CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Tuesday, 3 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

Episod 4


                      Perasaan simpati terus menebal di benak Rina.Sayu dan sedih kenapa seorang isteri yang diberi kesenangan oleh seorang suami sanggup membutakan mata dan hati dari melihat ketulusannya.Pendekata si isteri itu 'basuh kaki' masuk rumah.Tak perlu beli apa-apa semua sudah di depan mata.Semua kelengkapan rumah memenuhi ruang.Rumah teres satu tingkat sudut tepi dengan kawasan yang luas sudah cukup selesa kalau hendak disyukuri.Entahlah,apa yang belum dicukup dan perlu digenapkan lagi untuk seorang isteri bernama Aida. Bagi Rina,dia nekad untuk bersua muka dengan Aida.Dia hendak tengok dan dengar sendiri pengakuan Aida apa dan kenapa terjadinya keadaan yang demikian. Rina juga hendak tahu sejauh mana tuduhan Aida terhadapnya yang rata-rata dicanang bahawa Rina cuba merampas Muaz darinya.Rina tidak pernah mengatakan hidup bermadu itu sebagai perampas.Dan lelaki yang berpoligami itu adalah lelaki ganas dan gatal.Biarpun dia sendiri tak sanggup hidup dalam keadaan sedemikian tapi dia menyokong dan memberi tabik hormat kepada wanita atau isteri pertama yang mengizinkan suaminya berkahwin kali kedua.Tapi biarlah adil dan jangan menipu macam cerita 'MADU TIGA'.Itu seolah hendak menjatuhkan imej dan maruah wanita atau isteri.Terlalu mudah hendak menipu dan memujuk wanita,macam budak tadika yang diberi lolipop.

                     " Sudah berapa lama awak kenal suami saya?" tanya Aida sejurus melabuhkan punggungnya di bangku KFC.Dia seolah tidak sabar dan tidak mahu membazirkan waktu ketika berjumpa dengan Rina.Semua skrip soalan sudah diatur satu persatu yang mana harus disoal terlebih dahulu. Seperti biasa Rina denga imej 'rilex'nya dan muka selambanya,senyum sambil menatap wajah bulat hitam manis berambut lurus paras bahu di depannya.Mata Rina meleret ke gaun Aida yang kembang persis baju mengandung.
" Baru sebulan.Itupun secara kebetulan atas dasar perkhidmatannya sebagai kontraktor telekom.Saya memerlukan bantuannya kerana masalah gangguan telefon di rumah saya.Itu saja.Kami tak pernah berkenalan sebelum ini." Jelas Rina jujur. Matanya tak lepas dari memandang perut Aida. " Habis tu macamana boleh Muaz jatuh hati dengan awak dalam masa singkat macam tu, setahu saya dia tu payah hendak jatuh cinta dan egonya tinggi" sangkal Aida seolah apa yang diceritakan Rina itu adalah pembohongan semata.Matanya memandang tepat ke anak mata Rina. " Cinta itu buta dan unik.Macam orang buta berjalan,tangannya meraba sambil hatinya meneka. Tangannya akan menyentuh apa saja yang melalui matanya yang buta dan berharap agar objek yang tersentuh tadi dapat menyokong pergerakkanya agar tidak jatuh.Kalau objek itu kukuh,dapatlah berlama di situ,tapi kalau objek itu rapuh maka sekejaplah dia di situ. Seperti cinta Muaz ini, dia memerlukan objek yang kukuh walaupun pencariannya sekejap. Boleh faham tak apa maksud saya?" Jelas Rina dengan penuh simbolik. "Eh,apa yang awak merepek sampai ke objek lah rapuh lah.Saya bukan ahli sastera nak bermadah bagai dengan awak,xda masa tau tak.Banyak lagi keje saya nak buat. Cakap terus terang habis cerita" Aida sudah hilang sabar dengan Rina.Matanya besar kecik memandang Rina terasa mahu ditelan lagaknya."Taklah,saya nak jelaskan yang awak kata  kenapa Muaz tu boleh jatuh cinta dalam masa sekejap sedangkan dia seorang yang ego. Emm..ok lah tak payah saya nak meleret lagi nanti awak naik angin satu badan.Macam ni lah, sebenarnya memang Muaz jatuh hati dengan saya tapi saya sedikitpun tidak menyintai dia sebab saya sudah ada pilihan sendiri dan kami akan kawin tidak lama lagi.Saya tidak pernah menggoda dia dan keluar kemana-mana dengan dia.Cuma saya hendak tahu betulkah awak dalam proses penceraian dan awak mandul?" Rina melontarkan soalan berani mati terhadap Aida.
                          Terbelalak biji mata Aida yang sememangnya besar mendengar soalan yang macam peluru berpandu keluar dari mulut kecil Rina.Dia tergamam sebentar seolah ingin mencari jawapan yang tepat untuk dijelaskan." Mana awak dengar semua ini? Bercerai? Mandul?  Ni..ni dalam perut ini anak siapa? Saya mengandung anak sulungnya dah lima bulan.Apa ingat ini anak zina ke?"Bentak Aida dengan muka hampir menangis." Muaz yang bagitau saya.Tu sebab saya hendak sangat jumpa awak.Saya bukan jenis yang mudah menelan apa yang orang cakap kalau tak cukup bukti".Jawab Rina sambil meneguk coca cola yang sudah hilang separuh sejuknya.Dalam hati Rina berkata patutlah dia malas nak masak dan basuh kain serta buat kerja rumah,rupa-rupanya pembawakan budak.Kenapalah Muaz tu tak mau faham akan keadaan orang mengandung.Tak pergi kursus perkahwinan ke? ~ bersambung~


No comments:

Post a Comment