CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 25 December 2015





Tauhu Sambal Goreng


Bahan-Bahan:
5 ulas bawang merah * 
1/2 inci halia * 
1 sudu besar udang kering *
1/2 inci belacan *
1 mangkuk kecil cili kisar @ cili kering buang biji secukupnya, rendam sekejap dlm air panas kemudian kisar bersama bahan bertanda * diatas nati.
3 keping tauhu - hiris nipis
1 biji ubi kentang saiz sederhana besar - hiris nipis
1 batang lobak merah - hiris panjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
4-5 keping sayap ayam - potong kecik @ 1 mangkuk kecil jantung ayam/pedal
1 labu bawang besar - hiris nipis
kacang panjang secukupnya
garam @ serbuk pati ayam dan gula secukup ras

Cara
1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya, goreng ubi kentang biar masak atau sedikit garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula tauhu hingga sedikit perang, angkat dan ketepikan, kemudian goreng kepak ayam.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak untuk menumis secukupnya dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga wangi.
5. Masukkan bawang putih, lobak merah dan ayam, masak sambil dikacau sekali sekala.
6. Masukkan bahan lain dan perasa secukup rasa, kacau balik biar semua bahan mesra dan sambal sedikit kering.
==========================


KESIAN WANITA

Saban hari bersusah payah menjaga kecantikan diri
Beli produk mahal  dan murah tapi berkualiti
Pakai mesti tepat pada waktu
Pakai mesti ikut peraturan
Nanti kalau tersilap calit
Alamat muka jadi udang kena rebus
Atau jerawat tumbuh mencanak macam cendawan lepas hujan
Telan pil membesar itu membesar ini
Melonjong itu melonjong ini
Semua jenis cologen habis dirasa
Bermekup biru hijau merah umpama pelangi
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Duit gaji habis lari
Untuk siapa?
Untuk LELAKI

Kesian wanita
Beli dan reka fesyen pakaian yang terkini
Macam-macam jenama dan corak hiasan
Berambu sana berambu sini
Berpadanan pula dengan jenis tudung
Semua tudung artis hendak dibeli
Asalkan tidak ketinggalan zaman
Berhabis duit senyumlah sendiri
Untuk siapa?
Untuk LELAKI

Kesian wanita
Ada ruang waktu untuk ke aerobik
Zumba,twist,agogo,cha-cha dan tanggo
Bergoyang sehingga lupa diri
Tak kira umur sudah melanjut
Sanggup berseluar ketat berbaju sendat
Menjaga badan pilihan utama
Agar tidak melendut, melabuh dan geleber
Untuk siapa?
Untuk LELAKI

Kesian wanita
Terpaksa tutup semua aurat
Dari yang singkat dilabuhkan
Dari yang pendek dipanjangkan
Dari yang nipis ditebalkan
Kaki disarung agar tumit tidak kelihatan
Memastikan setiap inci anggota badan
Agar tidak menjadi bahan fitnah
Panas dan rimas semua ditanggung
Untuk siapa?
Untuk LELAKI

Oleh itu wahai yang bernama LELAKI hargailah wanita kerana kalian lah mereka harus mendamba apa sahaja.Demi sebuah kasihsayang dan perhatian,kadang kehormatan dan akal jadi taruhan.Dalam mengejar cinta dan sayang,ada yang terlupa kebodohan dan kepandiran terselit di celah perbuatan.Kesian mereka.Bagi yang bersikap "Ah,lantaklah kau nak sayang ke benci,kau nak terima ke tak,aku tetap macam ni".Mereka itu di zon selamat.Untung.Tapi,harus waspada.Umpan jinak di mata pancing!!!!



Tuesday, 22 December 2015


                           

                                                               KAU KAH ITU

Dalam bebayang yang kelam
kelibatmu muncul bersama obor menyala
suasana pun gemerlipan
menghambat semua kegelapan
bertempiaran menyusur lereng-lereng
sepi alam

Kau Kah Itu
berdiri di belakang sepi ku
di kala aku goyah
melawan arus perih ngilu
bersama sejambak harap
yang bakal kau hulur
tika tanganku mekar bersambut

Kau Kah Itu
saat hadir rindu
tanganmu mengusap sayang
membelai manja segenap pelusuk sukma
terbenihlah  cinta dalam embunan kasih
dalam janji yang belum pasti berpadu




Monday, 21 December 2015


                                      KU AKUR KEHENDAK TAKDIR
                              

                           Semenjak kematian kedua orang tuanya tiga tahun yang lalu, Lara tidak lagi ceria dan mesra seperti dulu.Dia sering bersendirian,menyepi dan lebih banyak berkurung dalam bilik. Tiada lagi tempatnya bermanja dan mengadu  suka dukanya selama ini.Kalau tidak,adalah juga tempatnya melepas segala keluh kesah tentang kehilangan suami tersayang  kepada ibunya.Arwah  ibunya akan sentiasa setia mendengar dan memberi nasihat padanya tanpa penat jemu.Tidak pernah sesekali arwah ibunya menyalahkan Lara dalam kes kematian suaminya lima tahun dahulu. "Dah setakat tu Allah nak beri kamu berjodoh.Suami tu hak Allah.Dia bagi pinjam sementara je,lepas tu Dia ambik balik.Sebab tu masa Allah bagi pinjam tu,jaga lah dia bersungguh-sungguh,jangan buat dia sakit hati,marah,hilang sabar ngan kita.Anggap dia umpama kita pinjam barang orang yang mahal harganya.Jaga elok-elok sebab bila-bila masa tuan dia mari ambik" Masih terngiang-ngiang lagi pesanan arwah ibunya ketika mereka pulang dari pengkebumian suami Lara.Walaupun bukan salahnya,tapi Lara merasakan seolah-olah kehilangan suami tersayang disebabkan oleh sikapnya yang suka mengarah suaminya tidak kira masa. 

"Ala,abang..pegilah kejap kedai tu,Lara nak masak ni.Esok mak dan ayah nak datang.Lara nak buat kejutan yang tak pernah mereka tengok.Lara nak masak masakan yang paling mereka suka.Dan Lara mahu abang wat sesuatu yang yang mereka tak pernah tengok juga selama ini.Biar mereka ternganga hahaha....emm..tak sabar Lara nak kejutkan mak dan ayah tu.Cepatlah abang...nanti kalau dah malam sangat kedai tu tutup".
"Abang penat sangat lah sayang,masak je apa-apa tak kisah.Mak dan ayah tu makan je.Abang rasa tak sedap badan.Mata macam nak tertutup je dari siang tadi.Esok je lah abang pergi ye."
"Ishh..abang ni.Bukan selalu.Setahun sekali pun belum tentu mak dan ayah nak datang.Lara pun ni je dapat jumpa mereka.Nak tunggu balik kampung abang tu sibuk manjang.Ala..bolehlah abang...boleh lah...abang tak payah naik kete,pegi ngan motor je lagi cepat."
"Kan hujan ni sayang.Abang kan dah cakap abang tak sedap badan.Maafkan abang ye.Tak larat sangat ni."

"Tu la abang,suruh sikit dah tak larat,takpa lah biar Lara je pegi,Tepi sikit,nak lalu ni.."
"Ok,ok.Baiklah biar abang pegi.Hujan lebat tu nanti demam susah lak.Sape pula nak masak dan buat persiapan nanti"
"Persiapan apa pulak,bukannya Lara nak wat kenduri kawin,nak masak sikit je untuk orang tua."
"Persiapanlah juga tu.Dah lah,tolong ambik helmet tu.Bak sini senarai barang.Jaga diri elok-elok.Tu esok anak-anak nak sekolah abang dah letak siap-siap duit belanja bawah rak buku tu.Maaflah kalau abang ada buat Lara tersinggung ke,sakit hati kat abang ke.Manalah tau kan,mungkin ini maaf abang yang terakhir buat sayang.Ok abang pergi dulu ya.."
"Emm....yela..abang ni macam hariraya pulak dia.Cepatlah abang dah pukul 12.00 tengah malam ni nanti Kak Selamah tutup lak kedai tu".
              
                 Jarum jam tepat di pukul 1.00 pagi tetapi kelibat suaminya belum muncul.Hujan pun sudah berhenti dari memuntahkan deruan air.Namun penantian Lara belum terurai.Tiba-tiba kelihatan suluhan lampu motosikal meluru laju ke rumahnya.Lara meninjau dan tercegap penuh bersiap sedia di depan pintu.Penunggang motor itu turun dengan tergesa-gesa tanpa menongkat motornya dengan sempurna.Cemas lagaknya,Ada sesuatu yang hendak dia sampaikan.

"Assalamualaikum kak, Err...abang.....abang Lazim kemalangan.Kena langgar lori  pasir..."

"Innalillahiwainnailaihi rojiun"

"Laraaaaaa,,,,udah-udah lah berangan tu.Dah berapa kali aku panggil kau buat pekak badak je." sergah  Rogayah yang sudah tidak tahan melihat lamunan Lara tersandar  di tiang gerai menjual kuihnya.

"Ohh..kak Gayah.Maaf,Lara kepenatan tadi.Hampir tertidur,nasib baik kak Gayah sergah macam tu."Jawab Lara sambil bingkas bangun dari sandarannya lalu mendekati Rogayah.
"Ni ha..esok ada orang nak tempah kuih talam berlauk 50 biji,kuih seri ayu 20 biji.Ada majlis doa selamat kat Surau Hidayah tu. Pukul 10 pagi sarapannya.Nanti pukul 8.30 gitu kak Gayah datang ambik rumah Lara,ye." Pesan Rogayah sambil menghidupkan injin motornya dan berlalu.
Lara hanya memberi kata setuju dengan seulas senyuman dan kerlipan matanya sahaja.Tidak larat dia hendak mengangguk beriya-iya.Semua penduduk di situ faham dengan perubahan dirinya.Kalau  dulu sebelum kematian ibubapa dan suaminya,Lara seorang wanita yang riuh rendah mulutnya.Ramah tamahnya memikat semua penduduk di Taman Bersatu tidak kira kanak-kanak maupun orang tua.Semua ditegur dan diusiknya.Kini hanyalah tinggal cebisan riang yang masih tersisa di birai hidupnya.Saban hari dia sentiasa smengharap agar ada sirna menerjah kelorong-lorong pintu sepinya.


                       "Sedap sungguh kuih seri ayu dan  talam berlauk ni.Lembut,gebu.Jarang aku jumpa yang macam ni.Kau tempah kat sape Gayah?." tanya Azizah sambil menyuap sebiji penuh kuih seri ayu ke dalam mulutnya.Pertanyaannya antara kedengaran dan tidak kerana suara tersekat oleh kuih yang dikunyah.
 "Kat si Lara tu.Anak arwah Kak Bibah dan abang Johari.Memang sedap-sedap semua kuihnya.Murah pun murah".
"Ohooo...yang suami dia meninggal kena langgar lori pasir tu ke?" Tanya Zainab pula.
"Ha ah...sian kan arwah suaminya.Baik,penyayang.Ikut je apa bini suruh.Hemmm..kalau laki aku le macam tu,kan aman dunia ni." Sampuk Juhara pula.
"Tapi kan,tak patut betul si Lara tu wat laki dia macam tu.Pentingkan diri sendiri.Dah malam buta suruh lagi suami tu pegi beli barang.Macam le dah tak ada hari esok.Mentang-mentanglah suami tu baik.Kan,dan jadi mayat baru menyesal." Miah memulakan cerita hangat.
"Ishhh,korang ni takda keje lain ke selain mengumpat.Lara ada kat belakang tu,korang tak nampak ke.Kecik hati dia kalau dia dengar.Ajal maut keje Tuhan.Kalau tak kerana dia suruh lakinya pegi kedai pun,kalau Tuhan nak cabut nyawa,tercabut juga macamana pun.Dah ajal dia tertulis macam tu.Kalau Tuhan tak mau ambik nyawa laki dia,walaupun kuar pukul 3,4 pagi pun tak mati-mati juga.Ishh,,cuba lah jaga sikit mulut tu.Kan baru je baca yassin tadi.Sia-sia je pahala"Bebel Rogayah yang dari tadi menjadi pendengar setia kepada bualan sahabat-sahabatnya, Semua yang lain terus senyap seolah mendengar arahan dari seorang ketua kelas.Hanya kedengaran kunyahan mulut menelan satu persatu kuih yang dibuat oleh Lara.
                      Kisah keenakan kuih muih Lara sampai ke telinga Ustaz Hafiz guru agama sekolah rendah di Taman Bersatu.Kebetulan isterinya memang gemar memakan kuih talam berlauk dan seri ayu.Ustaz Hafiz cuba mendapatkan Lara untuk membuat tempahan kerana setiap hari Lara hanya membuat sejumlah kecil sahaja lebih kurang 10 biji sehari.Kalau terlambat ke gerai usangnya,maka tinggal bekas sahaja.Lara bukan lah hendak meniaga kuih sangat,tetapi dia cuma untuk memenuhi masa yang terluang dan tidak mahu fikirannya terganggu dengan kenangan silam.Lara ada kerja lain lagi iaitu mengandam pengantin.Jikalau tidak ada tempahan mengandam,baru lah dia menjual kuih.Itulah sahaja yang dapat Lara lakukan memandangkan dia tidak bersekolah tinggi dan tidak memiliki wajah yang cantik seperti adik beradiknya yang lain.Adik beradik Lara semua makan gaji.Yang perempuan putih melepak serta pandai.Sedangkan dia,sudahlah berkulit gelap,lembab pula.Maka itulah dia sering tersisih dalam keluarganya apabila berkumpul.Nasib baik arwah ibu dan ayahnya tidak pernah membezakan dia dengan adik beradik yang lain.Itulah yang menjadi kekuatannya.Tapi sekarang pakar motivasinya telah pergi buat selamanya.Hanya tinggal kata bicara  penuh hikmah yang masih terkesan hingga sekarang.Itulah azimat Lara untuk dibawa sebagai bekalan setiap perjalanan hidupnya. "Jangan cuba menidakkan kurniaan dan ciptaan Allah.Allah Maha bijaksana menjadikan sesuatu tanpa pertolongan.Kalau kita menidakkan dan kata muka kita tak cantik,hudoh,buruk,muka tak laku..itu umpama kita menuduh Allah tak pandai menjadikan setiap kejadian dengan sempurna.Jangan kita mengatakan diri itu bodoh,bangang,diri tak guna,.Tak boleh.Itu bermakna kita telah menyumpah dan menzalimi diri sendiri.Kita sendiri yang doa agar diri jadi macam tu.Allah jadikan jasad dan akal dengan sebaik-baik kejadian.Kenapa harus kita menolak dan tak mau terima.Setiap kejadian Allah ada kelebihannya." Masih segar segala tiupan semangat dari arwah ibunya tatkala dia merasa terhina dan berjauh hati dengan adik beradiknya yang lain.

                 "Isteri saya kata sedap kuih cik Lara buat.Cik Lara tak jual secara komersial ke? Maksud saya jual dalam online ke,letak kat restoran ke.." Ustaz Hafiz bagi cadangan.

"Saya takda masa nak buat banyak-banyak ustaz,sebab tangan saya dua je.Lagi pun itu parttime je sementara tak ada tempahan mengandam"
"Ooo...cik Lara tinggal kat mana dan suami keje kat mana?" Ustaz Hafiz cuba memancing.
           "Kat Taman Bersatu,belakang sekolah ni je.Suami dah tak ada,dulu dia keje kat JKR." Jawab Lara ringkas,mukanya kemerahan menahan malu berdepan dengan seorang lelaki yang dia sendiri sering mencuri pandang .
"Ohh,maafkan saya. Innalillahiwainnailaihi rojiun. Sekarang tinggal ngan sape?"
"Abang dan kakak ipar"
"Cik Lara dah lama ke hidup sendiri?"
"Lebih kurang lima tahun"
"Tak ingin mencari pengganti ke,haha.maafkan saya banyak pula bertanya".
"emmm.entahlah,siapalah yang hendak menjadikan saya ni isteri.Dahlah berumur,tak cantik,pelajaran pun tak ada.Kolot pulak tu"
"Jangan cakap macam tu.Saya tak nampak sikit pun kekurangan yang ada pada cik Lara.Semuanya sempurna."
"Ahh..segan saya ustaz ni..emm..ok lah ustaz,kakak ipar dah datang tu.numpang dia balik kete saya kat workshop."
"Ok,silakan.".Ustaz Hafiz menghantar Lara dengan pandangan mata sehingga ibu tunggal kematian suami itu hilang dari pandangan.
            Semenjak perkenalan singkat Lara dengan ustaz Hafiz,rupanya berlarutan dan semakin intim.Lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai sepasang cahayamata itu seringkali menghubungi Lara samada dalam telefon  atau mengunjungi gerai tempat Lara meniaga.Hatinya mula berbunga kasih.Kekagumannya terhadap wanita berkulit hitam manis itu benar-benar memikat sukmanya.Lara seorang wanita yang teguh dan cekal dalam menghadapi kemelut badai hidup.Ada seribu wawasan dalam rona matanya.Setiap kata bicara yang terluah merupakan motivasi diri.Lara amat berhati-hati dalam setiap langkah.Dia takut andai tersalah mengatur langkah, nanti kakinya akan tersandung akar dan duri berbisa.Lalu dia akan tersungkur rebah.
                 "Jangan mudah percaya akan kebaikan orang.Kebaikan luaran itu kebanyakannya palsu.Lakunan.Selagi kita tidak hidup bersama dengannya,selagi itu jangan letak terus dalam hati.Tinggalkan sedikit keraguan.Dalam keraguan yang sedikit itulah nanti akan terkeluar wataknya yang sebenar." Lara amat kagum sekali dengan pemikiran arwah ibunya.
"Kenapalah aku tidak menjadi sebijak mak aku?".Bisik hati kecil Lara.
      "Ehemm..lama mengelamun.Teringat buah hati ke.Ke...takut keluar dengan saya ni." Ustaz Hafiz membuat teka teki sambil menjeling ke arah wanita yang sunggul di sebelahnya.
"Eh...tak..takda lah.Takda sape nak marah.Kalau Lara,memang ya risau takut ada orang dapat kesan ustaz keluar dengan Lara."
"Siapa?"
"Isteri ustaz lah".
"Haha..tak.Dia tak marah.Dia pun pernah mengizinkan kalau saya ingin berkahwin lagi satu."
"Owhh...eloklah tu.Bagusnya isteri ustaz.Mesti dia seorang yang sabar dan teguh imannya.Bertuah ustaz dapat memperisterikannya."
"Iya.Syukur sangat sebab dia memahami kehendak suaminya haha.."
"Emm..kalau macam tu cepat-cepatlah ustaz cari".
"Watpe  susah-susah nak cari,kan dah ada depan mata ni".
Dusshh...tiba-tiba jantung Lara berdenyut kencang.Apakah dia tersilap dengar dengan luahan lelaki yang sudah lama menapak di hatinya ini.Tidak berani Lara menyahut dan berbalas usikan.Dia teringat akan kata-kata arwah ibunya dulu.Masih panas dan hangat di ingatan.Biarlah dia pendam dan bercambah di akar hatinya.Air dan mee goreng yang terhidang di atas meja itu hanya beberapa teguk dan sesudu sahaja dia menyuap ke mulut.Tersekat semuanya untuk menelan. Hatinya gembira bercampur risau.
                  Rogayah menongkat motor honda buruknya di beranda rumah Lara.Tidak sabar dia hendak mendengar cerita apa yang hendak disampaikan oleh teman lamanya itu  sebaik sahaja mendapat panggilan telefon dari Lara seawal pagi.Setahunya Lara sering menghubunginya berkaitan dengan tempahan kuih,tapi kali ini lain benar nada Lara bercakap.
"Oohh...tu..ke.Aku ingat apa lah tadi.Ha,baguslah kalau dia nak poligami.Janji dia boleh berlaku adil dan jangan berat sebelah.Lagi pun dia tengah gagah,tenaga muda lah katakan haha...".Usik Rogayah setelah habis mendengar cerita Lara.Mengekek-ngekek ketawanya menampakkan sebaris gigi palsu yang berpelekat polident itu.Nasib baiklah ada polident,kalau tidak maunya terpelanting ke jalan giginya.
              "Entahlah kak Gayah, Lara ni takada apa yang orang hendak pandang. Kalau lelaki tu nak buah dada yang besar,punggung yang tonggek,anu yang sempit ketat,kulit putih melepak,otak bergeliga,duit penuh bank,..itu bukan Lara.Lara tak ada tu semua.Hanya sekeping hati dan perasaan je modal untuk semangat.Sedikit kemahiran buat kuih dan mengandam.Tu je".Akui Lara seolah merajuk meradang.
"Hahahahaa...ishh..celupar dan cabul lah pulak mulut kau ni Lara.Nape kau kata macam tu,dia ada bagitau nak macam tu ke?"Gelihati benar Rogayah mendengar kata-kata yang tersembur dari mulut nipis Lara.
"Tak da lah dia cakap macam tu.Tapi,ada sekali sekala Lara terperasan dia seolah berkias nak yang macam tu."
"Ishh..kot dia saja nak ngusik kau tak.Nak tengok reaksi kau macamana"teka Rogayah.
"Tak payah lah nak meneka-neka.Buang masa je.Nak, cakap nak,taknak cakap taknak abis cite".Lara masih dengan radangnya.     Rogayah melopong memandang dengan fikiran yang berjerubu.        
         Suasana di sekolah rendah kebangsaanTaman bersatu penuh sesak.Sudah menjadi satu kemestian sekolah itu mengadakan hari sukaneka tahunan.Semua ibubapa dari awal pagi sudah berkumpul di bawah khemah yang di sediakan.Padang sekolah dihias dengan cantik dan penuh kreatif.Bendera kecil  serta belon beraneka warna menghiasi keliling padang.Beberapa khemah mengikut rumah pasukan juga dihias cantik.Beberapa minit lagi acara akan bermula.
Lara mencari-cari seseorang di celahan lautan pelajar dan ibubapa serta laungan semangat pengulas sukan.Tiba-tiba matanya tertumpu ke khemah berwarna biru.Satu pasangan sedang bersembang rancak dan begitu mesra sekali.Dia cuba menghampiri sambil ditangannya membawa sebakul kuih seri ayu dan talam berlauk yang di tempah oleh Cikgu Hasanah.
           "Ohh...kak Lara ye..maaf tak perasan asyik sembang dengan ustaz Hafiz ni.Boleh tak akak letak atas meja vip sana tu.Cikgu Hasanah tadi ada,sekarang mana pegi ntah.Saya ada hal dengan ustaz ni jap." Bagitau ustazah Norzihan gadis manis dari Serawak itu.Lara hanya mendiam,matanya sempat mengerling ke arah lelaki yang pernah mencuri hatinya yang berada hampir dengan ustazah Norzihan.Hatinya lebur,ada belati yang sedang menghiris dalam senyap.
            "Err..Cik Lara,perkenalkan ini ustazah Norzihan.Baru bertugas di sekolah ni."ustaz Hafiz cuba perkenalkan rakan barunya kepada Lara yang masih terdiam tanpa sepatah kata.Dia hanya mengangguk dan sekali sekala tersenyum sebagai reaksi dari percakapan mereka terhadapnya.Ustazah Norzihan kemudian bersalam dengan Lara sambil tersenyum malu dan berlalu dari situ.
"Masa dia mula bertukar ke sini,sayalah orang pertama menyapa dia.Susah betul  mendekatinya.Pemalu yang amat. Kelulusan dari Al Azhar tu.Jenuh nak pikat, culas benar hahaha...".Ustaz Hafiz seolah-olah bercakap sendirian tanpa tindakbalas dari Lara.
"Hari tu saya usik dia nak bawa ketemu dengan isteri,tapi dia tak mahu.Agaknya belum bersedia kot?Emm..entahlah,dapat yang berkenan di hati,susah pulak nak pikat.Isteri saya pesan kalau nak cari madu untuknya biarlah yang berkelulusan agama dan belum berkahwin.Tapi ..tu lah.Nak ngorat pun susah hahaa..".
              "Ustaz,saya mintak diri dulu ye.Nak balik wat kuih ada pelanggan tempah untuk petang nanti.Maaf ye,assalamualaikum".Lara terus membelah riuh rendah temasya di sekolah itu dan cepat-cepat masuk dalam kereta lalu memecut laju seolah-olah dia mahu cepat keluar dan menjauhi dari suasana yang menyakitkan hatinya sebentar tadi.Tanpa dia sedari airmata terus menghujani pipinya. Semakin diseka,semakin deras mengalir bagai deruan hujan di musim tengkujuh.Dia  cuba merakam kembali detik awal perkenalannya dengan lelaki yang berjaya meluntur sepinya itu."Tujuan apa dia menyebut semua itu di depanku?Untuk menyakiti hati aku kan?Untuk menyedarkan aku bahawa aku ni tak layak jadi isterinya,sebab aku bodoh,hudoh,takda pelajaran.Aku bukan ustazah.Aku hanya pembuat kuih.Aku bukan anak dara.Aku janda.Apatah lagi untuk melahirkan zuriatnya.Yang datang dari benih wanita yang jahil macam aku."Lara  bermonolog sendirian.Matanya merah saga.Pipinya basah.
                Setelah hampir setahun berlalu,Lara dijodohkan dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya.Masih bujang.Mereka diijabkabul kan dengan suasana yang penuh kesederhanaan.Kebetulan suami Lara lulusan kulinary dari sebuah kolej di KL.Mereka berdua bergabung kemahiran membuka restoran di tengah kota dengan tema masakan barat.Lara pula telah menaik taraf pembuatan kuih muihnya secara moden iaitu dengan penggunan tenaga mesin sepenuhnya.Sehari dia dapat menghasilkan beratus-ratus kuih muih dengan berbagai jenis dalam bentuk sejuk beku.Segala hasil produknya akan dipasarkan di pasaraya serta kedai-kedai runcit.Lara bangga di atas berkat kesabaran dan ketabahannya mengharungi liku hidup dibalasi dengan impak yang sangat berbaloi.
            "Terimakasih ibu,aku kuat kerana pesanan dan motivasimu.Terimakasih suamiku yang sudi menerima aku seadanya.Kau nikahi aku dengan kekurangan diriku sekali.Hadirmu menghapus laraku" Lara memerhati setiap deretan kereta yang menjalar di restorannya dengan perasaan penuh syukur.

                           TAMAT
     
            



                    

Monday, 14 December 2015



MAHLIGAI YANG AKU TINGGALKAN

                     Tidak pernah aku sesali setiap apa yang ditakdir ke atasku.Malah aku merasakan itu satu kenikmatan dari Allah.Betapa Dia menyayangiku.Macam-macam Allah uji aku.Cuma kematian sahaja yang belum teruji.Hari demi hari aku tidak pernah terlepas dari godaan dan pancaroba.Siapalah aku yang layak menghalang dari diuji?Aku sedar bahawa aku hanya menumpang teduh di bawah payung lelangit Allah.Aku sedar bahawa aku menumpang lena di atas bumi Allah.Aku fakir.Allah sudah ambil orang-orang yang aku sayang..Allah ambil ibu dan ayahku.Allah pisahkan aku dengan anak-anak kesayanganku.Allah keluarkan aku dari kemewahan dan pasangan halalku.Allah jarakkan perhubungan aku dengan adik beradikku.Masyaallah.Hasbunallahu wanikmal wakil. Aku pasrah.Aku redha.Allah bukan hendak menjahanamkan kehidupanku.Dia bukan hendak seolah-olah "padan muka kau".Tidak Allah tidak sesekali macam tu.Dia tahu aku kuat.Aku tetap berpegang dengan firman Allah yang berbunyi "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja  dan mengatakan bahawa kami beriman,dan mereka tidak akan diuji?Dan sesungguhnya kami telah pernah menguji orang-orang yang sebelum mereka,dan sesungguhnya Allah itu mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta" (Al Ankabut:2:3)
                   Allah tarik nikmat yang Dia beri pada aku,bukanlah Dia membenci aku dan marah padaku.Tapi Allah hendak mendidik hati aku supaya aku lebih berhati-hati dan melihat kesusahan orang lain dengan perasaan yang belas.Semua masalah Dia beri aku merasainya,Tujuannya adalah untuk aku menghayati tentang kehidupan serta untuk aku membuat analisa tentang permasalahan,dan akan aku serah kembali keputusan itu kepada sesiapa yang akan melalui masalah yang sama atau yang sewaktu dengannya.Dengan kata lain Allah singgahkan sementara masalah itu kepada diriku agar aku benar-benar memahami dan akhirnya aku berjaya dapat menyelesaikan apa yang kusut di dalam setiap ujian samada diriku sendiri dan manusia sekeliling.Alhamdulillah aku berjaya dan dapat melepasi setiap ujianNya dengan tabah.Kerana aku yakin dan percaya dengan Firman Allah yang  berbunyi: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya" (Al Baqarah.286)
                Bagi aku,Allah sentiasa monitor kehidupanku.Sebab itu apa yang aku tidak suka dan tidak selesa Allah pasti keluarkan aku dari situasi demikian.Aku bersyukur walau Allah ambil semua yang aku miliki,tapi Dia masih tinggalkan keimanan yang tinggi dalam hati aku.Kesabaran dan ketabahan yang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan kalau tidak dengan pertolongan dariNya.Aku benar-benar sedar bahawa setiap yang wujud ini adalah pinjaman semata.Bukan milik aku yang abadi.
               



                                        CINCIN DARI KULITMU

               Aku tak pernah tengok orang bersunat atau berkhatan.Aku pernah dengar macam tok mudim pegi potong budak lelaki punya anu.Tapi tak pernah lak aku pegi skodeng.Apatah lagi nak tanya mereka sakit ke tak seronok ke tak.Cuma si Asri tu je tetibe je datang kat aku cakap,"Best kena khatan,lepas ni bapa aku kata,aku dah boleh kawin.Kau bersiap sedialah nanti aku masuk pegi pinang sebaik saja aku sembuh.".Pesan Sudin kat aku sambil mulutnya terjuih-juih bangga."Huh,berangan lebih.UPSR pun belum tentu lulus ke tak lulus ada hati nak pinang aku ."Menyampah benar aku dengan Sudin tu.Baru semalam sunat dah gatal.Sama je dengan bapa dia".
               Boring juga aku asyik duduk je kat rumah.Nak keje takda sapa nak ambik aku jadi pekerja.Umur 12 tahun macam aku ni apalah sangat yang boleh aku lakukan.Takpa lah aku lepak dan tidur makan aje.Ingat nak pergilah rumah Maksu aku tu.Sepupu aku Lutfi tu pun dengar cerita berkhatan juga.Dah sembuh agaknya sebab dia berkhatan awal.Boleh lah aku gi nyakat.Yesss...
                 "Maksu dok sorang ke,mana si Tepi tu."tanya aku sebaik saja melabuhkan pungung di sofa lusuh Maksu.Mataku menjeling dan memandang sekeliling mencari seseorang di dalam rumah teres setingkat itu. "Ha ah..main bola lah tu tadi kawan-kawan dia datang rumah mari ambik. Khatan dah sembuh,mulalah nak melompat.Dah lama terperap hahaha.."jawab Maksu menceritakan perihal anak ketiganya itu.Macam biasa,rumah Maksu aku buat macam rumah aku juga.Ke dapur semestinya."huhu..banyaknya biskut dalam balang ni.Rezeki aku lah ni.Terimakasih le maksu tolong simpan biskut-biskut ni kat aku.Si Tepi tu bukan reti nak makan semua ni.Ubi kayu rebus boleh lah bagi dia.".Satu demi satu aku balang aku seluk.Segenggam biskut terus masuk mulut tanpa kunyah.Telan macam buaya telan mangsa." Rugi kalau tak datang rumah maksu ni.Kalau aku tak perabis sape lagi.",mulut aku sampai bersembur-sembur makan sambil bercakap seorang diri.Maksu aku biar je aku buat lawatan tapak kat dapurnya.
                     Aku terpandang di satu sudut.Mataku tertumpu pada sesuatu yang unik.Aku tak pernah tengok benda tu dan apa tujuan maksu aku gi sepit kat celah dinding tu.Benda tu macam sotong yang kena potong dan dibakar.Disepit pula dengan buluh yang dibelah dua macam nak bakar ikan tu.Lepas tu diselit celah dinding."Aikk...nak memuja ke maksu aku ni.Baik aku ambik.Macam barang baik je..".Aku membelek -belek lalu terus tanggal dari penyepit buluh itu dan cuba sarung kejari sebab bentuknya bulat dan ada lubang seperti cincin belah rotan. "Cincin ke apa ni.Fuhh..cantik gak dok kat jari manis aku ni".Aku menayang-nayang dan melentikkan jejari macam penari makyong ..
"Iffah,kau buat apa kat dapur  lelama,tu..mak kau dari tadi dok cari.Rasa dia nak keluar tu tengok dah gostan kereta." laung maksu dari ruang tamu.Aku bergegas keluar dan tergesa-gesa pakai selipar,salam dan cium tangan maksu lalu terus berlari balik rumah."Ehhh..hati-hati karang tersembam atas pasir tu,habis ronggak gigi" jerit maksu sambil menggeleng-geleng kepala.

                        "Cantik tak cincin aku?" tanya aku pada Sudin masa mereka sedang melihat kawan-kawan yang lain bermain di padang bola."Tak",Jawab Sudin sepatah sambil mencebik bibirnya yang nipis."Alah,cakap ngaku je bahawa kau nak kata cantik tadi kan.Jelos lah tu,weeekkk.."Jelir aku menyampah tengok si Sudin yang tak reti nak memuji aku."Aku punya pasallah nak kata cantik ke tak cantik.Mulut aku kan.Apa hak kau?" berang Sudin.Masam mencuka mukanya menahan geram."Tau le mulut kau.Tapi takleh ke kau kata jujur kat aku?" Balas aku balik."Malas lah aku nak layan kau ni.Gedik".terus Sudin bangun meninggalkan aku dengan perasaan mual bercampur loya."Ek,eleh,tu pun nak sentap.Hah,sentaplah,ada aku kisah?"balas aku semula.Tetiba Lutfi datang tergesa-gesa mendekati aku dengan muka yang mencurigakan."Nape?" tanya aku apabila melihat Lutfi seolah orang bangun tidur.Mamai dan panik."Mak aku suruh tanya kau,kau ada ambik sesuatu tak kat dapur rumah aku masa kau datang semalam?"Tanyanya."Ambik apa?Biskut ada lah.Biasa lah kalau aku pegi rumah kau.Mak kau tak kisah pun.Dia yang suruh aku makan." Jawabku."Mak aku bukan tanya biskut tu,tapi barang yang dia selit kat dinding tu.Dah hilang lepas kau balik.Sebelum ni ada je.Kau ada ambik ke?"Tanya Lutfi cemas.Dari riak mukanya menampakkan seolah dia kehilangan barang berharga."Err....nape?.Apa benda yang mak kau selit kat dinding tu?" tanya aku balik."Maknanya,betullah kau ada ambik, kan?Bak sini cepat". pinta Lutfi. Aku  tergamam dan teragak-agak menghulur jari ke arah Lutfi."Ya Allahhhh...kau buat cincin rupanya? Malunya akuuu...."Lutfi memekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.Malunya hanya dia yang rasa.Aku ternganga dan terlopong melihat sepupu aku yang malu tanpa sebab."Nape ngan kau ni Tepi?Mende yang kau nak malunya?Aku watpe ngan kau?" tanya aku sudah hilang sabar."Nape kau tanya? Tuu..tu..kat jari gedik kau tu..nak tau tak,itu kulit anu aku masa kena khatan aritu,kau tau tak?Lepas khatan kulit tu mak aku selit kat dinding suruh kering.Aku pun tak tau tujuan mak aku.Yang kau pegi curi wat cincin bertunang tu watpe,lain kali tanya orang dulu faham??"Sergah Lutfi dengan muka kemerahan menahan marah dan malu.Aku menelan air liur dan terkaku di situ.Tiba-tiba jari yang tersarung 'cincin' tu terasa gatal dan geli...meremang bulu tengkuk disertakan dengan loya sekali...uweeeekkk...

                                             TAMMAT





Sunday, 13 December 2015




NISANMU MENGGAMIT RINDUKU

( Buat sahabatku Abu Bakar)

Masih terbayang kerlipan dan renungan matamu
beningnya tidak segalak biasa
pudar dan kabur 
dikau memandangku tanpa kata
tiada lagi ungkapan sayang
yang selalu dikau bisikkan di cuping telingaku
bibir nipismu tertutup rapat
tiada lagi kata dan pesanan buatku
sebagaimana dikau sering tinggalkan
di benak hati tika dikau di sisi

Namun kini hanyalah igauan
menemani setiap ruang sepiku
meniti hari-hari mendatang
dengan secangkir harap
agar bersemadilah dikau di sana
ditemani roh para syuhada

Dan janjimu ku pegang erat
agar putri kita terjamin indah
dalam dakapan kasih
seorang ayah sepertiku


Innalillahiwainnailaihi rojiun