CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 29 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 14




                    Sudah lengkaplah kehidupan Rina dengan kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama Nurfarah Aina.Comel dan montel.Aina tidak susah untuk menjaganya mungkin dia sudah faham akan kesusahan itunya dan mungkin dia sudah belajar dari dalam kandungan ibunya.Tapi semenjak akhir-akhir itu Aina sering merengek dan menggaru-garu di seluruh badan macam ada sesuatu di badannya. Rina membelek-belek di seluruh badannya,hairan tak ada pula dia nampak apa-apa benda.Namun Aina terus merengek dan menggaru-garu lagi. Rina menyuruh bibiknya surti untuk memandikan Aina.Tiba-tiba," astaga ibu,cuba liat ini di badannya Aina,ada noda-noda hitam dan titik-titiknya"jerit Surti dari bilik mandi. Cepat-cepat dia siramkan air suam dan selimutkan Aina. Aina diam mungkin kesejukan dan menahan gatal di badan.
                  Rina terus mendukung dan meriba Aina serta membelek-belek di tempat yang di katakan bintik itu.Mansyaallah,kenapa dengan anakkku,bintik apa ni tak pernah aku tengok.Nak dikatakan chickenpox,pun bukan nak dikata kenan pun bukan apatah lagi ruam.Lain macam je.Bintik tu mulai nampak setelah terkena air mandian.Dia macam kematu dan keras warna kehitam-hitaman.Bila terguris sedikit atau terkena kuku pasti keluar darah.Adus kesian dengan Aina. Rina terus bawanya ke klinik.Doktor mengatakan terkena jangkitan virus air atau elergic habuk.Aina dibekalkan krim sapuan ,antibiotik,ubat penahan sakit dan cecair mandian.Setelah berhari menggunakan ubat tersebut namum tiada yang terkesan,malah bertambah-tambah lagi jangkitannya.Nasib baik Aina jenis bayi yang sabar tak kuat menangis.Dia tabah dan sabar seperti ibunya.Rina dan bibik serta Muaz terlalu susah hati.Hairan penyakit apalah yang menyerang anak kesayangannya ini.
                 Mereka sudah tak ada pilihan lagi melainkan pergi jumpa dukun berdekatan."kita cuba cara kampung pula" kata Muaz.Terkejut besar Muaz dan Rina bila mendpat tahu bahawa Aina terkena semburan airliur iblis yang dihantar oleh seseorang.Astaghfirullah hal azim,siapalah yang tergamak melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Sehingga bayi yang tak berdosa jadi mangsa.Tak semena-mena airmata Rina mengalir laju sayu dan sedih melihat keadaan anaknya.Tak sanggup rasanya dia melihat Aina bertarung dengan penyakit misteri itu.Kalau boleh biarlah dia yang menjadi galang gantinya.Aina tak layak menanggung semua itu.Ya Allah......
                Setelah berubat dan berikhtiar dengan perubatan tradisional itu,alhamdulillah nampaknya penyakit Aina berkurangan hari demi hari sehingga pulih semuanya.Syukur alhamdulillah. Muaz dapat mengagak siapa yang punya angkara.Giginya diracik rapat-rapat matanya tajam memerhati sesuatu.Jelas di wajahnya mendendami seseorang ketika itu. " jangan bang,jangan.Biarlah Allah yang membalasnya.Entah-entah orang lain yang membuatnya.Tak baik kita menuduh orang tanpa usul periksa. Yang pasti anak kita dah sembuh" tahan Rina bila melihat Muaz umpama mahu membunuh seseorang." tak boleh jadi,abang kena juga bagitau dia.Apa dia ingat kita tak tahu ini kerja dia.dasar perempuan tak sedar diri.Tak abis-abis nak dengki khianat." Muaz terus berkeras mahu  beritahu Aida.~bersambung~

Saturday, 28 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 13





                                  Maka bermula lah kehidupan baru buat Rina. Nasib baik cepat dapat rumah sewa hasil usaha kawan-kawan di pejabat barunya.Rina tinggal bersama dengan lima orang penghuni yang kesemuanya isteri orang yang terpaksa berpisah dengan pasangan masing-masing demi kerana tugas.Kesemuanya bekerja di jabatan yang berlainan.Hari pertama agak kekok buat Rina kerana dia seorang sahaja yang mengandung anak sulung di rumah tu.Yang lain ada yang beranak 2,3, dan belum dapat anak lagi.Rina menggosok-gosok perutnya yang semakin membulat dan bergerak-gerak seolah-olah anaknya sedang kelaparan.Apa nak dimakan ni, kalau nak masak,kena kongsi ni...sebab dapur hanya satu je.Ruang dapur sempit,bilik air ada dua.Lepas tu katil tak ada kena tidur atas toto atau tilam nipis sebab satu bilik kena kongsi dua orang.Bilik satu lagi kena kongsi tiga orang."takpa adik, kita belajar erti sudah ya sayang,supaya bila adik besar nanti adik tak kekok lagi. Adik belajar susah dengan mama ye..adik makan apa yang mama makan dan adik tidur atas apa yang mama bentangkan" bisik Rina keseorangan sambil mengusap-ngusap perutnya.

                               Setiap malam Rina menghubungi Muaz bagai orang yang sedang bercinta. Sekali ketawa sekali dia menangis.Begitulah kehidupan Rina bila balik dari pejabat.Ada ketikanya dia rasa begitu menyesal berpisah dengan suaminya.Kalaulah dia tahu betapa susahnya mengandung tanpa suami dan tinggal berjauhan pula,tak ingin dia menerima jawatan yang ada sekarang.Biarlah dia bekerja di tempat suaminya biarpun gaji tak seberapa.Tak sanggup rasanya dia hendak bangun malam-malam buat susu serta masak makanan bila anak dalam perutnya bergerak-gerak kerana lapar. Kekadang kakinya kebas serta sering mengalami kejang mengkarung. Dia tak sampai hati hendak mengejutkan rakan sebiliknya untuk menolong sapu ubat di betis dan kakinya. Itu tak termasuk pergi buat susulan rawatan di hospital dan klinik.Terpaksalah dia pergi seorang diri umpama seorang wanita mengandung tanpa suami pula. Hatinya sayu dan sering menitiskan airmata bila melihat ibu-ibu mengandung berpimpinan tangan dengan suami walau kemana dia pergi.Dan dia cemburu bila melihat ibu-ibu mengandung bermanja sakan dengan suami sehingga makan minum pun disuap.Alangkah indahnya kalau Muaz dapat melakukan itu terhadapnya.


                             Tapi Rina tersilap angan bahawa suami yang dia taruhkan harapan itu bukanlah seperti yang dia impikan.Jauh sama sekali.Muaz bukan orang yang romantik dan penyayang.Dia seorang yang serius dan panas baran.Tak mungkin dia hendak melakukan itu semua terhadap Rina walaupun Rina adalah wanita yang paling dia sayangi mengatasi kasihnya terhadap Aida.Setiap hujung minggu Rina berulang alik dari KL ke Ipoh dengan menaiki bas,kerana Rina takut hendak memandu keseorangan apatah dalam keadaan mengandung. Bermacam-macam dugaan yang Rina hadapi sehingga akhirnya dia selamat melahirkan anak sulungnya di hospital Ipoh. Setelah selamat melahirkan anak,Rina membawa bayinya bersama seorang pembantu rumah dari indonesia tinggal bersama dengannya di Kuala Lumpur.Ketika itu Rina sudah berpindah di rumah sewaan yang baru iaitu di kawasan Kajang.Alhamdulillah,rumah ini selesa buat mereka bertiga.Lagipun dekat dengan pejabatnya.Muaz akan melawat mereka setiap hari cuti am.

                           Berita kelahiran anak sulung Rina,telah sampai ke pengetahuan Aida.Apa lagi naik hantulah dia apatah lagi Rina mendapat anak sulung perempuan yang diidam-idamkan Muaz sejak dulu lagi. Sedangkan dia dapat anak lelaki.Dia tahu kasih Muaz terhadap Rina akan melimpah-limpah tidak dapat disukat-sukat lagi.Dalam hatinya yang busuk hanyir tu berfikir mungkin suatu hari nanti Muaz akan menyingkirkan dia bersama anaknya atau mengabaikan dia.Astaghfirullah,ke situ fikirnya.  Aida memasang strategi.Geram dan dendam dia terhadap perempuan perampas itu sudah sampai ke penghujung.Tengoklah nanti,kalau kau nak tahu siapa Aida sebenarnya,kau tunggu......~bersambung~

                         

Thursday, 26 December 2013




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 12




                        Keesokan harinya barulah   Rina tahu bahawa Muaz terlena di rumah Aida selepas minum air lebihan kopi di dalam peti ais.Patutlah selepas minum kepala Muaz terasa lain macam,terasa melayang dan hanyut je...setelah diberitahu oleh pakcik Omar,barulah Muaz sedar akan kedudukan yang sebenar." kamu boleh minum dan makan tapi berhati-hatilah akan segala makanan dan minuman di rumah tu.Seluar dalam dan pakaian kotor kalau boleh jangan campur dengan pakaian dia,balik rumah terus rendam atau basuh.Dan kalau boleh jangan minum air dalam botol yang disediakan.Ambik air lain dan simpan di tempat yang dia tak boleh hendak tambah ke dalam botol tu...tidur baca 3 kul dan selawat,insyaallah,Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan tabah" pesan pakcik Omar panjang lebar ketika Muaz bertemu dengannya untuk meminta pandangan dan pertolongan. Muaz tak terkejut pun dengan segala pemberitahuan pakcik Omar terhadap perbuatan Aida,kerana dari awal dia dah agak mesti ada susuatu yang tak kena.Ini memang kerja Aida yang tak mahu dia balik ke rumah Rina. Kesian Rina.

                    Muaz berkali-kali minta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.Tapi Rina hanya tersenyum tanpa ada sedikit pun perasaan marah dan geram kerana semuanya itu sudah hilang tika menatap wajah suaminya yang amat disayangi.Apa yang penting sekali dia ingin menyampaikan berita gembira yang dia dapat menjawat jawatan baru di tempat kerja barunya.Tapi wajah Muaz berubah tiba-tiba,muram dan sedih.Bayangkan isteri yang baru dinikahinya selama empat bulan sudah mahu meninggalkan dia keseorangan.Yang sedih sekali Rina pergi dengan membawa kandungan sulung mereka jauh dari pandangan matanya.Dia tak dapat membayangkan bagaimana kandungan itu membesar,bergerak dan keadaan Rina sewaktu mengandung anak sulung,pasti perit dan menyiksakan.Yelah,Rina bukannya ada pengalaman pun.Kalau sakit pening dan mengidam kat sana,macamana? Siapa yang hendak melayan karenahnya..aduh..macam-macam bermain di fikiran Muaz,biarpun bibir Rina tak lekang dari tersenyum.Hatinya berbunga syukur.

                Hari hendak 'berpisah' sudah semakin hampir, terlalu berat hati Muaz untuk melepaskan perginya orang tersayang,tapi tidak pada Aida,dia lah orang yang paling bahagia selepas Rina.Tapi bahagianya tidak sebahagia yang Rina maksudkan,bahagia bagi aida ialah hatinya lega dan puas orang yang paling menyampah dan menyusahkan hidupnya telah berambus dari dunia kawasan penginapannya.Biarlah Rina tinggal di Kuala Lumpur selama-lamanya dan kalau boleh berkubur pun biarlah di sana.Geram betul dia dengan perempuan yang merampas suaminya.~bersambung~

Sunday, 15 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 11


                              Punah harapan Rina untuk memakai gelang dan rantai dari hasil duit hantaran perkahwinannya.Ingin rasanya dia abadikan duit dari harga maruahnya itu sebagai harta atau aset sewaktu hari susahnya atau sebagai bukti kasih sayang suaminya kepada kenalan dan keluarganya."Tapi takpa lah.Dia nak pinjam je.Lepas ni dia bayarlah.Dia bukan xda duit.Kontraktor lah katakan,lebih dari tu pun dia boleh bagi kat aku...alah,janganlah nak berkira sangat dengan suami.." Bisik Rina sendirian. sambil membelek-belek album kecil perkahwinannya dulu.Tangannya meraba-raba perutnya yang dah membesar dua bulan.Macam tak percaya pun ada dia boleh mengandung.Rina tersenyum dan membayangkan bagaimanalah suatu hari nanti dia jadi ibu....sakit ke kalau beranak? Ishhh...orang kata macam separuh nak mati...macam itu lah emak bersalinkan aku dulu....Tiba-tiba lamunannya terhenti dengan bunyi deringan telefon.
" Assalamualaikum,saya dari ibu pejabat lembaga lebuhraya malaysia.Ini Rina Azrina Abd. Malek ye..." tanya suara dari talian dengan ramah dan santunnya." Iya saya" Jawab Rina." Saya Normah kawan kakak puan,nak tanya adakah puan setuju untuk jawatan yang ditawarkan tempohari?"Tanya Normah." Alhamdulillah,saya setuju puan Normah" Jawab Rina dengan penuh syukur dan gembira."Kalau macam tu pada 20hb januari nanti puan boleh datang ke ibupejabat kami untuk sessi temuduga.Bawa bersama semua dokumen-dokumen yang berkaitan serta dua keping gambar seperti di dalam borang permohonan tu ye"Beritahu Normah selaku ketua kerani bahagian pentadbiran di Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia."Baik puan,terimakasih" jawab Rina dengan perasaan gembira yang memuncak.Tak sangka permohonannya untuk berkhidmat di jabatan itu telah berjaya.Iya dia tahu kalau tidak kerana pengaruh kakak dan seorang kenalannya di jabatan itu,mungkin nasib tidak menyebelahinya.Tak sabar-sabar dia ingin menceritakan berita baik itu kepada Muaz bila dia pulang ke gilirannya nanti.
                             Sekejap -kejap dia tengok jam di dinding sambil mengintai kot-kot Muaz sudah pulang.Tapi hampa. Jam sudah melewati senja.Azam maghrib sudah berkemandang di masjid berdekatan.Bayang Muaz belum muncul juga.Sepatutnya malam ini giliran rumah Rina,dan waktu ini selalunya Muaz sudah pulang.Tapi mengapa malam ini Muaz lewat,banyak kerja barangkali atau dia pergi jemput anaknya di rumah pengasuh.Resah di hati Rina mulai berputik pahit.Dia cuba menghubungi Muaz tetapi taliannya ditutup hanya ada peti simpanan suaranya saja."Takkan dia terlupa kot,atau dia di luar kawasan.Selalunya dia bagitau kemana saja dia pergi" bisik hati Rina.Malam sudah larut,makanan di saji terbiar tanpa disentuh.Rina hanya terpaku di sofa sendirian.Matanya kelam,hatinya sebu.Perlahan airmatanya membasuh pipi.Dan dia terlena di sofa yang sepi....~bersambung~






























Friday, 13 December 2013




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 10


                          Tidak dapat Muaz bayangkan dengan kata-kata betapa bahagianya dia hidup melayari alam rumahtangga dengan orang yang dia benar-benar cintai.Apa yang dia angankan serta syarat untuk menjadi isterinya  sudah tercapai.Wanita yang dinikahinya itu benar-benar memenuhi citarasanya selama ini.Aida? Huh....dah terpaksa. Nak buat macamana terimalah seadanya.Dah kawin dan ada anak pun tak juga berubah-rubah perangai pemalas dan suka melawan cakap suami.Malas Muaz hendak mulakan pergaduhan setiap kali dia balik ke rumah Aida.Apa susah,kalau Aida tak masak,tak kemas rumah,tak sediakan sarapan untuknya pergi kerja,dia tak susah hati lagi.Rina kan ada.Rina boleh layan dia seperti putera raja." Harini saya balik lambat.Banyak kerja kat ofis nak siapkan.Harini bos ada.Abang tolong ambik  Syukri kat rumah pengasuh tu ye." pesan Aida sambil mengenakan tudung warna merah jambunya sedondong dengan baju kurung.Sibuk benar dia sehingga tidak dapat hendak membancuh secawan kopi buat suaminya. Syukri,anak sulunng mereka yang baru berusia 2 bulan itu dimasukkan dalam bakul bayi serta diletakkan di dalam kereta.Bakul pakaian dan beg makanan syukri diasak ke dalam bonet kereta persis hendak tinggalkan sebulan di rumah pengasuhnya Kak Semah.Muaz hanya mengangguk tanpa sepatah kata.Malas dia hendak melayan arahan Aida yang kuat mengarah itu.Kalau dia berbunyi,nanti akan keluar bunga-bunga pergaduhan." lepas ambik Syukri,jangan dan merewang ke rumah betina tu pula." sempat pula Aida 'memanah' jantung hati Muaz sambil salam dan mencium tangannya.Muaz masih lagi berdiam dan membisu.
                     
                       Muaz membancuh kopi sendiri.Kopi separuh pekat itu diminumnya separuh dan disimpan di dalam peti ais.Dia nak cepat-cepat ke rumah Rina.Kesian dia tinggal seorang diri. Entah bagaimana dia malam tadi.Lena ke tidak tidurnya.Tapi semua makanan dan barang-barang dapur sudah dibelinya.Alah bukannya banyak pun barang yang hendak dibeli,cuma dua orang je yang hendak makan.Bukan Muaz hendak menjengah khabar Rina saja,tapi dia ada hajat besar yang lebih penting.payment dia tersangkut dua bulan.Gaji pekerja termasuk adiknya Rizal,bil-bil dan lain-lain belum terbayar. " Assalamualaikum dan selamat pagi sayang...buat apa tu,tak sedar ye abang masuk rumah" sergah Muaz sebaik sahaja muncul dan memeluk erat pinggang Rina yang sedang membasuh pinggan dalam singki. " Oh abang,maaf tengah cuci pinggan ni mana lah nak dengar.Abang dah sarapan ke,Rina ada goreng nasi tu.Jom.." ajak Rina  sambil cepat-cepat menceduk nasi goreng ke pinggan dan menghidangnya atas meja.Kopi yang siap dibancuh awal-awal pun dituang ke dalam cawan.Dia tahu itulah sarapan ringkas yang Muaz suka.Sambil menjemput Muaz minum dia sempat merenung wajah muram didepannya." kenapa bang,macam ada masalah je Rina tengok" tanya Rina sambil meneguk milo panas.Matanya tak lepas dari memandang Muaz sambil menunggu jawapan.

" Rina,payment abang dah dua bulan sangkut,boleh tak abang pinjam duit hantaran dulu tu.Rina belum pakai lagi kan" jawab Muaz."Belum,Rina ingat nak buat gelang dan rantai,tapi kalau abang nak pinjam dulu ambil lah.Tapi jangan semua tau,Rina nak pakai juga sebab duit gaji bulan lepas dah kering kontang" pesan Rina. " Duit hantaran tu kan empat ribu,abang nak pinjam tiga ribu je,seribu Rina simpan lah.nanti bila payment dah dapat,abang gantilah balik" jawab Muaz sambil meneguk laju kopi dan menyudu nasi goreng dengan begitu berselera. Lega hatinya.Rina begitu baik dan mudah diajak berunding.~bersambung~


















DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 9   



                          Sudah hampir sebulan Rina melayari kehidupan berumahtangga dengan Muaz.Kekok rasanya untuk dia menjadi seorang isteri yang semuanya kena buat sendiri.Terasa macam tak percaya pun ada.Rasa baru semalam dia bersama dengan kawan-kawan terpekik terlolong dan ketawa mengekek beramai-ramai tiba-tiba dia tinggal berdua dengan Muaz yang tanpa di duga telah menjadi suaminya.
"Itu namanya jodoh.Walau ke mana kamu lari hingga ke hutan belantara,lautan samudera sekalipun kalau Allah hendak takdirkan perkahwinan kau sedemikian rupa,itu hakNya.Siapalah kita ini untuk menghalang takdirnya dari berlaku ke atas kita?Sabar dan redhakan lah.Nikmat Allah akan diketahui di tengah-tengah perjalanan hidup kita" Rahimah,selaku kakak angkat Rina cuba menenangkan hatinya dari berperangsangka yang bukan-bukan sewaktu Rahimah bertandang ke rumahnya selepas akad nikah dulu..Rina menarik nafas lega.Tiba-tiba deringan telefon berbunyi lantas mematikan lamunan Rina dari ingatan lalu.Cepat-cepat dia mengangkatnya."Hello,iya mau bercakap dengan siapa?" sapanya. " Ini Rina ke?" tanya suara itu. " Iya,ini Rina,di sana siapa?" soalnya balik. "Astagfirullah hal 'azim....Rinaaaaaa.....awak kemana selama ni...apa dah jadi dengan awak.kenapa awak buat saya mcm ni? Awak buat saya gila tau tak?" kata suara itu lagi dengan nada sebak. "Err...tapi ni siapa? Awak siapa?" Rina mulai panik.Jantungnya berdegup kencang,mukanya pucat." Awak tak kenal suara saya lagi? Rinaaaa....ni Halim.Halim bakal suami awak.Kita kan nak kawin awak tak ingat ke.nape dengan awak ni Rina? Awak kat mana ni.awak ok ke?" Tanya Halim bertubi-tubi seolah-olah tak mau melepas peluang bercakap dengan Rina yang sudah lama dia mencari-cari bagai nak mereng."Ya Allah......Astaghfirullah hal 'azim....Halimmmm....Rina tak tau...Rina tak tau....maafkan Rina....." Rina mulai menangis teresak-esak. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan pada Halim.Fikirannya buntu.Rasa bersalah menyelubungi diri.Tapi bukan salah dia,bukan salah sesiapa...dia tak tahu siapa yang bersalah sebenarnya.
                        " Rina,sudah puas saya mencari awak,dah naik buntu fikiran saya.Nasib baik saya teringat kakak angkat awak Rahimah tu.Dapatlah ambik no. telefon awak darinya,kalau takk...."Halim tidak dapat hendak meneruskan kata-kata,halkumnya tersekat nafasnya sesak.Rina menjadi serba salah bila mendengar suara Halim demikian rupa, Sanggupkah dia hendak menceritakan keadaan dirinya sebenar? Tapi sampai bila dia harus mendiamkan diri dan 'lari' dari Halim.Lagi lama dia rahsiakan lagi itu Halim menjejakinya.
" Awakk....awakkk...RRina....dah kawin.Ya Rina dah kawin" Rina cuba menggagahi untuk menyatakan biarpun pahit yang akan ditelan oleh Halim.Talian telefon sunyi seketika hanya bunyi dengusan nafas yang cukup tersiksa." Awakkk...awakk..awak masih di sana? awak dengar tak Rina cakap tadi.Rina minta maaf".Rina menyambung penjelasannya walaupun tiada respon dari Halim.Tiba-tiba talian diputuskan.Rina tersentap dan menangis sepuashati.~Bersambung~
                     




















Friday, 6 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 8 

                          Tarikh perkahwinan yang Muaz telah tetapkan sudah hampir dekat.Hendak tempah baju  pengantin dan berbagai kelengkapan perkahwinan pun sudah terlalu sesak.Rina masih lagi terkaku tak tahu hendak buat apa.Dia masih lagi dalam kebingungan macam orang mamai bangkit dari tidur.Percaya dengan tidak apa yang dirancang oleh Muaz itu.Kadangkala terdetik sayang dan rindu pula terhadap Muaz,entah kenapa.Wajah Halim sudah lama lenyap dari ingatannya.Tak sabar dia hendak hidup bersama dengan Muaz lelaki yang baru bertahta dalam hidupnya. "Nah ambik batik hijau ni g tempah cepat nanti tak siap pula.Wak Leman kata kita mesti nikah pada tarikh yang dia bagi tu.Katanya bagus dan selamat dari bala bencana."tiba-tiba suara Muaz muncul dari belakang Rina yang asyik mengelamun di meja pejabatnya.Entah waktu bila dia sampai Rina pun tak perasan.Sambil menghulurkan beg plastik yang berisi kain sutera hijau muda pucuk pisang kepada Rina tangannya sempat mencubit pipi gebu gadis di depannya.Cepat-cepat Rina menepis dan menyapunya kembali." ni untuk apa?,kenapa pakai kain macam ni? Kata nak kawin." tanya Rina kebingungan. " Ala, kita dah xda masa.Sebenarnya Wak Leman tu tak mahu lambat-lambat nanti Aida tu tahu rosak abis semua rancangan.Pakai baju ni nanti orang tak perasan sangat kita nak kawin.Malas lah kalau semua orang tahu.Macam-macam tohmahan mereka nanti.Kalau dah kawin,lain lah cite."Jelas Muaz.Sebenarnya Muaz budgetnya tak cukup untuk membeli pakaian kahwin Rina.Dia tak penting sangat bunga manggar ke,bunga telur ke pelamin ke yang penting ada tok kadi dan saksi-saksi dah memadai..Aduhai Muaz,kau ingat Rina tu janda ke..kalau janda pun takda lah sampai macam tu.Kesian Rina macam mak turut je.Memang lah Muaz ni pentingkan diri sendiri je seperti dakwaan Rizal.
                         
                     Setibanya rombongan pengantin bagi pihak Muaz,tak ada sesiapa pun dari pihak perempuan ingin menyambutnya pada malam itu.Dah puas pihak sebelah lelaki menunggu di tepi jalan untuk berangkat namun satu batang hidung pun tak ada kelihatan. Mereka merasa sesuatu yang tidak kena dan merasa diaibkan oleh pihak keluarga Rina. Tetapi dengan nekad anak jantan Muaz memberanikan diri selaku pengantin dan selaku ketua rombongan dia gagahi diri memberi salam.Jamil memunculkan diri dan menjemput masuk.Kelihatan ada beberapa wakil perempuan membawa pahar berisi Quran dan album wang hantaran. Siibu membawa pahar berisi cincin belah rotan.Sunyi sepi di perkarangan rumah Jamil persis upacara pengkebumian kematian lagaknya.Rina hanya mengintai dari dalam bilik yang hanya ditemani seorang anak saudaranya. Kakak dan adik beradiknya yang lain serta saudara mara tidak dapat pulang dan kalau dapat pulang pun ,saja mereka tak mahu menghadirkan diri kerana membantah akan perkahwinan Rina dengan Muaz.Kasihan Rina,sudahlah tak ada ibu dan ayah hanya yang ada abang,adik bongsu dan kakak-kakaknya sahaja.itu pun hanya kakak sulungnya saja yang hadir.Jamil sudah tentu akan menjadi wali perkahwinannya.Perkahwinan Rina terlalu ringkas umpana kenduri doa selamat. Tiada tajaan dari mana-mana badan sukarela atau perseorangan,tiada kompang dan silat, tiada bunga manggar mengiringi laluan,tiada baju pengantin yang membalut badan, ,tiada pelamin  indah untuk dinobatkan sebagai raja sehari,.Tiada teman-teman yang mengiringi ,mencuit serta mengusik nakal di hari perkahwinannya.Tiada perakam video dan jurugambar untuk merealisasikan hari bersejarahnyanya agar menjadi kenangan terawal dan terakhir kehidupannya sebagai remaja. " Rina,kau jangan lupa jemput kami kalau kau kawin  dengan Halim,nanti kami nak sewa dua buah bas express. Lepas tu kami nak bergambar banyak-banyak nak masuk dalam youtube muka kau yang cantik jelita tu. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana jurumekup tu menyolek muka kau.Kalah Siti Nurhaliza. Kami dapat bayangkan itulah hari yang paling bersejarah dalam hidup kau Rina.Pelamin indah turut tersenyum dan berbangga kerana duduknya seorang puteri jelita di atasnya" pesan rakan sepejabat Rina suatu waktu dulu.Tiba-tiba airmatanya mengalir laju membasahi pipinya yang baru disapu dengan bedak nipis.Dia menangis keseorangan tanpa ada sesiapa yang sudi menyapu airjernih yang mengalir tak berhenti-henti itu.Cepat-cepat diseka airmatanya dengan selendang putih agar matanya tidak bengkak dan berair.
                   "Rinaaaaa........" tiba-tiba lamunannya terhenti bila tiba-tiba namanya di panggil oleh kakak iparnya. " Rina ok ke? Kenapa tak pakai sarung kaki,nanti nak duduk nampak kaki tak bagus,nah ambik ni pakai lepas tu keluar nak sarung cincin" kata isteri Jamil sambil berlalu keluar.Rina keluar sambil kepalanya tunduk ke lantai.Dia malu dan tidak mahu hadirin melihat matanya yang merah dan bengkak.Kelihatan ada sebilangan penduduk kampung yang duduk bersila berketayap dan berkain pelekat.Mereka semuanya jemaah masjid. Mereka terpinga-pinga kerana pada awalnya Jamil mengatakan di rumahnya ada buat majlis doa selamat.Tiba-tiba ada kadi dan beberapa saksi serta pengantin pula. Apa semuanya ini? Doa selamat apa macam ni,nak kawin adik ke apa si Jamil ni. Tapi kenapa majlisnya macam terdesak je,apa yang berlaku pada Rina, sehingga buat majlis ala kadar je. Macam ada sesuatu yang tak kena,atau...Rina dah.....
                      " Aku  nikah akan dikau Rina Azrina binti Malek dengan Abdul Muaz bin Hj. Sahidan dengan mas kawinnya sebanyak 80 ringgit tunaiii...."sambil tangan kadi menggenggam erat tangan Muaz lalu dengan sekali lafaz diulangi semula oleh Muaz dengan jelas dan tepat.Dan disambut sah oleh para jemaah. Maka bermulalah episod pertama Rina sebagai suri dalam hidup Muaz. ~ bersambung ~

                  



       

Thursday, 5 December 2013


Assalamualaikum w.r.t kepada pembaca blog pencetus minda yang kuhormati. Sebenarnya saya tidak mahir dan kurang arif dalam penguasaan bahasa sastera,oleh itu diharap sangat dapatlah para pembaca budiman tolong perbetulkan dan komen apa yang perlu saya perbaiki demi mengindahkan lagi jalan penceritaan di dalamnya.Terimakasih.


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

Episod 7


                      Mulut Jamil terus terkunci padahal banyak soalan yang hendak dia ajukan pada Muaz.Dalam hatinya asyik tergambar wajah Halim pegawai BPR yang serba tertib itu dan banyak merendah diri.Tapi kenapa pula Muaz yang timbul.Apa dah jadi dengan Halim dan Rina? Dulu beriya-iya nak kawin. Alih -alih dengan orang lain pula.Rina,Rina,berapa banyak jantan yang mahu kau kaup dalam kendongmu Rina  ooiii...Malu aku malu. Apa yang hendak aku cakap kat orang kampung kalau kau tetiba jadi kawin dengan makhluk ni.Aku tengok dia ni pun semacam je,kau dah selidik ke siapa dia ni..karan g kalau aku bantah nanti kau merajuk lari kawin di siam pulak.Jamil tak tentu keruan dibuatnya.Kepalanya pusing matanya berpinar memikirkan hal Rina dan masa depan politiknya.Macam-macam berlegar dalam kepalanya.Sedangkan Muaz di sebelah tak henti-henti menceritakan macam-macam projek mega yang dia usahakan.Sekali dia ketawa sekali dia terbatuk sekali dia terdiam tanpa diambil peduli oleh Jamil.Tau-tau dah sampai ke rumah ibu Muaz di kampung. " Itulah rumah saya,bang" katanya sambil menuding dengan ibujari sebaik hendak membelok keretanya ke lorong menghala rumahnya."err..tak payah,tak payah.Lain kali je.Yang penting saya dah tengok rumahnya.Nanti menyusahkan mak awak je.Lagi pun saya nak cepat ada tetamu dari singapura nak datang lepas asar nanti" cepat-cepat Jamil menghalang apabila memandang srtuktur rumah beratap zink dan berdinding papan itu melalui pandangannya. Sebenarnya Jamil amat terkejut melihat kedaifan rumah orang tua Muaz.Kalau dia seorang yang ada kedudukan dan berwang,kenapalah tak menaik taraf rumah orang tua tu.
                     Muaz menghantar Jamil balik ke rumahnya semula.Puas hatinya dapat memperkenalkan diri dan mencerita serba sedikit tentang kelebihan dirinya pada Jamil.Bodohlah kalau Jamil tidak mengambil kesempatan untuk menjadinya sebagai adik ipar memandangkan dia seorang yang berharta dan hebat.Dia tak sabar-sabar hendak pulang ke Perak semula dan hendak menceritakan segalanya pada Rina.Biar Rina pula terkejut dan berbangga memiliki bakal suaminya hebat  dan berani sepertinya.Halim? Apa barang,lembab.Kalau betul-betul suka,cepat-cepatlah pegi jumpa ahli keluarganya macam aku ni. siapa cepat dia dapat.Harap-harap sudahnya tertiarap...

                   " Abang Jamil tu dah setuju kalau kita berkahwin.Baguslah dia tak banyak kisah.Ikut je. Cuma dia pesan kat saya supaya jaga awak elok-elok dan jangan sesekali abaikan makan minum dan semua keperluan awak.Sayang betul dia kat awak macam anaknya sendiri.Dia kata lagi,elok dipercepatkan kerana tak lama lagi dia sibuk dengan piliharaya" jelas Muaz sebaik saja menjemput Rina pulang dari kerja.
Terbelalak biji mata Rina mendengarnya."kawin? nak cepat? eh apa ni..siapa yang nak kawin ni..awak ni gila ke apa.Bila masa Rina janji nak kawin dengan awak,Halim tu nak campak kemana?"Jerit Rina bagai orang yang baru bangun dari tidur. Kedua-dua tangannya memegang kepala yang bertudung bawal warna pink sambil menggeleng-geleng kesal. Ia memang dia kesal mengenali Muaz. tak sangka hingga sejauh ini harapan Muaz terhadapnya dari perjumpaan yang sesingkat itu.Ingatannya berpusat ke arah buah hatinya Halim. Apa yang terjadi andai dia tahu perkara ini.Ah,gila,gila. Ini kerja gila Muaz. " Apa pula kena mengena dengan Halim,dia bukan siapa-siapa dalam hidup awak.Awak milik sesiapa saja belum didaftarkan lagi.Kalau tunang sekali pun belum tentu awak milik dia.Selagi kata lafaz tidak didepan kadi,bermakna awak boleh dimiliki oleh sesiapa saja termasuk saya.Dia tak boleh marah saya atau pun awak.Jodoh kerja Tuhan."jawab Muaz sambil tersenyum puas memandang Rina. Dia terasa hendak meraung sepuas hati dan mencekik leher Muaz yang besar itu sekarang juga.Oh Tuhan,dugaan apakah ini? Apakah ini bermulanya episod sedih dalam hidupku....Ya Allah.... ~bersambung ~
                       

         

Wednesday, 4 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 6 

                            Di kampung sudah heboh yang Rina hendak berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu Halim.Itu kakak Rina yang bagitau bukan dari mulut Rina sendiri. Sebab Rina masih lagi mahu berahsia dengan siapa dan bila tarikh perkahwinannya.Walau bagaimanapun keluarga Rina tak kisah dengan siapa pilihan Rina,mereka akan setuju yang penting lelaki itu seorang yang rajin solat dan berkerjaya tetap." Kalau kamu pilih pasangan yang susah,maka susahlah akhirnya.kalau kamu pilih yang senang,maka senanglah akhirnya.Susah senang tu bukan wang ringgit saja,tapi keseluruhan termasuk sikap dan perangainya.Kita ni dah tak ada kedua orang tua,Aku lah ayah,aku lah ibu.Apa-apa masalah suka duka kamu semua,bahu aku lah yang menjadi galang gantinya." pesan abang sulung Rina,Jamil ketika dia pulang ke kampung setahun sudah.Jamil seorang ahli politik yang bakal masuk bertanding Dun Kawasan Machang atas tiket BN.Tanggung jawab sebagai pengganti tugas kedua ibubapa teramatlah mencabar buat Jamil memandangkan isterinya tidak berapa suka dengan adik-adik sebelah Jamil.Kalau adik beradik Jamil pulang ke kampung,maka rumah Jamil lah tempat mereka menginap dan berhenti mengah. Kepada Jamil dan kakak ipar mereka,Zaleha lah tempat mereka adik beradik mengadu hal dan menumpang kasih. Mereka tahu,Zaleha terlalu pilih kasih dan tidak menyukai akan kepulangan mereka.Tapi sebagai kakak ipar,isteri kepada abang sulung, hormat tetap hormat.
                         
                      Suatu hari tanpa pengetahuan Rina,Muaz telah berjumpa dengan Jamil. Entah dari mana Muaz dapat menjejaki abangnya dan rumah di kampung. Mungkin Jamil seorang ahli politik maka sebut namanya pun orang sudah mengenali.Muaz tidak melepas peluang mengambil hati sebaik mungkin demi menawan hati bakal abang iparnya itu.Muaz sudah siap sedia dengan jawapan dan bukti-bukti yang bakal dia jawab dan dia tunjuk pada Jamil bila dikehendaki." Itulah tapak kawasan perumahan yang akan saya usahakan tahun depan,bang.Projek ni insyaallah bernilai 1.5 juta. Kita akan bangunkan 85 unit banglo dua tingkat.Semua permohonan sudah lulus.Alhamdulillah." Muaz memulakan temberangnya sambil menghala ibujarinya ke arah sebuah tapak pembinaan perumahan yang entah siapa punya.Jamil dengan melopong dengan kacamata hitamnya terus terkunci mulut tanpa soalan sepatah kata. Entah terpegun atau terbisu dengan penerangan Muaz tadi. Atau mulutnya telah 'dikunci' oleh minyak sapu Muaz.~bersambung ~




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

Episod 5


                     Aida masih tidak berpuashati dengan Rina.Kenapalah suaminya boleh menipu dan menuduh dia mandul dan dalam proses penceraian.Apa maksud dia berbuat demikian. Takkan semata-mata mahu mengahwini Rina sehingga sanggup menukar pengakuan yang bayi masih hidup dalam kandungan itu dikatanya kosong. Atau...Muaz sudah terkena semburan beracun kot.Ah,Muaz tu bukan tak tahu kalau dia nak atau berkenan kat sapa-sapa bukan kira,dia akan buat apa saja janji hajat dia tercapai. Dia sanggup menangis melutut kat kaki perempuan meraih simpati demi sebuah hasrat.Tiba-tiba Aida teringat kata-kata Rizal semasa dia mengadu Muaz ada membuat hubungan dengan rakan sepejabatnya dulu.
                     Rizal juga tidak puashati dengan hubungan Muaz dan Rina.Sakit hatinya mendengar yang abangnya ingin berkahwin lagi satu.Isteri yang sudah ada ni pun tak terlayan,inikan pula hendak tambah lagi satu cawangan.Tambahan pula nak kenen-kenen  dengan gadis yang dia telah terjatuh hati. Ishh..mana boleh itu sudah melampau. Kau dah merasa kahwin aku belum lagi.Rizal mula mencari akal untuk mendedahkan segala perbuatan abangnya kepada Rina dan Aida. Dia tahu apa yang bakal berlaku apabila perbuatannya dapat diketahui oleh abangnya.Samada dia dibuang kerja dari jawatan orang kanan syarikat abangnya atau rumahtangga mereka akan semakin berentakan.Tapi bagi Rizal,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke dalam pinggan nasi panas..
                       " Kenapa dengan kau ni Rizal? Yang kau dengki sangat kat aku nak kawin dengan Rina tu,apa hak kau..aku pakai duit kau ke nak kawin? Oii..gaji kau pun aku yang bayar tau" Herdik Muaz bagai harimau keluar sangkar." Aku tak kisah kau nak kawin dua ke empat ke,tapi kau agak2lah,Si Aida tu kan tengah mengandung.Biarlah dia bersalin dulu.Nanti bila dia tension,apa jadi dengan anak dalam kandungan tu,kau reti bahasa lah sikit.Jangan kau pikir nafsu kau je.Perasaan orang kena juga jaga.Rina tu tak kemana kalau ada jodoh.Lagipun aku tak suka kau ayat Rina dengan minyak  pengasih yang kau ambik dari wak Leman tu.Sian budak tu.Kalau kau gentleman,kau cakap kat dia terus terang tak payah nak main sapu-sapu minyak bagai.Dah berapa ramai gadis kau buat macam tu.Bila mereka dah separuh gila kat kau,kau lepas macam tu saja.Dulu kau kata tak mau buat dah. Ini kau buat lagi.Aku tengok budak Rina tu baik dan jujur orangnya bang,tak baik kau buat dia macam tu".hujah Rizal panjang lebar sambil menjentik habuk rokok yang sudah setengah batang hangus terbakar tanpa disedut oleh Rizal." Itu kau jangan masuk campurlah urusan aku Rizal.Hal peribadi aku, tolong kau ke tepi melainkan soal keje.Ok?" Sanggah Muaz lalu memecut laju kereta Mercedes hitamnya ke dada jalan.Rizal menyusun buku dan resit-resit yang bertaburan di meja pejabat tanpa menoleh ke arah Muaz.~bersambung ~

               

Tuesday, 3 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

Episod 4


                      Perasaan simpati terus menebal di benak Rina.Sayu dan sedih kenapa seorang isteri yang diberi kesenangan oleh seorang suami sanggup membutakan mata dan hati dari melihat ketulusannya.Pendekata si isteri itu 'basuh kaki' masuk rumah.Tak perlu beli apa-apa semua sudah di depan mata.Semua kelengkapan rumah memenuhi ruang.Rumah teres satu tingkat sudut tepi dengan kawasan yang luas sudah cukup selesa kalau hendak disyukuri.Entahlah,apa yang belum dicukup dan perlu digenapkan lagi untuk seorang isteri bernama Aida. Bagi Rina,dia nekad untuk bersua muka dengan Aida.Dia hendak tengok dan dengar sendiri pengakuan Aida apa dan kenapa terjadinya keadaan yang demikian. Rina juga hendak tahu sejauh mana tuduhan Aida terhadapnya yang rata-rata dicanang bahawa Rina cuba merampas Muaz darinya.Rina tidak pernah mengatakan hidup bermadu itu sebagai perampas.Dan lelaki yang berpoligami itu adalah lelaki ganas dan gatal.Biarpun dia sendiri tak sanggup hidup dalam keadaan sedemikian tapi dia menyokong dan memberi tabik hormat kepada wanita atau isteri pertama yang mengizinkan suaminya berkahwin kali kedua.Tapi biarlah adil dan jangan menipu macam cerita 'MADU TIGA'.Itu seolah hendak menjatuhkan imej dan maruah wanita atau isteri.Terlalu mudah hendak menipu dan memujuk wanita,macam budak tadika yang diberi lolipop.

                     " Sudah berapa lama awak kenal suami saya?" tanya Aida sejurus melabuhkan punggungnya di bangku KFC.Dia seolah tidak sabar dan tidak mahu membazirkan waktu ketika berjumpa dengan Rina.Semua skrip soalan sudah diatur satu persatu yang mana harus disoal terlebih dahulu. Seperti biasa Rina denga imej 'rilex'nya dan muka selambanya,senyum sambil menatap wajah bulat hitam manis berambut lurus paras bahu di depannya.Mata Rina meleret ke gaun Aida yang kembang persis baju mengandung.
" Baru sebulan.Itupun secara kebetulan atas dasar perkhidmatannya sebagai kontraktor telekom.Saya memerlukan bantuannya kerana masalah gangguan telefon di rumah saya.Itu saja.Kami tak pernah berkenalan sebelum ini." Jelas Rina jujur. Matanya tak lepas dari memandang perut Aida. " Habis tu macamana boleh Muaz jatuh hati dengan awak dalam masa singkat macam tu, setahu saya dia tu payah hendak jatuh cinta dan egonya tinggi" sangkal Aida seolah apa yang diceritakan Rina itu adalah pembohongan semata.Matanya memandang tepat ke anak mata Rina. " Cinta itu buta dan unik.Macam orang buta berjalan,tangannya meraba sambil hatinya meneka. Tangannya akan menyentuh apa saja yang melalui matanya yang buta dan berharap agar objek yang tersentuh tadi dapat menyokong pergerakkanya agar tidak jatuh.Kalau objek itu kukuh,dapatlah berlama di situ,tapi kalau objek itu rapuh maka sekejaplah dia di situ. Seperti cinta Muaz ini, dia memerlukan objek yang kukuh walaupun pencariannya sekejap. Boleh faham tak apa maksud saya?" Jelas Rina dengan penuh simbolik. "Eh,apa yang awak merepek sampai ke objek lah rapuh lah.Saya bukan ahli sastera nak bermadah bagai dengan awak,xda masa tau tak.Banyak lagi keje saya nak buat. Cakap terus terang habis cerita" Aida sudah hilang sabar dengan Rina.Matanya besar kecik memandang Rina terasa mahu ditelan lagaknya."Taklah,saya nak jelaskan yang awak kata  kenapa Muaz tu boleh jatuh cinta dalam masa sekejap sedangkan dia seorang yang ego. Emm..ok lah tak payah saya nak meleret lagi nanti awak naik angin satu badan.Macam ni lah, sebenarnya memang Muaz jatuh hati dengan saya tapi saya sedikitpun tidak menyintai dia sebab saya sudah ada pilihan sendiri dan kami akan kawin tidak lama lagi.Saya tidak pernah menggoda dia dan keluar kemana-mana dengan dia.Cuma saya hendak tahu betulkah awak dalam proses penceraian dan awak mandul?" Rina melontarkan soalan berani mati terhadap Aida.
                          Terbelalak biji mata Aida yang sememangnya besar mendengar soalan yang macam peluru berpandu keluar dari mulut kecil Rina.Dia tergamam sebentar seolah ingin mencari jawapan yang tepat untuk dijelaskan." Mana awak dengar semua ini? Bercerai? Mandul?  Ni..ni dalam perut ini anak siapa? Saya mengandung anak sulungnya dah lima bulan.Apa ingat ini anak zina ke?"Bentak Aida dengan muka hampir menangis." Muaz yang bagitau saya.Tu sebab saya hendak sangat jumpa awak.Saya bukan jenis yang mudah menelan apa yang orang cakap kalau tak cukup bukti".Jawab Rina sambil meneguk coca cola yang sudah hilang separuh sejuknya.Dalam hati Rina berkata patutlah dia malas nak masak dan basuh kain serta buat kerja rumah,rupa-rupanya pembawakan budak.Kenapalah Muaz tu tak mau faham akan keadaan orang mengandung.Tak pergi kursus perkahwinan ke? ~ bersambung~


Sunday, 1 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU


EPISOD 3

                         
                            Rina menjadi serba salah bagaimana untuk mengelak dari dicintai oleh dua hati bersaudara dalam satu masa. Hairan juga Rina dalam hatinya berdetik " Apa yang aku sudah buat kat mereka berdua tu.Setahu aku,tak pernah pulak aku nk menggoda ke,nk menggedik dengan mereka.Nak jadikan mereka yang teristimewa lambat lagi.Mereka pun tak pernah tanya aku ni bakal menjadi milik orang.wat apa aku nak terhegeh-hegeh kat mereka tu.  bukan aku kenal pun latar belakang mereka,dah kawin ke belom." bisik hatinya. Rupa-rupanya Rizal telah senyap-senyap telah menceritakan perbuatan abangnya kepada isteri Muaz,Aida. Apa lagi mengamuk gila lah Aida bila dapat tahu bahawa suaminya mencintai wanita lain tanpa pengetahuannya. Tidak cukup dengan itu Rizal juga telah membocorkan rahsia Muaz yang telah ada isteri kepada Rina sedangkan Muaz menafikan dia mempunyai isteri. Rina menerima berita itu dengan tenang dan tidak sedikit pun merasa tertipu dan kesal kerana memang dia langsung tidak berharap apa-apa selain tentang urusan nombor telefonnya tempohari.Ada aku kisah,itu kau punya pasallah kawin ke tak kawin.Tapi teringin juga hati Rina ingin menguji kejujuran Muaz samada dia nak mengaku ke tidak tentang dakwaan adiknya. 
                         Suatu hari Muaz menghulur bantuan untuk menghantar Rina balik kerja.Lantas dengan hati yang telah siap sedia Rina bersetuju untuk dihantar pulang walau sebelum ini terlalu liat dan seksa untuk Muaz memujuknya untuk berbuat demikian.Rina banyak agenda kenapa dia menerima pelawaan Muaz.
"Awak,Rina nak tanya dan harap awak cakap dengan jujur iya.Kalau awak sayang perhubungan ini,tolong jangan tipu Rina" Rina mula memulakan bicara setelah hampir separuh jalan masa nak hantar dia balik. Muaz tersentak dari angan.Angan bagaimana andai nanti Rina menjadi miliknya. " emm...nape.Tanyalah" jawabnya ringkas sambil penuh tandatanya di dalam hati. " Awak ni sebenarnya dah kawin ke duda?"Tanya Rina dengan penuh berani. " Err...eemm..bbelom...nape" teragap-agap Muaz menjawab macam budak-budak terkencing dalam seluar." Hah,belom???.Biar betul wak.Takkan dah setua ni awk belom kawin lagi.Tengok muka pun macam dah kawin je.Orang lelaki kalau dah berduit biarpun rupa tak hensom pun berduyun-duyun perempuan berbaris.Tak percayalah Rina " api meluat Rina hampir keluar sepenuhnya apabila mengetahui tembelang Muaz yang cuba memperdayakan dia." Huh,dasar lelaki.." maki hati Rina. " Errr..bbetul..betul saya belum kawin.Saya sibuk dengan kerja xda masa nak cari perempuan.Mungkin jodoh xda dengan mereka nak buat macamana.Ini semua kerja Tuhan.Kalau saya terpikat dengan perempuan lain,mungkin saya tak berjumpa dengan awak.Kenapa,awak tak suka saya ke" nafi Muaz bersungguh-sungguh.
Meluat yang ada di hati Rina sudah naik ke tengkuk tunggu masa hendak muntah bila-bila masa sahaja.
                            "Awak bohong Rina iya,malam tadi Rizal telefon,dia kata awak dah kawin.Tak kan adik awak nak wat cerita dengan Rina kot.Kalau awak kawin ke tidak ke,tak ada kena-mengena dengan Rina pun.Saja je Rina nak tahu.Rina pun dah ada bakal suami. Buat apa awak nak berahsia.Cakap je lah." Sepontan api geram keluar dari mulut Rina. Tak sanggup dia nak berlama mendengar tembelang yang akan Muaz karang selepas itu. " Ohh...emm...iya...ssbenarnya,ssaya memang dah kawin tapi kami dalam proses penceraian.Saja saya tak mau bagitau awak.Benda dah nak selesai tak lama lagi.Dan saya tak merasa pun dia masih lagi isteri saya.Maafkan saya.Janganlah marah saya.Awak tu kalau marah bertambah-tambah cun nya" Muaz masih lagi kekal dengan tembelang semulajadinya.Dunianya gelap kalau dia tak dapat menjual tembelangnya." Kenapa nak bercerai"Tanya Rina ingin tahu. " Dah setahun kami kawin tapi dia tak mengandung-ngandung lagi.Dah macam-macam ikhtiar tapi tak juga berhasil.Lepas tu pemalas dan tak tahu membuat keje rumahtangga.Dia masih merasakan dirinya tu anak dara leh bangun lewat,tak perlu masak,tak perlu gosok baju,boleh keluar balik rumah ikut suka hati.Nak buat air secawan kat suami pun malas.Entahlah,malas nak ulas lagi.Terserah pada takdir." ulas Muaz panjang lebar melebihi soalan yang Rina kehendaki.Pemurah sungguh hatinya,minta satu soalan bagi berpuluh jawapan.Tiba-tiba hati Rina berubah belas kasihan.Kenapalah isterinya sanggup buat suaminya sebegitu.Tak berterimakasih langsung.

                          Rina nekad untuk pergi ke rumah isteri Muaz semasa wamita itu pergi kerja.Dia hendak tengok dengan mata kepala sendiri dakwaan Muaz yang isterinya tak pandai mengurus rumahtangga.Rina pantang kalau orang berbohong dengannya.Dia jenis yang tak suka dengar cerita orang melainkan dia sendiri yang dapat bukti barulah dia percaya.Muaz membawa Rina kerumah isterinya.Melilau mata Rina memerhati setiap sudut dan bilik rumah itu umpama seorang detektif mencari bukti seorang pesalah.Terdetik belas kasihan dan simpati yang tidak terhingga hati Rina apabila melihat dalam peti ais kosong,hanya ada tiga botol air sejuk dan sebekas ais.Di tingkat tengah peti ais itu ada beberapa mangkuk berisi sisa makanan yang tidak habis dimakan serta beberapa bungkusan plastik makanan yang dibeli.Ayam,daging,ikan,sayur ke langsung tak kelihatan.Macam peti ais orang bujang je.Memang isteri dia ni tak masak,betullah apa kata suaminya.Kalau dia jenis kaki suka masak,mesti penuh peti aisnya.Kalau tak mau makan pun,dah tentu suaminya nak makan.Rina menjenguk pula dalam bilik mandi. Astghfirullah hal azim,macam budak-budak sekolah lah pula.Sebaldi kain berendam tak tau dari hari bila sehingga baunya menusuk hidung Rina.Tak larat Rina hendak menggeleng kepala dan berfikir isteri apakah dia ini.Masuk ke tandas pun macam itu juga...berkeladak sana sini.Tak tau lah macamana mereka letak punggung atas mangkuk tandas itu.Lapik kain atau tisu kot?. Tapi berlainan pula di bilik tidur.Kemas dan lantainya seperti baru lepas disapu.
                      "Macamana? Betul tak apa yang saya kata.Tu la pasal saya nak ceraikan dia.Perangainya degil dan tak mahu berubah,sebab itu saya hendak kawin lain" jelas Muaz dengan penuh lega sebab dia berjaya membuktikan apa yang dia cakap.Rina hanya terdiam.Dalam hatinya penuh dengan belas kasihan dan simpati pada Muaz. Tapi tidak bermaksud  dia ingin menjadi pengganti isteri Muaz.Sekurang-kurangnya dia dapat mengetahui kenapa sebahagian lelaki mahu kawin lagi.Dan sekurang-sekurangnya dia dapat membela nasib dan tohmahan yang menuduh lelaki suka berpoligami serta menceraikan isterinya. ~ bersambung~