Friday, 25 May 2012
MEMERANGI HAWA NAFSU
Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim
Allah s.w.t menciptakan manusia dengan akal dan nafsu sebagai pelengkap menjadi sebagai seorang insan juga sebagai khalifah yang menghuni di mukabumi ini. Anugerah dari Illahi ini merupakan satu nikmat untuk menguji manusia itu sendiri apakah dia menjadi seorang yang bersyukur atau kufur terhadap Allah s.w.t. Seperti firman Allah bermaksud:"Ini semata-mata dari kurniaan Tuhanku,untuk menguji kepadaku apakah aku bersyukur atau aku kufur .Ketahuilah siapa yang kufur ,maka Tuhanku Zat yang maha kaya lagi pemurah"(Annaml:40)
Nabi Adam a.s,nabi yang pertama sekali Allah ciptakan dan diituruti dengan Siti Hawa. Dan kepada kedua makhluk ini Allah telah berikan hidayah dan taufiq dan melarang mendekati suatu perkara iaitu tidak mendekati pohon khuldi .Allah maha tahu tentang apa yang terbaik pada makhlukNya di atas perintah larangan dan suruhanNya. Tetapi akhirnya mereka berdua tewas akan bisikan iblis laknatullah sehingga mereka terjerumus kepada kemurkaan Allah s.w.t.
"Lalu syaitan memperdayanya:katanya:Hai Adam,maukah engkau kutunjukkan pohon kekal dan kerajaan yang tidak akan roboh?"(Thoha:120)
"Lalu kedua pun memakannya kerana itu terbukalah kemaluan keduanya ,dan keduanya menutup dirinya dengan daunan syurga.Adam tidak mematuhi perintah Tuhannya kerana itu sesat jalannya"(Thoha 121)
Hawa nafsu bererti gelora. Dia ada pada tiap manusia.Di dalam bahasa barat disebut sentimen.Ianya bergelora tidak berpenghujung.Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat,apakah perang yang paling utama Ya Rasulullah? Maka Rasulullah s.a.w menjawab :"engkau perangi hawa nafsumu". Untuk lebih ketara lagi bagaimana peperangan melawan hawa nafsu itu tersangat perlu,maka sebagai mencukupkan bukti diperturunkan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud r.a maksudnya:"Bukankah orang yang gagah berani itu lantaran cepat melompati musuhnya di dalam pertempuran,tetapi orang yang berani itu ialah orang yang sanggup menahan dirinya dari perasaan marah"
Oleh itu marilah kita sama-sama memerangi hawa nafsu supaya tidak tergelincir dari landasan iman.Kita telah berazam untuk melawannya ,tetapi di dalam hal yang tidak disangka,kita sendiri telah terpengaruh oleh syaitan dan hawa nafsu itu.Bahkan kadang-kadang kita sendiri yang telah jadi syaitan dengan tidak disedari sedikitpun kerana mengikuti perintah hati bukan dari perintah Allah s.w.t. Nauzubillah. Mana yang sesuai dengan kehendak dan perintah nafsunya walaupun bercanggah dengan kehendak Allah akan segera dilakukan. Ini berlawanan dengan tujuan insan yang dijadikan oleh Allah sebagai tugas khalifah di mukabumi ini.
SELAMAT BERAMAL DAN CINTAILAH AMALAN BAIK KITA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment