kasihNya. Alangkah bahagia dan damainya dirimu di sana sahabatku. Tinggallah sementara angan ini,kerna kita masih jauh dalam menyelami erti persahabatan yang sebenarnya. Jangan terlalu mengharap agar terbenih bibit cinta yang mengiringi persahabatan ini,. Dan berhentilah berkorban masa demi meraih cinta yang sementara. Terlalu awal berkorban,nanti akan cepat hilang kepercayaaan dan tiada apa yang harus dikorbankan lagi.Tapi,berkorbanlah demiNya. Kerna setiap pengorbanan itu ada ketenangan di penghujungnya. Itulah janji Tuhan pada kita.
Sahabatku yang juga kekasih Allah,
Sakit dan perih serta terlalu sukar untuk menidakkan cinta dalam persahabatan yang menyelinap masuk tanpa diduga. Tapi kita harus bersedia untuk sakit walaupun sebentar cuma,walaupun hanya menelas,kerna dari kesakitan akan terlahir sebuah kesyukuran. Jangan awali hari dengan penyesalan hari kelmarin,kerna ia akan menganggu hebatnya hari ini dan akan merosakkan indahnya hari esok. Matanglah dalam berfikir,kerna kematangan berfikir bukan bererti setiap orang di dunia ini perlu belajar hingga ke universiti atau menara gading,tapi apa yang penting hendaklah cuba memahami dan mengimbangi di antara fikiran masing-masing agar tidak timbul salah faham dan sengketa.<3<3<3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment