Friday, 4 December 2015
CERPEN ILMIAH
PENGANTIN TANPA PELAMIN
...Sambungan...
Perut kami sudah berkeroncong.Lapar yang teramat sangat.Liza sudah menelan berpeket maggi dan bergelas nescafe namun masih juga lapar.Hendak keluar cari makanan terasa malas.Semua mau berlengkar macam ular sawa." hemm akak berdua lapar ye,ok Ira nak keluar pegi rumah makcik.Dia tinggal kat area Tumpat.Nanti Ira belikan nasi bungkus kat akak berdua ye".Pelawa Ira sambil bersiap hendak keluar." Itu sudah bagus.Ok Ira belikan kami nasi ayam ye.Ira tido sana ke?" tanya Liza semula.
"Tak,segan tido sana sebab makcik ramai anak lelaki.Ira tak bawa kete,makcik datang ambik".Jelas gadis yang berumur 25 tahun dan kurus kering itu.Perut kami adalah perut Malaysia sebab itu maggi dan nescafe tidak boleh bertahan lama. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam namun kelibat Ira tidak kelihatan.Aku dan Liza mulai syak sesuatu yang tidak kena.Ya Allah selamat kan lah kawanku Ira jauhilah dia dari segala bala petaka. "Macamana ni Mira,aku dah sepuluh kali call tak jawab pun.Dia off phone.Aku risau lah,esok nak kursus macamana.Mati akal dibuatnya",Rungut Liza seperti seorang ibu kehilangan anaknya."isshh...Ira ni kan saja wat kita susah hati je.Apasal dia tu.Nape ngan dia,kita pun bukannya kenal sangat dengan dia tu.Menyesal lah pulak nginap sekali dengan dia.Dah le perut aku ni dari tadi lapar giler.Kita tido jelah,apa-apa esok je kita wat report polis kalau dia belum balik".Aku sudah tak tahu hendak bagi cadangan apalagi dekat Liza.Kepala aku pening dan muntah masuk angin.
Pepagi lagi kami berdua sudah bangun bersiap sedia untuk ke tempat kursus.Selesai subuh tadi fikiran kami tidak boleh lekang dari memikirkan pasal Ira.Kemana gerangan dan apa yang telah berlaku terhadapnya." Entah-entah...dia kena.." belum sempat aku habis meneka Liza menutup mulutku." Ishh,celupar betul mulut kau.Jangan le fikir macam tu,nauzubillah semuga dia selamat".Liza menaruh harapan.Tiba-tiba...ding..dong...ding..dong...loceng berbunyi.Kami berdua ketakutan adakah akan muncul seorang pegawai polis memberitahu bahawa satu mayat perempuan telah dijumpai? Atau memberitahu seorang perempuan telah diperkosa oleh orang jahat? Ya Allah,tidakkkk...."Assalamualaikum akak...Ira ni,buka lah pintu...cepat nak terkencing ni..". Ira memanggil dari luar.Fuh..lega rasanya.Aku cepat-cepat membuka pintu dan terus menyoal bertubi-tubi persis seorang detektif. Ira dengan selamba badaknya menjelaskan satu persatu." kot iya pun kau tertido,lepas bangun tido tu tengok le missed call ada berapa dalam handphone kau tu.Kecut kami berdua tau.Nasib baik tak wat report polis je.Ingat kau kena culik,rogol ke".Laju je aku lepas bahang marah kat Ira.Ira diam dan terus masuk ke kamar mandi.Kami berdua terus setia menunggunya bersiap untuk ke tempat kursus.
Masa terus berlalu.Sudah tiga bulan kami tidak berhubung setelah tamat berkursus beberapa bulan dahulu.Tetiba malam itu aku terima whatsaap dari Ira.Entah apa mimpinya menghubungi aku." Assalamualaikum kak Mira,apakhabar.Rindulah".Sapanya." Waalaikumussalam,ye akak pun sama rindu kat Ira.Mungkin nama kita hampir sama kot.Akak khabar baik je.Cuma sibuk dengan bisnes.Ira buat apa sekarang.Bila nak kawin.Ke nak suruh akak tolong carikan".Jawab aku sambil tak abis-abis menyakat Ira seorang pegawai insuran lepasan diploma itu." akak,Ira nak berterus terang je dengan akak ni,malas nak main teka teki,nak pendek kan masa,sebenarnya Ira dah kawin.".Ira dengan murah hati menceritakan perihal dirinya.Aku ternganga keseorangan.Biar betul budak ni,aritu kata baru nak cari calon suami.Takkan cepat sangat kawinnya.Kawin koboi ke? Rungut aku dalam hati."Ohhh..baguslah.Tahniah.Tak jemput akak pun.Bila kawin?" tanya aku lagi. " Sebenarnya dah lima tahun kami kawin.Tu la nak tanya akak apa petua dan doa untuk suami sayangkan kita." Jawab Ira mengharap,macam lah aku ni pakar sangat bab nasihat dan motivasi. " Petuanya pertama ialah kenalah rajin masak,sebab masakan dan minuman itu adalah tali dan ikatan yang utama dalam mengeratkan hubungan rumahtangga.Kedua,jaga penampilan diri,luaran dan dalaman.Ketiga jaga tempat tidur.Keempat jaga pertuturan bila bersama suami jangan sakiti hatinya.Sentiasalah berdoa setiapkali solat.Semua ayat Quran adalah doa,cuma kita kena yakin dan sabar je".Jawabku dengan penuh yakin.Terasa diri umpama Ustazah Dr Muhaya pun ada.
"Tapi Ira tak pernah masak macamana akak?" Tanyanya lagi."Abis tu korang makan kat mana,macamana nak mesra dan jalin hubungan kekeluargaan kalau macam tu.Kawin dah lima tahun tapi tak pernah masak,heran juga akak.Periuk kuali tak ada ke.Larat ke asyik makan kedai?" Aku naik heran dengan penjelasan si Ira."Kami makan hotel akak.Sebenarnya kami kawin kat sempadan.Takda sape tahu hanya akak sorang je.Yang kisah saya hilang kat hotel dulu tu sebenarnya saya bukan ke rumah makcik saya tapi saya tido hotel dengan suami.Kami akan berjumpa sebulan hanya dua kali sahaja.Itu pu tengok pada program dia.Saya bermadu kak.Isteri nombor dua." Ira tidak dapat sembunyi lagi." Habis tu,famili tak tau ke? Isteri pertama tahu ke tak?" soal aku lagi."Mak ayah tak tahu.Isteri pertamanya pun tak tau dia kena madu.Anaknya tiga orang semuanya kecik-kecik lagi.Isterinya tak keje.Suami saya keje kerajaan tapi xleh cite kt akak,rahsia.Tkot suami marah".Tanpa disuruh Ira memberi penjelasan sehingga aku benar-benar faham. "Hemm..rumit kisah Ira ni.Akak nak tolong pun tak tau nak mula kat mana.Sebab sudah lima tahun nikah sempadan.Ira tau kan akibat untung ruginya kan? n.Tak pernah mengandung ke?"soalku. "Dua kali Ira mengandung,dua kali suami suroh gugur.Tu yang Ira sedih dan dendam kat suami.Anak Ira yang pertama sudah masuk lima bulan,anak kedua dah masuk tiga bulan.Sedih sangat.Dan sejak dari itu badan Ira susuk kurus kering,dari berat 50kg dah tinggal 35kg,macam tengkorak hidup.".Ada nada sebak ketika dia meluahkan.Terkedu aku menatap bicara seorang wanita misteri di hadapanku.Berputar fikiranku mencari jalan penyelesaian agar kekusutan dapat terlerai walau sejengkal cuma.
"Macam ni lah Ira,akak cadangkan Ira berterus terang dengan suami supaya daftarkan perkahwinan mengikut adat Islam di sini.Lepas tu cari rumah sewa dan hiduplah seperti pasangan bermadu yang lain.Rugi je kehidupan selama ni.Lima tahun hidup tiada kemanisan rumahtangga.Kalau lah anak itu hidup,yang sulung tu mungkin dah sekolah tadika,comel dan cerdik macam Ira.Ada adik lagi.Meriah perkahwinan masa tu.Ira tak rasa menyesal dan berdosa ke membunuh darah daging sendiri? Bagi akak lah suami Ira tu memang tak sayang Ira.Dia kawin bukan atas dasar kasihsayang tapi atas dasar nafsunya sahaja.Kenapa dia tak mahu anak? Sebab dia tak mahu bertanggungjawab dan memberi nafkah.Kenapa dia tak mahu cari rumah,sebab dia takut berdepan dengan undang-undang.Apatah lagi hendak kawin secara sah.Lagilah dia tak mahu isterinya tahu,masyarakat tahu dan sebagainya.Dia semata-mata inginkan badan Ira sahaja.Maaflah akak bercakap macam ni,sebab akak kesian masa depan dan keluarga Ira".Aku cuba mencelikkan mata wanita yang berurusan denganku ini agar dia sedar bahawa dia diperalatkan oleh lelaki bernafsu haiwan.Tapi....lain pula penerimaan Ira.
"Ooo..tidak akak.Ira takleh terima cadangan akak tu.Biarlah kami hidup macam ni.Nanti suami marah dan Ira tak mau kehilangan dia.Ira cuma nak mintak akak bagi doa agar dia sayang Ira cukup-cukup dan jangan dia asyik-asyik nak teringatkan isterinya.Ira menyampah dan tak boleh terima isterinya sampai sekarang.Dan Ira tak mahu mak ayah serta orang kampung tahu yang Ira kawin dengan suami orang.Itu je"Ira seolah meninggikan suara mempertahankan suami setannya. "Apa??Doa kepala hotak kau,kau dah ambik suami orang,kau aniaya isteri dan anak orang,kau bunuh janin tak berdosa pastu tipu makbapak,tipu masyarakat, hah,nak doa konon.Kau ingat Tuhan nak makbul ke doa pendosa macam kau?..Astaghfirullah hal azim,..Ya Allah..ampunilah dosa sahabatku ini."Menyirap darah ku melayan keinginan perempuan lurus macam Ira ni.Jantungku mulai berdenyut kencang,dah lama tidak berdenyut seperti ini.Tak pasal-pasal pula aku ke katil hospital gara-gara si Ira ni. Malas aku nak layan baik aku tidur je.
Sudah berbulan lamanya Ira tidak menghubungi aku gara-gara permintaannya tidakku penuhi dulu.Merajuk gamaknya.Ah,biarlah selama mana dia nak merajuk. Malas aku hendak patuhi kehendak songsangnya itu.Keje aku pun melambak-lambak perlu aku siapkan,ini ada hati nak selesaikan masalah orang pulak....pripp...pripppp...." Sape pulak ni dah malam buta call aku ni..eemm...eerrr...waalaikumussalam.Ye ada apa Ira,tak tidur lagi ke?" Aku dapat agak dari awal mesti dia yang call.Siapa lagi kalau suka kacau orang tidur.Layan saja lah."Maaf ganggu akak.Ira rindu.Selain suami Ira,akak lah orang yang paling rapat dan memahani diri Ira.Walaupun beratus kali akak marah Ira tapi Ira tetap sayang dan tak ambik hati.(diam sekejap)Akak...Ira rasa macam nak mati dah".Tiba-tiba terucap sedemikian dari mulutnya.
"Hah,nape pulak cakap macam tu" Tanya aku balik. "Baru ni Ira sakit,seminggu terlantar kat spital.Sorang pun takda datang jenguk.Suami sendiri pun takda masa nak ziarah dan bertanya khabar.Ira drive sendiri datang spital.Mak ayah sibuk dan tak berapa sihat juga.Perut sakit sangat rasa macam nak putus urat perut je.Tapi doktor kata takda apa,tu yang pelik.Suami Ira pun kata tu perkara biasa dan suruh Ira bersabar dan kuat semangat.Jangan manja-manjakan sangat diri.Sedih Ira tau akak...Dia macam tak sayang Ira je..tolonglah Ira kak..."Rayunya sambil menangis terisak-isak. "Kan akak dah cakap dari awal-awal lagi,suami Ira tu memang nak ambil kesempatan je.Dia bukan nak jadikan isteri sangat,saja dia nak seronok-seronok.Lelaki takda iman macam tu lah,Kalau Ira mahu akak tolong,akak takda jalan lain dah melainkan Ira kena bagitau mak dan ayah tentang rahsia sebenar.Cakap elok-elok kat mereka,minta maaf dan berjanji tak akan menipu dan sakiti hati mereka lagi.Kesian mereka.Ira sedihkan bila bayi Ira terpaksa digugurkan.Kenapa Ira sedih? Kenapa tak gembira?Sebab dalam diri Ira ada sifat kasih dan belas kasihan.Naluri keibuan perlahan-lahan wujud dalam diri Ira tanpa sedar.Begitulah dengan ibu Ira.Bagaimana Ira melihat kehilangan zuriat Ira,begitu lah juga ibu tua itu.Tak rasa berdosa ke buat mereka macam tu.Sikit pun tak rasa bersalah ke.Mereka diperbodohkan oleh anak yang mereka kandung 9 bulan.Perit Ira,perit.Bertaubatlah sebelum nyawa masih ada." Ceramah aku panjang pula kali ini.Aku sudah kehabisan idea untuk bersembang dengannya lagi.Hanya doa lah saja ikhtiarku yang terakhir.Semuga dia insaf dan kembali ke pangkuan imannya.
Ira terdiam akur.Airmatanya meluncur laju membasahi wajah cengkung dan tidak terurus itu.Dari riak wajah seolah kata-kataku ada benar dalam hatinya. "Terimakasih kak,Ira akan dengar nasihat akak.Tapi Ira takut suami marah je."Jawabnya dalam kekhuatiran."Amalkan tiga Qul sebelum tidur.Baca ayat Qudsi,surah Al Kahfi sepuluh ayat pertama dan sepuluh terakhir.InsyaAllah selamat dari gangguan iblis syaitan dan fitnah dajjal.Ingat ye?"Pesanku mengakhiri pesanan.Ira antara angguk dan tidak.Matanya sehala seolah merenung nasib diri yang tidak berpenghujung.
Di subuh hening ketika hujan mencurah laju aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang tidak ku kenali dan tidak pernah ada nombor itu dalam simpananku."Waalaikumussalam,(terdiam seketika) innalillahiwainnailaihi rojiun.Ye,insyaAllah saya akan ke johor harini.Ha ah,saya dah lama tau dia sakit dalam perut lepas keguguran tu.Emm...alhamdulillah semuga taubatnya diterima Allah sebab sejak akhir-akhir aritu dia kerap ke masjid dengan ibunya dan habiskan masa dengan amal ibadat.Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman".Aku mengakhiri perbualan telefon dengan ibu saudara arwah Ira.Sekejap lagi aku hendak ke rumah Liza menjemputnya untuk ke johor menghadiri pengkebumian sahabatku,pengantin tanpa pelamin.
TAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment