Wednesday, 30 May 2012
AKHIRNYA KAU TERBANG JUA....
Wahai sang helang,
sudah sekian lama dikau terjerat
dalam sangkar kosong
tanpa salutan emas
mungkin dikau rimas kerana
teman-temanmu yang lain
terbang bebas di angkasa nan biru
sedangkan dirimu hanyalah berteman
ruang kosong yang sepi
di sebalik jaringan yang memerangkap dingin
Wahai sang helang,
tangan ini tidak mampu lagi membelaimu
serta memerhati dikau terbang tinggi
menggapai awan germawan
bercerita kisah alam seperti dulu
kerna diri ini tidak mampu lagi
berdiri menahan sebak pilu yang perih
melihatmu di kelilingi kenari
menemani penerbanganmu
menjelajah angsana raya
sambil berlari mengejar mega yang berarak
dan rintik hujan mulai menurun
membasahi sayapmu
di bawah sinar pelangi
mataku menjadi bening
mengiringi pemergianmu
terbang sayup
ke benua
yang tidak dapat jejaki
Nukilan Rasa:
Pelangi Senja (Tan)
.
Tuesday, 29 May 2012
YA RABB,SUKARNYA HENDAK MENUTUP AURAT !
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirahmanirrahim
Wahai saudariku,
Marilah kita menutup aurat dengan sempurna .Menutup yang bagaimana? Adakah dengan hanya memakai baju labuh,tapi kain terbelah? Adakah memakai baju kurung tapi tipis umpama kulit bawang? Adakah memakai maxi labuh tapi rambutnya terdedah? Atau memakai dan menutup semua tubuh badan tapi umpama bertelanjang? Kan dah bertudung ni,x nampak ke? Seksi? Apa yang seksi,kan dah tutup sana sini,x nampak pun dada,pinggul dan betis? Jadi,tutup yang bagaimana lagi yang mau? Rambut? Kan dah pakai tudung ni,cuma pakai t-shirt lengan singkat je,oraitlah janji rambut tu kan aurat,kena tutuplah...
Wahai saudariku, sabda Nabi s.a.w yang ertinya: "Orang perempuan itu aurat" (Riwayat Imam Turmudzy dari sh.Ibnu Mas'ud r.a) Oleh kerana itu orang perempuan atau wanita itu aurat maka ianya dilarang dari ditonton auratnya oleh lelaki yang bukan dari muhrimnya. Susah,memang susah pada awalnya hendak menukar dari yang sudah kebiasaan kepada yang belum menjadi kebiasaan. Kekok dan serba tak kena jadinya. Dari yang 'free hair' ,tiba-tiba hendak bertukar kepada berbungkus atas kepala tanpa sehelai rambut pun yang keluar,eawww..rimasnya. Berapa lama boleh bertahan? Sejam? Dua jam? Oh tidak...nanti kusutlah rambut ni,busuk dan hapak pulak tu. Kan baru buat 'tecnic rebonding',mahal tau.Siap inai lagi.Cantik-cantik macam ni,takkan nak tutup?
Saudariku, kan rambut itu adalah aurat maka haram kalau terdedah seperti dalam firmanNya yang bermaksud: "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (An-Nur:31)
Bab fesyen pula,takkan nak pakai baju longgar yang menggelebeh macam makcik-makcik tu. Makcik-makcik itu pun lagi 'rugged' dan 'vouge' walaupun umur setengah abad. Sayanglah dengan fesyen-fesyen yang ada sekarang kalau tidak memakainya nanti ketinggalan zaman. Kasut pun begitu juga,tak pandailah nak pakai yang rendah leper macam hendak pergi ke tandas tu.Tinggi lagi baik,seksi dan bergaya.
Saudariku,
Janganlah malu atau rasa terpinggir andai di kalangan kelompok wanita hanya kamu keseorangan yang bertudung dan menutup aurat seperti yang di kehendaki Allah kerana sebaik sebaik-baik wanita adalah wanita solehah yang terhindar dari kemurkaan Allah. Bersyukur dan berbanggalah dengan penghijrahan dirimu yang yang berjaya melawan kehendak nafsu yang membolehkan dirimu terjerumus ke neraka Allah,nauzubillah.
