Thursday, 5 December 2013
Assalamualaikum w.r.t kepada pembaca blog pencetus minda yang kuhormati. Sebenarnya saya tidak mahir dan kurang arif dalam penguasaan bahasa sastera,oleh itu diharap sangat dapatlah para pembaca budiman tolong perbetulkan dan komen apa yang perlu saya perbaiki demi mengindahkan lagi jalan penceritaan di dalamnya.Terimakasih.
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
Episod 7
Mulut Jamil terus terkunci padahal banyak soalan yang hendak dia ajukan pada Muaz.Dalam hatinya asyik tergambar wajah Halim pegawai BPR yang serba tertib itu dan banyak merendah diri.Tapi kenapa pula Muaz yang timbul.Apa dah jadi dengan Halim dan Rina? Dulu beriya-iya nak kawin. Alih -alih dengan orang lain pula.Rina,Rina,berapa banyak jantan yang mahu kau kaup dalam kendongmu Rina ooiii...Malu aku malu. Apa yang hendak aku cakap kat orang kampung kalau kau tetiba jadi kawin dengan makhluk ni.Aku tengok dia ni pun semacam je,kau dah selidik ke siapa dia ni..karan g kalau aku bantah nanti kau merajuk lari kawin di siam pulak.Jamil tak tentu keruan dibuatnya.Kepalanya pusing matanya berpinar memikirkan hal Rina dan masa depan politiknya.Macam-macam berlegar dalam kepalanya.Sedangkan Muaz di sebelah tak henti-henti menceritakan macam-macam projek mega yang dia usahakan.Sekali dia ketawa sekali dia terbatuk sekali dia terdiam tanpa diambil peduli oleh Jamil.Tau-tau dah sampai ke rumah ibu Muaz di kampung. " Itulah rumah saya,bang" katanya sambil menuding dengan ibujari sebaik hendak membelok keretanya ke lorong menghala rumahnya."err..tak payah,tak payah.Lain kali je.Yang penting saya dah tengok rumahnya.Nanti menyusahkan mak awak je.Lagi pun saya nak cepat ada tetamu dari singapura nak datang lepas asar nanti" cepat-cepat Jamil menghalang apabila memandang srtuktur rumah beratap zink dan berdinding papan itu melalui pandangannya. Sebenarnya Jamil amat terkejut melihat kedaifan rumah orang tua Muaz.Kalau dia seorang yang ada kedudukan dan berwang,kenapalah tak menaik taraf rumah orang tua tu.
Muaz menghantar Jamil balik ke rumahnya semula.Puas hatinya dapat memperkenalkan diri dan mencerita serba sedikit tentang kelebihan dirinya pada Jamil.Bodohlah kalau Jamil tidak mengambil kesempatan untuk menjadinya sebagai adik ipar memandangkan dia seorang yang berharta dan hebat.Dia tak sabar-sabar hendak pulang ke Perak semula dan hendak menceritakan segalanya pada Rina.Biar Rina pula terkejut dan berbangga memiliki bakal suaminya hebat dan berani sepertinya.Halim? Apa barang,lembab.Kalau betul-betul suka,cepat-cepatlah pegi jumpa ahli keluarganya macam aku ni. siapa cepat dia dapat.Harap-harap sudahnya tertiarap...
" Abang Jamil tu dah setuju kalau kita berkahwin.Baguslah dia tak banyak kisah.Ikut je. Cuma dia pesan kat saya supaya jaga awak elok-elok dan jangan sesekali abaikan makan minum dan semua keperluan awak.Sayang betul dia kat awak macam anaknya sendiri.Dia kata lagi,elok dipercepatkan kerana tak lama lagi dia sibuk dengan piliharaya" jelas Muaz sebaik saja menjemput Rina pulang dari kerja.
Terbelalak biji mata Rina mendengarnya."kawin? nak cepat? eh apa ni..siapa yang nak kawin ni..awak ni gila ke apa.Bila masa Rina janji nak kawin dengan awak,Halim tu nak campak kemana?"Jerit Rina bagai orang yang baru bangun dari tidur. Kedua-dua tangannya memegang kepala yang bertudung bawal warna pink sambil menggeleng-geleng kesal. Ia memang dia kesal mengenali Muaz. tak sangka hingga sejauh ini harapan Muaz terhadapnya dari perjumpaan yang sesingkat itu.Ingatannya berpusat ke arah buah hatinya Halim. Apa yang terjadi andai dia tahu perkara ini.Ah,gila,gila. Ini kerja gila Muaz. " Apa pula kena mengena dengan Halim,dia bukan siapa-siapa dalam hidup awak.Awak milik sesiapa saja belum didaftarkan lagi.Kalau tunang sekali pun belum tentu awak milik dia.Selagi kata lafaz tidak didepan kadi,bermakna awak boleh dimiliki oleh sesiapa saja termasuk saya.Dia tak boleh marah saya atau pun awak.Jodoh kerja Tuhan."jawab Muaz sambil tersenyum puas memandang Rina. Dia terasa hendak meraung sepuas hati dan mencekik leher Muaz yang besar itu sekarang juga.Oh Tuhan,dugaan apakah ini? Apakah ini bermulanya episod sedih dalam hidupku....Ya Allah.... ~bersambung ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment