Friday, 25 December 2015
KESIAN WANITA
Saban hari bersusah payah menjaga kecantikan diri
Beli produk mahal dan murah tapi berkualiti
Pakai mesti tepat pada waktu
Pakai mesti ikut peraturan
Nanti kalau tersilap calit
Alamat muka jadi udang kena rebus
Atau jerawat tumbuh mencanak macam cendawan lepas hujan
Telan pil membesar itu membesar ini
Melonjong itu melonjong ini
Semua jenis cologen habis dirasa
Bermekup biru hijau merah umpama pelangi
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Duit gaji habis lari
Untuk siapa?
Untuk LELAKI
Kesian wanita
Beli dan reka fesyen pakaian yang terkini
Macam-macam jenama dan corak hiasan
Berambu sana berambu sini
Berpadanan pula dengan jenis tudung
Semua tudung artis hendak dibeli
Asalkan tidak ketinggalan zaman
Berhabis duit senyumlah sendiri
Untuk siapa?
Untuk LELAKI
Kesian wanita
Ada ruang waktu untuk ke aerobik
Zumba,twist,agogo,cha-cha dan tanggo
Bergoyang sehingga lupa diri
Tak kira umur sudah melanjut
Sanggup berseluar ketat berbaju sendat
Menjaga badan pilihan utama
Agar tidak melendut, melabuh dan geleber
Untuk siapa?
Untuk LELAKI
Kesian wanita
Terpaksa tutup semua aurat
Dari yang singkat dilabuhkan
Dari yang pendek dipanjangkan
Dari yang nipis ditebalkan
Kaki disarung agar tumit tidak kelihatan
Memastikan setiap inci anggota badan
Agar tidak menjadi bahan fitnah
Panas dan rimas semua ditanggung
Untuk siapa?
Untuk LELAKI
Oleh itu wahai yang bernama LELAKI hargailah wanita kerana kalian lah mereka harus mendamba apa sahaja.Demi sebuah kasihsayang dan perhatian,kadang kehormatan dan akal jadi taruhan.Dalam mengejar cinta dan sayang,ada yang terlupa kebodohan dan kepandiran terselit di celah perbuatan.Kesian mereka.Bagi yang bersikap "Ah,lantaklah kau nak sayang ke benci,kau nak terima ke tak,aku tetap macam ni".Mereka itu di zon selamat.Untung.Tapi,harus waspada.Umpan jinak di mata pancing!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment