Monday, 14 December 2015
CINCIN DARI KULITMU
Aku tak pernah tengok orang bersunat atau berkhatan.Aku pernah dengar macam tok mudim pegi potong budak lelaki punya anu.Tapi tak pernah lak aku pegi skodeng.Apatah lagi nak tanya mereka sakit ke tak seronok ke tak.Cuma si Asri tu je tetibe je datang kat aku cakap,"Best kena khatan,lepas ni bapa aku kata,aku dah boleh kawin.Kau bersiap sedialah nanti aku masuk pegi pinang sebaik saja aku sembuh.".Pesan Sudin kat aku sambil mulutnya terjuih-juih bangga."Huh,berangan lebih.UPSR pun belum tentu lulus ke tak lulus ada hati nak pinang aku ."Menyampah benar aku dengan Sudin tu.Baru semalam sunat dah gatal.Sama je dengan bapa dia".
Boring juga aku asyik duduk je kat rumah.Nak keje takda sapa nak ambik aku jadi pekerja.Umur 12 tahun macam aku ni apalah sangat yang boleh aku lakukan.Takpa lah aku lepak dan tidur makan aje.Ingat nak pergilah rumah Maksu aku tu.Sepupu aku Lutfi tu pun dengar cerita berkhatan juga.Dah sembuh agaknya sebab dia berkhatan awal.Boleh lah aku gi nyakat.Yesss...
"Maksu dok sorang ke,mana si Tepi tu."tanya aku sebaik saja melabuhkan pungung di sofa lusuh Maksu.Mataku menjeling dan memandang sekeliling mencari seseorang di dalam rumah teres setingkat itu. "Ha ah..main bola lah tu tadi kawan-kawan dia datang rumah mari ambik. Khatan dah sembuh,mulalah nak melompat.Dah lama terperap hahaha.."jawab Maksu menceritakan perihal anak ketiganya itu.Macam biasa,rumah Maksu aku buat macam rumah aku juga.Ke dapur semestinya."huhu..banyaknya biskut dalam balang ni.Rezeki aku lah ni.Terimakasih le maksu tolong simpan biskut-biskut ni kat aku.Si Tepi tu bukan reti nak makan semua ni.Ubi kayu rebus boleh lah bagi dia.".Satu demi satu aku balang aku seluk.Segenggam biskut terus masuk mulut tanpa kunyah.Telan macam buaya telan mangsa." Rugi kalau tak datang rumah maksu ni.Kalau aku tak perabis sape lagi.",mulut aku sampai bersembur-sembur makan sambil bercakap seorang diri.Maksu aku biar je aku buat lawatan tapak kat dapurnya.
Aku terpandang di satu sudut.Mataku tertumpu pada sesuatu yang unik.Aku tak pernah tengok benda tu dan apa tujuan maksu aku gi sepit kat celah dinding tu.Benda tu macam sotong yang kena potong dan dibakar.Disepit pula dengan buluh yang dibelah dua macam nak bakar ikan tu.Lepas tu diselit celah dinding."Aikk...nak memuja ke maksu aku ni.Baik aku ambik.Macam barang baik je..".Aku membelek -belek lalu terus tanggal dari penyepit buluh itu dan cuba sarung kejari sebab bentuknya bulat dan ada lubang seperti cincin belah rotan. "Cincin ke apa ni.Fuhh..cantik gak dok kat jari manis aku ni".Aku menayang-nayang dan melentikkan jejari macam penari makyong ..
"Iffah,kau buat apa kat dapur lelama,tu..mak kau dari tadi dok cari.Rasa dia nak keluar tu tengok dah gostan kereta." laung maksu dari ruang tamu.Aku bergegas keluar dan tergesa-gesa pakai selipar,salam dan cium tangan maksu lalu terus berlari balik rumah."Ehhh..hati-hati karang tersembam atas pasir tu,habis ronggak gigi" jerit maksu sambil menggeleng-geleng kepala.
"Cantik tak cincin aku?" tanya aku pada Sudin masa mereka sedang melihat kawan-kawan yang lain bermain di padang bola."Tak",Jawab Sudin sepatah sambil mencebik bibirnya yang nipis."Alah,cakap ngaku je bahawa kau nak kata cantik tadi kan.Jelos lah tu,weeekkk.."Jelir aku menyampah tengok si Sudin yang tak reti nak memuji aku."Aku punya pasallah nak kata cantik ke tak cantik.Mulut aku kan.Apa hak kau?" berang Sudin.Masam mencuka mukanya menahan geram."Tau le mulut kau.Tapi takleh ke kau kata jujur kat aku?" Balas aku balik."Malas lah aku nak layan kau ni.Gedik".terus Sudin bangun meninggalkan aku dengan perasaan mual bercampur loya."Ek,eleh,tu pun nak sentap.Hah,sentaplah,ada aku kisah?"balas aku semula.Tetiba Lutfi datang tergesa-gesa mendekati aku dengan muka yang mencurigakan."Nape?" tanya aku apabila melihat Lutfi seolah orang bangun tidur.Mamai dan panik."Mak aku suruh tanya kau,kau ada ambik sesuatu tak kat dapur rumah aku masa kau datang semalam?"Tanyanya."Ambik apa?Biskut ada lah.Biasa lah kalau aku pegi rumah kau.Mak kau tak kisah pun.Dia yang suruh aku makan." Jawabku."Mak aku bukan tanya biskut tu,tapi barang yang dia selit kat dinding tu.Dah hilang lepas kau balik.Sebelum ni ada je.Kau ada ambik ke?"Tanya Lutfi cemas.Dari riak mukanya menampakkan seolah dia kehilangan barang berharga."Err....nape?.Apa benda yang mak kau selit kat dinding tu?" tanya aku balik."Maknanya,betullah kau ada ambik, kan?Bak sini cepat". pinta Lutfi. Aku tergamam dan teragak-agak menghulur jari ke arah Lutfi."Ya Allahhhh...kau buat cincin rupanya? Malunya akuuu...."Lutfi memekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.Malunya hanya dia yang rasa.Aku ternganga dan terlopong melihat sepupu aku yang malu tanpa sebab."Nape ngan kau ni Tepi?Mende yang kau nak malunya?Aku watpe ngan kau?" tanya aku sudah hilang sabar."Nape kau tanya? Tuu..tu..kat jari gedik kau tu..nak tau tak,itu kulit anu aku masa kena khatan aritu,kau tau tak?Lepas khatan kulit tu mak aku selit kat dinding suruh kering.Aku pun tak tau tujuan mak aku.Yang kau pegi curi wat cincin bertunang tu watpe,lain kali tanya orang dulu faham??"Sergah Lutfi dengan muka kemerahan menahan marah dan malu.Aku menelan air liur dan terkaku di situ.Tiba-tiba jari yang tersarung 'cincin' tu terasa gatal dan geli...meremang bulu tengkuk disertakan dengan loya sekali...uweeeekkk...
TAMMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment