CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Tuesday, 29 May 2012



YA RABB,SUKARNYA HENDAK MENUTUP AURAT !


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirahmanirrahim


Wahai saudariku,


Marilah kita menutup aurat dengan sempurna  .Menutup yang bagaimana? Adakah dengan hanya memakai baju labuh,tapi kain terbelah? Adakah memakai baju kurung tapi tipis umpama kulit bawang? Adakah memakai maxi labuh tapi rambutnya terdedah? Atau memakai dan menutup semua tubuh badan tapi umpama bertelanjang? Kan dah bertudung ni,x nampak ke? Seksi? Apa yang seksi,kan dah tutup sana sini,x nampak pun dada,pinggul dan betis? Jadi,tutup yang bagaimana lagi yang mau? Rambut? Kan dah pakai tudung ni,cuma pakai t-shirt lengan singkat je,oraitlah janji rambut tu kan aurat,kena tutuplah...


Wahai saudariku, sabda Nabi s.a.w yang ertinya: "Orang perempuan itu aurat" (Riwayat Imam Turmudzy dari sh.Ibnu Mas'ud r.a) Oleh kerana itu orang perempuan atau wanita itu aurat maka ianya dilarang dari ditonton auratnya oleh lelaki yang bukan dari muhrimnya. Susah,memang susah pada awalnya hendak menukar dari yang sudah kebiasaan kepada yang belum menjadi kebiasaan. Kekok dan serba tak kena jadinya. Dari yang 'free hair' ,tiba-tiba hendak bertukar kepada berbungkus atas kepala tanpa sehelai rambut pun yang keluar,eawww..rimasnya. Berapa lama boleh bertahan? Sejam? Dua jam? Oh tidak...nanti kusutlah rambut ni,busuk dan hapak pulak tu. Kan baru buat 'tecnic rebonding',mahal tau.Siap inai lagi.Cantik-cantik macam ni,takkan nak tutup?
Saudariku, kan rambut itu adalah aurat maka haram kalau terdedah seperti dalam firmanNya yang bermaksud: "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (An-Nur:31)


Bab fesyen pula,takkan nak pakai baju longgar yang menggelebeh macam makcik-makcik tu. Makcik-makcik itu pun lagi 'rugged' dan 'vouge' walaupun umur setengah abad. Sayanglah dengan fesyen-fesyen yang ada sekarang kalau tidak memakainya nanti ketinggalan zaman. Kasut pun begitu juga,tak pandailah nak pakai yang rendah leper macam hendak pergi ke tandas tu.Tinggi lagi baik,seksi dan bergaya.


Saudariku,
Janganlah malu atau rasa terpinggir andai di kalangan kelompok wanita hanya kamu keseorangan yang bertudung dan menutup aurat seperti yang di kehendaki Allah kerana sebaik sebaik-baik wanita adalah wanita solehah yang terhindar dari kemurkaan Allah. Bersyukur dan berbanggalah dengan penghijrahan dirimu yang yang berjaya melawan kehendak nafsu yang membolehkan dirimu terjerumus ke neraka Allah,nauzubillah.


"Dunia ini manis dan mempersonakan.Allah telah mengangkat kamu menjadi khalifahNya di dunia ini untuk menyaksikan apakah bentuk perbuatan kamu,sebab itu hindarilah pesona dunia dan pesona wanita kerana fitnah yang pertama menimpa Bani Israil ialah pesona (kaum) wanita"
(Maksud hadis riwayat Ahmad)


SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment