Monday, 11 August 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 29
Muaz persis orang yang kena rasuk,mukanya pucat serta asyik memandang searah sahaja.Dunianya seolah menjadi gelap bagai di dalam gua yang tidak dimasuki cahaya.Terasa dunia ini kosong se kosongnya.Kemana arah dia selepas ini kalau benarlah perpisahan ini terjadi.Dengan siapa lagi hendak dia mengadu nasib dan bermanja.Adakah anak-anaknya akan membenci dan meninggalkan dirinya berseorangan,siapa nanti akan menjaga pakai minumnya.Oh Tuhan kenapa harus begini berakhirnya istana yang aku bina atas dasar kasih sayang.Kasih sayang? Benarkah? Atau aku saja yang mempunyai sifat demikian sedangkan di pihak Rina bertentangan.Apa salah aku? " Apa salah abang? banyak abang....cuba abang renung ke dalam diri sebentar,apa yang telah abang lakukan yang paling terbaik untuk anak-anak dan isteri-isteri abang.Abang abaikan Aida dan anak-anaknya tanpa jengah khabar.Gantung tak bertali.Abang tak pernah balik sana semenjak akhir-akhir ini.Entah hidup ke entah makan ke mreka tiga beranak tu.Ada abang tanya pelajaran dan belanja serta pakai makan minum anak-anak di sana? Kat rumah ni pun sama,ada pernah abang solat bersama dengan anak-anak? Sepanjang kita kawin tak pernah Rina tengok abang mengaji Quran atau baca yassin walau sebaris.Apatah lagi nak menyuruh anak-anak solat.Abang menzalimi anak-anak dan isteri-isteri abang.Hak-hak isteri abang abaikan. Dah tu cemburu buta dan buruk sangka tak abis-abis .Dan pula abang tidak menghormati arwah ibu abang semasa hayatnya.Tak pernah Rina tengok abang bersalam dan mengucup pipi serta memeluk dia dengan penuh kasihsayang dan insaf apatah lagi hendak menyuap walau sebutir nasi ke mulutnya semasa dia sakit.Hendak memandikan dia jauh sekali.Tiap kali balik si usu dan si Rizal dan along tu je yang suapkan dan mandikan dia.Tapi abang hanya memandang dari jauh,geli dan rasa mual tengok najis dan air kencing mak" Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Rina suatu masa dulu.Airmatanya mula mengalir laju membasahi pipinya yang agak tembam...Makkkk....maafkan Muaz mak....
"Assalamualaikum kak...ni nak bagitau mak dah masuk hospital,mak kata nak tengok anak cucu serta menantu dia.Rindu sangat katanya,akak balik lah ye...bagitau abang Muaz sekali,assalamualaikum" bagitau adik bongsu Muaz dari kampung.
" Mana abang boleh balik,keje menimbun,biar si Rizal dan along dulu lah yang balik kita kemudian pun takpa.alah mak tu bukannya apa saja rindu lah tu,Kalau semua dah depan mata,baik lah dia nanti"
Sebulan kemudian mereka terima panggilan lagi dari kampung "Assalamualaikum kak,hospital dah tak boleh terima mak lagi katanya mak harus di bawa balik, Mak dah tak boleh nak bercakap laju,hanya sepatah-sepatah je dia pun dah tak berapa kenal orang,tapi masih lagi menyebut nak jumpa anak cucunya...dia harap sangat akak balik sebab dia nak teringin nak makan gulai ayam yang akak masak.Orang lain dia tak mahu,balik lah akak,bagitau abang Muaz ye kak,assalamualaikum" Pesan adik bungsunya lagi.
" Hemm...macam-macam lah si Usu ni..dia dan isterinya kan ada kt rumah tu takkan tak boleh nak masak gulai ayam tu.Nak tunggu orang kat sini juga.Kita dah lah jauh banyak kerja pulak tu.Kerja saya ni tak sama dengan orang lain.Susah orang nak ganti dan buat. Tengok lah minggu depan ke kita baliik nak selesai kerja ni dulu,nanti tertangguh siapa yang hendak sambung buat.Abang banyak nak bayar tau,mereka tau apa je"
" Balik lah abang,sekejap je,kalau abang tak mau balik biar Rina dan anak-anak je kesian mak tu rindu sangat dengan cucunya" pujuk Rina melembutkan hati besi Muaz." Rina kan rabun malam,dan tak boleh drive waktu hujan,nanti kalau ada apa-apa yang berlaku siapa yang hendak tolong? Jangan nak cari pasal" Larang Muaz dengan tegas sekali. Beberapa minggu kemudian, adik bongsu dari kampung menghubunginya lagi tapi kali ini nadanya berlainan. " Assalamualaikum kak, maaf ganggu,mungkin ini kali terakhir Usu telefon sebab mak pun dah terus diam dan tak boleh menyebut nama sesiapa lagi...mak dah koma dan nazak,balik lah kalau akak dan abang rasa itu yang terbaik dan dia adalah ibu kalian,kalau rasa sebaliknya,tak apalah,assalamualaikum" Talian itu terus terputus da sepi seketika. Rina terus menghubungi Muaz.Berdebar-debar dadanya dan mundar-mandir tak tahu apa yang hendak dilakukan. Apakan daya dia terlalu taat akan suami dan tak mahu jadi isteri yang derhaka.
"Abang kita balik awal pagi ye,nanti cepat kita sampai dan semuga dapat berjumpa dengan mak. Usu kata mak dah nazak tu"
"Sabarlah,nak cek minyak hitam dan brek ni dulu,kedai cina tu pukul 9 baru buka" Jawab Muaz selamba sambil membelek fail-fail tendernya yang berseelerakan di atas meja." Ya Allah abang..di saat mak abang tengah nazak pun abang masih nak relax dan masih boleh belek kerja lagi.Kenapa abang tak pergi servis minggu lepas,sabtu tu cina buka.Masa ni pula nak buat serba serbi.Kereta slain kan ada.Ada dua buah lagi tu simpan buat apa.Jom lah abang nanti tak sempat" Ajak Rina lagi dengan penuh resah. " eh awak ni kot iya pun bertenang lah,sempat punya,kalau ada rezki kita berjumpa dengannya alhamdulillah tapi kalau dah tak ada rezki nak buat macamana tu dah takdir tak dapat berjumpa" Jawab Muaz spontan.
"Ya Allah,tolong lah abang,kalau abang penat biar Rina yang drive abang tidurlah sepanjang jalan ok? Jom abang kita dah tak ada masa." Rina terus saja memujuk dan mendesak akhirnya Muaz mengalah.
Sebaik tiba di kawasan rehat dan exit plaza sempat lagi Muaz membeli belah dan minum-minum di situ tanpa rasa gusar akan keadaan ibunya. Seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku terhadap ibunya. Rina cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menunggu anak-anak serta suaminya masuk.Hatinya sudah berada di sisi ibu mentuanya.Rina berhenti pula di rumah abang sulungnya Jamil untuk Qasar dan Jamak sembahyang. Itupun dia ambik masa yang yang tergesa-gesa namun Muaz masih lagi sempat membelek suratkhabar di rumah Jamil.Jamil rasa serba salah untuk menyuruh mereka berangkat balik ke rumah mentua Rina memandangkan Muaz seolah tidak ambil kisah akan nasib ibunya. Tiba-tiba telefon Rina berbunyi " Assalamualaikum kak,..mak dah tak ada......"...berdetak jatuh telefon bimbit Rina ke lantai.Lututnya longlai tekaknya perit.Dia memandang Muaz.Tergamam seketika.Makkkkkk........
Setibanya di rumah ibunya orang kampung memenuhi ruang,Rina dan anak-anak bergegas naik ke atas dan memeluk sekujur jasad yang telah kaku.Rina membaca Yassin diiringi anak-anaknya.Kelibat Muaz tidak kelihatan.Hampir setengah jam baru dia naik dan mencium wajah pucat ibunya.Airmatanya menitis laju.Lama dia menatap wajah tua dan tenang itu dan menutup semula kain batik yang menutupi wajah ibunya.Dia terus berlalu tanpa meninggalkan secebis yassin sebagai sedekah untuk arwah ibunya. Jenazah telah dibawa ke kubur.Adik beradik Muaz yang tiga orang itu semua turun ke dalam liang lahad menyambut jenazah dan menimbusnya. Muaz hanya berdiri di birai kubur sambil berpayung kerana hujan turun dengan rintiknya.Dia menyingsing kaki seluar takut dikotori oleh tanah kubur ibunya.Dia tidak menyentuh tanah kubur arwah ibunya walau seketul kerana dikuatiri kotor dan berkuman.Sedangkan adik beradiknya yang lain habis berlumuran dengan selut dan lumpur.Semua yang hadir hanya memandang gelagat Muaz dengan menggeleng kepala dan istighfar....Ponn..ponnnn..ponnnn....tiba-tiba lamunan Muaz terhenti bila bunyi hon yang kuat menusuki telinganya." Abang buat apa kt bawah jambatan ni? Dah dua kali saya round tengok abang tak gerak-gerak.Abang sakit ke" Tanya Jamal salah seorang pekerja Muaz.
" Oh...ya...saya kat sini ke tadi? Ya Allah...entahlah Jamal saya pun tak sedar bila saya park kat bawah jambatan ni.ManyaAllah dan maghrib rupanya ye...terimakasih Jamal,biar saya balik dulu" Ucap Muaz sambil memecut keretanya ke rumah. ~ Bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment