CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 5 December 2015



SOALAN UNTUK YANG BERNAMA AWAK..


 Awak,.

Nama awak sudah lama terpatri di sudut hati ini.Tiada nama lain selain dari nama awak di kalangan insan.Tapi kenapa awak seolah -olah ingin membuang terus nama saya di hati awak? Nama saya tidak seindah nama-nama yang pernah terpilih dan tertulis di dairi hati awak ke.?
Awak,..ingat tak lagi saat manis kita bersama.Saat kita di dalam situasi yang halal.Saban hari saya terbayangkan betapa indah dan romantisnya waktu yang Allah kurnia untuk kita berdua.Kita seolah ingin merayakan akan kemenangan suka duka dalam bercinta.Dan perayaan itu kita wujudkan di kamar indah.Persis sebuah kayangan aruna beta.Taburan kelopak mawar dan wangian kasturi, bertaburan bagai permaidani.Dalam warna kasih yang terlakar indah,,bayangan dan kelibat awak tetap saya tunggu. Saya isteri awak yang sah.Dan awak suami saya yang sah.Salahkan saya mengharapkan sesuatu yang mengasyikan dari seorang suami di malam pertamanya,seperti harapan isteri-isteri yang lain di luar sana?

            Namun kelibat awak tak kunjung tiba.Kamar biru bertukar malap.Taburan mawar mulai melayu.Wangian kasturi tidak mewangi lagi.Di manakah awak.Kemana gerangan menghilang di saat cinta kita mulai bertunas.Jam menunjukkan 12.00 malam. Saya terpaksa akur bahawa malam pertama adalah bukan malam yang indah buat pengantin baru seperti saya,tapi malam  yang malang.Bantal peluk berwarna biru saya peluk erat dan airmata membasahi suram malam. 

Awak..

           Saya ingin memeluk awak setiap kali awak baring di sisi saya.Tapi awak sering menjauh,Kenapa awak? Badan saya berbau kah atau awak tak selesa diperlakukan demikian oleh seorang isteri? Maafkan saya awak.Sebab saya rasakan awaklah lelaki satu-satunya dalam hidup saya.Saya rasa aman dan rasa selamat bila dalam pelukan awak.Tapi awak tidak pernah memeluk saya seperti suami orang lain terhadap isterinya.Saya ingin seperti itu awak.Bila awak sedang menonton tv,saya sering menghidangkan nescafe kesukaan awak dan kudapan supaya awak leka dengan siaran yang awak minat agar hilang segala tekanan semasa di tempat kerja.Tapi saya suka belai awak waktu itu.Saya ingin memicit jejari awak dan mengusap lengan awak.Sebab saya rasakan awak kepenatan maka saya perlu melakukan sesuatu terhadap awak.Tapi awak menepis.Saya sedih,kenapa awak tidak perlu bantuan dari saya,atau awak memang tidak perlu layanan seperti itu?


Awak...

           Setiapkali di dapur saya akan masak masakan yang awak gemar seperti ikan masin,,ayam masak kicap,sayur campur.Saya sajikan di atas meja yang berhias indah.Dengan kerusi tersusun rapi.Saya dapat rasakan yang saya menyuap nasi ke mulut awak,mengelapkan makanan yang tumpah di atas meja.Namun awak menceduk nasi dan lauk ke dalam pinggan serta terus makan di hadapan tv tanpa mempelawa saya makan bersama.Kenapa awak tidak mahu makan bersama saya?  Adakah masakan saya tidak sesedap yang awak biasa makan di restoran?.Atau awak tidak sampai hati untuk mengatakan masakan saya teruk?

Awak...

          Saya bangga dan bersyukur dapat suami seperti awak kerana awak rajin bekerja tidak kira siang atau malam.Tapi sebelum awak pergi kerja saya ingin awak mengucup dahi saya dan saya ingin mengucup tangan awak seperti isteri-isteri yang lain sebagai mengiringi kepergian suaminya ke tempat kerja.Tapi awak terus meninggalkan saya begitu sahaja.Sayu  dan hiba hati saya setiapkali awak keluar.Tangan ini ingin saja bersalam dengan awak mungkin itu kali terakhir kah atau selamanya.Kenapa awak tidak mahu peluk dan kucup pipi saya atau bersalam dengan saya setiapkali meninggalkan saya? Awak tidak sanggup tatap wajah saya untuk kali terakhir atau awak benar-benar rasa merdeka apabila meninggalkan saya di rumah? Maafkan saya andai selalu buat awak resah.

 Awak...

         Di luar sana saya lihat para isteri berpimpinan tangan dengan pasangannya samada di taman atau ke pusat membeli belah.Mereka menaiki kenderaan bersama-sama.Pergi ke pasar bersama-sama.Pergi makan-makan pun bersama.Tapi saya keseorangan walau kemana saya pergi.Awak tidak pernah menemankan saya dan membawa saya seperti pasangan yang lain.Saya tidak mahu keseorangan.Saya ada suami.Saya mahukan suami saya bawa saya bersiar-siar dan makan bersama-sama.Tapi kenapa awak biarkan saya sendirian? Adakah saya menjengkelkan awak atau saya memalukan awak dikhalayak ramai?. Saya benar-benar buat awak tersiksa kan.
Awak, saya sudah puas mengelamun dan mengembara dalam diri.Semua jasad saya sudah saya redahi meneliti kekurangan diri.Saya sudah mendapat jawapan dari kembara sepi.Dan kini biarlah saya sudahi perjalanan hidup saya di denai sempit tanpa awak bersama.Putaran masa begitu pantas,dan tidak mungkin kembali ke waktu yang asal.Tiada apa yang saya bawa untuk bekalan, hanyalah kenangan suka duka sebagai menemani dalam kembara yang gersang ini.

Terimakasih awak kerana menjaga saya dan menjadi suami saya walau sebentar cuma.Halalkan segala apa yang termakan dan terminum sewaktu saya menjadi isteri awak.Harapan saya,andainya awak terlihat wanita lemah dan serba kekurangan di luar sana,mereka itu adalah sebahagian dari diri saya.Tolong doakan agar mereka itu tidak menerima nasib seperti saya.Terimakasih awak.Assalamualaikum.
      

No comments:

Post a Comment