CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 13 May 2012





















KEMATIAN ADALAH PENGHAKHIRAN KEHIDUPAN


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ



 مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saudara dan saudari seislamku,

Mati adalah perpisahan antara ruh dan jasad.Tubuh kita yang kasar datang dari tanah dan akal juga datang dari tanah. Itulah anasir kejadian awalnya. Ruh dari Allah akan kembali kepada Allah,seperti dalam firmanNya yang bermaksud:" Kita ini semuanya datang dari Allah dan kepada Allah kita semuanya akan dikembalikan" (Al Baqarah :156).Oleh itu mati bukanlah pupus. Bukan hilang,bukanlah habis,akan tetapi mati itu ialah pergantian sifat hidup dari Fana' dan Baqa' dan dari dunia kepada akhirat. Selama kita hidup di dunia haruslah kita ingat bahawa kita tidak lama tinggal di sini dan pasti akan mati. Janganlah bersedih tentang mati kerana mati itu adalah sifat lawan bagi hidup.

Orang yang takut mati itu bererti dia takut pula hidup. Mati itu hanya sekali sahaja ,sesudah mati yang sekali tidak ada mati yang lain lagi. Jika kita insaf dengan baik lalu kita penuhi umur itu dengan amal soleh dan tidaklah lagi kita merasa takut akan mati. Orang-orang yang enggan mati, padahal dia mesti mati ialah kerana hatinya sangat terpaut kepada dunia ini sehingga apabila datang waktu matinya,tetapi dia belum bersedia dan takut untuk menghadapinya.

Dia merasakan mati itu sangat sakit kerana sakit bercerai dengan harta dan pangkat yang dikasihinya. Kerana harta tadi yang dicarinya tidak menghitung halal dn haram dan dalam masa mencari harta dan pangkat tadi dia tidak sempat ingat kepda suruhan dan larangan Allah,nauzubillah. Semuga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa menyucikan diri serta berani menghadapi kematian dengan tenang.




No comments:

Post a Comment