CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 12 December 2015



KAU TETAP AYAHKU


                    Semua pelajar di asrama sekolah perempuan itu sudah bersiap sedia untuk pulang.Sudah tiga bulan mereka tidak mendapat pelepasan untuk pulang kerana ada ujian teori dan praktikal.Tapi hari ini puan pengetua mood baik dan bagi semua pelajar pulang berehat selama satu minggu.Pelajar yang paling gembira sekali ialah Khariah.Memang dia tidak suka tinggal di asrama tapi ibunya berkeras mahu dia tingal di asrama .Ibu Khairiah seorang guru mengajar di salah sebuah sekolah di ibukota.Kebetulan ketika itu PT3 sedang berlangsung.Ibunya terlibat dengan mengawasi dewan peperiksaan.Tiada masa untuk keluaganya.Sebelum PT3 ibunya sibuk dengan mesyuarat sana sini serta macam-macam aktiviti sekolah.Anak-anak semua sudah besar.Lagipun mereka sudah pandai berdikari serta cukup dengan didikan agama.Suaminya pula seorang AJK masjid dan seorang yang kuat pegangan agamanya.Jadi tidak perlulah hendak difikirkan sangat,bisik hati Cikgu Rohana setiap kali meninggalkan rumah.
          Khairiah meletakkan barang-barang dan beg pakaian dari asramanya di atas katil yang lusuh.Dia meninjau-ninjau sekeliling biliknya kot-kot ada tahi cicak atau lipas yang mati semasa peninggalnnya di asrama.Dia menarik nafas lega sebab masih bersih sepertimana dia meninggalkan bilik kecilnya itu tiga bulan dahulu.Memang tiada siapa yang hendak mencuri masuk dalam biliknya kerana abang-abangnya malu dan segan andai termasuk ke situ disebabkan Khairiah suka menggantung coli dan seluar dalamnya dikeliling katil.Bukan itu saja,dia akan menabur tepung gandum di permukaan pintu biliknya dengan tujuan hendak mengesan siapa yang menyeludup masuk semasa ketiadaannya.Berakal juga si Khairiah ini. Sudah puas dia mencurah angan di atas tilam separuh empuk itu lalu dia keluar untuk meninjau keadaan ruang tamu,dapur dan bilik ibunya.Khairiah memang rajin mengemas rumah sebab dia tahu,hanya dialah satu-satunya anak perempuan cikgu Rohani dan Zakaria. Perasaan kasihan terhadap ibunya dengan tugas yang tidak pernah berhenti serta terpaksa menyara keluarg,memaksanya untuk mengambilalih tugas ibunya seperti memasak,mengemas rumah termasuk bilik ibunya.Tapi ibunya tidak pernah merungut dan menyesal kerana dia tahu suaminya Zakaria tidak mampu lagi untuk bekerja lantaran sakit jantungnya di tahap yang hampir merbahaya.Itu pun nasib baik pakai bateri,kalau tidak tak tahulah apa nasib suaminya.
               "Kesian anak bongsu ayah ni,penat ye..emm dah besar dah dia rupanya,tak perasan anak perempuan ayah ni cantik dan montok.."bisik Zakaria perlahan di cuping telinga anak gadis bongsunya sambil tangan mengusap rambut serta pipi bulat sigadis yang terbaring lena di atas katil dalam bilik serba kehijauan itu.Sekali sekala tangan Khairiah menepis tanpa sedar umpama menepis seekor nyamuk yang sedang mendengus di cuping telinganya.Penat benar dia setelah habis mengemas bilik ibu dan ayahnya tadi. "Cantiknya badan anak ayah ni..emm..tak tau lah apa nak jadi kalau dapat kat jantan tak guna,abislah anak gadis aku ni mereka ratah macam ayam panggang".Zakaria berfantasi lagi sambil tangannya beralih ke lengan sambil mengurut-ngurut lembut.Khairiah cepat-cepat menepis apabila dia terasa ada sesuatu menyentuh badannya."Ishh..apa ni..janganlah orang penat lah.Kacau je.." Kairiah dalam separuh sedar melarang yang dia sendiri pun tidak tahu siapa yang dia tujukan.Dia merasakan sedang berbaring di atas katil dalam biliknya. Tapi Zakaria langsung tidak menghiraukan larangan anaknya,malah nafasnya mulai semput naik turun umpama memanjat bukit yang tinggi,mendengus dan matanya tidak berkelip menatap bibir merekah di hadapannya.Dia pun tidak ingat bila kali terakhir dia mengucup bibir isterinya  dengan penuh rela sebab isterinya kadang-kadang tidur lewat malam kerana menyiapkan tugasan.Jemari kasar Zakaria perlahan demi perlahan memasuki ke dalam tshirt ketat Khairiah yang melekat di badan.Menyelinap dan merayap lahap ke atas buah dada mekar sigadis berbadan berisi itu.Dengan rakusnya Zakaria meramas kedua-dua belah serta mengucup bibir monggel yang kepenatan terbaring lesu.Seronok dia menggomol dan melakukan apa sahaja terhadap tubuh lesu yang juga darah dagingnya tanpa kesian belas dan rasa bersalah.Tangan liar Zakaria merayap ke bawah pusat jasad yang kaku lemah itu,tapi...pangggg...."Apa ni ayah??? Dah kena rasuk setan ke?Ni saya lah,Khairiah anak ayah bukan perempuan pelacur!!!!!...astaghfirullah hal azim...."Sebiji penampar hinggap ke pipi Zakaria.Khairiah dengan pantas menolak ayahnya berdebab jatuh bawah katil dan terus tertiarap senyap di situ.Dia berlari keluar dan mendapatkan abangnya Hafiz yang asyik dengan game di hp nya. Dia menceritakan semua yang berlaku namun sedikitpun Hafiz sedikit pun tidak percaya." Huhh..gila,ada ke ayah macam tu.Tergamak kau tuduh dia.Yang kau gatal pegi masuk tidur dalam tu,nape? Entah kau yang teringin kot?Malas lah nak layan kau ni".Bentak Hafis sambil menyumbat semula headphone ke dalam lubang telinganya.
             "Saya sikit pun tak percaya cikgu yang bapanya sanggup buat macam tu kat dia.Budak tu memang bohong dan saja nak mengaibkan bapa sendiri.Sebab ada satu hari tu dia nak keluar jumpa kekasihnya,maka bapanya halang. Tu la pasal dia dendam dengan bapanya".Jelas cikgu Rohana cuba membela maruah suaminya semasa di soal oleh guru kaunseling."Macam ni,apa kata kalau saya bawa anak puan pegi rujuk di hospital dan buat checkup.Di situ kita akan tau perkara sebenar samada dia benar-benar dicabul atau sebagainya.Saya tak boleh berpihak berat sebelah kerana semasa kejadian tiada siapa di situ." Jelas guru kaunseling dengan penuh dedikasi.Dia merenung tepat ke riak wajah wanita yang sunggul di hadapannya.Dia dapat meneka badai duka yang melanda rumahtangga mereka.Dia wanita yang sabar dan cekal.Tidak mudah untuknya menjeruk hati dek biasan kecurangan suaminya terhadap darah dagingnya sendiri.Malu yang teramat perit." Cikgu,saya ni tak pernah ada waktu untuk rehat.Saya perlu bekerja keras mencari rezeki untuk menyara keluarga saya.Saya percayakan anak dan suami saya.saya hormat mereka semua.Tak pernah terfikir perkara sebegini boleh terjadi.Saya didik anak-anak saya dengan agama.Bapanya ahli surau di taman tu.Semua orang kenal dan segan kat dia.Kalau lah penduduk tu tau perkara ni,mana saya nak letak muka ni cikgu? Sampai hati anak saya sendiri wat fitnah kt bapa dia.Ya Allah." Rintih ibu pertengahan umur itu lagi sambil mengelap airmata yang sejak tadi berderai." Mintak maaflah puan saya ingin mencelah.Sebenarnya dalam islam telah menggariskan beberapa syarat dan adab di dalam rumah.Anak perempuan yang seawal tujuh tahun tidak boleh keluar masuk dengan bebas di dalam bilik kedua ibubapanya tanpa sebab.Melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan.Apatah lagi yang sudah baligh.Syaitan iblis tidak pernah kalah dan penat untuk menyesatkan anak Adam.Hanya kita saja yang sering kepenatan untuk menjaga adab dan maruah.Sesiapa saja andai berkiblat ke arah hati yang songsang,maka sempitlah pintu keimanan serta rosaklah akal.Itulah saja yang saya dapat simpulkan.Nasihat saya,Khairiah tidak sesuai tinggal di rumah itu buat sementara.Biarlah dia menetap di asrama dan waktu cuti hendaklah dia tinggal dengan sedaranya atau di tempat yang sesuai supaya dia dan bapanya tidak berjumpa dalam tempoh tertentu demi memberi ruang ketenangan kepada mereka berdua.Dan saya harap selepas ini puan berilah sedikit waktu demi suami dan anak-anak.Rentetan dari kesibukan puan adalah tidak berbaloi kalau itu yang puan dapat.Sesibuk mana pun kita,kalau tugas utama yang diamanahkan kita abaikan,suatu hari kita akan dibalasi dengan sesuatu yang bukan kita harapkan.Bukan kebahgiaan tapi kekecewaan.". ulas guru kaunseling itu mengakhiri perbualan.

                                      TAMAT


Wednesday, 9 December 2015



CINTAKU BERPUTIK DI LAYAR FB

                   Semua orang di Taman Delima memanggilnya dengan nama Zaidi Satay.Sebab satay dia memang sedap dan terkenal.Besar kiub daging dan ayam serta lembut.Tidak seperti di tempat lain satay nya kecik dan keras bila sejuk.Kuah satay Zaidi pekat dan lemak .Resepi dari turun temurun katanya bila setiapkali ada orang memuji dan bertanya akan keenakan kuah satay Zaidi. Tapi Zaidi lebih gemar orang memanggilnya dengan nama Abang Zaidi tidak kira kanak-kanak sekolah atau orang dewasa.Dia selesa dengan nama Abang Zaidi.
                  Setiap lepas asar abang Zaidi sudah mula membuka payung besarnya yang berwarna warni sebanyak lima buah yang terpacak di atas meja bulat di sepanjang jalan berhampiran stesen Petronas itu.Lepas itu abag Zaidi memasang lampu lip-lap di sekeliling payung agar nampak lebih meriah apabila malam tiba.Selain itu ada juga sudut untuk yang berkeluarga abang Zaidi akan menghias meja dan bumbung berteduh dengan atap nipah supaya nampak lebih kekampungan dan santai umpama menjamu selera di kampung sendiri.Setiap sudut meja letaknya pula tempayan lama serta gayung.Ada unsur esotik pula di situ. "Kreatif betul tuan kedai satay ni kan abang" puji salah seorang isteri pengunjung di situ.Abang Zaidi dengar setiap pujian itu bila setiap kali dia lalu untuk menghantar pesanan ke meja pelanggan.Hatinya menguntum bangga dan syukur.
                   Sudah hampir 10 tahun kedai satay abang Zaidi beroperasi,dari meja dua buah hingga ke meja seperti sekarang.Kalau dahulu abang Zaidi seorang menguruskan perniagaan itu dari mencucuk satay,masak kuah,hinggalah mengambil pesanan dan membakar satay.Abang zaidi tidak pernah merungut walau pulang ke rumah purnama sudah ditutup awan dan pungguk sudah berhenti berlagu.Sebab  itulah kemahiran yang abang Zaidi ada untuk menyara hidup bujangnya.Walau pun ramai yang hendak membantu abang Zaidi,tapi dia tidak mahu kerana terhutang budi serta abang zaidi tidak mampu  untuk membayar gaji mereka.Tapi sekarang semua dah berubah.Abang Zaidi sudah ada tiga orang pembantu yang setia.Mereka anak-anak saudara abang Zaidi juga.
                 Pendapatan abang Zaidi sebulan rasanya boleh lah kalau hendak disamakan dengan gaji penjawat awam.Kalau dulu abang zaidi pakai basikal murah saja,kini sudah boleh beli honda civic.Berkat usaha dan kegigihan abang Zaidi.Pendekata kehidupannya hampir lengkap 100% cuma satu saja kata ibunya " Idi,mak rasa dah tak larat dah nak kemas bilik tidur dan basuh kain baju Idi.Sampai masa dah cari calon isteri.Biar dia pula yang mengurus rumahtangga tu.Mak dah tua.Nak sental baju dah tak boleh dah.Dulu lain lah.Idi pun dah lengkap semuanya kalau nak pinang anak dara orang.Umor pun dah 35 tu.Elok sangat lah." Makcik Esah sudah mula bersuara dan memberi pandangan kepada anak bujang bongsunya. " Eh,mak ni tetibe je kata tak larat.Nanti Idi tambahlah lagi elaun untuk mak tu ye haha...jangan marah,gurau je.Sape lah nak kan Idi yang serba kekurangan ni mak.Pompuan buta je yang nak.Kalau yang celik tak maunya.".Jawab abang Zaidi merendah diri sambil menyusun bilah-bilah lidi di dalam dulang besar.Itu lah kerjanya tak habis-habis mengisahkan satay walau sudah habis berniaga.Katanya senang kalau membuat persediaan lebih awal untuk esok dan seterusnya." sape kata tak ada.Rugi besarlah kalau ada anak dara yang menolak pinangan Idi.Anak jantan mak ni dah lah kacak macam pelakun Ed Osmera,lepas tu pulak rajin ke masjid.Berebut-rebut kalau kita buka laluan memohon percalonan hahaha.." sampuk Makcik Esah lagi melambung memuji anak lelakinya. Abang Zaidi tersimpul malu macam kambing sejuk lagaknya.Dia sudah lali dengan pujian ibunya.Itu lah satu-satunya insan tempat dia bermanja dan bergurau.Adik beradik abang Zaidi yang tiga orang lagi sudah berkeluarga dan tinggal bermacam-macam negeri.Hanya dia sahaja tinggal dengan ibunya dirumah pesaka peninggalan arwah bapanya.
        Sudah hampir seminggu abang Zaidi tidak online dan update status di layar FB nya.Sibuk benar dia sejak dua menjak ini. Kalau tidak setiap hari ada saja pesanan dan kata motivasinya untuk dikongsi bersama sahabat maya.Pengikut maya abang Zaidi sudah mencecah 5k.Kebanyakan dari pelanggan satay dan geng masjidnya.Abang Zaidi suka berpantun dan berpuisi setiapkali membuka lembaran baru FB nya.Itulah tarikan utama abang Zaidi.Tidak sampai seminit selepas update,berderu pengelike dan peminat abang Zaidi menekan butang 'like' serta komen-komen yang memberangsangkan dan melucukan.Ada juga yang berunsur jiwang-jiwang atau bersifat menggoda.Kebanyakannya terdiri dari pengelike wanita.Biasalah orang kacak,seperti kata ibunya. Ya,benar abang Zaidi memang kacak,putih dan berkumis.Hidungnya mancung dan bibir yang seksi ala bibir Pelakun Shah Putera.Tapi abang Zaidi terasa sepi kerana dalam ramai-ramai pengikut statusnya ada seorang yang ditunggu-tunggunya."Di manakah dia? Tak online ke malam ni,atau dia sudah unfriend aku? emm..takda pula,dia masih je friend.Tapi nape dia tak like dan tak komen selalunya dialah yang mula-mula sekali muncul.Seolah-olah memang tunggu aku post status."  Bisik hati kecil abang Zaidi tentang peminat mayanya.Tak ada mood benar dia malam tu.Walaupun beratus peminat maya memberi komen dan like di petak mayanya tapi tidak sama dengan satu like dan komen oleh sijantung hatinya.  " Atau dia sudah......."...  "Selamat malam Idi Sepi,semuga lenamu diulit sang mimpi nan indah."  Tiba-tiba muncul komen dari seorang wanita yang nama penanya Norma Ayu.Fuhhh....nasib baik abang Zaidi tidak offline tadi,jarinya sudah hampir menekan butang logout tapi terhenti umpama kereta tengah laju dan cepat-cepat menekan brek." Selamat malam Norma Ayu,aikk belum tidur lagi ke.." balas abang Zaidi. Tiba-tiba isyarat  di bahagian inbox nya  merah.Abang Zaidi sudah agak macam selalu Norma Ayu akan menghantar pesanan di balik tabir.Dia tidak mahu menganggu peminat maya abang Zaidi tersinggung dan cemburu andai mereka berbalas komen di dada FB nya.

              " Alhamdulillah rasa tenang di sini kan Zaidi Sepi"Ucap Norma Ayu. "Emm...dah lama kita kenalan di maya ni.Rasanya dah hampir dua tahun.Saya rasa kita dah mesra sangat dan sudah takada apa yang hendak ditulis lagi disini.Saya pun malas hendak melayan angan dan membayangkan rupa awak yang sebenar di luar sana.Dalam maya ni gambar tak boleh percaya.360 boleh membunuh pandangan mata. Saya serius dengan awak.Saya sudah jemu meluah bicara di sini.Saya ingin melihat bibir awak pula menutur kata.Menatap mata awak yang berkelip ayu.Dan saya ingin melakar senyum dan ketawa dalam suasana yang penuh realiti bukannya dengan tulisan dan ejaan 'hahahaha..".Saya ingin hayati lunaknya suara awak didepan mata saya." panjang lebar abang Zaidi meluah isihati yang sudah lama terbuku." Emm....boleh je.Tapi saya segan dengan awak.Saya tak secantik seperti dalam profile picture ni.Awak memang lah.Semua orang puji awak.Cemburu saya dibuatnya bila ramai wanita memuji awak.Tapi nape awak selalu post gambar yang separuh dada atau tak post gambar penuh.Saya ingin tengok awak dari hujung rambut sampai ke kaki kalau boleh.Tak aci lah saya je yang post kt awak gambar penuh macam tu. Nak majuk lah..." balas Norma Ayu.
" emm...saya pun segan juga. Gambarkan tak penting.Hati dan perasaan itu yang utama dalam perhubungan.Saya serba kekurangan.Tidak sesempurna lelaki yang pernah awak ketemui.Saya takut awak menyesal berhubung dengan saya.Awak gadis yang sempurna dan penuh budi bahasa".Abang Zaidi merendah diri. " Eh,janganlah cakap macam tu.Kita insan biasa dan sama di sisi Allah.Bersyukurlah atas apa kurniaanNya.Kalau kita tidak bersyukur umpama kita tidak berterimakasih serta menganggap Allah itu tidak pandai menjadikan sesuatu dengan bijak mengikut kemahuan kita.Sedangkan sifat Allah itu Maha Bijaksana.Menjadikan sesuatu itu sebaik-baik kejadian." Norma Ayu mula behujjah. "Wah,pintar sungguh ustazah ni.Ni yang saya bertambah sayang ni dan tak sabar nak jumpa".Usik abang Zaidi terhadap buah hati mayanya."Macamana nak kenal awak ye kalau kita jumpa,kt mana?" tanya Norma Ayu seolah sudah setuju.
" Kita jumpa di kedai saya dalam pukul 8 malam.Saya akan tunggu awak dengan satay istimewa dan layanan lima bintang demi puteri kayanganku Norma Ayu" balas abang Zaidi penuh semangat.
"Nape malam? Nanti tak puas saya nak tatap wajah kacak awak tu". Norma Ayu menepis cadangan abang Zaidi." Malam itu indah,sayang.Ada purnama menyuluh di setiap sudut bicara kita nanti.Sudah tentu sang unggas mengintai di sebalik tabir sunyi.."Abang Zaidi bermadah.Setiap ungkapanya bersulam harap.
"Ok,baiklah sang pujanggaku.Akan ku realisasikan pertemuan itu dengan  taburan kelopak kasih dan rinduku. Nantikan aku sayang di teratak kasihmu"Balas Norma Ayu mengakhiri pesanannya.
           Abang Zaidi sedari tadi sudah siap menghidang dan menghias meja untuk makan malam bersama gadis idamannya.Jambangan mawar merah mewangi di sudut meja berbentuk bulat serta dihiasi dengan alas berwarna biru lembut sedondon dengan alas kerusi.Bilah-bilah satay ayam dan kambing tersusun lazat di dalam bekas yang dibeli khas.Sepiring pencuci mulut terdiri dari campuran buah-buahan,timun,nasi impit serta kuah kacang memukau selera.Di penjuru meja sebelah kiri pula dihias dengan sebatang lilin berwarna biru terang dengan api yang menyala tenang.Biarlah wajah gadis manis itu tampak berbayang dan samar di celahan liukan lilin nanti,Memanglah,ini kali pertama dia hendak bersua muka dengan gadis maya yang dikenali selama dua tahun di FB.Harap-harap Norma Ayu setuju serta memberi kata'wow" terhadapnya nanti.
           "Assalamualaikum,err,,ini kedai Zaidi Satay kan? Sssayaa..." belum sempat Norma Ayu memghabiskan ayat abang Zaidi terus menyampuk." Ye ,saya Zaidi Sepi,ni Norma Ayu?" Tepat tekaan abang Zaidi.Norma Ayu mengangguk lalu dipersilakan duduk dengan penuh hormat,Semua pekerja abang Zaidi melayan pasangan berdua itu umpama pengantin di raja.Mata Norma Ayu tidak sempat hendak menjeling ke arah deco dan hiasan menu di atas meja kreatif itu tapi matanya sibuk menatap wajah lelaki kacak yang tidak pernah dia ketemui."Wow,hensom giler mamat ni.Ingat dalam FB je rupanya kat luar lagi macho.Emm...bertuahnya aku.Padan muka pompuan yang dok mengelike tu.Aku juga yang dapat". Bisik hatinya. Melopong dan tak berkelip." Eh,tipah ni melopong lak tengok aku,nape.Bila dia nak sebut wow nya kt satay aku.Penat-penat aku hias dan bakar nasib baik dengan aku-aku tak jadi satay.Ke engkau dok wow kat muka aku?" Bisik hati abang Zaidi pula. "Hellooo...cik encik berdua,bila nak start upacara melantak ni.Perut aku dah lapar menggelegak ni.Yang korang memasing dok melopong macam mulut ayam tercekik ulat bulu tu nape?"Sergah Zalina sepupu abang Zaidi tiba-tiba.Dia sudah lama menunggu untuk diperkenalkan dan merasai menu yang dihidang didepan matanya. Mereka masin-masing ketawa dan bermulalah perkenalan di alam kenyataan dan cinta penuh ikhlas.Cuma Norma Ayu dari tadi menunggu ingin melihat ketinggian abang Zaidi apabila dia bangun dari kerusi.Tetapi sampai sudah abang Zaidi asyik tersandar di kerusi dan enggan untuk bangun.Sehingga Norma Ayu hendak pulang pun abang Zaidi masih di kerusi dan hanya melambai dari jauh mengiringi pemergian buah hatinya pulang.Norma Ayu pulang dengan sedikit rasa terkilan di sanubari kerana gagal menatap badan kekasihnya yang sasa dan tegap itu.Dan rasa terkilan lagi apabila dia tidak dapat merakam gambar bersama dengan abang Zaidi lantaran keengganan abang Zaidi serta cahaya lampu yang malap.
          Sudah tiga purnama sudah berganti maka cinta pasangan kekasih yang setia ini sudah sampai ke tarikh perjanjian.Mereka akan diijab kabul sekejap lagi..Suasana begitu meriah.Yang paling gembira adalah Mak Cik Esah sebab itulah majlis yang terakhir untuk anak bongsunya.Semua adik beradik berkumpul.Sahabat alam maya ramai yang sudi hadir menyaksikan kebenaran pasangan maya merealisasikan impian yang bukan angan.Juadah sudah siap tersusun di atas meja.Para tetamu tidak sabar menanti ketibaan pengantin lelaki.Pengantin perempuan bertambah seri dengan persalinan serba kehijauan emarald.Pelamin bagai sebuah taman yang sedang mengembang kuntuman bunga serta dedaunan yang menghijau.Sungguh indah dan menarik.Dari jauh kompang telah berbunyi.Deejay terus membuat pengumuman akan ketibaan pengantin lelaki serta rombongannya.Pengantin perempuan bertambah peratus debarnya dan tidak sabar melihat bakal suaminya berjalan tegap,bersampin dan bertanjak menuju serta memimpin tangannya.Tiba-tiba langkah Normah Ayu terhenti.Mukanya pucat walau bedak dan gincu sudah begitu tebal tetapi tidak dapat menutupi wajah pucatnya ketika itu."Ya Allah,betul kah apa yang aku lihat ni?Apa semua ini Ya Allah?.Tidakkk..Nape dia....ohh...tak mungkin..tak mungkinn...tidakkkkkk....." Norma Ayu menangis lalu mencampakkan jambakan bunga di tangannya  serta berlari masuk ke dalam bilik dan terus menguncinya.Dia menangis sekuat hati sambil terisak-isak.Dia tidak percaya sama sekali pengantin lelaki yang kacak bertanjak serta dalam persalinan hijau emarald sepertinya itu berjalan bertongkat dengan kaki sebelahnya kudung paras paha.Abang Zaidi sudah agak dari awal bahawa Normah ayu akan benar-benar terkejut dan akan lari darinya.Dia tidak rasa bersalah dan tidak rasa sedikit pun untuk menipu pasangannya kerana dari awal perkenalan dia sudah maklumkan akan kekurangan diri pada Norma Ayu.Mungkin Normah Ayu tidak faham dengan jelas apa yang di maksudkan 'kekurangan diri' itu.
Abang Zaidi akur bahawa cinta ikhlas tidak akan hadir tanpa ada redha bersama.
                          TAMAT
         






Saturday, 5 December 2015



SOALAN UNTUK YANG BERNAMA AWAK..


 Awak,.

Nama awak sudah lama terpatri di sudut hati ini.Tiada nama lain selain dari nama awak di kalangan insan.Tapi kenapa awak seolah -olah ingin membuang terus nama saya di hati awak? Nama saya tidak seindah nama-nama yang pernah terpilih dan tertulis di dairi hati awak ke.?
Awak,..ingat tak lagi saat manis kita bersama.Saat kita di dalam situasi yang halal.Saban hari saya terbayangkan betapa indah dan romantisnya waktu yang Allah kurnia untuk kita berdua.Kita seolah ingin merayakan akan kemenangan suka duka dalam bercinta.Dan perayaan itu kita wujudkan di kamar indah.Persis sebuah kayangan aruna beta.Taburan kelopak mawar dan wangian kasturi, bertaburan bagai permaidani.Dalam warna kasih yang terlakar indah,,bayangan dan kelibat awak tetap saya tunggu. Saya isteri awak yang sah.Dan awak suami saya yang sah.Salahkan saya mengharapkan sesuatu yang mengasyikan dari seorang suami di malam pertamanya,seperti harapan isteri-isteri yang lain di luar sana?

            Namun kelibat awak tak kunjung tiba.Kamar biru bertukar malap.Taburan mawar mulai melayu.Wangian kasturi tidak mewangi lagi.Di manakah awak.Kemana gerangan menghilang di saat cinta kita mulai bertunas.Jam menunjukkan 12.00 malam. Saya terpaksa akur bahawa malam pertama adalah bukan malam yang indah buat pengantin baru seperti saya,tapi malam  yang malang.Bantal peluk berwarna biru saya peluk erat dan airmata membasahi suram malam. 

Awak..

           Saya ingin memeluk awak setiap kali awak baring di sisi saya.Tapi awak sering menjauh,Kenapa awak? Badan saya berbau kah atau awak tak selesa diperlakukan demikian oleh seorang isteri? Maafkan saya awak.Sebab saya rasakan awaklah lelaki satu-satunya dalam hidup saya.Saya rasa aman dan rasa selamat bila dalam pelukan awak.Tapi awak tidak pernah memeluk saya seperti suami orang lain terhadap isterinya.Saya ingin seperti itu awak.Bila awak sedang menonton tv,saya sering menghidangkan nescafe kesukaan awak dan kudapan supaya awak leka dengan siaran yang awak minat agar hilang segala tekanan semasa di tempat kerja.Tapi saya suka belai awak waktu itu.Saya ingin memicit jejari awak dan mengusap lengan awak.Sebab saya rasakan awak kepenatan maka saya perlu melakukan sesuatu terhadap awak.Tapi awak menepis.Saya sedih,kenapa awak tidak perlu bantuan dari saya,atau awak memang tidak perlu layanan seperti itu?


Awak...

           Setiapkali di dapur saya akan masak masakan yang awak gemar seperti ikan masin,,ayam masak kicap,sayur campur.Saya sajikan di atas meja yang berhias indah.Dengan kerusi tersusun rapi.Saya dapat rasakan yang saya menyuap nasi ke mulut awak,mengelapkan makanan yang tumpah di atas meja.Namun awak menceduk nasi dan lauk ke dalam pinggan serta terus makan di hadapan tv tanpa mempelawa saya makan bersama.Kenapa awak tidak mahu makan bersama saya?  Adakah masakan saya tidak sesedap yang awak biasa makan di restoran?.Atau awak tidak sampai hati untuk mengatakan masakan saya teruk?

Awak...

          Saya bangga dan bersyukur dapat suami seperti awak kerana awak rajin bekerja tidak kira siang atau malam.Tapi sebelum awak pergi kerja saya ingin awak mengucup dahi saya dan saya ingin mengucup tangan awak seperti isteri-isteri yang lain sebagai mengiringi kepergian suaminya ke tempat kerja.Tapi awak terus meninggalkan saya begitu sahaja.Sayu  dan hiba hati saya setiapkali awak keluar.Tangan ini ingin saja bersalam dengan awak mungkin itu kali terakhir kah atau selamanya.Kenapa awak tidak mahu peluk dan kucup pipi saya atau bersalam dengan saya setiapkali meninggalkan saya? Awak tidak sanggup tatap wajah saya untuk kali terakhir atau awak benar-benar rasa merdeka apabila meninggalkan saya di rumah? Maafkan saya andai selalu buat awak resah.

 Awak...

         Di luar sana saya lihat para isteri berpimpinan tangan dengan pasangannya samada di taman atau ke pusat membeli belah.Mereka menaiki kenderaan bersama-sama.Pergi ke pasar bersama-sama.Pergi makan-makan pun bersama.Tapi saya keseorangan walau kemana saya pergi.Awak tidak pernah menemankan saya dan membawa saya seperti pasangan yang lain.Saya tidak mahu keseorangan.Saya ada suami.Saya mahukan suami saya bawa saya bersiar-siar dan makan bersama-sama.Tapi kenapa awak biarkan saya sendirian? Adakah saya menjengkelkan awak atau saya memalukan awak dikhalayak ramai?. Saya benar-benar buat awak tersiksa kan.
Awak, saya sudah puas mengelamun dan mengembara dalam diri.Semua jasad saya sudah saya redahi meneliti kekurangan diri.Saya sudah mendapat jawapan dari kembara sepi.Dan kini biarlah saya sudahi perjalanan hidup saya di denai sempit tanpa awak bersama.Putaran masa begitu pantas,dan tidak mungkin kembali ke waktu yang asal.Tiada apa yang saya bawa untuk bekalan, hanyalah kenangan suka duka sebagai menemani dalam kembara yang gersang ini.

Terimakasih awak kerana menjaga saya dan menjadi suami saya walau sebentar cuma.Halalkan segala apa yang termakan dan terminum sewaktu saya menjadi isteri awak.Harapan saya,andainya awak terlihat wanita lemah dan serba kekurangan di luar sana,mereka itu adalah sebahagian dari diri saya.Tolong doakan agar mereka itu tidak menerima nasib seperti saya.Terimakasih awak.Assalamualaikum.
      

Friday, 4 December 2015


BERDOALAH SAYANG



Doa itu terapi diri.Doa itu pelengkap diri.Perisai dalam diam.Antara kita dengan Yang Maha Esa.Hanya orang yang sombong dan ego saja yang merasakan doa itu tidak perlu.Padahal apa yang dia kecapi itu adalah sebahagian dari doa yang tidak terzahir dihadapanya.Doa dari insan lain tanpa dia sedari.Jangan merasa penat dan letih untuk merayu dan bermohon pada Allah sebab Dia tidak pernah merasa sia-sia untuk mengurniakan kita rahmat.Belajarlah erti bersyukur setelah kita merasai rahmatNya.Kerana hanya orang-orang yang ada sifat merendah diri dan tawadduk sahaja yang tahu erti kesyukuran.


CERPEN ILMIAH

PENGANTIN TANPA PELAMIN



                ...Sambungan...

              Perut kami sudah berkeroncong.Lapar yang teramat sangat.Liza sudah menelan berpeket maggi dan bergelas nescafe namun masih juga lapar.Hendak keluar cari makanan terasa malas.Semua mau berlengkar macam ular sawa." hemm akak berdua lapar ye,ok Ira nak keluar pegi rumah makcik.Dia tinggal kat area Tumpat.Nanti Ira belikan nasi bungkus kat akak berdua ye".Pelawa Ira sambil bersiap hendak keluar." Itu sudah bagus.Ok Ira belikan kami nasi ayam ye.Ira tido sana ke?" tanya Liza semula.
"Tak,segan tido sana sebab makcik ramai anak lelaki.Ira tak bawa kete,makcik datang ambik".Jelas gadis yang berumur 25 tahun dan kurus kering itu.Perut kami adalah perut Malaysia sebab itu maggi dan nescafe tidak boleh bertahan lama. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam namun kelibat Ira tidak kelihatan.Aku dan Liza mulai syak sesuatu yang tidak kena.Ya Allah selamat kan lah kawanku Ira jauhilah dia dari segala bala petaka. "Macamana ni Mira,aku dah sepuluh kali call tak jawab pun.Dia off phone.Aku risau lah,esok nak kursus macamana.Mati akal dibuatnya",Rungut Liza seperti seorang ibu kehilangan anaknya."isshh...Ira ni kan saja wat kita susah hati je.Apasal dia tu.Nape ngan dia,kita pun bukannya kenal sangat dengan dia tu.Menyesal lah pulak nginap sekali dengan dia.Dah le perut aku ni dari tadi lapar giler.Kita tido jelah,apa-apa esok je kita wat report polis kalau dia belum balik".Aku sudah tak tahu hendak bagi cadangan apalagi dekat Liza.Kepala aku pening dan  muntah masuk angin.

            Pepagi lagi kami berdua sudah bangun bersiap sedia untuk ke tempat kursus.Selesai subuh tadi fikiran  kami tidak boleh lekang dari memikirkan pasal Ira.Kemana gerangan dan apa yang telah berlaku terhadapnya." Entah-entah...dia kena.." belum sempat aku habis meneka Liza menutup mulutku." Ishh,celupar betul mulut kau.Jangan le fikir macam tu,nauzubillah semuga dia selamat".Liza menaruh harapan.Tiba-tiba...ding..dong...ding..dong...loceng berbunyi.Kami berdua ketakutan adakah akan muncul seorang pegawai polis memberitahu bahawa satu mayat perempuan telah dijumpai? Atau memberitahu seorang perempuan telah diperkosa oleh orang jahat? Ya Allah,tidakkkk...."Assalamualaikum akak...Ira ni,buka lah pintu...cepat nak terkencing ni..". Ira memanggil dari luar.Fuh..lega rasanya.Aku cepat-cepat membuka pintu dan terus menyoal bertubi-tubi persis seorang detektif.  Ira dengan selamba badaknya menjelaskan satu persatu." kot iya pun kau tertido,lepas bangun tido tu tengok le missed call ada berapa dalam handphone kau tu.Kecut kami berdua tau.Nasib baik tak wat report polis je.Ingat kau kena culik,rogol ke".Laju je aku lepas bahang marah kat Ira.Ira diam dan terus masuk ke kamar mandi.Kami berdua terus setia menunggunya bersiap untuk ke tempat kursus.

                 Masa terus berlalu.Sudah tiga bulan kami tidak berhubung setelah tamat berkursus beberapa bulan dahulu.Tetiba malam itu aku terima whatsaap dari Ira.Entah apa mimpinya menghubungi aku." Assalamualaikum kak Mira,apakhabar.Rindulah".Sapanya." Waalaikumussalam,ye akak pun sama rindu kat Ira.Mungkin nama kita hampir sama kot.Akak khabar baik  je.Cuma sibuk dengan bisnes.Ira buat apa sekarang.Bila nak kawin.Ke nak suruh akak tolong carikan".Jawab aku sambil tak abis-abis menyakat Ira seorang pegawai insuran lepasan diploma itu." akak,Ira nak berterus terang je dengan akak ni,malas nak main teka teki,nak pendek kan masa,sebenarnya Ira dah kawin.".Ira dengan murah hati menceritakan perihal dirinya.Aku ternganga keseorangan.Biar betul budak ni,aritu kata baru nak cari calon suami.Takkan cepat sangat  kawinnya.Kawin koboi ke? Rungut aku dalam hati."Ohhh..baguslah.Tahniah.Tak jemput akak pun.Bila kawin?" tanya aku lagi. " Sebenarnya dah lima tahun kami kawin.Tu la nak tanya akak apa petua dan doa untuk suami sayangkan kita." Jawab Ira mengharap,macam lah aku ni pakar sangat bab nasihat dan motivasi. " Petuanya pertama ialah kenalah rajin masak,sebab masakan dan minuman itu adalah tali dan ikatan yang utama dalam mengeratkan hubungan rumahtangga.Kedua,jaga penampilan diri,luaran dan dalaman.Ketiga jaga tempat tidur.Keempat jaga pertuturan bila bersama suami jangan sakiti hatinya.Sentiasalah berdoa setiapkali solat.Semua ayat Quran adalah doa,cuma kita kena yakin dan sabar je".Jawabku dengan penuh yakin.Terasa diri umpama Ustazah Dr Muhaya pun ada. 

            "Tapi Ira tak pernah masak macamana akak?" Tanyanya lagi."Abis tu korang makan kat mana,macamana nak mesra dan jalin hubungan kekeluargaan kalau macam tu.Kawin dah lima tahun tapi tak pernah masak,heran juga akak.Periuk kuali tak ada ke.Larat ke asyik makan kedai?" Aku naik heran dengan penjelasan si Ira."Kami makan hotel akak.Sebenarnya kami kawin kat sempadan.Takda sape tahu hanya akak sorang je.Yang kisah saya hilang kat hotel dulu tu sebenarnya saya bukan ke rumah makcik saya tapi saya tido hotel dengan suami.Kami akan berjumpa sebulan hanya dua kali sahaja.Itu pu tengok pada program dia.Saya bermadu kak.Isteri nombor dua." Ira tidak dapat sembunyi lagi." Habis tu,famili tak tau ke? Isteri pertama tahu ke tak?" soal aku lagi."Mak ayah tak tahu.Isteri pertamanya pun tak tau dia kena madu.Anaknya tiga orang semuanya kecik-kecik lagi.Isterinya tak keje.Suami saya keje kerajaan tapi xleh cite  kt akak,rahsia.Tkot suami marah".Tanpa disuruh Ira memberi penjelasan sehingga aku benar-benar faham. "Hemm..rumit kisah Ira ni.Akak nak tolong pun tak tau nak mula kat mana.Sebab sudah lima tahun nikah sempadan.Ira tau kan akibat untung ruginya kan? n.Tak pernah mengandung ke?"soalku. "Dua kali Ira mengandung,dua kali suami suroh gugur.Tu yang Ira sedih dan dendam kat suami.Anak Ira yang pertama sudah masuk lima bulan,anak kedua dah masuk tiga bulan.Sedih sangat.Dan sejak dari itu badan Ira susuk kurus kering,dari berat 50kg dah tinggal 35kg,macam tengkorak hidup.".Ada nada sebak ketika dia meluahkan.Terkedu aku menatap bicara seorang wanita misteri di hadapanku.Berputar fikiranku mencari jalan penyelesaian agar kekusutan dapat terlerai walau sejengkal  cuma.

         "Macam ni lah Ira,akak cadangkan Ira berterus terang dengan suami supaya daftarkan perkahwinan mengikut adat Islam di sini.Lepas tu cari rumah sewa dan hiduplah seperti pasangan bermadu yang lain.Rugi je kehidupan selama ni.Lima tahun hidup tiada kemanisan rumahtangga.Kalau lah anak itu hidup,yang sulung tu mungkin dah sekolah tadika,comel dan cerdik macam Ira.Ada adik lagi.Meriah perkahwinan masa tu.Ira tak rasa menyesal dan berdosa ke membunuh darah daging sendiri? Bagi akak lah suami Ira tu memang tak sayang Ira.Dia kawin bukan atas dasar kasihsayang tapi atas dasar nafsunya sahaja.Kenapa dia tak mahu anak? Sebab dia tak mahu bertanggungjawab dan memberi nafkah.Kenapa dia tak mahu cari rumah,sebab dia takut berdepan dengan undang-undang.Apatah lagi hendak kawin secara sah.Lagilah dia tak mahu isterinya tahu,masyarakat tahu dan sebagainya.Dia semata-mata inginkan badan Ira sahaja.Maaflah akak bercakap macam ni,sebab akak kesian masa depan  dan keluarga Ira".Aku cuba mencelikkan mata wanita yang berurusan denganku ini agar dia sedar bahawa dia diperalatkan oleh lelaki bernafsu haiwan.Tapi....lain pula penerimaan Ira.

         "Ooo..tidak akak.Ira takleh terima cadangan akak tu.Biarlah kami hidup macam ni.Nanti suami marah dan Ira tak mau kehilangan dia.Ira cuma nak mintak akak bagi doa agar dia sayang Ira cukup-cukup dan jangan dia asyik-asyik nak teringatkan isterinya.Ira menyampah dan tak boleh terima isterinya sampai sekarang.Dan Ira tak mahu mak ayah serta orang kampung tahu yang Ira kawin dengan suami orang.Itu je"Ira seolah meninggikan suara mempertahankan suami setannya. "Apa??Doa kepala hotak kau,kau dah ambik suami orang,kau aniaya isteri dan anak orang,kau bunuh janin tak berdosa pastu  tipu makbapak,tipu masyarakat, hah,nak doa konon.Kau ingat Tuhan nak makbul ke doa pendosa macam kau?..Astaghfirullah hal azim,..Ya Allah..ampunilah dosa sahabatku ini."Menyirap darah ku melayan keinginan perempuan lurus macam Ira ni.Jantungku mulai berdenyut kencang,dah lama tidak berdenyut seperti ini.Tak pasal-pasal pula aku ke katil hospital gara-gara si Ira ni. Malas aku nak layan baik aku tidur je.

           Sudah berbulan lamanya Ira tidak menghubungi aku gara-gara permintaannya tidakku penuhi dulu.Merajuk gamaknya.Ah,biarlah selama mana dia nak merajuk. Malas aku hendak patuhi kehendak songsangnya itu.Keje aku pun melambak-lambak perlu aku siapkan,ini ada hati nak selesaikan masalah orang pulak....pripp...pripppp...." Sape pulak ni dah malam buta call aku ni..eemm...eerrr...waalaikumussalam.Ye ada apa Ira,tak tidur lagi ke?" Aku  dapat agak dari awal mesti dia yang call.Siapa lagi kalau suka kacau orang tidur.Layan saja lah."Maaf ganggu akak.Ira rindu.Selain suami Ira,akak lah orang yang paling rapat dan memahani diri Ira.Walaupun beratus kali akak marah Ira tapi Ira tetap sayang dan tak ambik hati.(diam sekejap)Akak...Ira rasa macam nak mati dah".Tiba-tiba terucap sedemikian dari mulutnya.
"Hah,nape pulak cakap macam tu" Tanya aku balik. "Baru ni Ira sakit,seminggu terlantar kat spital.Sorang pun takda datang jenguk.Suami sendiri pun takda masa nak ziarah dan bertanya khabar.Ira drive sendiri datang spital.Mak ayah sibuk dan tak berapa sihat juga.Perut sakit sangat rasa macam nak putus urat perut je.Tapi doktor kata takda apa,tu yang pelik.Suami Ira pun kata tu perkara biasa dan suruh Ira bersabar dan kuat semangat.Jangan manja-manjakan sangat diri.Sedih Ira tau akak...Dia macam tak sayang Ira je..tolonglah Ira kak..."Rayunya sambil menangis terisak-isak. "Kan akak dah cakap dari awal-awal lagi,suami Ira tu memang nak ambil kesempatan je.Dia bukan nak jadikan isteri sangat,saja dia nak seronok-seronok.Lelaki takda iman macam tu lah,Kalau Ira mahu akak tolong,akak takda jalan lain dah melainkan Ira kena bagitau mak dan ayah tentang rahsia sebenar.Cakap elok-elok kat mereka,minta maaf dan berjanji tak akan menipu dan sakiti hati mereka lagi.Kesian mereka.Ira sedihkan bila bayi Ira terpaksa digugurkan.Kenapa Ira sedih? Kenapa tak gembira?Sebab dalam diri Ira ada sifat kasih dan belas kasihan.Naluri keibuan perlahan-lahan wujud dalam diri Ira tanpa sedar.Begitulah dengan ibu Ira.Bagaimana Ira melihat kehilangan zuriat Ira,begitu lah juga ibu tua itu.Tak rasa berdosa ke buat mereka macam tu.Sikit pun tak rasa bersalah ke.Mereka diperbodohkan oleh anak yang mereka kandung 9 bulan.Perit Ira,perit.Bertaubatlah sebelum nyawa masih ada." Ceramah aku panjang pula kali ini.Aku sudah kehabisan idea untuk bersembang dengannya lagi.Hanya doa lah saja ikhtiarku yang terakhir.Semuga dia insaf dan kembali ke pangkuan imannya.
Ira terdiam akur.Airmatanya meluncur laju membasahi wajah cengkung dan tidak terurus itu.Dari riak wajah seolah kata-kataku ada benar dalam hatinya. "Terimakasih kak,Ira akan dengar nasihat akak.Tapi Ira takut suami marah je."Jawabnya dalam kekhuatiran."Amalkan tiga Qul sebelum tidur.Baca ayat Qudsi,surah Al Kahfi sepuluh ayat  pertama dan sepuluh terakhir.InsyaAllah selamat dari gangguan iblis syaitan dan fitnah dajjal.Ingat ye?"Pesanku mengakhiri pesanan.Ira antara angguk dan tidak.Matanya sehala seolah merenung nasib diri yang tidak berpenghujung.

           Di subuh hening ketika hujan mencurah laju aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang tidak ku kenali dan tidak pernah ada nombor itu dalam simpananku."Waalaikumussalam,(terdiam seketika) innalillahiwainnailaihi rojiun.Ye,insyaAllah saya akan ke johor harini.Ha ah,saya dah lama tau dia sakit dalam perut lepas keguguran tu.Emm...alhamdulillah semuga taubatnya diterima Allah sebab sejak akhir-akhir aritu dia kerap ke masjid dengan ibunya dan habiskan masa dengan amal ibadat.Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman".Aku mengakhiri perbualan telefon dengan ibu saudara arwah Ira.Sekejap lagi aku hendak ke rumah Liza menjemputnya untuk ke johor menghadiri pengkebumian sahabatku,pengantin tanpa pelamin.

                                        TAMAT





Monday, 30 November 2015



CERPEN ILMIAH

PENGANTIN TANPA PELAMIN


              Permohonan untuk aku mengikuti kursus usahawan telah berjaya.Aku berangan andai selepas tamat kursus nanti,pertama sekali aku mestilah ada azam baru,semangat baru serta berwawasan.Aku harus bertukar.....bertukarrrrr...macam doraemon tu dari sikap aku yang sering mengantuk,malas bangun pagi dan selalu ucap pada diri " lantak le apa orang nak kata,bukan kau yang nak tanggung makan minum aku".Ayat poyo bodoh itu aku kena humban jauh dalam lautan hindi.Aku mahu jadi bisneswoman yang berjaya,kaya dan bahagia....."woiii...tak abis-abis dengan berangan kau tu,kuar le dah sampai ni. Kau nak check-in dalam kete ke,pastu berkursus dalam kete.Huh,dok le kau sorang-sorang dalam kete." sergah Liza sambil membuka bonet dan mengeluarkan beg rodanya memasuki lobi hotel 4 bintang di lereng bukit itu.Aku mencebek bibir macam biasa kalau dengar dia membebel.Memang dia macam tu,dengki tengok aku bahagia.Yela-yela aku kuar dah ni Sipoh oiii.....
          Selepas dapatkan kunci dan nombor bilik kami berdua terus menuju ke bilik yang disediakan.Tak sabar hendak baring dan luruskan kaki atas katil tu.Lagi pun aku sudah lama tidak berehat dan bercuti,asyik kerja,kerja,kerja."Wah,cantik jugak hotel ni ye,macam baru je.Tengok peralatan dia takda yang rosak pun,kalau hotel yang kita pegi kursus aritu hemm...tobat tak mau dah.Aircond ngalahkan air sejuk.Air mineral pun tak ada,kedekut taik idung masin.Hah,kau belah sana,aku belah coridor ni." Liza meninjau sebaik saja membuka pintu bilik hotel dan terus mencampakkan beg pakaiannya ke atas katil yang di pilihnya.Aku jenis tak kisah mana-mana pun tak mengapa janji dapat tidur dengan nyenyak.
"Eh,bilik ni besar ada tiga katil.Maknanya ada lagi peserta akan tidur kat bilik kita,kalau tak nape mereka bagi bilik tiga katil kan.."Tanya aku pada Liza kot-kot dia tahu." yela agaknya".Jawab Liza ringkas sambil sibuk mengeluarkan segala bekal susu,biskut,milo,kopi,maggi dalam begnya.Biasalah Liza setiapkali kursus tak sah kalau hotel tak jadikan kedai runcit.Dua hari kursus umpama dua bulan.Ding... dong...ding..dong...

      "Assalamualaikum,assalamualaikum...".Tetiba bunyi suara perempuan bagi salam beserta dengan loceng.Aku bingkas bangun terus pakai tudung dan mengintai dari lubang kecil pintu.Ada mata juga sedang mengintai aku..ishh..orang intai dia pun intai...sekali lagi aku intai hendak buat pengesahan samada manusia ataupun....alhamdulillah.. "Sape Mira,terendap-endap,cepat la bukak peserta kursus tu." Tanya Liza tak sabar. Aku membuka daun pintu perlahan-lahan dengan rasa berdebar,manalah tau entah-entah lain yang datang."Waalaikumussalam,masuklah.Kursus usahawan ye".Aku mempersilakan gadis kurus tinggi lampai itu menginap bersama kami."Terimakasih,nama saya Yusnira.Panggil je Ira".Yusnira dengan sopan santunnya memperkenalkan diri sambil meletakkan beg pakaiannya di tepi katil."Ira sorang je ke? Dari mana,ye.Datang dengan bas atau dengan kenderaan sendiri?" Liza memulakan soalan.Dalam hati kami berdua rasa lega sangat sebab ada kawan yang agak berani memandu kereta.Sebab kami berdua sama-sama jenis penakut dan tak tau selok belok jalan di bandar Kota Bharu ini."Ye sorang je yang lain tak dapat pelepasan.Ira dari Mersing.Drive ngan kete sendiri.Dah biasa sebelum ni berulang alik dari Mersing ke Kelantan ni sebab dulu Ira belajar di sini selama tiga tahun."Jelas Ira panjang lebar sambil mengeluarkan pakaiannya untuk di sangkut dalam almari.

         "Alhamdulillah lega,boleh lah kita ronda-ronda malam ni pusing bandar negeri cik mek molek ni ye Ira.Sebenarnya kami berdua ni tak mahir memandu.Nak datang sini pun jenuh google,hahaha nasib baik tak terlenyek anak ayam tepi jalan tadi" Cerita Liza buat pengakuan poyonya.Ira pun sama gelak,entah gelak memang rasa lucu atau terpaksa.Aku malas nak gelak,geram ada lah.Rasa nak cabut je stereng dan hempuk atas kepala Liza tu,mau tak nya aku kata jalan tegak,rupanya dia pegi tegakkan badannya.Maksud aku tegak tu,jalan terus...Ishh..lepas tu aku kata, masa sampai dekat pusingan bulatan,ambik pukul 3.Rupanya si sipoh ni tak reti bahasa mandu,tetiba dia masuk restoran tak pasal-pasal berhenti kat situ.Aku tanya nape,dia jawab nanti kita gerak pukul 3.00.Lahaulawala...mengong rupanya dia ni.

....bersambung...



Wednesday, 25 November 2015


DIKAU PUTERA PUTERIKU

  
Sekian lama dirimu ku tinggalkan.Bukan kerana benci atau mahu abaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu terhadap anak kandung sendiri,tetapi dek tuntutan nafsu ego dan sombong seorang bapa maka kita harus 'berpisah'. Namun hati kita sering bertaut.Saban hari dan setiap malam mama akan sentiasa berdoa dan bersolat hajat serta tahajjud memohon pertolongan dari Allah agar  kita akan diketemukan dalam suasana seperti dahulu.Tiada ungkapan lagi yang hendak mama coretkan di sini melainkan kata rindu yang tersangat rindu.Masa berlalu begitu pantas,anak-anak mama cepat membesar dalam kerinduan dan kesengsaraan.Dari raut wajah kalian,mama dapat menafsirkan bahawa wajah riang itu bersalut duka. Jarak waktu telah memisahkan kita. Ketahuilah mama tidak pernah merasa jauh dari kalian malah sentiasa dekat dan sentiasa memeluk kalian saban hari terutama sewaktu kalian hendak tidur.Mama rasakan kepala anak mama atas ribaan dan mama mengusapnya dengan penuh kasih sayang.Kan selalu mama buat macam tu sebelum tidur,kena salam dan cium mama dulu.Tidak pernah walau sedetik hati ini meninggalkan kalian jauh dari menetap di hati,malah walau kemana saja pergi dan andai ada wajah-wajah remaja lelaki yang menyerupai anak mama,terus mama dekati dan snap fotonya.Mama akan tatap wajah itu sampai puas.Andai tiada sesiapa di situ mahu rasanya mama memeluk dan mencium mereka.Tapi ini Malaysia,bukan Amerika.Ada batasan agama,nasib baiklah.Apa-apa yang mama lakukan semua kerana anak mama.Bila mama terserempak dengan kanak-kanak terus saja mama hulur duit tak kira berapa yang ada sebab mama rasakan seolah sedang menghulur duit kepada anak mama.Dan mama juga berharap ada insan yang sudi menghulur sumbangan kepada anak mama seperti apa yang telah mama lakukan terhadap anak-anak orang lain.

           Mama cuba selami diri dan mengawal emosi.Tanya pada diri,"eh,aku ni betul ke tak? Gila ke apa?"..Oh tidak,mama bersyukur kerana Allah sentiasa tiupkan dalam diri mama semangat kesian dan perihatin terhadap remaja dan kanak-kanak serta orang tua.Itulah yang Islam ajarkan.Ya, mama di landasan yang benar. Sejarah menghitung masa dan hari rupanya masih berulang dalam hidup mama,Kalau dahulu semasa kalian masih kecil, orang semua menghitung hari untuk sampai ke penghujung bulan kerana hendakkan gaji,bonus atau apa-apa manfaat yang lain.Tapi mama menghitung hari dan masa menunggu kalian besar dan matang.Mama tidak sabar menunggu kalian besar sebab terlalu siksa dan derita ketika itu.Bukan siksa kerana terpaksa membela kalian,maksud mama,ketika itu mama keseorangan ke hulu ke hilir mengelek kalian,memberi pendidikan dunia dan akhirat.Seolah-olah orang lain tak wujud bersama kesusahan mama.Di tambahnya lagi gaji mama kecil untuk membeli  keperluan kalian.Tapi mama sentiasa  pasrah dan redha dalam membesarkan kalian sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah serta kacak jelita.
Sekarang mama masih menghitung masa dan hari untuk bersama kalian semula.Akan ada waktu kah untuk kita nanti mengulangi saat indah  bersama?
          Mama syukur dan bangga kesemua anak-anak mama kuat pegangan agamanya serta seorang yang mengambil berat tentang pelajaran.Bukan yang putera sahaja,malah puteri-puteri mama pun adalah yang terbaik buat mama.Dengan muslimahnya,sopan santunnya serta tinggi budi pekerti.
Andai satu hari mama menutup mata,tidak akan rasa terkilan lagi untuk meninggalkan anak-anak mama dalam situasi yang ada sekarang.Mama yakin setiap hari setiap waktu mama akan dihidangkan dengan doa-doa,ayat-ayat Al Quran serta amal jariah dari kalian.Betul kan.InsyaAllah.Akhir sekali,dari kejauhan ini,andai masih ada rindu untuk mama di sini,sebutlah nama mama di setiap doa kalian.Ketika itulah hadirnya mama di sisi kalian.Assalamualaikum putera puteriku.