Wednesday, 4 December 2013
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 6
Di kampung sudah heboh yang Rina hendak berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu Halim.Itu kakak Rina yang bagitau bukan dari mulut Rina sendiri. Sebab Rina masih lagi mahu berahsia dengan siapa dan bila tarikh perkahwinannya.Walau bagaimanapun keluarga Rina tak kisah dengan siapa pilihan Rina,mereka akan setuju yang penting lelaki itu seorang yang rajin solat dan berkerjaya tetap." Kalau kamu pilih pasangan yang susah,maka susahlah akhirnya.kalau kamu pilih yang senang,maka senanglah akhirnya.Susah senang tu bukan wang ringgit saja,tapi keseluruhan termasuk sikap dan perangainya.Kita ni dah tak ada kedua orang tua,Aku lah ayah,aku lah ibu.Apa-apa masalah suka duka kamu semua,bahu aku lah yang menjadi galang gantinya." pesan abang sulung Rina,Jamil ketika dia pulang ke kampung setahun sudah.Jamil seorang ahli politik yang bakal masuk bertanding Dun Kawasan Machang atas tiket BN.Tanggung jawab sebagai pengganti tugas kedua ibubapa teramatlah mencabar buat Jamil memandangkan isterinya tidak berapa suka dengan adik-adik sebelah Jamil.Kalau adik beradik Jamil pulang ke kampung,maka rumah Jamil lah tempat mereka menginap dan berhenti mengah. Kepada Jamil dan kakak ipar mereka,Zaleha lah tempat mereka adik beradik mengadu hal dan menumpang kasih. Mereka tahu,Zaleha terlalu pilih kasih dan tidak menyukai akan kepulangan mereka.Tapi sebagai kakak ipar,isteri kepada abang sulung, hormat tetap hormat.
Suatu hari tanpa pengetahuan Rina,Muaz telah berjumpa dengan Jamil. Entah dari mana Muaz dapat menjejaki abangnya dan rumah di kampung. Mungkin Jamil seorang ahli politik maka sebut namanya pun orang sudah mengenali.Muaz tidak melepas peluang mengambil hati sebaik mungkin demi menawan hati bakal abang iparnya itu.Muaz sudah siap sedia dengan jawapan dan bukti-bukti yang bakal dia jawab dan dia tunjuk pada Jamil bila dikehendaki." Itulah tapak kawasan perumahan yang akan saya usahakan tahun depan,bang.Projek ni insyaallah bernilai 1.5 juta. Kita akan bangunkan 85 unit banglo dua tingkat.Semua permohonan sudah lulus.Alhamdulillah." Muaz memulakan temberangnya sambil menghala ibujarinya ke arah sebuah tapak pembinaan perumahan yang entah siapa punya.Jamil dengan melopong dengan kacamata hitamnya terus terkunci mulut tanpa soalan sepatah kata. Entah terpegun atau terbisu dengan penerangan Muaz tadi. Atau mulutnya telah 'dikunci' oleh minyak sapu Muaz.~bersambung ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment