CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 10 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 28


                         
                              Suasana di dalam rumah semi D dua tingkat itu begitu muram .Anak-anak pasangan itu semua menyendiri di dalam bilik masing-masing melayani perasaan dan cuba menjawab setiap persoalan yang berlaku di antara kedua ibubapa mereka.Kasihan mereka,dalam seusia begitu mereka tidak sepatutnya dihidang dengan permasalahan yang tidak perlu mereka kongsikan.Seharusnya mereka masih di dalam situasi yang menggembirakan dan ceria serta tenang.Mereka perlu memberi penumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan perkembangan fizikal dan mental,tapi,,, Ah..biarlah mereka belajar tentang kehidupan ini walaupun hanya tempias.Sekurang-kurangnya mereka harus sedar bahawa masalah orang lain boleh mendewasakan dan mematangkan mereka juga. Biar mereka sedar kehidupan yang senang tidak akan berakhir dengan kebahgiaan dan kehidupan yang susah tidak akan berakhir dengan penderitaan.Maka itu harus berwaspada pada setiap rencah kehidupan.

                         Perlahan Rina menatap wajah Muaz dan merenung anak matanya.Terlalu berat hendak dia luahkan segala apa yang telah terancang dan telah diputuskan tanpa pengetahuan Muaz.Muaz kebingungan menanti setiap patah yang akan keluar dari bibir Rina."Rina minta ampun dan maaf,hanya setakat ini sahaja yang Rina mampu mempertahankan.Rina tidak dapat meneruskan perkahwinan ini.Bukan Rina membenci,bukan menidakkan kasihsayang dan kesenangan yang diberi tapi Rina tidak sanggup hidup dalam kepuraan dan hipokrit.Mungkin Rina bukan isteri dah ibu yang terbaik untuk abang dan anak-anak.Abang carilah isteri yang lebih baik dari Rina ye...Rina jahat,Rina degil dan keras kepala kan..Jodoh kita terhenti setakat ini saja.Mungkin kita ditakdirkan untuk lebih baik menjadi seorang sahabat dari menjadi pasangan suami isteri.Semua ini Qadar dan qadar.Maafkan Rina abang.." jelas Rina sambil menyeka setiap titisan airjernih yang menerjah laju di pipinya yang cengkung.Muaz terkedu." Err,,,er,,,,,apa...Rina dah pergi ke Mahkamah ye...bermakna....kes ini dan sampai ke sana ye....kkenapa Rina sanggup buat macam ni,Rina tak sayang abang ke? apa salah abang ? sampai hati Rina hendak meninggalkan abang...abang boleh mati tau Rina..abang dah takda siapa lagi dalam dunia ni selain Rina dan anak-anak.." Muaz tidak dapat menahan perasaan dan terus memeluk Rina sambil melutut di kaki Rina yang duduk di birai katil.

                      "Tolong lah abang..rina dah tak boleh...selama ini pun Rina hanya bertahan kerana anak-anak je..nak tunggu mereka besar dan faham.Rina dah bagi peluang dah lama kat abang untuk abang berubah,Rina bukan mau harta,bukan mau gelang sampai ke siku atau kereta mewah,cuma mau abang jadi seorang suami dan seorang bapa yang benar-benar dituntut oleh Islam tu je...Tapi abang sedikit pun tak mau ikut kehendak Rina dan nasihat Rina abang ego,abang pentingkan kerja dan duit semata.Abang abaikan kebajikan anak isteri.Rina tak kisah walau sekujur tubuh ini tidak disalut dan disarung emas berkilau walau sejanggut udang sekalipun asalkan abang tunaikan kewajipan terhadap Allah dan anak-anak.Abang tak mau berjiran,tak mau ke masjid tak mau ziarah sedara mara tak mau bawa anak-anak bersiar-siar bila hari cuti,susah ke kalau itu yang Rina minta?Benda yang sama juga menjadi persoalan dan benda yang itu juga yang abang tak dapat tunaikan.Itu tak termasuk nafkah zahir dan batin......" jelas Rina lantas cepat-cepat dicantas oleh Muaz.
"Dah..dah jangan sebut pasal itu..ok..ok..abang mengalah...abang janji akan lakukan semua itu untuk Rina ye sayang..tolong jangan tinggalkan abang Rina..abang akan mati tanpa Rina..tolonggg..cakap saja apa yang Rina mahu abang lakukan..." Muaz masih lagi memegang kedua kaki Rina persis seorang anak yang bakal dihukum. "Rina bukan macam tu,Ini pun Rina tak mau.Seolah-olah abang berubah kerana Rina,ini sudah dayus namanya.Masyarakat akan mencemuh perubahan yang macam ni.Berubah lah kerana Allah. Dan satu lagi Rina mau abang berlaku adil dengan Aida..kesian dia.Apa nasib dia yang abang tinggal begitu sahaja.Anak-anak di sana,apa nasib mereka...." Rina cuba menjelaskan lagi tapi cepat-cepat juga Muaz menyanggah.Pantang sekali dia bila sebut nama Aida.Entah kenapa  dia terlalu sensitif dengan nama Aida..
                   "Abang..macam ni..kita berpisah hanya untuk mengenali diri antara satu sama lain.Mungkin dengan perpisahan ini kita mendapat keputusan dan kehidupan yang lebih baik dari ini.Kita tidak tahu semua ini takdir Tuhan yang telah tersurat dalam perkahwinan ini.Mungkin selama ini kita ego dengan sikap masing-masing.Kita tak ada masa dan ruang untuk memikirkan perihal dan kelakuan diri.Dengan terjaraknya hubungan kita,insyaAllah kita akan lebih sedar di atas kesilapan masing-masing...percayalah Rina tak akan pernah membenci abang dan kita akan sentiasa berhubung demi anak-anak kita." Rina masih lagi memujuk supaya Muaz dapat menerima kenyataan.Namun tidak semudah itu Muaz akan akur dan terima membuat keputusan berpisah dengan orang yang dia sayang separuh mati. ~ bersambung~


No comments:

Post a Comment