Friday, 18 May 2012
LIHATLAH PAKAIANKU IBU DAN AYAH
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM
Sebelum saya ( Tengku Aini Natasha) meneruskan bicara minda ini sampai ke nokhtahnya,terdahulu saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada ibu-ibu,bapa-bapa,bakal ibubapa serta penjaga. Bukanlah niat saya untuk menuduh,menuding jari,mengutuk atau menidakkan didikan atau asuhan kalian terhadap anak didik masing-masing tetapi tidak lebih kepada sekadar mengingati,berkongsi pendapat dalam meleraikan segala kekusutan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t yang sebenarnya.Wallahu'alam.
Wahai ibu dan ayah,
Setiap anak yang dilahirkan itu umpama kain putih,terpulanglah kepada ibu dan ayah untuk mencoraknya samada ingin menjadi hitam,putih,kelabu,merah dan sebagainya,atau ingin menjadi yahudi,majusi atau nasrani. " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi,Nashrani atau Majusi" (riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah). Ibu dan ayahlah yang menjadi pencorak utama mengikut acuan dan kehendak .Kemanakah arah tujuan generasi kalian akan meneruskan perjalanan. Ibu dan ayah merupakan murabbi dalam memahami realiti (waqi') setiap kehidupan anak-anak dan merupakan anggota gerak pantas dalam bertindak menyelesaikan permasalahan anak-anak terutama remaja. Tugas bertindak seharusnya dari rebung lagi supaya apabila dia hampir kepada buluh,masih lagi dapat dilentur mengikut bentuk dan susunan. Tetapi apabila sudah menjadi buluh,ianya sesuatu yang sukar dan memeritkan pada si pembentuk.
Wahai ibu dan ayah,
Janganlah hendaknya membiarkan anak didikmu terbiar tanpa ilmu dan tunjukajar sedangkan ibu dan ayah asyik dengan cita-cita untuk meraih kekayaan duniawi. Hal-hal pendidikan anak-anak diabaikan dan diketepikan. Maka jadilah mereka ibarat ternakan yang tidak mempunyai gembala. Ke hulu ke hilir tanpa arah dan tujuan. Sepertimana dalam firman Allah: " Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka dan bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.." (At-Tahrim:6). Anak-anak mesti dididik untuk mengenal Allah dan Rasullullah s.a.w dan memenuhi hak-hakNya serta takut akan azab yang dijanjikan. Muga-muga dengan itu anak-anak di bawah jagaan ibu dan ayah akan mendapat kembali identiti dan maruah (karamah) diri mereka sebagai manusia,hamba hanya kepada Allah ,Tuhan seru sekelian alam. "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu menghianati amanah-amanah yang diberikan kepadamu" (An Anfal:27)
Wahai ibu dan ayah,
Mendidik anak-anak bukanlah setakat ilmu akademik,tetapi dari tingkahlaku,adab dan tuturbicara serta termasuklah cara anak-anak berpakaian apabila keluar rumah atau di dalam rumah. Kalau kita lihat fenomena di luar sana,anak-anak terutama remaja perempuan tidak segan silu keluar dengan pakaian yang terdedah sana sini serta menampakkan sebahagian besar tubuh badan mereka. Tetapi yang paling sedihnya anak-anak itu berjalan seiringan dengan ibu dan ayah yang bertutup lingkup malah si ayah berkopiah dan bersongkok lagi. Tidak malukah ibu dan ayah mengeret tangan anak yang bakal ke neraka disebabkan didikan olehmu? Tidak terfikirkah ibu dan ayah bahawa kalian sedang mengheret tangan anak itu hendak ke supermarket kah,ke kenduri perkahwinan kah,ke rumah tetangga kah atau ke neraka? Tidak malukah ibu dan ayah berjalan seiring dengan anak gadis atau lelaki yang senteng kain dan seluarnya,yang rambutnya berjuraian,yang bajunya menampakkan bentuk dan dan dadanya di depan khalayak ramai sedangkan dalam masa yang sama ibu dan ayah sempurna tutup auratnya. Tidak janggal kah begitu?Mungkin ibu dan ayah terfikir,ah..anak gadisku sememangnya ayu,jelita tidak hairannlah kalau ada mata mencuri pandang dan memuji.Bangganya ibu dan ayah.Megahnya ibu dan ayah ketika itu anak gadisnya dipertontonkan sepanjang jalan umpama miss universe!.
Ibu dan ayah tidak tahu,bahawa tidak semua mata yang melihat dan menilai anak gadis ibu dan ayah seperti itu. Kadang mereka memandang tapi hati lain berkata yang bertentangan seperti yang ibu dan ayah fikirkan. Kasihan anak-anakmu itu.Alangkah sedihnya amalanmu selama ini akan dinerakakan oleh anak darah dagingmu sendiri. Oleh itu ibu dan ayah yang dirahmati Allah,pastikan anak-anak samada lelaki atau perempuan dapat didikan yang sewajarnya selari dengan harapan kalian dan harapan Rasulullah s.a.w. Kalau ibu dan ayah,menutup aurat dan ke masjid,maka anak2 pun begitu juga,jangan hanya ibu dan ayah dikenali sebagai seorang yang alim,penuh dengan ilmu agamanya sedangkan anak-anaknya pula umpama tidak beragama dan tersesat. Nauzubillah.
"Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab,samada ia melaksanakannya atau mengabaikannya,sehingga ia akan meminta seorang lelaki itu bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya"(riwayat Ibnu Hibban).
wallahu'alam.
SELAMAT BERAMAL DAN JADIKAN KELUARGA ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARI SYURGA ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment