CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 9 August 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 27




                           Hari demi hari kebahagian Rina dan Muaz semakin terhakis oleh arus deras cemburu buta dan kasihsayang yang disalah gunakan.Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan oleh Rina demi untuk menyelamatkan rumahtangganya yang dibina hampir 19 tahun.Dia tak diam anak sulungnya sudah menjadi gadis yang cantik jelita sepertinya dan mempunyai anak teruna yang tampan dan berbudi pekerti. Rina terpaksa akur andai sesuatu yang tidak terduga terjadi di antara dia dan Muaz...ya..dia sudah benar-benar bersedia menghadapi apa saja rintangan.Aku perlu kuat,aku takkan mati demi kehidupan anak-anakku.Akan ku kutip semua sejarah hitam ini dan akan kubukukan menjadi sebuah novel untuk tatapan pembaca khususnya wanita seperti aku.Biar wanita dan kaum ibu di luar sana mengerti bahawa kita tidak seharusnya beralah pada masalah dan kesulitan.Kita harus ada pegangan. Harus ada sesuatu yang kita pegang.Contohnya aku berpegang pada kasihsayang terhadap anak-anakku serta masa depan mereka.Akan aku gagahi dan aku mesti hidup untuk mereka.Justeru itu aku harus tempuh dan redah apa-apa yang merintangi pandanganku takkan ku toleh ke belakang lagi.Ketika itulah kekuatan akan timbul kerana di benakku hanyalah ada anak-anakku.

                       Esok Rina harus menemui abang sulungnya Jamil di kampung.Kisah ini akan diceritakan setiap baris.Tapi percaya kah mereka?..Sedangkan selama ini sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata yang besar remaja tak pernah dengar pun walau secebis kisah duka.Selalunya ceria dan penuh romantik.Tiba-tiba hujan tak ribut taufan tak,terus tsunami pula. Ishh...ini kisah bohong yang saja direka-reka. " engkau kan pelakun teater terkenal.Dapat title pelakun wanita terbaik lagi,memang lah kau pandai buat skrip kan" bentak Jamil setelah habis semua episod sedih ditumpahkan kepada abang sulungnya. Rina sedikit pun tak gentar dan rasa rugi menceritakan tanpa ada yang menitis airmata atau menunjukkan muka simpati.Dia memang sudah agak dari awal situasi begini yang akan dia terima.Siapalah yang hendak percaya bila mengenangkan kesopanan dan ketertiban Muaz di depan ahli keluarga.Walaupun selama ini semua aib dan semua rahsia enam jahanamnya ditutupi oleh manisnya bicara dan kesabaran Rina.
Kalau lah mereka tahu yang selama ini Muaz tidak pernah solat dan berpuasa sepenuhnya,rasa-rasanya sudah lama Muaz terpelanting terkeluar dari keluarganya.Begitu juga andainya masih ada hayat arwah ayahnya,tahulah nasib muaz kalau tidak solat dan berpuasa.Arwah ayah Rina amat tegas dalam mendidik anak-anak terutama solat.Beliau tidak akan menjamah makanan yang dimasak oleh tangan-tangan yang tidak solat tanpa sebab.Keluarga Rina tidak tahu yang selama ini bila setiap balik kampung,Rina tak lena tidur memikirkan rahsia Muaz takut terbongkar.Rahsia Muaz yang tidak solat.Rina terpaksa kejutkan Muaz semata-mata pergi cuci muka persis orang ambil wuduk supaya mereka tahu yang Muaz sudah solat subuh.
"Tolonglah bangun sekejap.Ini sudah pukul 6.30..abang masih berdengkur,orang mesti perasan abang belum bangun.Bangun je pergi basuh muka lps tu tidurlah balik,tolonglah jangan malukan Rina biarpun abang tak malu kat Allah"..dan pernah Rina ucap "Maarobbuka" dan "Innalillahiwainnailaihi roojiun" di telinga Muaz semasa kejutkannya dari tidur.Pun tak berganjak dia dari menarik kain selimut.Ya Allah jentikkan lah walau seinci di hati dan benaknya agar dia kembali kepada keesaanMu ya Allah....

                "eh,kau ni nape Rina? Kau ada skandal ke,kau dah tak ingat anak-anak ke.." Jerkah Jamil setelah soalannya dari tadi tidak dijawab oleh Rina.Tersentak terkejut Rina bagai halilintar menyambar memanah jantungnya."Ya..ya..Rina tau Rina yang failkan penceraian ini.Sebab Rina sudah tak tahan dan tak sanggup hendak meneruskan perkahwinan ini abang...tuduh dan katalah apa saja yang abang mahu..bunuhlah Rina abang kalau tindakan Rina ini memalukan keluarga.Tapi Rina lakukan ini semuanya kerana Allah,kerana anak-anak dan kerana madu Rina,Aida." jawab Rina tersekat-sekat sambil berderai airmata.
"Bodoh.Tak sangka kau sebodoh ini tindakan kau.Takkan kau tak boleh bertolak ansur dan berbincang.Takkan kau tak ada cara lain selain bercerai?..Yang kau kesiankan si Aida tu nak buat apa,lantaklah dia,itu bukan masalah kau,itu masalah Muaz.Tak perlu kau nak masuk campur urusan rumahtangga dia,Kau jaga rumahtangga kau sudah.Kau dah fikir habis nak jadi janda? kau tau dunia dan nasib janda?Teringin sangat nak jadi janda ye?Kau boleh bela anak-anak sendirian?Banyak sangat ke harta dan duit kau yang gatal nak hidup menjanda? Dasar bodoh, tak tau bersyukur." bentak Jamil lagi dengan habis keluar semua lava berapinya.
                  "Biarlah apa yang orang hendak tohmahkan.Hanya Rina dan Tuhan yang tau..tak perlu hendak ditegakkan lagi,memang tiada siapa akan percaya dan menyebelahi Rina.Sebab itu masalah ini biar mahkamah je yang putuskan Sebab di sana terdiri dari bijakpandai dan tahu hukum hakam perkahwinan.biar mereka yang adili.Rina tak sedih dan mengharap andai tiada siapa ynag memihak pada Rina.Hanya sekadar ingin memberitau sahaja bahawa kes ini telah difailkan di mahkamah syariah. Terimakasih abang dan maafkan Rina kerana terlalu banyak menyusahkan abang sekeluarga,biar Rina balik dulu,assalamualaikum" Ucap Rina sambil mencium tangan abangnya dan kakak ipar lalu terus berlalu dari situ dengan hati yang kosong dan sepi. ~ bersambung~
                       

No comments:

Post a Comment