Wednesday, 9 December 2015
CINTAKU BERPUTIK DI LAYAR FB
Semua orang di Taman Delima memanggilnya dengan nama Zaidi Satay.Sebab satay dia memang sedap dan terkenal.Besar kiub daging dan ayam serta lembut.Tidak seperti di tempat lain satay nya kecik dan keras bila sejuk.Kuah satay Zaidi pekat dan lemak .Resepi dari turun temurun katanya bila setiapkali ada orang memuji dan bertanya akan keenakan kuah satay Zaidi. Tapi Zaidi lebih gemar orang memanggilnya dengan nama Abang Zaidi tidak kira kanak-kanak sekolah atau orang dewasa.Dia selesa dengan nama Abang Zaidi.
Setiap lepas asar abang Zaidi sudah mula membuka payung besarnya yang berwarna warni sebanyak lima buah yang terpacak di atas meja bulat di sepanjang jalan berhampiran stesen Petronas itu.Lepas itu abag Zaidi memasang lampu lip-lap di sekeliling payung agar nampak lebih meriah apabila malam tiba.Selain itu ada juga sudut untuk yang berkeluarga abang Zaidi akan menghias meja dan bumbung berteduh dengan atap nipah supaya nampak lebih kekampungan dan santai umpama menjamu selera di kampung sendiri.Setiap sudut meja letaknya pula tempayan lama serta gayung.Ada unsur esotik pula di situ. "Kreatif betul tuan kedai satay ni kan abang" puji salah seorang isteri pengunjung di situ.Abang Zaidi dengar setiap pujian itu bila setiap kali dia lalu untuk menghantar pesanan ke meja pelanggan.Hatinya menguntum bangga dan syukur.
Sudah hampir 10 tahun kedai satay abang Zaidi beroperasi,dari meja dua buah hingga ke meja seperti sekarang.Kalau dahulu abang Zaidi seorang menguruskan perniagaan itu dari mencucuk satay,masak kuah,hinggalah mengambil pesanan dan membakar satay.Abang zaidi tidak pernah merungut walau pulang ke rumah purnama sudah ditutup awan dan pungguk sudah berhenti berlagu.Sebab itulah kemahiran yang abang Zaidi ada untuk menyara hidup bujangnya.Walau pun ramai yang hendak membantu abang Zaidi,tapi dia tidak mahu kerana terhutang budi serta abang zaidi tidak mampu untuk membayar gaji mereka.Tapi sekarang semua dah berubah.Abang Zaidi sudah ada tiga orang pembantu yang setia.Mereka anak-anak saudara abang Zaidi juga.
Pendapatan abang Zaidi sebulan rasanya boleh lah kalau hendak disamakan dengan gaji penjawat awam.Kalau dulu abang zaidi pakai basikal murah saja,kini sudah boleh beli honda civic.Berkat usaha dan kegigihan abang Zaidi.Pendekata kehidupannya hampir lengkap 100% cuma satu saja kata ibunya " Idi,mak rasa dah tak larat dah nak kemas bilik tidur dan basuh kain baju Idi.Sampai masa dah cari calon isteri.Biar dia pula yang mengurus rumahtangga tu.Mak dah tua.Nak sental baju dah tak boleh dah.Dulu lain lah.Idi pun dah lengkap semuanya kalau nak pinang anak dara orang.Umor pun dah 35 tu.Elok sangat lah." Makcik Esah sudah mula bersuara dan memberi pandangan kepada anak bujang bongsunya. " Eh,mak ni tetibe je kata tak larat.Nanti Idi tambahlah lagi elaun untuk mak tu ye haha...jangan marah,gurau je.Sape lah nak kan Idi yang serba kekurangan ni mak.Pompuan buta je yang nak.Kalau yang celik tak maunya.".Jawab abang Zaidi merendah diri sambil menyusun bilah-bilah lidi di dalam dulang besar.Itu lah kerjanya tak habis-habis mengisahkan satay walau sudah habis berniaga.Katanya senang kalau membuat persediaan lebih awal untuk esok dan seterusnya." sape kata tak ada.Rugi besarlah kalau ada anak dara yang menolak pinangan Idi.Anak jantan mak ni dah lah kacak macam pelakun Ed Osmera,lepas tu pulak rajin ke masjid.Berebut-rebut kalau kita buka laluan memohon percalonan hahaha.." sampuk Makcik Esah lagi melambung memuji anak lelakinya. Abang Zaidi tersimpul malu macam kambing sejuk lagaknya.Dia sudah lali dengan pujian ibunya.Itu lah satu-satunya insan tempat dia bermanja dan bergurau.Adik beradik abang Zaidi yang tiga orang lagi sudah berkeluarga dan tinggal bermacam-macam negeri.Hanya dia sahaja tinggal dengan ibunya dirumah pesaka peninggalan arwah bapanya.
Sudah hampir seminggu abang Zaidi tidak online dan update status di layar FB nya.Sibuk benar dia sejak dua menjak ini. Kalau tidak setiap hari ada saja pesanan dan kata motivasinya untuk dikongsi bersama sahabat maya.Pengikut maya abang Zaidi sudah mencecah 5k.Kebanyakan dari pelanggan satay dan geng masjidnya.Abang Zaidi suka berpantun dan berpuisi setiapkali membuka lembaran baru FB nya.Itulah tarikan utama abang Zaidi.Tidak sampai seminit selepas update,berderu pengelike dan peminat abang Zaidi menekan butang 'like' serta komen-komen yang memberangsangkan dan melucukan.Ada juga yang berunsur jiwang-jiwang atau bersifat menggoda.Kebanyakannya terdiri dari pengelike wanita.Biasalah orang kacak,seperti kata ibunya. Ya,benar abang Zaidi memang kacak,putih dan berkumis.Hidungnya mancung dan bibir yang seksi ala bibir Pelakun Shah Putera.Tapi abang Zaidi terasa sepi kerana dalam ramai-ramai pengikut statusnya ada seorang yang ditunggu-tunggunya."Di manakah dia? Tak online ke malam ni,atau dia sudah unfriend aku? emm..takda pula,dia masih je friend.Tapi nape dia tak like dan tak komen selalunya dialah yang mula-mula sekali muncul.Seolah-olah memang tunggu aku post status." Bisik hati kecil abang Zaidi tentang peminat mayanya.Tak ada mood benar dia malam tu.Walaupun beratus peminat maya memberi komen dan like di petak mayanya tapi tidak sama dengan satu like dan komen oleh sijantung hatinya. " Atau dia sudah......."... "Selamat malam Idi Sepi,semuga lenamu diulit sang mimpi nan indah." Tiba-tiba muncul komen dari seorang wanita yang nama penanya Norma Ayu.Fuhhh....nasib baik abang Zaidi tidak offline tadi,jarinya sudah hampir menekan butang logout tapi terhenti umpama kereta tengah laju dan cepat-cepat menekan brek." Selamat malam Norma Ayu,aikk belum tidur lagi ke.." balas abang Zaidi. Tiba-tiba isyarat di bahagian inbox nya merah.Abang Zaidi sudah agak macam selalu Norma Ayu akan menghantar pesanan di balik tabir.Dia tidak mahu menganggu peminat maya abang Zaidi tersinggung dan cemburu andai mereka berbalas komen di dada FB nya.
" Alhamdulillah rasa tenang di sini kan Zaidi Sepi"Ucap Norma Ayu. "Emm...dah lama kita kenalan di maya ni.Rasanya dah hampir dua tahun.Saya rasa kita dah mesra sangat dan sudah takada apa yang hendak ditulis lagi disini.Saya pun malas hendak melayan angan dan membayangkan rupa awak yang sebenar di luar sana.Dalam maya ni gambar tak boleh percaya.360 boleh membunuh pandangan mata. Saya serius dengan awak.Saya sudah jemu meluah bicara di sini.Saya ingin melihat bibir awak pula menutur kata.Menatap mata awak yang berkelip ayu.Dan saya ingin melakar senyum dan ketawa dalam suasana yang penuh realiti bukannya dengan tulisan dan ejaan 'hahahaha..".Saya ingin hayati lunaknya suara awak didepan mata saya." panjang lebar abang Zaidi meluah isihati yang sudah lama terbuku." Emm....boleh je.Tapi saya segan dengan awak.Saya tak secantik seperti dalam profile picture ni.Awak memang lah.Semua orang puji awak.Cemburu saya dibuatnya bila ramai wanita memuji awak.Tapi nape awak selalu post gambar yang separuh dada atau tak post gambar penuh.Saya ingin tengok awak dari hujung rambut sampai ke kaki kalau boleh.Tak aci lah saya je yang post kt awak gambar penuh macam tu. Nak majuk lah..." balas Norma Ayu.
" emm...saya pun segan juga. Gambarkan tak penting.Hati dan perasaan itu yang utama dalam perhubungan.Saya serba kekurangan.Tidak sesempurna lelaki yang pernah awak ketemui.Saya takut awak menyesal berhubung dengan saya.Awak gadis yang sempurna dan penuh budi bahasa".Abang Zaidi merendah diri. " Eh,janganlah cakap macam tu.Kita insan biasa dan sama di sisi Allah.Bersyukurlah atas apa kurniaanNya.Kalau kita tidak bersyukur umpama kita tidak berterimakasih serta menganggap Allah itu tidak pandai menjadikan sesuatu dengan bijak mengikut kemahuan kita.Sedangkan sifat Allah itu Maha Bijaksana.Menjadikan sesuatu itu sebaik-baik kejadian." Norma Ayu mula behujjah. "Wah,pintar sungguh ustazah ni.Ni yang saya bertambah sayang ni dan tak sabar nak jumpa".Usik abang Zaidi terhadap buah hati mayanya."Macamana nak kenal awak ye kalau kita jumpa,kt mana?" tanya Norma Ayu seolah sudah setuju.
" Kita jumpa di kedai saya dalam pukul 8 malam.Saya akan tunggu awak dengan satay istimewa dan layanan lima bintang demi puteri kayanganku Norma Ayu" balas abang Zaidi penuh semangat.
"Nape malam? Nanti tak puas saya nak tatap wajah kacak awak tu". Norma Ayu menepis cadangan abang Zaidi." Malam itu indah,sayang.Ada purnama menyuluh di setiap sudut bicara kita nanti.Sudah tentu sang unggas mengintai di sebalik tabir sunyi.."Abang Zaidi bermadah.Setiap ungkapanya bersulam harap.
"Ok,baiklah sang pujanggaku.Akan ku realisasikan pertemuan itu dengan taburan kelopak kasih dan rinduku. Nantikan aku sayang di teratak kasihmu"Balas Norma Ayu mengakhiri pesanannya.
Abang Zaidi sedari tadi sudah siap menghidang dan menghias meja untuk makan malam bersama gadis idamannya.Jambangan mawar merah mewangi di sudut meja berbentuk bulat serta dihiasi dengan alas berwarna biru lembut sedondon dengan alas kerusi.Bilah-bilah satay ayam dan kambing tersusun lazat di dalam bekas yang dibeli khas.Sepiring pencuci mulut terdiri dari campuran buah-buahan,timun,nasi impit serta kuah kacang memukau selera.Di penjuru meja sebelah kiri pula dihias dengan sebatang lilin berwarna biru terang dengan api yang menyala tenang.Biarlah wajah gadis manis itu tampak berbayang dan samar di celahan liukan lilin nanti,Memanglah,ini kali pertama dia hendak bersua muka dengan gadis maya yang dikenali selama dua tahun di FB.Harap-harap Norma Ayu setuju serta memberi kata'wow" terhadapnya nanti.
"Assalamualaikum,err,,ini kedai Zaidi Satay kan? Sssayaa..." belum sempat Norma Ayu memghabiskan ayat abang Zaidi terus menyampuk." Ye ,saya Zaidi Sepi,ni Norma Ayu?" Tepat tekaan abang Zaidi.Norma Ayu mengangguk lalu dipersilakan duduk dengan penuh hormat,Semua pekerja abang Zaidi melayan pasangan berdua itu umpama pengantin di raja.Mata Norma Ayu tidak sempat hendak menjeling ke arah deco dan hiasan menu di atas meja kreatif itu tapi matanya sibuk menatap wajah lelaki kacak yang tidak pernah dia ketemui."Wow,hensom giler mamat ni.Ingat dalam FB je rupanya kat luar lagi macho.Emm...bertuahnya aku.Padan muka pompuan yang dok mengelike tu.Aku juga yang dapat". Bisik hatinya. Melopong dan tak berkelip." Eh,tipah ni melopong lak tengok aku,nape.Bila dia nak sebut wow nya kt satay aku.Penat-penat aku hias dan bakar nasib baik dengan aku-aku tak jadi satay.Ke engkau dok wow kat muka aku?" Bisik hati abang Zaidi pula. "Hellooo...cik encik berdua,bila nak start upacara melantak ni.Perut aku dah lapar menggelegak ni.Yang korang memasing dok melopong macam mulut ayam tercekik ulat bulu tu nape?"Sergah Zalina sepupu abang Zaidi tiba-tiba.Dia sudah lama menunggu untuk diperkenalkan dan merasai menu yang dihidang didepan matanya. Mereka masin-masing ketawa dan bermulalah perkenalan di alam kenyataan dan cinta penuh ikhlas.Cuma Norma Ayu dari tadi menunggu ingin melihat ketinggian abang Zaidi apabila dia bangun dari kerusi.Tetapi sampai sudah abang Zaidi asyik tersandar di kerusi dan enggan untuk bangun.Sehingga Norma Ayu hendak pulang pun abang Zaidi masih di kerusi dan hanya melambai dari jauh mengiringi pemergian buah hatinya pulang.Norma Ayu pulang dengan sedikit rasa terkilan di sanubari kerana gagal menatap badan kekasihnya yang sasa dan tegap itu.Dan rasa terkilan lagi apabila dia tidak dapat merakam gambar bersama dengan abang Zaidi lantaran keengganan abang Zaidi serta cahaya lampu yang malap.
Sudah tiga purnama sudah berganti maka cinta pasangan kekasih yang setia ini sudah sampai ke tarikh perjanjian.Mereka akan diijab kabul sekejap lagi..Suasana begitu meriah.Yang paling gembira adalah Mak Cik Esah sebab itulah majlis yang terakhir untuk anak bongsunya.Semua adik beradik berkumpul.Sahabat alam maya ramai yang sudi hadir menyaksikan kebenaran pasangan maya merealisasikan impian yang bukan angan.Juadah sudah siap tersusun di atas meja.Para tetamu tidak sabar menanti ketibaan pengantin lelaki.Pengantin perempuan bertambah seri dengan persalinan serba kehijauan emarald.Pelamin bagai sebuah taman yang sedang mengembang kuntuman bunga serta dedaunan yang menghijau.Sungguh indah dan menarik.Dari jauh kompang telah berbunyi.Deejay terus membuat pengumuman akan ketibaan pengantin lelaki serta rombongannya.Pengantin perempuan bertambah peratus debarnya dan tidak sabar melihat bakal suaminya berjalan tegap,bersampin dan bertanjak menuju serta memimpin tangannya.Tiba-tiba langkah Normah Ayu terhenti.Mukanya pucat walau bedak dan gincu sudah begitu tebal tetapi tidak dapat menutupi wajah pucatnya ketika itu."Ya Allah,betul kah apa yang aku lihat ni?Apa semua ini Ya Allah?.Tidakkk..Nape dia....ohh...tak mungkin..tak mungkinn...tidakkkkkk....." Norma Ayu menangis lalu mencampakkan jambakan bunga di tangannya serta berlari masuk ke dalam bilik dan terus menguncinya.Dia menangis sekuat hati sambil terisak-isak.Dia tidak percaya sama sekali pengantin lelaki yang kacak bertanjak serta dalam persalinan hijau emarald sepertinya itu berjalan bertongkat dengan kaki sebelahnya kudung paras paha.Abang Zaidi sudah agak dari awal bahawa Normah ayu akan benar-benar terkejut dan akan lari darinya.Dia tidak rasa bersalah dan tidak rasa sedikit pun untuk menipu pasangannya kerana dari awal perkenalan dia sudah maklumkan akan kekurangan diri pada Norma Ayu.Mungkin Normah Ayu tidak faham dengan jelas apa yang di maksudkan 'kekurangan diri' itu.
Abang Zaidi akur bahawa cinta ikhlas tidak akan hadir tanpa ada redha bersama.
TAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment