Sunday, 17 August 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 30
Pagi-pagi lagi telefon bimbit Rina berbunyi.Cepat-cepat dia mencapainya di atas almari solek kerana mungkin pemanggil itu dalam kecemasan atau teramat memerlukannya."Waalaikumussalam,ye Dila,nape...oh ye ke....emmm....ktne....waktu habis keje la ye nanti selepas Rina angkut semua anak-anak balik sekolah dan bagi mereka makan dan sebagainya baru kita leh jumpa.....banyak-banyak sabar dan letak Allah di hati...kita ni siapalah yang hendak mengelak dari diuji....ya betul tu...ok ye Dila,Rina pegi keje dulu,anak-anak dah tunggu dalam kete tu...maaf ye..assalamualaikum."Sopan Rina menjawab panggilan dari sahabat lamanya yang setia mendapat khidmat nasihat dan motivasi dari Rina.Bukan Adila sahaja malah rata-rata kawan Rina di tempat kerja maupun kenalan yang lain suka mendapat khidmat nasihat dari Rina walaupun pada masa yang sama Rina sendiri sedang mengalami konflik jiwa dan rumahtangga.Rina tidak sedikit pun menjadikan konflik yang dia alami itu untuk menidakkan akan pertolongan dari sahabat-sahabatnya.Sebab itu ramai kenalannya termasuk kakitangan di tempat dia bekerja tidak tahu akan masalah yang dialami Rina.Bijak sungguh dia menyembunyikan kekusutan yang membalut jiwa.Biarlah senyuman ini sentiasa membalut perih di wajah kusamku,bisik Rina.
"Kau dah selesai semua jemput anak- anak kau ke" Tanya Adila sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di bangku KFC. " Ha ah....aku tak sempat nak masak lauk pagi tadi,Masak nasi je,.Tadi aku beli lauk je dua tiga perkara cukuplah.Malam masak lain pulak".Jawab Rina sambil melilau memandang menu yang ada di atas meja."Kau nak makan apa Dila,jom gi order" Tanya Rina ."Aku takda selera sebenarnya snak makan,kalau kau rajin bangun,pegi lah ambik aku potato putar regular dan pepsi tu je" Jawab Adila sambil membelek telefon bimbit dan membaca mesej yang kelihatan berderet di inbox.Mukanya kelihatan benar-benar sunggul dan tidak terurus.Selalunya wanita yang bergelar jurutera elektrik di salah sebuah syarikat swasta milik Jepun itu seorang yang sentiasa kemas dan up to date.Tapi harini seperti orang dikejar hantu lagaknya.Tak sabar dia hendak meluahkan segala yang terbuku yang bermain di benaknya selama ini.Sudah puas dia mencari dan menghubungi Rina tapi Rina dan taliannya asyik sibuk memanjang.
"Ok..nah ini kau punya.....nasib baik tak ramai tak adalah aku nak berbaris panjang" Rina menghulurkan kentang putar dan pepsi kepada Adila yang macam orang hilang akal. "Kau ni kenapa,aku tengok dari tadi macam kucing jatuh longkang,dengan tudungnya senget,broochnya tak kena tempat kau letak,muka tak bermekup,nape? Kau gaduh lagi dengan Irwan tu? " Rina mengomel sambil mengunyah french fries brserta dengan sos cili.Adila mengeluh lemah seoalah seksa sangat hendak dia muntahkan segala isi benaknya kepada Rina."Aku sebenarnya cemburu lihat kau dengan Muaz,bahagia,ceria,tenang.Bertuah kau dapat memiliki suami seperti Muaz,sayang kau,manjakan kau,apa yang kau nak semua dia ikuti.Dia pun seorang yang penyayang dan ambik berat tentang anak-anak,pendekata dia lelaki yang sempurna yang pernah aku kenal" Puji Adila sebagai pembuka cerita.Terpancut air milo yang di dalam mulut Rina dan tersembur habis di atas meja."Oppsss...sorry...aku rasa nak termuntah tadi sebab dari pagi tadi aku belum makan apa-apa.Angin kot" Cepat-cepat Rina mengambil tisu dan mengelap meja percikan milo.
" Si Irwan tu aku rasa sudah sampai masanya aku bertindak,aku sudah banyak bersabar,sudah banyak beralah,aku ikut je apa yang dia nak,tapi dasar lelaki tak guna,dasar kaki betina,memang tak pernah serik.Malam tadi kau tau dia balik pukul berapa dari klinik? 5.00 pagi .Pukul 7 pagi aku dah nak pegi keje.Rumah tu macam homestay,selisih bahu je.Kalau dia dah tak mau tengok aku,dah jelak tengok muka aku,wat apa simpan aku? Cerai je.Tapi dah berkali aku minta cerai dia tak mau.Dia sayangkan aku lagi...sakit hati aku kau tau tak" Jelas Adila sambil memandang tepat ke arah Rina dengan mata yang bundar.
" Kalau aku suruh kau sabar,perkataan tu dh lama kau dengar kan.Macam ni lah,cuba kau letak masalah yang Irwan rasai ini pada kau.Seawal perkahwinan yang aku tau Irwan mau anak,tapi kau tak mau sebab kau nak wat master kat Australia.Fine. Selepas tiga tahun,Irwan masih lagi menunggu,alasan kau nak merasa kerja dulu.Irwan tu doktor perubatan,seharian dia bergelumang dengan berbagai masalah dan kerenah pesakit dan staff nya. Kalau kau lah,boleh sabar ke.Balik rumah dia nak release,kalau ada anak hilanglah sikit tensionnya.Ini asyik mengadap muka kau dah hampir lima tahun.Kau pula bukannya lekat sangat kat rumah ada je keje kau.Yang lekat kt rumah tu bibik kau.Tak kan si Irwan tu nak tatap muka bibik je.Cuba kau fikir.Pemikiran orang lelaki tak sama dengan kita perempuan ni. Kita kalau kat rumah banyak benda nak buat sebab tu kalau ada masalah boleh je hilang.Tapi orang lelaki ni dia tak mau nak serabutkan dengan banyak hal,mereka kalau relax,biar betul-betul relax,kalau sibuk,biar betul-betul sibuk.Sebab tu kalau mereka balik rumah,mereka dah tak mau fikir yang boleh menyesakkan lagi kepala hotak mereka,.Kau faham tak apa yang aku cakap?" panjang lebar Rina memulakan pendapatnya.
"Kau jangan nak pentingkan diri kau Dila,kesian si Irwan tu.Kalau dia nak kawin kau izinkanlah sebab kau pun tak mau lahirkan zuriat dia,nak jaga body konon.Suami kita bukan milik kita sepenuhnya,Dia milik Allah.Allah pinjamkan sementara pasangan kita itu untuk kita menjaganya dan memberi kasihsayang dan cinta seikhlasnya.Dan Allah amanahkan untuk kita menjaga pasangan itu sebaik mungkin sehingga Dia mengambilnya semula.Samada dalam bentuk perpisahan di dunia ataupun perpisahan di akhirat.
Jangan jadi tamak.Kalau kau sendiri pun sudah tidak boleh hendak menerima amanah Tuhan,eloklah kau beri pada orang lain untuk menjaganya.Aku cakap direct je.Kalau kau nak terasa,terpulanglah.Tapi aku cakap yang benar.Aku tidak berpihak pada siapa-siapa sebab korang berdua kawan aku dari bujang lagi.Kau kena turunkan ego kau,kembali pada fitrah yang kau adalah isteri dia.Kemana pun kau pergi kau tetap isteri orang selagi tali syurga masih dalam genggamannya. Ingat,redha isteri pada doa suaminya.Sudah-sudah lah tu.Insya allah aku doakan suatu hari nanti kau juga akan memiliki cahayamaya yang comel macam kau,dan hensom macam Irwan.Aku ingin sangat tengok kau bahagia berpimpinan tangan dan sama-sama mendidik anak-anak sehingga dewasa.Seronok Dila kalau menjadi ibu.Bahagia yang tiada harganya.Cubalah" Pesan Rina sambil menggenggam erat tangan Adila dan merenung anak matanya seolah-olah mengharapkan secangkir bahagia.
~Bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment