CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 31 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 32




                                        Rina dan Muaz melangkah longlai keluar dari  perkarangan mahkamah syariah.Rina yang sentiasa ditemani pembantu peguam itu kelihatan tenang walaupun kesnya tidak dapat disebut hari itu.Tak sabar dia hendak menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan bulan depan.Dah letih dia naik tangga turun tangga mahkamah.Tapi kesnya tidak selesai juga.Asyik ada penangguhan disebabkan Hakim bercuti dan kadang Muaz dan peguamnya tidak dapat hadir. Hemm...macam dirancang je.Yela kan,Muaz tu bekas polis,pernah masuk keluar mahkamah bawa kes.Hakim dan kakitangan serta yang terlibat dalam mahkamah tu sikit pun dia tak hairan.Semua kenalan dia.Kalau dia nak 'beli' mahkamah tu bila-bila masa.Takpalah,sabarlah hati.Mati tak akan mengundang andai belum tiba waktunya.Bisik Rina sambil memecut laju meninggalkan hingar bingar mahkamah.

                                      Di rumah,Muaz cuba sedaya upaya hendak memikat hati Rina.Bila masuk maghrib terus saja dia membentangkan sejadah di tempat yang mana ada Rina.Tak kiralah di dapur ke,di ruang tamu ke atau di permukaan pintu masuk janji Rina dapat melihatnya bersolat." Aik....nape abah solat tepi tangga tu.Kan tak bersih dan tempat orang lalu lalang" Tegur Aina sebaik melihat bapanya membentang sejadah di tepi tangga tingkat atas." Nanti senang mama nampak.Biar dia tahu yang abah ni solat bukan tak solat seperti yang dia tuduh.Kalau tak sampai ke mahkamah dia dakwa abah" Jawab Muaz sambil terus angkat takbir. Aina menggeleng kepala.Pelik..ada ke solat kerana takutkan isteri.Bermakna dia solat bukan kerana Allah,kerana manusia pulak...hemm....patutlah asyik tak aman je rumah ni.. Keluh Aina sambil pergi ke dapur.Dia sudah hilang daya fikir untuk mengatasi kemelut yang melanda rumahtangga ibubapanya.Pasrah.terima saja apa yang diputuskan oleh mahkamah. Tapi Aina dan adik beradiknya yang lain memang akur dan bersetuju andai ibubapa mereka berpisah.Bukan menggalakkan tapi mereka sudah tidak sanggup melihat ibu mereka tersiksa dan sering bergenang airmata. Mungkin perpisahan nanti akan menjadikan ibubapa mereka lebih baik dari sekarang.Itulah harapan Aina dan adik-adiknya.Cuma Aina bangga dengan ibubapanya yang kadang tidak suka bertengkar atau bermasam muka di hadapan mereka.Apa-apa yang berlaku semua di dalam bilik tanpa mereka dapat mendengar dan mengetahuinya.Melainkan ibu atau bapanya saja yang akan menceritakan perkara yang berlaku.

                                Aina dapat rasakan perbezaan pada bapanya setelah kes penceraian semakin hampir.Bapanya sering ke gym,bagi duit belanja sekolah dan ambil berat tentang anak isterinya yang satu lagi iaitu Aida.Cuma dia  tidak mahu pulang membuat giliran seperti yang sepatutnya ditetapkan oleh agama.
Namum Rina tidak yakin dengan perubahan drastik Muaz.Bukan kali ini dia berubah malah sudah banyak kali berubah demi mengelakkan dari tindakan mahkamah.Apabila Rina sudah sejuk dan mempercayai dirinya,benda yang sama akan berulang semula. Ah,itu permainan sandiwara Muaz bukan Aina tak tahu.

~bersambung~


KASIH SAYANG


Kasih sayang yang kita dambakan ini
tidak setaraf dengan kasih sayang
yang Allah laburkan kepada kita


Friday, 29 August 2014




PETUA UNTUK TAHAN LAMA..

- Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo…….Ewah ewah ewah…suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?Kat bawah nie ada petua untuk ‘tahan lama’.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2014 Dan sebelah lagi
pada 1 January 2015. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah…

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah……!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

SELAMAT BERTAHAN LAMA







BIARLAH

Biarlah orang taknak sayang kita,
Biarlah orang taknak rindu kita
Biarlah orang taknak hargai kita
Biarlah orang nak marah-marahkan kita
Biarlah orang nak fitnahkan kita
Biarlah orang nak hinakan kita
Biarlah orang nak maki hamun kita
Biarlah orang taknak hormat kita
Biarlah orang nak jauhkan diri dari kita
Biarlah orang nak mengumpat kita...

Itukan hak mereka.Sebab mereka belum menguasai hati dan diri kita.Doakan,agar suatu hari nanti hati kita menjadi sesuatu yang dirindui mereka.Mereka juga akan berperasaan sama seperti kita andai mereka diperlakukan begitu.Maafkanlah.

Sunday, 24 August 2014



PASRAH


Kadang kita redha dengan perpisahan,tetapi hati kita kadang tidak sanggup melihat dan mendengar orang yang pernah bertahta di hati kita berbahagia dengan orang lain.


REDHA



Jangan sedih andai dikau sentiasa berkaki ayam atau menaiki kenderaan yang buruk ke tempat kerja.Mereka yang berkereta besar dan berkenderaan mewah pun akhirnya diusung ke kubur dengan berjalan kaki juga.

Saturday, 23 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 31


                                " Rina dah makan ke belom ni,nak abang belikan ke atau nak masak" Tanya Muaz dengan lembut sebaik Rina balik dari kerja .Terkesima sejenak Rina mendengar nada suara Muaz yang begitu lembut dan romantik dan boleh mencairkan kepenatannya dari bekerja.Sudah lama Rina tidak mendengar nada sedemikian dari mulut suami kessayangannya.Seingatannya nada itu pernah dia dengar seawal perkahwinan ketika cinta mereka dihangat dengan seribu kemanisan berumahtangga. " Err..xpalah biar Rina masak je.Lagipun nak habiskan ayam dan sayur dalam freezer tu." Jawab Rina sambil menanggalkan tudung birunya dan tidak langsung memandang ke arah Muaz yang dari tadi asyik memandang wajahnya.Seolah-olah sudah bertahun tidak menatap wajah Rina." Abang rindu sayang,sayang jangan benci abang ye..abang tak boleh hidup tanpa sayang.Sayanglah satu-satu isteri abang dunia dan akhirat.Abang sanggup berbuat apa saja demi sayang,maafkan abang ye sayang" Pujuk Muaz sambil matanya bergenang dan hampir menitis tapi cepat-cepat dia menyekanya.Dia memegang tangan Rina tapi cepat-cepat ditarik oleh Rina.Baginya masa untuk minta maaf sudah tamat,Sudah beberapa kali dia telah beri peluang untuk Muaz berubah,bertahuh-tahun dia menunggu saat perubahan itu,namun Muaz tetap berdegil dan saja membesarkan egonya." Abang,kes kita dah sampai ke Mahkamah.Rina takkan berpatah balik." Jawab Rina ringkas sambil mengemas laci dan bersiap untuk mandi."Sayang,apa  kata kalau sayang tarik balik kes tu.Abang berjanji akan tunai semua yang sayang tuntut.Ok sayang,abang sanggup junjung Quran...nah kalau tak percaya,ni Quran ini menjadi saksi ..abanf bersumpah dengan nama Allah akan jaga sayang dan anak kita dengan sempurna seperti yang dikehendaki sayang.Abang akan bagi nafkah dan keperluan yang sayang minta.Abang akan serah semua harta atas nama sayang,ok tak sayang?" Pujuk Muaz tak putus asa sambil memandang Rina di birai katil.
                              "Abang,dah banyak kali abang bersumpah dengan namaAllah dan junjung Quran.Masuk kali ni dah lima kali.Abang jangan nak permainkan sumpah dan nama Allah,kelak makan diri.Sudah lah abang,alih-alih benda yang ni juga kita pertikaikan.Tak berkesudahan.Kita serah je pada mahkamah.Mereka bijak pandai boleh tentukan yang mana benar yang mana salah.Rina tak mahu jagi mangsa keadaan lagi.Cukup-cukuplah apa yang dilalui selama ini.Janji-janji macam yang abang sebut tadi bukan harini je,tapi setiapkali Rina nak fail kat mahkamah,janji mcam ni juga abang bagi,endingnya habuk pun takada.Sebab apa,sebab Rina ni bodoh,lemah,terlalu lurus.Macam budak-budak merajuk,bagi gula-gula sebiji dua lama-lama,ok.Hemm...tu Rina dulu,Rina sekarang dah lain abang.Maaflah banyak-banyak.Ok Rina nak mandi dan solat asar ni" Cantas Rina sambil cuba berlalu tapi di tarik oleh Muaz."Nanti dulu.Abang tak abis lagi cakap.Abang nak tanya dan harap Rina jawab dengan jujur,apakah Rina ada kekasih? Rina saja nak failkan kes ni kat mahkamah dengan bertujuan hendak lari dari abang dan boleh senang lenang dengan boyfriend ye...yela abang kan tua,tak hensom dan buruk." Muaz cuba memancing Rina, tapi Rina malas hendak berdebat kerana dia hendak mandi dan solat asar.Terus dia masuk dan menutup pintu bilik mandi meninggalkan Muaz terkulat-kulat dengan menunggu jawapan yang tak pasti. ~Bersambung~

Wednesday, 20 August 2014




KERANA DIA YANG ESA


Allah sengaja menyorok salah satu jalan penyelesaian dari masalah yang kita hadapi.Sehingga kita menjadi buntu.Kerana Dia mahu kita berfikir dan mencariNya di saat kesusahan.Kemudian Allah kembalikan semula jalan penyelesaian itu kepada kita semula.Untuk apa? Untuk kita tanamkan sifat bersyukur dan berterimakasih kepadaNya dan mengakui keEsaan dan KebesaranNya.




SUBUH YANG TERAKHIR





Andai subuh ini adalah yang terakhir buatku..

Biarlah pagi ini berbicara yang baik-baik tentangku
Biarlah pagi ini menyampaikan yang indah-indah perihalku
Kerana daku telah cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik
Demi sekujur jasad yang akan menemuiNya pada bila-bila masa

Tuhanku,sesungguhnya aku tidak layak untuk SyurgaMu namun aku jua
tidak sanggup berdepan dengan NerakaMu yang penuh keazaban
oleh itu kurniakan ku pintu-pintu taubat untukku menyucikan segala noda
dan dosa yang telah aku lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.Amin



Rempitan Cinta

Ya Robb...tolong kawal kelajuanku dari merempit di lebuhraya cinta agar aku tidak mengalami kemalangan jiwa yang boleh mencacatkan imanku.

Sunday, 17 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 30



                             Pagi-pagi lagi telefon bimbit Rina berbunyi.Cepat-cepat dia mencapainya di atas almari solek kerana mungkin pemanggil itu dalam kecemasan atau teramat memerlukannya."Waalaikumussalam,ye Dila,nape...oh ye ke....emmm....ktne....waktu habis keje la ye nanti selepas Rina angkut semua anak-anak balik sekolah dan bagi mereka makan dan sebagainya baru kita leh jumpa.....banyak-banyak sabar dan letak Allah di hati...kita ni siapalah yang hendak mengelak dari diuji....ya betul tu...ok ye Dila,Rina pegi keje dulu,anak-anak dah tunggu dalam kete tu...maaf ye..assalamualaikum."Sopan Rina menjawab panggilan dari sahabat lamanya yang setia mendapat khidmat nasihat dan motivasi dari Rina.Bukan Adila sahaja malah rata-rata kawan Rina di tempat kerja maupun kenalan yang lain suka mendapat khidmat nasihat dari Rina walaupun pada masa yang sama Rina sendiri sedang mengalami konflik jiwa dan rumahtangga.Rina tidak sedikit pun menjadikan konflik yang dia alami itu untuk menidakkan akan pertolongan dari sahabat-sahabatnya.Sebab itu ramai kenalannya termasuk kakitangan di tempat dia bekerja tidak tahu akan masalah yang dialami Rina.Bijak sungguh dia menyembunyikan kekusutan yang membalut jiwa.Biarlah senyuman ini sentiasa membalut perih di wajah kusamku,bisik Rina.

                         "Kau dah selesai semua jemput anak- anak kau ke" Tanya Adila sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di bangku KFC. " Ha ah....aku tak sempat nak masak lauk pagi tadi,Masak nasi je,.Tadi aku beli  lauk je dua tiga perkara cukuplah.Malam masak lain pulak".Jawab Rina sambil melilau memandang menu yang ada di atas meja."Kau nak makan apa Dila,jom gi order" Tanya Rina ."Aku takda selera sebenarnya snak makan,kalau kau rajin bangun,pegi lah ambik aku potato putar regular dan pepsi tu je" Jawab Adila sambil membelek telefon bimbit dan membaca mesej yang kelihatan berderet di inbox.Mukanya kelihatan benar-benar sunggul dan tidak terurus.Selalunya wanita yang bergelar jurutera elektrik di salah sebuah syarikat swasta milik Jepun itu seorang yang sentiasa kemas dan up to date.Tapi harini seperti orang dikejar hantu lagaknya.Tak sabar dia hendak meluahkan segala yang terbuku yang bermain di benaknya selama ini.Sudah puas dia mencari dan menghubungi Rina tapi Rina dan taliannya asyik sibuk memanjang.
                       "Ok..nah ini kau punya.....nasib baik tak ramai tak adalah aku nak berbaris panjang" Rina menghulurkan kentang putar dan pepsi kepada Adila yang macam orang hilang akal. "Kau ni kenapa,aku tengok dari tadi macam kucing jatuh longkang,dengan tudungnya senget,broochnya tak kena tempat kau letak,muka tak bermekup,nape? Kau gaduh lagi dengan Irwan tu? "  Rina mengomel sambil mengunyah french fries brserta dengan sos cili.Adila mengeluh lemah seoalah seksa sangat hendak dia muntahkan segala isi benaknya kepada Rina."Aku sebenarnya cemburu lihat kau dengan Muaz,bahagia,ceria,tenang.Bertuah kau dapat memiliki suami seperti Muaz,sayang kau,manjakan kau,apa yang kau nak semua dia ikuti.Dia pun seorang yang penyayang dan ambik berat tentang anak-anak,pendekata dia lelaki yang sempurna yang pernah aku kenal"  Puji Adila sebagai pembuka cerita.Terpancut air milo yang di dalam mulut Rina dan tersembur habis di atas meja."Oppsss...sorry...aku rasa nak termuntah tadi sebab dari pagi tadi aku belum makan apa-apa.Angin kot" Cepat-cepat Rina mengambil tisu dan mengelap meja percikan milo.
" Si Irwan tu aku rasa sudah sampai masanya aku bertindak,aku sudah banyak bersabar,sudah banyak beralah,aku ikut je  apa yang dia nak,tapi dasar lelaki tak guna,dasar kaki betina,memang tak pernah serik.Malam tadi kau tau dia balik pukul berapa dari klinik?  5.00 pagi .Pukul 7 pagi aku  dah nak pegi keje.Rumah tu macam homestay,selisih bahu je.Kalau dia dah tak mau tengok aku,dah jelak tengok muka aku,wat apa simpan aku? Cerai je.Tapi dah berkali aku minta cerai dia tak mau.Dia sayangkan aku lagi...sakit hati aku kau tau tak" Jelas Adila sambil memandang tepat ke arah Rina dengan mata yang bundar.
" Kalau aku suruh kau sabar,perkataan tu dh lama kau dengar kan.Macam ni lah,cuba kau letak masalah yang Irwan rasai ini pada kau.Seawal perkahwinan yang aku tau Irwan mau anak,tapi kau tak mau sebab kau nak wat master kat Australia.Fine. Selepas tiga tahun,Irwan masih lagi menunggu,alasan kau nak merasa kerja dulu.Irwan tu doktor perubatan,seharian dia bergelumang dengan berbagai masalah dan kerenah pesakit dan staff nya. Kalau kau lah,boleh sabar ke.Balik rumah dia nak release,kalau ada anak hilanglah sikit tensionnya.Ini asyik mengadap muka kau dah hampir lima tahun.Kau pula bukannya lekat sangat kat rumah ada je keje kau.Yang lekat kt rumah tu bibik kau.Tak kan si Irwan tu nak tatap muka bibik je.Cuba kau fikir.Pemikiran orang lelaki tak sama dengan kita perempuan ni. Kita kalau kat rumah banyak benda nak buat sebab tu kalau ada masalah boleh je hilang.Tapi orang lelaki ni dia tak mau nak serabutkan dengan banyak hal,mereka kalau relax,biar betul-betul relax,kalau sibuk,biar betul-betul sibuk.Sebab tu kalau mereka balik rumah,mereka dah tak mau fikir yang boleh menyesakkan lagi kepala hotak mereka,.Kau faham tak apa yang aku cakap?" panjang lebar Rina memulakan pendapatnya.
                                
                             "Kau jangan nak pentingkan diri kau Dila,kesian si Irwan tu.Kalau dia nak kawin kau izinkanlah sebab kau pun tak mau lahirkan zuriat dia,nak jaga body konon.Suami kita bukan milik kita sepenuhnya,Dia milik Allah.Allah pinjamkan sementara pasangan kita itu untuk kita menjaganya dan memberi kasihsayang dan cinta seikhlasnya.Dan Allah amanahkan untuk kita menjaga pasangan itu sebaik mungkin sehingga Dia mengambilnya semula.Samada dalam bentuk perpisahan di dunia ataupun perpisahan di akhirat.
Jangan jadi tamak.Kalau kau sendiri pun sudah tidak boleh hendak menerima amanah Tuhan,eloklah kau beri pada orang lain untuk menjaganya.Aku cakap direct je.Kalau kau nak terasa,terpulanglah.Tapi aku cakap yang benar.Aku tidak berpihak pada siapa-siapa sebab korang berdua kawan aku dari bujang lagi.Kau kena turunkan ego kau,kembali pada fitrah yang kau adalah isteri dia.Kemana pun kau pergi kau tetap isteri orang selagi tali syurga masih dalam genggamannya. Ingat,redha isteri pada doa suaminya.Sudah-sudah lah tu.Insya allah aku doakan suatu hari nanti kau juga akan memiliki cahayamaya yang comel macam kau,dan hensom macam Irwan.Aku ingin sangat tengok kau bahagia berpimpinan tangan dan sama-sama mendidik anak-anak sehingga dewasa.Seronok Dila kalau menjadi  ibu.Bahagia yang tiada harganya.Cubalah" Pesan Rina sambil menggenggam erat tangan Adila dan merenung anak matanya seolah-olah mengharapkan secangkir bahagia.

~Bersambung~

Monday, 11 August 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 29




                                  Muaz persis orang yang kena rasuk,mukanya pucat serta asyik memandang searah sahaja.Dunianya seolah menjadi gelap bagai di dalam gua yang tidak dimasuki cahaya.Terasa dunia ini kosong se kosongnya.Kemana arah dia selepas ini kalau benarlah perpisahan ini terjadi.Dengan siapa lagi hendak dia mengadu nasib dan bermanja.Adakah anak-anaknya akan membenci dan meninggalkan dirinya berseorangan,siapa nanti akan menjaga pakai minumnya.Oh Tuhan kenapa harus begini berakhirnya istana yang aku bina atas dasar kasih sayang.Kasih sayang? Benarkah? Atau aku saja yang mempunyai sifat demikian sedangkan di pihak Rina bertentangan.Apa salah aku? " Apa salah abang? banyak abang....cuba  abang renung ke dalam diri sebentar,apa yang telah abang lakukan yang paling terbaik untuk anak-anak dan isteri-isteri abang.Abang abaikan Aida dan anak-anaknya tanpa jengah khabar.Gantung tak bertali.Abang tak pernah balik sana semenjak akhir-akhir ini.Entah hidup ke entah makan ke mreka tiga beranak tu.Ada abang tanya pelajaran dan belanja serta pakai makan minum anak-anak di sana? Kat rumah ni pun sama,ada pernah abang solat bersama dengan anak-anak? Sepanjang kita kawin tak pernah Rina tengok abang mengaji Quran atau baca yassin walau sebaris.Apatah lagi nak menyuruh anak-anak solat.Abang menzalimi anak-anak dan isteri-isteri abang.Hak-hak isteri abang abaikan. Dah tu cemburu buta dan buruk sangka tak abis-abis .Dan pula abang tidak menghormati arwah ibu abang semasa hayatnya.Tak pernah Rina tengok abang bersalam dan mengucup pipi serta memeluk dia dengan penuh kasihsayang dan insaf apatah lagi hendak menyuap walau sebutir nasi ke mulutnya semasa dia sakit.Hendak memandikan dia jauh sekali.Tiap kali balik si usu dan si Rizal  dan along tu je yang suapkan dan mandikan dia.Tapi abang hanya memandang dari jauh,geli dan rasa mual tengok najis dan air kencing mak" Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Rina suatu masa dulu.Airmatanya mula mengalir laju membasahi pipinya yang agak tembam...Makkkk....maafkan Muaz mak....

                                 "Assalamualaikum kak...ni nak bagitau mak dah masuk hospital,mak kata nak tengok anak cucu serta menantu dia.Rindu sangat katanya,akak balik lah ye...bagitau abang Muaz sekali,assalamualaikum" bagitau adik bongsu Muaz dari kampung.

" Mana abang boleh balik,keje menimbun,biar si Rizal dan along dulu lah yang balik kita kemudian pun takpa.alah mak tu bukannya apa saja rindu lah tu,Kalau semua dah depan mata,baik lah dia nanti"
Sebulan kemudian mereka terima panggilan lagi dari kampung "Assalamualaikum kak,hospital dah tak boleh terima mak lagi katanya mak harus di bawa balik, Mak dah tak boleh nak bercakap laju,hanya sepatah-sepatah je dia pun dah tak berapa kenal orang,tapi masih lagi menyebut nak jumpa anak cucunya...dia harap sangat akak balik sebab dia nak teringin nak makan gulai ayam yang akak masak.Orang lain dia tak mahu,balik lah akak,bagitau abang Muaz ye kak,assalamualaikum" Pesan adik bungsunya lagi.
" Hemm...macam-macam lah si Usu ni..dia dan isterinya kan ada kt rumah tu takkan tak boleh nak masak gulai ayam tu.Nak tunggu orang kat sini juga.Kita dah lah jauh banyak kerja pulak tu.Kerja saya ni tak sama dengan orang lain.Susah orang nak ganti dan buat. Tengok lah minggu depan ke kita baliik nak selesai kerja ni dulu,nanti tertangguh siapa yang hendak sambung buat.Abang banyak nak bayar tau,mereka tau apa je"
" Balik lah abang,sekejap je,kalau abang tak mau balik biar Rina dan anak-anak je kesian mak tu rindu sangat dengan cucunya" pujuk Rina melembutkan hati besi Muaz." Rina kan rabun malam,dan  tak boleh drive waktu hujan,nanti kalau ada apa-apa yang berlaku siapa yang hendak tolong? Jangan nak cari pasal" Larang Muaz dengan tegas sekali. Beberapa minggu kemudian, adik bongsu dari kampung menghubunginya lagi tapi kali ini nadanya berlainan. " Assalamualaikum kak, maaf ganggu,mungkin ini kali terakhir Usu telefon sebab mak pun dah terus diam dan tak boleh menyebut nama sesiapa lagi...mak dah koma dan nazak,balik lah kalau akak dan abang rasa itu yang terbaik dan dia adalah ibu kalian,kalau rasa sebaliknya,tak apalah,assalamualaikum" Talian itu terus terputus da sepi seketika. Rina terus menghubungi Muaz.Berdebar-debar dadanya dan mundar-mandir tak tahu apa yang hendak dilakukan. Apakan daya dia terlalu taat akan suami dan tak mahu jadi isteri yang derhaka.

                                 "Abang kita balik awal pagi ye,nanti cepat kita sampai dan semuga dapat berjumpa dengan mak. Usu kata mak dah nazak tu"
"Sabarlah,nak cek minyak hitam dan brek ni dulu,kedai cina tu pukul 9 baru buka" Jawab Muaz selamba sambil membelek fail-fail tendernya yang berseelerakan di atas meja." Ya Allah abang..di saat mak abang tengah nazak pun abang masih nak relax dan masih boleh belek kerja lagi.Kenapa abang tak pergi servis minggu lepas,sabtu tu cina buka.Masa ni pula nak buat serba serbi.Kereta slain kan ada.Ada dua buah lagi tu simpan buat apa.Jom lah abang nanti tak sempat" Ajak Rina lagi dengan penuh resah. " eh awak ni kot iya pun bertenang lah,sempat punya,kalau ada rezki kita berjumpa dengannya alhamdulillah tapi kalau dah tak ada rezki nak buat macamana tu dah takdir tak dapat berjumpa" Jawab Muaz spontan.

"Ya Allah,tolong lah abang,kalau abang penat biar Rina yang drive abang tidurlah sepanjang jalan ok? Jom abang kita dah tak ada masa." Rina terus saja memujuk dan mendesak akhirnya Muaz mengalah.
           
                                   Sebaik tiba di kawasan  rehat dan exit plaza sempat lagi Muaz membeli belah dan minum-minum di situ tanpa rasa gusar akan keadaan ibunya. Seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku terhadap ibunya. Rina cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menunggu anak-anak serta suaminya masuk.Hatinya sudah berada di sisi ibu mentuanya.Rina berhenti pula di rumah abang sulungnya Jamil untuk Qasar dan Jamak sembahyang. Itupun dia ambik masa yang yang tergesa-gesa namun Muaz masih lagi sempat membelek suratkhabar di rumah Jamil.Jamil rasa serba salah untuk menyuruh mereka berangkat balik ke rumah mentua Rina memandangkan Muaz seolah tidak ambil kisah akan nasib ibunya. Tiba-tiba telefon Rina berbunyi " Assalamualaikum kak,..mak dah tak ada......"...berdetak jatuh telefon bimbit Rina ke lantai.Lututnya longlai tekaknya perit.Dia memandang Muaz.Tergamam seketika.Makkkkkk........
 

                                    Setibanya di rumah ibunya orang kampung memenuhi ruang,Rina dan anak-anak bergegas naik ke atas dan memeluk sekujur jasad yang telah kaku.Rina membaca Yassin diiringi anak-anaknya.Kelibat Muaz tidak kelihatan.Hampir setengah jam baru dia naik dan mencium wajah pucat ibunya.Airmatanya menitis laju.Lama dia menatap wajah tua dan tenang itu dan menutup semula kain batik yang menutupi wajah ibunya.Dia terus berlalu tanpa meninggalkan secebis yassin sebagai sedekah untuk arwah ibunya. Jenazah telah dibawa ke kubur.Adik beradik Muaz yang tiga orang itu semua turun ke dalam liang lahad menyambut jenazah dan menimbusnya. Muaz hanya berdiri di birai kubur sambil berpayung kerana hujan turun dengan rintiknya.Dia menyingsing kaki seluar takut dikotori oleh tanah kubur ibunya.Dia tidak menyentuh tanah kubur arwah ibunya walau seketul kerana dikuatiri kotor dan berkuman.Sedangkan adik beradiknya yang lain habis berlumuran dengan selut dan lumpur.Semua yang hadir hanya memandang gelagat Muaz dengan menggeleng kepala dan istighfar....Ponn..ponnnn..ponnnn....tiba-tiba lamunan Muaz terhenti bila bunyi hon yang kuat menusuki telinganya." Abang buat apa kt bawah jambatan ni? Dah dua kali saya round tengok abang tak gerak-gerak.Abang sakit ke" Tanya Jamal salah seorang pekerja Muaz.
" Oh...ya...saya kat sini ke tadi? Ya Allah...entahlah Jamal saya pun tak sedar bila saya park kat bawah jambatan ni.ManyaAllah dan maghrib rupanya ye...terimakasih Jamal,biar saya balik dulu" Ucap Muaz sambil memecut keretanya ke rumah. ~ Bersambung~



Sunday, 10 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 28


                         
                              Suasana di dalam rumah semi D dua tingkat itu begitu muram .Anak-anak pasangan itu semua menyendiri di dalam bilik masing-masing melayani perasaan dan cuba menjawab setiap persoalan yang berlaku di antara kedua ibubapa mereka.Kasihan mereka,dalam seusia begitu mereka tidak sepatutnya dihidang dengan permasalahan yang tidak perlu mereka kongsikan.Seharusnya mereka masih di dalam situasi yang menggembirakan dan ceria serta tenang.Mereka perlu memberi penumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan perkembangan fizikal dan mental,tapi,,, Ah..biarlah mereka belajar tentang kehidupan ini walaupun hanya tempias.Sekurang-kurangnya mereka harus sedar bahawa masalah orang lain boleh mendewasakan dan mematangkan mereka juga. Biar mereka sedar kehidupan yang senang tidak akan berakhir dengan kebahgiaan dan kehidupan yang susah tidak akan berakhir dengan penderitaan.Maka itu harus berwaspada pada setiap rencah kehidupan.

                         Perlahan Rina menatap wajah Muaz dan merenung anak matanya.Terlalu berat hendak dia luahkan segala apa yang telah terancang dan telah diputuskan tanpa pengetahuan Muaz.Muaz kebingungan menanti setiap patah yang akan keluar dari bibir Rina."Rina minta ampun dan maaf,hanya setakat ini sahaja yang Rina mampu mempertahankan.Rina tidak dapat meneruskan perkahwinan ini.Bukan Rina membenci,bukan menidakkan kasihsayang dan kesenangan yang diberi tapi Rina tidak sanggup hidup dalam kepuraan dan hipokrit.Mungkin Rina bukan isteri dah ibu yang terbaik untuk abang dan anak-anak.Abang carilah isteri yang lebih baik dari Rina ye...Rina jahat,Rina degil dan keras kepala kan..Jodoh kita terhenti setakat ini saja.Mungkin kita ditakdirkan untuk lebih baik menjadi seorang sahabat dari menjadi pasangan suami isteri.Semua ini Qadar dan qadar.Maafkan Rina abang.." jelas Rina sambil menyeka setiap titisan airjernih yang menerjah laju di pipinya yang cengkung.Muaz terkedu." Err,,,er,,,,,apa...Rina dah pergi ke Mahkamah ye...bermakna....kes ini dan sampai ke sana ye....kkenapa Rina sanggup buat macam ni,Rina tak sayang abang ke? apa salah abang ? sampai hati Rina hendak meninggalkan abang...abang boleh mati tau Rina..abang dah takda siapa lagi dalam dunia ni selain Rina dan anak-anak.." Muaz tidak dapat menahan perasaan dan terus memeluk Rina sambil melutut di kaki Rina yang duduk di birai katil.

                      "Tolong lah abang..rina dah tak boleh...selama ini pun Rina hanya bertahan kerana anak-anak je..nak tunggu mereka besar dan faham.Rina dah bagi peluang dah lama kat abang untuk abang berubah,Rina bukan mau harta,bukan mau gelang sampai ke siku atau kereta mewah,cuma mau abang jadi seorang suami dan seorang bapa yang benar-benar dituntut oleh Islam tu je...Tapi abang sedikit pun tak mau ikut kehendak Rina dan nasihat Rina abang ego,abang pentingkan kerja dan duit semata.Abang abaikan kebajikan anak isteri.Rina tak kisah walau sekujur tubuh ini tidak disalut dan disarung emas berkilau walau sejanggut udang sekalipun asalkan abang tunaikan kewajipan terhadap Allah dan anak-anak.Abang tak mau berjiran,tak mau ke masjid tak mau ziarah sedara mara tak mau bawa anak-anak bersiar-siar bila hari cuti,susah ke kalau itu yang Rina minta?Benda yang sama juga menjadi persoalan dan benda yang itu juga yang abang tak dapat tunaikan.Itu tak termasuk nafkah zahir dan batin......" jelas Rina lantas cepat-cepat dicantas oleh Muaz.
"Dah..dah jangan sebut pasal itu..ok..ok..abang mengalah...abang janji akan lakukan semua itu untuk Rina ye sayang..tolong jangan tinggalkan abang Rina..abang akan mati tanpa Rina..tolonggg..cakap saja apa yang Rina mahu abang lakukan..." Muaz masih lagi memegang kedua kaki Rina persis seorang anak yang bakal dihukum. "Rina bukan macam tu,Ini pun Rina tak mau.Seolah-olah abang berubah kerana Rina,ini sudah dayus namanya.Masyarakat akan mencemuh perubahan yang macam ni.Berubah lah kerana Allah. Dan satu lagi Rina mau abang berlaku adil dengan Aida..kesian dia.Apa nasib dia yang abang tinggal begitu sahaja.Anak-anak di sana,apa nasib mereka...." Rina cuba menjelaskan lagi tapi cepat-cepat juga Muaz menyanggah.Pantang sekali dia bila sebut nama Aida.Entah kenapa  dia terlalu sensitif dengan nama Aida..
                   "Abang..macam ni..kita berpisah hanya untuk mengenali diri antara satu sama lain.Mungkin dengan perpisahan ini kita mendapat keputusan dan kehidupan yang lebih baik dari ini.Kita tidak tahu semua ini takdir Tuhan yang telah tersurat dalam perkahwinan ini.Mungkin selama ini kita ego dengan sikap masing-masing.Kita tak ada masa dan ruang untuk memikirkan perihal dan kelakuan diri.Dengan terjaraknya hubungan kita,insyaAllah kita akan lebih sedar di atas kesilapan masing-masing...percayalah Rina tak akan pernah membenci abang dan kita akan sentiasa berhubung demi anak-anak kita." Rina masih lagi memujuk supaya Muaz dapat menerima kenyataan.Namun tidak semudah itu Muaz akan akur dan terima membuat keputusan berpisah dengan orang yang dia sayang separuh mati. ~ bersambung~


Saturday, 9 August 2014




 Ku Rindu Kamu


Nak di cium jauh
Nak di peluk tak tercapai
Nak di belai tiada di sisi
Nak di renung tak nmpak
Hanya namamu
Terpahat di hatiku
Serta doa yang
Sering mengiringi
Di kala sunyiku


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 27




                           Hari demi hari kebahagian Rina dan Muaz semakin terhakis oleh arus deras cemburu buta dan kasihsayang yang disalah gunakan.Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan oleh Rina demi untuk menyelamatkan rumahtangganya yang dibina hampir 19 tahun.Dia tak diam anak sulungnya sudah menjadi gadis yang cantik jelita sepertinya dan mempunyai anak teruna yang tampan dan berbudi pekerti. Rina terpaksa akur andai sesuatu yang tidak terduga terjadi di antara dia dan Muaz...ya..dia sudah benar-benar bersedia menghadapi apa saja rintangan.Aku perlu kuat,aku takkan mati demi kehidupan anak-anakku.Akan ku kutip semua sejarah hitam ini dan akan kubukukan menjadi sebuah novel untuk tatapan pembaca khususnya wanita seperti aku.Biar wanita dan kaum ibu di luar sana mengerti bahawa kita tidak seharusnya beralah pada masalah dan kesulitan.Kita harus ada pegangan. Harus ada sesuatu yang kita pegang.Contohnya aku berpegang pada kasihsayang terhadap anak-anakku serta masa depan mereka.Akan aku gagahi dan aku mesti hidup untuk mereka.Justeru itu aku harus tempuh dan redah apa-apa yang merintangi pandanganku takkan ku toleh ke belakang lagi.Ketika itulah kekuatan akan timbul kerana di benakku hanyalah ada anak-anakku.

                       Esok Rina harus menemui abang sulungnya Jamil di kampung.Kisah ini akan diceritakan setiap baris.Tapi percaya kah mereka?..Sedangkan selama ini sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata yang besar remaja tak pernah dengar pun walau secebis kisah duka.Selalunya ceria dan penuh romantik.Tiba-tiba hujan tak ribut taufan tak,terus tsunami pula. Ishh...ini kisah bohong yang saja direka-reka. " engkau kan pelakun teater terkenal.Dapat title pelakun wanita terbaik lagi,memang lah kau pandai buat skrip kan" bentak Jamil setelah habis semua episod sedih ditumpahkan kepada abang sulungnya. Rina sedikit pun tak gentar dan rasa rugi menceritakan tanpa ada yang menitis airmata atau menunjukkan muka simpati.Dia memang sudah agak dari awal situasi begini yang akan dia terima.Siapalah yang hendak percaya bila mengenangkan kesopanan dan ketertiban Muaz di depan ahli keluarga.Walaupun selama ini semua aib dan semua rahsia enam jahanamnya ditutupi oleh manisnya bicara dan kesabaran Rina.
Kalau lah mereka tahu yang selama ini Muaz tidak pernah solat dan berpuasa sepenuhnya,rasa-rasanya sudah lama Muaz terpelanting terkeluar dari keluarganya.Begitu juga andainya masih ada hayat arwah ayahnya,tahulah nasib muaz kalau tidak solat dan berpuasa.Arwah ayah Rina amat tegas dalam mendidik anak-anak terutama solat.Beliau tidak akan menjamah makanan yang dimasak oleh tangan-tangan yang tidak solat tanpa sebab.Keluarga Rina tidak tahu yang selama ini bila setiap balik kampung,Rina tak lena tidur memikirkan rahsia Muaz takut terbongkar.Rahsia Muaz yang tidak solat.Rina terpaksa kejutkan Muaz semata-mata pergi cuci muka persis orang ambil wuduk supaya mereka tahu yang Muaz sudah solat subuh.
"Tolonglah bangun sekejap.Ini sudah pukul 6.30..abang masih berdengkur,orang mesti perasan abang belum bangun.Bangun je pergi basuh muka lps tu tidurlah balik,tolonglah jangan malukan Rina biarpun abang tak malu kat Allah"..dan pernah Rina ucap "Maarobbuka" dan "Innalillahiwainnailaihi roojiun" di telinga Muaz semasa kejutkannya dari tidur.Pun tak berganjak dia dari menarik kain selimut.Ya Allah jentikkan lah walau seinci di hati dan benaknya agar dia kembali kepada keesaanMu ya Allah....

                "eh,kau ni nape Rina? Kau ada skandal ke,kau dah tak ingat anak-anak ke.." Jerkah Jamil setelah soalannya dari tadi tidak dijawab oleh Rina.Tersentak terkejut Rina bagai halilintar menyambar memanah jantungnya."Ya..ya..Rina tau Rina yang failkan penceraian ini.Sebab Rina sudah tak tahan dan tak sanggup hendak meneruskan perkahwinan ini abang...tuduh dan katalah apa saja yang abang mahu..bunuhlah Rina abang kalau tindakan Rina ini memalukan keluarga.Tapi Rina lakukan ini semuanya kerana Allah,kerana anak-anak dan kerana madu Rina,Aida." jawab Rina tersekat-sekat sambil berderai airmata.
"Bodoh.Tak sangka kau sebodoh ini tindakan kau.Takkan kau tak boleh bertolak ansur dan berbincang.Takkan kau tak ada cara lain selain bercerai?..Yang kau kesiankan si Aida tu nak buat apa,lantaklah dia,itu bukan masalah kau,itu masalah Muaz.Tak perlu kau nak masuk campur urusan rumahtangga dia,Kau jaga rumahtangga kau sudah.Kau dah fikir habis nak jadi janda? kau tau dunia dan nasib janda?Teringin sangat nak jadi janda ye?Kau boleh bela anak-anak sendirian?Banyak sangat ke harta dan duit kau yang gatal nak hidup menjanda? Dasar bodoh, tak tau bersyukur." bentak Jamil lagi dengan habis keluar semua lava berapinya.
                  "Biarlah apa yang orang hendak tohmahkan.Hanya Rina dan Tuhan yang tau..tak perlu hendak ditegakkan lagi,memang tiada siapa akan percaya dan menyebelahi Rina.Sebab itu masalah ini biar mahkamah je yang putuskan Sebab di sana terdiri dari bijakpandai dan tahu hukum hakam perkahwinan.biar mereka yang adili.Rina tak sedih dan mengharap andai tiada siapa ynag memihak pada Rina.Hanya sekadar ingin memberitau sahaja bahawa kes ini telah difailkan di mahkamah syariah. Terimakasih abang dan maafkan Rina kerana terlalu banyak menyusahkan abang sekeluarga,biar Rina balik dulu,assalamualaikum" Ucap Rina sambil mencium tangan abangnya dan kakak ipar lalu terus berlalu dari situ dengan hati yang kosong dan sepi. ~ bersambung~