Wednesday, 23 May 2012
BERIBADAH TANDA CINTA KITA KEPADA ALLAH S.W.T
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim
Ibadah kepada Allah s.w.t boleh mencapai dengan cara seseorang benar-benar tunduk,baik secara lahir mahupun batin,keyakinan,perkataan mahupun perbuatan kepada Allah s.w.t. Keyakinan bahawa tiada selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,yang ditempuh dengan pengertian yang pasti tanpa bercampur debu keraguan. Firman Allah: "Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin,lelaki dan perempuan" (Muhammad:19)
"Adakah orang-orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang buta? Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran" (Ar-Ra'd:19) Cinta terhadap Allah iaitu yang diiringi dengan ketundukan,penyerahan diri dan harus berdasarkan kepada ajaran Rasulullah s.a.w .
"Adapun orang-orang yang beriman amat mencintai Allah" (Al-Baqarah:165)
Sebagai konsep cinta kita kepada Allah,maka kita harus cinta kepada RasulNya dan mencintai agama islam.Sedangkan cinta kepada para Nabi dan ahli bait bukan merupakan ibadah kepada mereka.Kerana hal itu tidak mengkonsepkan mereka untuk pasrah secara total kepada mereka ,di samping tidak melebihi cinta orang-orang mukmin kepada Allah dan Rasul. Sebagai konsepnya jika cinta kepada Allah dan cinta kepada RasulNya bertentangaan dengan cinta kepada orang lain maka cinta kepada selain Allah (harus) gugur dari hati seorang mukmin.Allah swt berfirman:
"Katakanlah:Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (At-Taubah:24)
Kita juga hendaklah takut kepada Allah dan diserta kan sikap mengharap kepada RahmatNya.Memang, kadangkala seseorang itu takut kepada persoalan-persoalan duniawi,tetapi rasa takut di sini bukanlah ibadah kepada hal-hal tersebut.Sebab takut yang dimaksudkan merupakan takut yang bersifat fitrah yang menyebabkan seseorang mukmin berkeyakinan bahawa Allahlah yang mencintakannya. Di samping itu,rasa takut ini dalam khalbu seorang mukmin tidak melebihi rasa takut kepada Allah s.w.t kerana ia berkeyakinan bahawa Allah s.w.t mampu menyelamatkannya dari segala keburukan.Firman Allah:" Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu,maka tidak ada yang menghilangkannya kecuali Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu,maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Al-An'Am:17)
SELAMAT BERAMAL......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment