CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 14 December 2015



MAHLIGAI YANG AKU TINGGALKAN

                     Tidak pernah aku sesali setiap apa yang ditakdir ke atasku.Malah aku merasakan itu satu kenikmatan dari Allah.Betapa Dia menyayangiku.Macam-macam Allah uji aku.Cuma kematian sahaja yang belum teruji.Hari demi hari aku tidak pernah terlepas dari godaan dan pancaroba.Siapalah aku yang layak menghalang dari diuji?Aku sedar bahawa aku hanya menumpang teduh di bawah payung lelangit Allah.Aku sedar bahawa aku menumpang lena di atas bumi Allah.Aku fakir.Allah sudah ambil orang-orang yang aku sayang..Allah ambil ibu dan ayahku.Allah pisahkan aku dengan anak-anak kesayanganku.Allah keluarkan aku dari kemewahan dan pasangan halalku.Allah jarakkan perhubungan aku dengan adik beradikku.Masyaallah.Hasbunallahu wanikmal wakil. Aku pasrah.Aku redha.Allah bukan hendak menjahanamkan kehidupanku.Dia bukan hendak seolah-olah "padan muka kau".Tidak Allah tidak sesekali macam tu.Dia tahu aku kuat.Aku tetap berpegang dengan firman Allah yang berbunyi "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja  dan mengatakan bahawa kami beriman,dan mereka tidak akan diuji?Dan sesungguhnya kami telah pernah menguji orang-orang yang sebelum mereka,dan sesungguhnya Allah itu mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta" (Al Ankabut:2:3)
                   Allah tarik nikmat yang Dia beri pada aku,bukanlah Dia membenci aku dan marah padaku.Tapi Allah hendak mendidik hati aku supaya aku lebih berhati-hati dan melihat kesusahan orang lain dengan perasaan yang belas.Semua masalah Dia beri aku merasainya,Tujuannya adalah untuk aku menghayati tentang kehidupan serta untuk aku membuat analisa tentang permasalahan,dan akan aku serah kembali keputusan itu kepada sesiapa yang akan melalui masalah yang sama atau yang sewaktu dengannya.Dengan kata lain Allah singgahkan sementara masalah itu kepada diriku agar aku benar-benar memahami dan akhirnya aku berjaya dapat menyelesaikan apa yang kusut di dalam setiap ujian samada diriku sendiri dan manusia sekeliling.Alhamdulillah aku berjaya dan dapat melepasi setiap ujianNya dengan tabah.Kerana aku yakin dan percaya dengan Firman Allah yang  berbunyi: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya" (Al Baqarah.286)
                Bagi aku,Allah sentiasa monitor kehidupanku.Sebab itu apa yang aku tidak suka dan tidak selesa Allah pasti keluarkan aku dari situasi demikian.Aku bersyukur walau Allah ambil semua yang aku miliki,tapi Dia masih tinggalkan keimanan yang tinggi dalam hati aku.Kesabaran dan ketabahan yang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan kalau tidak dengan pertolongan dariNya.Aku benar-benar sedar bahawa setiap yang wujud ini adalah pinjaman semata.Bukan milik aku yang abadi.
               


No comments:

Post a Comment