"Dunia ini manis dan mempersonakan.Allah telah mengangkat kamu menjadi khalifahNya di dunia ini untuk menyaksikan apakah bentuk perbuatan kamu,sebab itu hindarilah pesona dunia dan pesona wanita kerana fitnah yang pertama menimpa Bani Israil ialah pesona (kaum) wanita"
(Maksud hadis riwayat Ahmad)
SELAMAT BERAMAL
Monday, 28 May 2012
TAUHID DAN SUMBER KETENANGAN JIWA
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Tauhid memberikan ketenangan dan kedamaian ke dalam jiwa manusia yang beriman. Jiwa itu tidak akan dimasuki oleh tindakan keterlaluan yang telah merasuki dan menguasai orang-orang musyrik. Dia menutup pintu ketakutan yang telah dibuka oleh manusia itu sendiri. Takut tentang rezki,ketakutan terhadap ajal,ketakutan terhadap diri sendiri,keluarga dan anak,ketakutan dari manusia lain,ketakutan dari jin,ketakutan dari kematian dan ketakutan dari kebangkitan kembali setelah mati.
Orang mukmin yang bertauhid tidak akan merasa takut kepada sesiapa pun,kecuali kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu dia akan tetap aman ketika sebahagaian manusia berada dalam ketakutan. Dia tetap tenang ketika manusia sedang dirundung kekuatiran. Dia tetap tenang ketika manusia berada dalam kegoncangan dan kekalutan.
Dalam kaitan itu Al Quran mengungkapkan sebuah dialog yang terjadi antara Nabi Ibrahim a.s dengan kaumnya yang musyrik. Iaitu,ketika mereka menakut-nakutinya dengan berhala-berhala dan tuhan-tuhan batil,yang kemudian dijawab oleh Nabi Ibrahim dengan ucapan yang mengkagumkan :
"Bagaimanakah aku takut kepada yang kamu mempersekutukan (dengan Allah) padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan kepadamu untuk mempersekutukanNya. Maka manakah antara golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka),jika kamu mengetahui?" (Al-An'am:81
SELAMAT BERAMAL....
Sunday, 27 May 2012
BERPESAN-PESAN DAN TOLONG MENOLONG DENGAN BERHIKMAH SERTA IKHLAS
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM
Dalam kita bermasyarakat yang berbilang kaum hendaklah kita menjaga tatatertib percakapan terutama dalam menasihati dan menyampaikan nasihat dan ilmu Allah. Jika kita seorang yang kurang berpengetahuan,belajarlah dengan orang yang pintar dan cerdik dan jika kita orang yang pandai,maka ajarlah mereka yang kurang berpengetahuan supaya mereka pun sama-sama mendapat manfaat seperti mana ilmu pengetahuan yang kita perolehi. Tunjukkanlah kemaslahatan mengenai dunia dan akhirat kepada mereka.Jangan mereka disakiti dengan tangan atau lidah,tutuplah aib dan cela mereka. Jangan laparkan mereka jika kita seorang yang mampu,hindarkan bahaya dari mereka,carikan sesuatu yang manfaat kepada mereka.
Jika mereka beroleh nikmat maka janganlah dihasad dengki,tetapi hendaklah bersyukur. Apa yang kita rasa baik pada diri kita,maka itulah yang kita berikan kepada mereka. Apa yang kita rasa tidak baik pada diri kita,maka tidak baik juga kepada mereka. Serulah mereka kejalan Allah dengan penuh rasa hikmah dan bijaksana kerana kita tidak akan merasa rugi jika kita melakukan begini kepada anak bangsa sendiri. "Tidak beriman kepadaKu sesiapa yang tidur kenyang sedangkan jiran sebelahnya lapar dan dia tahu yang sedemikian itu" Hadis riwayat Imam At-Thabrani dari Abu Zar r.a.
"Barang siapa yang menyembunyikan ilmu Allah yang Allah manfaatkan kepadanya dengan manusia di dalam hal ehwal agama ,nescaya Allah akan mengekangkannya di hari Qiamat dengan kekang api neraka " Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dan Imam Said Al khudri r.a
SELAMAT BERAMAL DAN AMBILLAH IKHTIBAR DARI MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK DARI KITA.
Friday, 25 May 2012
MEMERANGI HAWA NAFSU
Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim
Allah s.w.t menciptakan manusia dengan akal dan nafsu sebagai pelengkap menjadi sebagai seorang insan juga sebagai khalifah yang menghuni di mukabumi ini. Anugerah dari Illahi ini merupakan satu nikmat untuk menguji manusia itu sendiri apakah dia menjadi seorang yang bersyukur atau kufur terhadap Allah s.w.t. Seperti firman Allah bermaksud:"Ini semata-mata dari kurniaan Tuhanku,untuk menguji kepadaku apakah aku bersyukur atau aku kufur .Ketahuilah siapa yang kufur ,maka Tuhanku Zat yang maha kaya lagi pemurah"(Annaml:40)
Nabi Adam a.s,nabi yang pertama sekali Allah ciptakan dan diituruti dengan Siti Hawa. Dan kepada kedua makhluk ini Allah telah berikan hidayah dan taufiq dan melarang mendekati suatu perkara iaitu tidak mendekati pohon khuldi .Allah maha tahu tentang apa yang terbaik pada makhlukNya di atas perintah larangan dan suruhanNya. Tetapi akhirnya mereka berdua tewas akan bisikan iblis laknatullah sehingga mereka terjerumus kepada kemurkaan Allah s.w.t.
"Lalu syaitan memperdayanya:katanya:Hai Adam,maukah engkau kutunjukkan pohon kekal dan kerajaan yang tidak akan roboh?"(Thoha:120)
"Lalu kedua pun memakannya kerana itu terbukalah kemaluan keduanya ,dan keduanya menutup dirinya dengan daunan syurga.Adam tidak mematuhi perintah Tuhannya kerana itu sesat jalannya"(Thoha 121)
Hawa nafsu bererti gelora. Dia ada pada tiap manusia.Di dalam bahasa barat disebut sentimen.Ianya bergelora tidak berpenghujung.Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat,apakah perang yang paling utama Ya Rasulullah? Maka Rasulullah s.a.w menjawab :"engkau perangi hawa nafsumu". Untuk lebih ketara lagi bagaimana peperangan melawan hawa nafsu itu tersangat perlu,maka sebagai mencukupkan bukti diperturunkan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud r.a maksudnya:"Bukankah orang yang gagah berani itu lantaran cepat melompati musuhnya di dalam pertempuran,tetapi orang yang berani itu ialah orang yang sanggup menahan dirinya dari perasaan marah"
Oleh itu marilah kita sama-sama memerangi hawa nafsu supaya tidak tergelincir dari landasan iman.Kita telah berazam untuk melawannya ,tetapi di dalam hal yang tidak disangka,kita sendiri telah terpengaruh oleh syaitan dan hawa nafsu itu.Bahkan kadang-kadang kita sendiri yang telah jadi syaitan dengan tidak disedari sedikitpun kerana mengikuti perintah hati bukan dari perintah Allah s.w.t. Nauzubillah. Mana yang sesuai dengan kehendak dan perintah nafsunya walaupun bercanggah dengan kehendak Allah akan segera dilakukan. Ini berlawanan dengan tujuan insan yang dijadikan oleh Allah sebagai tugas khalifah di mukabumi ini.
SELAMAT BERAMAL DAN CINTAILAH AMALAN BAIK KITA.
Wednesday, 23 May 2012
BERIBADAH TANDA CINTA KITA KEPADA ALLAH S.W.T
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirohmanirrahim
Ibadah kepada Allah s.w.t boleh mencapai dengan cara seseorang benar-benar tunduk,baik secara lahir mahupun batin,keyakinan,perkataan mahupun perbuatan kepada Allah s.w.t. Keyakinan bahawa tiada selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,yang ditempuh dengan pengertian yang pasti tanpa bercampur debu keraguan. Firman Allah: "Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin,lelaki dan perempuan" (Muhammad:19)
"Adakah orang-orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang buta? Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran" (Ar-Ra'd:19) Cinta terhadap Allah iaitu yang diiringi dengan ketundukan,penyerahan diri dan harus berdasarkan kepada ajaran Rasulullah s.a.w .
"Adapun orang-orang yang beriman amat mencintai Allah" (Al-Baqarah:165)
Sebagai konsep cinta kita kepada Allah,maka kita harus cinta kepada RasulNya dan mencintai agama islam.Sedangkan cinta kepada para Nabi dan ahli bait bukan merupakan ibadah kepada mereka.Kerana hal itu tidak mengkonsepkan mereka untuk pasrah secara total kepada mereka ,di samping tidak melebihi cinta orang-orang mukmin kepada Allah dan Rasul. Sebagai konsepnya jika cinta kepada Allah dan cinta kepada RasulNya bertentangaan dengan cinta kepada orang lain maka cinta kepada selain Allah (harus) gugur dari hati seorang mukmin.Allah swt berfirman:
"Katakanlah:Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (At-Taubah:24)
Kita juga hendaklah takut kepada Allah dan diserta kan sikap mengharap kepada RahmatNya.Memang, kadangkala seseorang itu takut kepada persoalan-persoalan duniawi,tetapi rasa takut di sini bukanlah ibadah kepada hal-hal tersebut.Sebab takut yang dimaksudkan merupakan takut yang bersifat fitrah yang menyebabkan seseorang mukmin berkeyakinan bahawa Allahlah yang mencintakannya. Di samping itu,rasa takut ini dalam khalbu seorang mukmin tidak melebihi rasa takut kepada Allah s.w.t kerana ia berkeyakinan bahawa Allah s.w.t mampu menyelamatkannya dari segala keburukan.Firman Allah:" Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu,maka tidak ada yang menghilangkannya kecuali Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu,maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Al-An'Am:17)
SELAMAT BERAMAL......
Monday, 21 May 2012
KEMANA KITA AKHIRNYA
Assalamualaikumwarohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirohmanirahim
Hari ini kita memikul jenazah orang lain, dan esoknya orang akan memikul jenazah kita pula. Jangan kabur menghadapi hidup ini.Alangkah baiknya jika badan tengah sihat otak tengah sedar,kita ingat asal kejadian kita,dari mana kita datang dankemana kita akan pergi. Dan nafas yang kita sedut ini,boleh bertahan sampai bila.Adakah akan terhenti sebentar lagi,malam ini,atau esok pagi. Sempatkah kita bersua dengan solat lima waktu untuk hari esok. Apakah amalan terakhir kita ,makanan terakhir kita,sahabat terakhir kita,pakaian terakhir kita sebelum kita mengucapkan selamat tinggal buat dunia.Terbayangkah kita kenderaan apa yang bakal kita naiki buat kali terakhir?
Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (QS. 57:22)
23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira 1460 terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (QS. 57:23)
Kita mesti mati. Dan kematian tidak dapat ditangguh atau ditolak. Satu alamat yang tidak pernah berubah-rubah di muka bumi ini ialah mati. Pintu kubur sentiasa terbuka menanti ketibaan kita. kita akan melalui dua pintu,. Keluar melalui pintu rumah dan masuk melalui pintu kubur. Kemanapun kita pergi,kebenua manapun kita sampai,namun bila tiba masa dan waktunya dan tepat pada ketikanya yang ditentukan ,pintu kubur akan terbuka menanti kedatangan kita bersama malaikat-malaikat setianya. Inna Lillah Hiwainna Illaihirojiun.
Subscribe to:
Posts (Atom)









