CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 28 May 2012




TAUHID DAN SUMBER KETENANGAN JIWA


ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


Tauhid memberikan ketenangan dan kedamaian ke dalam jiwa manusia yang beriman. Jiwa itu tidak akan dimasuki oleh tindakan keterlaluan yang telah merasuki dan menguasai orang-orang musyrik. Dia menutup pintu ketakutan yang telah dibuka oleh manusia itu sendiri. Takut tentang rezki,ketakutan terhadap ajal,ketakutan terhadap diri sendiri,keluarga dan anak,ketakutan dari manusia lain,ketakutan dari jin,ketakutan dari kematian dan ketakutan dari kebangkitan kembali setelah mati.


Orang mukmin yang bertauhid tidak akan merasa takut kepada sesiapa pun,kecuali kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu dia akan tetap aman ketika sebahagaian manusia berada dalam ketakutan. Dia tetap tenang ketika manusia sedang dirundung kekuatiran. Dia tetap tenang ketika manusia  berada dalam kegoncangan dan kekalutan.


Dalam kaitan itu Al Quran mengungkapkan sebuah dialog yang terjadi antara Nabi Ibrahim a.s dengan kaumnya yang musyrik. Iaitu,ketika mereka menakut-nakutinya dengan berhala-berhala dan tuhan-tuhan batil,yang kemudian dijawab oleh Nabi Ibrahim dengan ucapan yang mengkagumkan :


"Bagaimanakah aku takut kepada yang kamu mempersekutukan (dengan Allah) padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan kepadamu untuk mempersekutukanNya. Maka manakah antara golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka),jika kamu mengetahui?" (Al-An'am:81


SELAMAT BERAMAL....

Sunday, 27 May 2012



BERPESAN-PESAN DAN TOLONG MENOLONG  DENGAN BERHIKMAH SERTA IKHLAS


ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM


Dalam kita bermasyarakat yang berbilang kaum hendaklah kita menjaga tatatertib percakapan terutama dalam menasihati dan menyampaikan nasihat dan ilmu Allah. Jika kita seorang yang kurang berpengetahuan,belajarlah dengan orang yang pintar dan cerdik dan jika kita orang yang pandai,maka ajarlah mereka yang kurang berpengetahuan supaya mereka pun sama-sama mendapat manfaat seperti mana ilmu pengetahuan yang kita perolehi. Tunjukkanlah kemaslahatan mengenai dunia dan akhirat kepada mereka.Jangan mereka disakiti dengan tangan atau lidah,tutuplah aib dan cela mereka. Jangan laparkan mereka jika kita seorang yang mampu,hindarkan bahaya dari mereka,carikan sesuatu yang manfaat kepada mereka.


Jika mereka beroleh nikmat maka janganlah dihasad dengki,tetapi hendaklah bersyukur. Apa yang kita rasa baik pada diri kita,maka itulah yang kita berikan kepada mereka. Apa yang kita rasa tidak baik pada diri kita,maka tidak baik juga kepada mereka. Serulah mereka kejalan Allah dengan penuh rasa hikmah dan bijaksana  kerana kita tidak akan merasa rugi jika kita melakukan begini kepada anak bangsa sendiri. "Tidak beriman kepadaKu sesiapa yang tidur kenyang sedangkan jiran sebelahnya lapar dan dia tahu yang sedemikian itu" Hadis riwayat Imam At-Thabrani dari Abu Zar r.a.
"Barang siapa yang menyembunyikan ilmu Allah yang Allah manfaatkan kepadanya dengan manusia di dalam hal ehwal agama ,nescaya Allah akan mengekangkannya di hari Qiamat dengan kekang api neraka " Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dan Imam Said Al khudri r.a


SELAMAT BERAMAL DAN AMBILLAH IKHTIBAR DARI MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK DARI KITA.



Friday, 25 May 2012



MEMERANGI HAWA NAFSU


Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim


Allah s.w.t menciptakan manusia dengan akal dan nafsu sebagai pelengkap menjadi sebagai seorang insan juga sebagai khalifah yang menghuni di mukabumi ini. Anugerah dari Illahi ini merupakan satu nikmat untuk menguji manusia itu sendiri apakah dia menjadi seorang yang bersyukur atau kufur terhadap Allah s.w.t. Seperti firman Allah  bermaksud:"Ini semata-mata dari kurniaan Tuhanku,untuk menguji kepadaku apakah aku bersyukur atau aku kufur .Ketahuilah siapa yang kufur ,maka Tuhanku Zat yang maha kaya lagi pemurah"(Annaml:40)

Nabi Adam a.s,nabi yang pertama sekali Allah ciptakan dan diituruti dengan Siti Hawa. Dan kepada kedua makhluk ini Allah telah berikan hidayah dan taufiq dan melarang mendekati suatu perkara iaitu tidak mendekati pohon khuldi .Allah maha tahu tentang apa yang terbaik pada makhlukNya di atas perintah larangan dan suruhanNya. Tetapi akhirnya mereka berdua tewas akan bisikan iblis laknatullah sehingga mereka terjerumus kepada kemurkaan Allah s.w.t.
"Lalu syaitan memperdayanya:katanya:Hai Adam,maukah engkau kutunjukkan pohon kekal dan kerajaan yang tidak akan roboh?"(Thoha:120)
"Lalu kedua pun memakannya kerana itu terbukalah kemaluan keduanya ,dan keduanya menutup dirinya dengan daunan syurga.Adam tidak mematuhi perintah Tuhannya kerana itu sesat jalannya"(Thoha 121)


Hawa nafsu bererti gelora. Dia ada pada tiap manusia.Di dalam bahasa barat disebut sentimen.Ianya bergelora tidak berpenghujung.Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat,apakah perang yang paling utama  Ya Rasulullah? Maka Rasulullah s.a.w menjawab :"engkau perangi hawa nafsumu". Untuk lebih ketara lagi bagaimana peperangan melawan hawa nafsu itu tersangat perlu,maka sebagai mencukupkan bukti diperturunkan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud r.a maksudnya:"Bukankah orang yang gagah berani itu lantaran cepat melompati musuhnya di dalam pertempuran,tetapi orang yang berani itu ialah orang yang sanggup menahan dirinya dari perasaan marah" 


Oleh itu marilah kita sama-sama memerangi hawa nafsu supaya tidak tergelincir dari landasan iman.Kita telah berazam untuk melawannya ,tetapi di dalam hal yang tidak disangka,kita sendiri telah terpengaruh oleh syaitan dan hawa nafsu itu.Bahkan  kadang-kadang kita sendiri yang telah jadi syaitan dengan tidak disedari sedikitpun kerana mengikuti perintah hati bukan dari perintah Allah s.w.t. Nauzubillah. Mana yang sesuai dengan kehendak dan perintah nafsunya walaupun bercanggah dengan kehendak Allah akan segera dilakukan. Ini berlawanan dengan tujuan insan yang dijadikan oleh Allah sebagai tugas khalifah di mukabumi ini.


SELAMAT BERAMAL DAN CINTAILAH AMALAN BAIK KITA.

Wednesday, 23 May 2012



BERIBADAH TANDA CINTA KITA KEPADA ALLAH S.W.T


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim


Ibadah kepada Allah s.w.t boleh mencapai dengan cara seseorang benar-benar tunduk,baik secara lahir mahupun batin,keyakinan,perkataan mahupun perbuatan kepada Allah s.w.t. Keyakinan bahawa tiada selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,yang ditempuh dengan pengertian yang pasti tanpa bercampur debu keraguan. Firman Allah: "Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin,lelaki dan perempuan" (Muhammad:19)


"Adakah orang-orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang buta? Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran" (Ar-Ra'd:19) Cinta terhadap Allah iaitu yang diiringi dengan ketundukan,penyerahan diri dan harus berdasarkan kepada ajaran Rasulullah s.a.w .
"Adapun orang-orang yang beriman amat mencintai Allah" (Al-Baqarah:165)


Sebagai konsep cinta kita kepada Allah,maka kita harus cinta kepada RasulNya dan mencintai agama islam.Sedangkan cinta kepada para Nabi dan ahli bait bukan merupakan ibadah kepada mereka.Kerana hal itu tidak mengkonsepkan mereka untuk  pasrah secara total kepada mereka ,di samping tidak melebihi cinta orang-orang mukmin kepada Allah dan Rasul. Sebagai konsepnya  jika cinta kepada Allah dan cinta kepada RasulNya bertentangaan dengan cinta kepada orang lain maka cinta kepada selain Allah (harus) gugur dari hati seorang mukmin.Allah swt berfirman:
"Katakanlah:Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (At-Taubah:24)


Kita juga hendaklah takut kepada Allah dan diserta kan sikap mengharap kepada RahmatNya.Memang, kadangkala seseorang itu takut kepada persoalan-persoalan duniawi,tetapi rasa takut di sini bukanlah ibadah kepada hal-hal tersebut.Sebab takut yang dimaksudkan merupakan takut yang bersifat fitrah yang menyebabkan seseorang mukmin berkeyakinan bahawa Allahlah yang mencintakannya. Di samping itu,rasa takut ini dalam khalbu seorang mukmin tidak  melebihi rasa takut kepada Allah s.w.t kerana ia berkeyakinan bahawa Allah s.w.t mampu menyelamatkannya dari segala keburukan.Firman Allah:" Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu,maka tidak ada yang menghilangkannya kecuali Dia sendiri.Dan jika Dia  mendatangkan kebaikan kepadamu,maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Al-An'Am:17)


SELAMAT BERAMAL......

Monday, 21 May 2012


KEMANA KITA AKHIRNYA






Assalamualaikumwarohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirohmanirahim


Hari ini kita memikul jenazah orang lain, dan esoknya orang akan memikul jenazah kita pula. Jangan kabur menghadapi hidup ini.Alangkah baiknya jika badan tengah sihat otak tengah sedar,kita ingat asal kejadian kita,dari mana kita datang dankemana kita akan pergi. Dan nafas yang kita sedut ini,boleh bertahan sampai bila.Adakah akan terhenti sebentar lagi,malam ini,atau esok pagi. Sempatkah kita bersua dengan solat lima waktu untuk hari esok. Apakah amalan terakhir kita ,makanan terakhir kita,sahabat terakhir kita,pakaian terakhir kita sebelum kita mengucapkan selamat tinggal buat dunia.Terbayangkah kita kenderaan apa yang bakal kita naiki buat kali terakhir?

Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (QS. 57:22)
23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira 1460 terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (QS. 57:23)

Kita mesti mati. Dan kematian tidak dapat ditangguh atau ditolak. Satu alamat yang tidak pernah berubah-rubah di muka bumi ini ialah mati. Pintu kubur sentiasa terbuka menanti ketibaan kita. kita akan melalui dua pintu,. Keluar melalui pintu rumah dan masuk melalui pintu kubur. Kemanapun kita pergi,kebenua manapun kita sampai,namun bila tiba masa dan waktunya dan tepat pada ketikanya yang ditentukan ,pintu kubur akan terbuka menanti kedatangan kita bersama malaikat-malaikat setianya. Inna Lillah Hiwainna Illaihirojiun.

Friday, 18 May 2012



LIHATLAH PAKAIANKU IBU DAN AYAH
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM


Sebelum saya ( Tengku Aini Natasha) meneruskan bicara minda ini sampai ke nokhtahnya,terdahulu saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada ibu-ibu,bapa-bapa,bakal ibubapa serta penjaga. Bukanlah niat saya untuk menuduh,menuding jari,mengutuk atau menidakkan didikan atau asuhan kalian terhadap anak didik masing-masing tetapi tidak lebih kepada sekadar mengingati,berkongsi pendapat dalam meleraikan segala kekusutan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t yang sebenarnya.Wallahu'alam.


Wahai ibu dan ayah,


Setiap anak yang dilahirkan itu umpama kain putih,terpulanglah kepada ibu dan ayah untuk mencoraknya samada ingin menjadi hitam,putih,kelabu,merah dan sebagainya,atau ingin menjadi yahudi,majusi atau nasrani. " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi,Nashrani atau Majusi" (riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah).   Ibu dan ayahlah yang menjadi pencorak utama mengikut acuan dan kehendak .Kemanakah arah tujuan generasi kalian akan meneruskan perjalanan. Ibu dan ayah merupakan murabbi dalam memahami realiti (waqi')  setiap kehidupan  anak-anak dan merupakan anggota gerak pantas dalam bertindak menyelesaikan permasalahan anak-anak terutama remaja. Tugas bertindak seharusnya dari rebung lagi supaya apabila dia hampir kepada buluh,masih lagi dapat dilentur mengikut bentuk dan susunan. Tetapi apabila sudah menjadi buluh,ianya sesuatu yang sukar dan memeritkan pada si pembentuk.


Wahai ibu dan ayah,


Janganlah hendaknya membiarkan anak didikmu terbiar tanpa ilmu dan tunjukajar sedangkan ibu dan ayah asyik dengan cita-cita untuk meraih kekayaan duniawi. Hal-hal pendidikan anak-anak diabaikan dan diketepikan. Maka jadilah mereka ibarat ternakan yang tidak mempunyai gembala. Ke hulu ke hilir tanpa arah dan tujuan.  Sepertimana dalam firman Allah: " Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka dan bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.." (At-Tahrim:6).  Anak-anak mesti dididik untuk mengenal Allah dan Rasullullah s.a.w dan memenuhi hak-hakNya serta takut akan azab yang dijanjikan. Muga-muga dengan itu anak-anak di bawah jagaan ibu dan ayah akan mendapat kembali identiti dan maruah (karamah) diri mereka sebagai manusia,hamba hanya kepada Allah ,Tuhan seru sekelian alam. "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu menghianati amanah-amanah yang diberikan kepadamu" (An  Anfal:27)


Wahai ibu dan ayah,


Mendidik anak-anak bukanlah setakat ilmu akademik,tetapi dari tingkahlaku,adab dan tuturbicara serta termasuklah cara anak-anak berpakaian apabila keluar rumah atau di dalam rumah. Kalau kita lihat fenomena di luar sana,anak-anak terutama remaja perempuan tidak segan silu keluar dengan pakaian yang terdedah sana sini serta menampakkan sebahagian besar tubuh badan mereka. Tetapi yang paling sedihnya anak-anak itu berjalan seiringan dengan ibu dan ayah yang bertutup lingkup malah si ayah berkopiah dan bersongkok lagi. Tidak malukah ibu dan ayah mengeret tangan anak yang bakal ke neraka disebabkan didikan olehmu? Tidak terfikirkah ibu dan ayah bahawa kalian sedang mengheret tangan anak itu hendak ke supermarket kah,ke kenduri perkahwinan kah,ke rumah tetangga kah atau ke neraka? Tidak malukah ibu dan ayah berjalan seiring dengan anak gadis atau lelaki yang senteng kain dan seluarnya,yang rambutnya berjuraian,yang bajunya menampakkan bentuk dan dan dadanya di depan khalayak ramai sedangkan dalam masa yang sama ibu dan ayah sempurna tutup auratnya. Tidak janggal kah begitu?Mungkin ibu dan ayah terfikir,ah..anak gadisku sememangnya ayu,jelita tidak hairannlah kalau ada mata mencuri pandang dan memuji.Bangganya ibu dan ayah.Megahnya ibu dan ayah ketika itu anak gadisnya dipertontonkan sepanjang jalan umpama miss universe!.


Ibu dan ayah tidak tahu,bahawa tidak semua mata yang melihat dan menilai anak gadis ibu dan ayah seperti itu. Kadang mereka memandang tapi hati lain berkata yang bertentangan seperti yang ibu dan ayah fikirkan. Kasihan anak-anakmu itu.Alangkah sedihnya amalanmu selama ini akan dinerakakan oleh anak darah dagingmu  sendiri. Oleh itu ibu dan ayah yang dirahmati Allah,pastikan anak-anak samada lelaki atau perempuan dapat didikan yang sewajarnya selari dengan  harapan kalian dan harapan Rasulullah s.a.w. Kalau ibu dan ayah,menutup aurat dan ke masjid,maka anak2 pun begitu juga,jangan hanya ibu dan ayah dikenali sebagai seorang yang alim,penuh dengan ilmu agamanya sedangkan anak-anaknya  pula umpama tidak beragama dan tersesat. Nauzubillah.
"Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab,samada ia melaksanakannya atau mengabaikannya,sehingga ia akan meminta seorang lelaki itu bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya"(riwayat Ibnu Hibban).
 wallahu'alam.


SELAMAT BERAMAL DAN  JADIKAN KELUARGA ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARI SYURGA ALLAH.





Wednesday, 16 May 2012







FAHAMILAH JIWA ANDA DAN BELAJARLAH MENGUBATINYA


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillahirohmanirrahim


Jiwa terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:


1.  SUJA'AH iaitu berani kepada kebenaran dan takut kepada kesalahan.
2.  A'FAH iaitu pandai menjaga kehormatan diri lahir dan batin.
3.  AL-HIKMAH iaitu tahu menilai rahsia dari pengalaman hidup.
3.  AL A'DALAH iaitu adil walaupun kepada diri sendiri.


Empat sifat yang disebut di atas,inilah pusat dari segala budi pekerti yang mulia. Dari empat sifat inilah timbul cabang yang lain.SAJA'AH  mempunyai dua pinggir iaitu pinggir sebelah ke atas terlalu panas,itulah dia yang bernama TAHUR,iaitu berani membabi buta. Pinggir sebelah ke bawah terlalu dingin atau sejuk  bernama JUBUN iaitu pengecut.


A'FAH juga mempunyai dua pinggir iaitu pinggir yang terlalu panas dikenali dengan SARAH yang bererti TIDAK ADA KUNCI,BUJUR,belum diajak dia sudah ketawa,belum dipanggil sudah datang,satu ditanya sepuluh dijawabnya. Pinggir ke bawah pula ialah JUMUD iaitu tidak peduli,lali dan lali terus.  AL-HIKMAH,ada dua pinggir. pinggir keatas terlalu panas disebut SIFAH,iaitu tergesa-gesa bertindak ke atas satu perkara tanpa pertimbangan yang wajar. pinggir yang ke bawah terlalu dingin atau sejuk iaitu BALAH bererti dungun,bodoh,tolol,kosong fikiran,sudah diajar berkali-kali tapi masih tidak faham. Walaupun dimaki hamun tapi dia tetap tersenyum.


AL A'DALAH,mempunyai dua pinggir. Sebelah ke atas yang terlalu panas disebut JUR,iaitu zalim suka menganiaya orang. Pinggir ke bawah terlalu dingin,hina hati,dayus,walaupun sudah berkali-kali teraniaya tapi semangatnya tetap lemah.


SELAMAT BERAMAL,SENTIASALAH JAGA KESIHATAN JIWA,KERANA KESIHATAN JIWA SAMALAH DENGAN KESIHATAN TUBUH BADAN JUGA YANG DI UKUR SEJUK DAN  PANASNYA.