Wednesday, 16 May 2012
FAHAMILAH JIWA ANDA DAN BELAJARLAH MENGUBATINYA
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillahirohmanirrahim
Jiwa terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. SUJA'AH iaitu berani kepada kebenaran dan takut kepada kesalahan.
2. A'FAH iaitu pandai menjaga kehormatan diri lahir dan batin.
3. AL-HIKMAH iaitu tahu menilai rahsia dari pengalaman hidup.
3. AL A'DALAH iaitu adil walaupun kepada diri sendiri.
Empat sifat yang disebut di atas,inilah pusat dari segala budi pekerti yang mulia. Dari empat sifat inilah timbul cabang yang lain.SAJA'AH mempunyai dua pinggir iaitu pinggir sebelah ke atas terlalu panas,itulah dia yang bernama TAHUR,iaitu berani membabi buta. Pinggir sebelah ke bawah terlalu dingin atau sejuk bernama JUBUN iaitu pengecut.
A'FAH juga mempunyai dua pinggir iaitu pinggir yang terlalu panas dikenali dengan SARAH yang bererti TIDAK ADA KUNCI,BUJUR,belum diajak dia sudah ketawa,belum dipanggil sudah datang,satu ditanya sepuluh dijawabnya. Pinggir ke bawah pula ialah JUMUD iaitu tidak peduli,lali dan lali terus. AL-HIKMAH,ada dua pinggir. pinggir keatas terlalu panas disebut SIFAH,iaitu tergesa-gesa bertindak ke atas satu perkara tanpa pertimbangan yang wajar. pinggir yang ke bawah terlalu dingin atau sejuk iaitu BALAH bererti dungun,bodoh,tolol,kosong fikiran,sudah diajar berkali-kali tapi masih tidak faham. Walaupun dimaki hamun tapi dia tetap tersenyum.
AL A'DALAH,mempunyai dua pinggir. Sebelah ke atas yang terlalu panas disebut JUR,iaitu zalim suka menganiaya orang. Pinggir ke bawah terlalu dingin,hina hati,dayus,walaupun sudah berkali-kali teraniaya tapi semangatnya tetap lemah.
SELAMAT BERAMAL,SENTIASALAH JAGA KESIHATAN JIWA,KERANA KESIHATAN JIWA SAMALAH DENGAN KESIHATAN TUBUH BADAN JUGA YANG DI UKUR SEJUK DAN PANASNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment