CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 9 December 2016




Assalamualaikum sahabat tersayang....

hari ini fikiranku kosong tiada tinta yang tertumpah di benak yang sesak ini. Diri ini sekadar ingin memberi khabar bahawa daku dalam ketenangan.Tolong doakan daku agar kehidupanku serta pasanganku bahagia hingga Jannah.

Saturday, 24 September 2016




KETIKA KAU BAYI 




                        Tika kau masih bayi dirimu yang kecil,lemah dan lembik ibu sentiasa menjagamu umpama kaca yang nipis.Mulutmu terlalu sempit dan kecil untuk membuka bila disuap,maka ibu setiaphari memasak segala bahan2 yang berkhasiat seperti kentang,isi ayam,karoot,sayur segar dan sebagainya.Semua ibu pilih hanya yang terbaik untuk bayinya.Sebab ibu tahu bayi perlu dijaga rapi untuk terus hidup dan membesar.Ibu tak mau bayi sakit.Ibu sentiasa pastikan kulit serta seluruh anggota bayi dalam keadaan sihat sempurna kalau boleh sikitpun ibu tidak mahu tercalar dan terguris.Biar kulit bayinya lebih cantik dan licin dari kulit bayi2 yang lain biarpun kulit ibu sendiri tidak terjaga.
                     Ibu akan sentiasa peka akan produk2 bayi di dalam media atau dari cerita2 kawan.Cepat saja ibu terbuka hati mau membelinya biarpun duit ibu tidak mencukupi waktu itu.Ibu tidak mahu bayinya ketinggalan untuk mencubanya.Begitu juga fesyen pakaian,aksesori,malah lampin pakai buang pun ibu akan peka.Seluruh pancaindera ibu tertumpu pada bayinya.Telinga ibu,walau leka mendengar cerita kawan2 atau menonton tv atau apa saja yang ibu lakukan,ibu tidak pernah pekakkan telinganya walau sesaat untuk mendengar rengetan atau teriakan bayinya.Ibu sepantas kilat akan berlari tak kira apa yang ada di tangannya seperti penyapu ke,hp ke,tengah sedap melayan filem hindi ke,tengah enak menjamu selera ke,semuanya ibu akan tinggalkan,Biarkan seketika semua tu...bayi itu penting,dia adalah nyawa.Kadang walau ibu dalam tandas sekali pun,ibu sanggup keluar.Dan ibu rela bawa bayinya bersama dalam tandas demi tidak mahu melihat bayinya menangis.Ibu akan cepat terjaga waktu malam walaupun tidur ibu hanyalah beberapa jam sahaja kerana tidak mahu bayinya merengek kerana lampinnya basah.Cepat saja ibu menukarnya.Ibu risau nanti punggung bayinya berkudis.

                  Tapi sekarang bayi itu sudah besar,remaja.Cantik jelita,kacak.Bayi itu sudah berjaya sampai ke menara gading,berjawatan,bergaji besar bergaji kecil.Bayi itu berjaya dalam perniagaan,bidang seni,sukan,politik dan sebagainya.Tika itu ibu sudah tua,tidak kuat macam dulu.Tidak sihat macam dulu.Sekarang ibu sudah sakit.Ibu sudah menjadi seperti bayi yang mula2 ibu jaga.Ingat tak dulu? Tika bayi masih kecil,lemah dan lembik?Nah macam itulah ibu sekarang. Tapi ibu tiada siapa yang sudi memasak makanan berkhasiat untuknya serta menyuap ke mulutnya yang lesu.Ibu dibiar makan makanan yang seadanya.Kulit ibu merekah.Mana losyen atau produk untuk kulit ibu?.

                 Ibu terbaring tidak bermaya.Seluruh tenaga ibu hilang.Ibu lapar dan dahaga.Lampin ibu basah.Ibu tak selesa.Mana sayang-sayang ibu ni.Marilah sini.Bantu ibu sayang.Tolong bagi sedikit makanan dan minuman kat ibu.Mana sayang ibu pegi,senyap semua ni.Ohh,sayang ibu semua tengah kusyuk tengok tv ye,yang sorang tu tengah makan sebab itu tidak dengar ibu panggil.Lampin ibu basah,ibu tak selesa dan rasa gatal2.Emmm...semua sudah tidur ye patutlah ibu kejut pun tiada yang menyahut...

                Wahai anak-anak yang ku sayang,ibu tidak pernah mengungkit apa yang ibu telah lakukan untuk kalian.Ibu halalkan segala kudrat dan peluh ibu dalam membesarkan kalian.Ibu tidak pernah berdendam dan anggap kalian seorang pesalah.Cuma ibu tertanya pada diri sendiri apakah kalian fikir tentang ibu mu ini.Budi apakah lagi yang kalian mahu dari ibu mu ini.Dan apakah kalian fikir bahawa hati ibu ini cuma untuk disakiti?

                        




Friday, 23 September 2016






HIDUP UMPAMA JUMLAH ANTAH DALAM BERAS



Kehidupan kita ini umpama beras dan antah.Antah berada dalam sejumlah beras segantang.Sedangkan antah sama banyak dengan jumlah beras,Kemudian antah itu dimesin dan ditampi.Maka jumlah beras akan lebih bertambah dan antah semakin berkurangan.Begitulah seterusnya.Hari demi hari antah dimesin,dimesin dan dimesin.Akhir sekali tinggallah sejumlah kecil antah yang tidak dapat dihancurkan kulitnya oleh mesin.Sudah tentunya jumlah beras memenuhi gantang dan guni.Antah itu terlalu sukar untuk mencari atau mendapatkannya kerana jumlahnya yang sedikit.Begitulah kita di akhir2 kehidupan.....

Sunday, 24 July 2016




Bismillahirrahmanirrohim

Asyaddunnaasi 'azabanyyaul qiyamah 'alimaalam yanfa'ullahu biilmihi

"Orang yang sangat menderita siksaannya pada hari kiamat kelak ialah orang alim bilamana ilmunya tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan pada dirinya"

Ketahuilah orang yang menuntut ilmu itu terbahagi kepada 3 golongan:

1.  Orang yang mencari ilmu kerana hendak buat bekal pulang ke akhirat.Niatnya hanya untuk mencapai keredhaan Allah dan kepuasan hari akhirat semata-mata.
Mereka ini adalah golongan yang akan terselamat dan berjaya.

2.  Orang yang mencari ilmu untuk persiapan menghadapi kehidupannya dalam dunia yang fana ini disamping niat hendak mencapai kekuasaan,kemuliaan,pengaruh,kemegahan dan harta benda.Sedangkan ia mengetahui niat yang demikian itu adalah salah dan ia sedar betapa hasratnya itu sama sekali tidak bernilai dan tidak dihargai.

Mereka ini adalah sangat merugikan dan bimbang nanti akan mati dalam su'ul khatimah.Tetapi jika ia sempat bertaubat sebelum ajalnya kemudian dia cepat2 menyesuaikan ilmunya dengan amal serta memperbaiki kesalahan yang lalu maka ia akan kembali termasuk ke dalam golongan orang2 yang terselamat dan berjaya di sisi Allah.

"Orang yang bertaubat daripada dosanya adalah seperti orang yang tidak pernah berbuat dosa"

3.  Orang yang mencari ilmu kerana dipengaruhi oleh syaitan,ia mempergunakan ilmunya sebagai alat untuk tujuan menambah kekayaannya,meluaskan pengaruhnya,membanggakan kemegahannya dan menyombongkan diri bahaawa dialah yang ramai pengikutnya.Ia menyangka bahawa ia telah mempunyai kedudukan yang tinggi pada sisi Allah kerana pada zahirnya  ia telah menyerupai para ulama dalam berpakaian dan ucapannya.Akan tetapi zahir dan batinnya sangat mencintai dan tamakkan dunia. Mereka ini tidak dapat digolongkan dalam golongan orang2 yang berilmu kerana ia telah digelapkan oleh tipudaya syaitan.Orang yang seperti ini akan rosak binasa di dalam kebodohannya dan mudah diperdayakan.Mereka tidak ada harapan lagi untuk bertaubat daripada kesesatannya disebabkan prasangkanya bahawa mereka daripada golongan orang2 yang berbuat baik padahal mereka lupa pada firman Allah:

"Wahai orang2 yang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak pernah mengerjakannya" (As-saf:2)


Friday, 22 July 2016

TAKDIR



Setiap apa yg berlaku adalah takdir Allah dan bukan rancangan kita.Rancangan kita adalah dari Allah jua yg menentukan
Dia yg gerakkan akal kita dan Dia pula yg berkuasa merumuskan perancangan kita samada baik utk kita atau sebaliknya.

Thursday, 21 July 2016


TANDA GANGGUAN JIN ATAU SAKA


Lebam hitam yang kadang2 muncul pada peha atau betis atau lengan ia merupakan salah satu tanda seseorang itu cuba di ganggu oleh makhluk halus/jin samada ia sihir, saka dan sbgnya.
Jesteru bagi mereka yang kerap terkena tanda2 ini maka bersegera untuk bentengi diri anda dengan amalan2 berikut:-
1) Baca surah Al Falak, An Nas dan Al Ikhas setiap kali selepas solat fardhu. Pada waktu subuh dan maghrib di baca 3 kali setiap surah.
2) Berwudhuk setiap kali sebelom tidur malam lalu dibacakan surah 3 qul di atas. Setiap kali selesai surah yg dibaca lalu ditiup ke tapak tangan kemudian diusap keseluruh badan yg mampu dicapai sbyk 3 kali. Baca ayat Qursi.
3) Amalan utk baca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah setiap malam hari tak kira bila.
JIKA ANDA TAK BENTENG AWAL2 MAKA KESANNYA ANDA AKAN MUDAH UTK DIRASUKI, JIWA GELISAH SERTA SENTIASA MERASA TIDAK TENTERAM.

Friday, 8 July 2016



Awak,
Ketika surat ini dibaca saya sudah berada jauh dari sisi awak.Maafkan saya kerana meninggalkan awak tanpa awak sedari.Yela masa tu awak tengah tido dengan dengkuran yang teramat sangat umpama baru masuk gear lima gitu.Saya saja tidak mahu sedikit pun terdengar akan derap jejak kaki semasa meninggalkan awak dari pembaringan.Saya tau perbuatan saya ini termasuk dalam hukum nusyuz,tapi saya langsung tidak terniat untuk menderhaka apatah lagi melawan kehendak suami.
Tapi saya terpaksa gagahi mengikut kata hati untuk membawa diri dengan basikal yang awak repair petang semalam untuk mengambil dan membuang angin jauh dari kawasan rumah kita.Perut saya sudah tiga empat hari kembung tidak awak bertanya khabar.Sudah lah saya terkilan minta awak belikan pisang untuk dibuat pencuci mulut untuk open house,tapi awak beli pisang kaki.Saya suruh tebang pokok kelapa nak ambik daun buat ketupat tapi awak pegi tebang pokok betik.Saya nak telor ayam buat kek tapi awak beli telur puyuh.Jiwa saya meronta,tekak saya kering. Kasut raya saya pun lain disuruh lain awak beli.Saya nak kasut tumit tinggi 2 inci setengah bertumit kayu,tapi awak bawa balik terompah.Sakit gigi saya mengenangkan perangai awak tau.Saya sedih sangat...saya...ohh tidak dapat nak tulis lagi sebab dakwat pen sudah habis.Saya nak tanya awak,bila awak nak pujuk saya,boleh tak jap lagi awak datang pujuk.Lagipun basikal ni putus rantai saya tak reti nak pasang,cepat lah awak...awakk..kat depan tu ada anjing tua takda gigi...awak tau kan saya amat penggeli....saya tunggu awak ye,ok sekian terimakasih,
Dari tulang rusukmu sebelah kiri.
Andih.

Thursday, 7 July 2016




Hati yang sentiasa bertaut dengan Allah dan KalimahNya tidak akan pernah berasa sunyi dan sepi.Walau di saat semua orang menjauh,menyisih tetapi diri akan tetap merasa tenang dan ada yang meneman.Tetapi bagi mereka yang diri sentiasa jauh dengan Allah,Masjid,Quran serta orang-orang alim hati mereka umpama mati,sunyi dan gersang.Sebab itu kadangkala mereka ini sentiasa dalam keadaan resah gelisah,Cepat boring dan sakit jiwa,




Tips kenal kawan by Da'i Izhar.
.
Tengah-tengah raya ni, meh nak share tips kenal kawan. Ada dua jenis ;
i. Kalau jenis yang depan kita cakap manis tahap semut berkerumun kat tepi mulut, kat belakang duk gebang aib kita, ni MUSIBAT.
ii. Kalau jenis depan kita tak pernah nak puji, paling banyak komen perangai buruk kita, tapi kat belakang dia yang paling champion cerita kebaikan kita kat orang lain, ni SAHABAT.
.
Macam ni. Kita hidup tak lama kat sini. Mustahil kita dapat kawan dengan semua orang.
So kita kena pilih dengan siapa kita nak spent masa sama-sama. Jangan bazirkan umur berkawan dengan MUSIBAT.
Ya. Biasanya SAHABAT ni tak ramai, susah nak jumpa. Tapi spesis ni masih wujud.
Trust me.
Tak jumpa lagi?
Apa kata kita dulu yang jadi SAHABAT?
Nota : Aku pernah bersahabat, lalu di khianati sedang aku cukup menyayanginya seperti saudara kandungku sendiri. Aku pernah punya sahabat, lalu dia pergi tanpa pesan sedang aku sentiasa menunggu khabarnya 😔😔

Monday, 4 July 2016


Andai Kita Bersua Lagi
(Dalam Dakapan Ramadhan)

Sebelum ini jejari kita bertaut erat
ku genggam jejarimu seolah tidak mau
dilepaskan walau sesaat.
kita bercinta umpama Laila dan Majnun
saban hari airmataku menitis
gelisah,risau dan bimbang
akan kehilanganmu
sebab ku tahu hadirmu tak lama
hadirmu sekadar atas suruhan Tuanmu
Dikau sibuk dengan
macam-macam tugasan umpama
pengawal di kota kosmopolitan
sesaat tidakku lepaskan
tali rindu ini
namun..
tinggal sedetik lagi kita pasti berpisah
jemari kita kian renggang
satu demi satu terurai
hanya berpaut pada kelingking yang halus
terlalu getir untukku lepaskan
andainya dikau pergi jua
janjilah padaku bahawa
kita kan masih begini lagi
dalam sujud Terawih
mencari Lailatulqadar.
Nukilan: Ann Raihan
29 ramadhan.



Ya Rabb
Apa lagi yang tertinggal
yang perlu aku lakukan
pada sisa Ramadhan yang hanya
berbaki sedikit saja lagi
Ingat kan aku Ya Wadud
supaya tiada keciciran dan
aku tidak termasuk dalam golongan
orang-orang yang rugi.



ERTI SAHABAT

Sahabat itu tak perlu kaya,cantik,ada kedudukan .Asalkan dia selalu mengajak kita ke arah kebaikan,menegur dan menasihati kita.Sentiasa ada waktu bila kita memerlukan.Itu sudah mencukupi

Tuesday, 12 April 2016






KETIKA ITU


Masih terbayang di kolam ingatan.Semuanya masih terpagar indah.Sikit pun tidak dirobohkan oleh anasir fikiran dan hati yang gundah serta celaru. Fikiran masih terpana pada peristiwa itu. Tatkala dikau muncul dengan sekujur wajah lesu dan jasad yang longlai.Dikau hanya sempat menghadiahkanku sekuntum senyuman yang hambar umpama tebu yang kekeringan manisnya. Namun tetap kusambut riang kerana bagiku itulah sedekah buatku di penghujung senja. Tetapi dalam kelesuan ceritera yang dikau hendak garapkan buatku di senja yang berdarah itu,benar-benar terkesan sehingga ke denyutan nadiku.Dikau ternyata bijak menyembunyikan sketsa cintamu yang bercabang tiga.Hatiku pasrah.Walau belum berdarah tapi perit terasa.Tuhan saja ingin menjarakkan hubungan kita sebab Dia sentiasa ada di saat aku mulai kelayuan.





Tak Tertahan

Kepingin.Hatiku terus kepingin.Semakin aku pertahankan semakin resah mencengkam di seluruh jasad ini.Bayanganmu mengulit kalbuku.Terbayang di ruangan mata kehangatanmu menyusuri seluruh jasadku.Tidak tertahan menahan gelora yang menjadi-- jadi memaut segala sendi nadi lalu tunduk pada keinginanmu.
Daku lemah terus beralah tika rayuanmu terus mendesak .Dadaku sesak.Nafas tercungap.
Selagi aku pertahankan selagi ia mendekati.Badai gelora keinginanku tiada siapa yang boleh pertahankan melainkan aku segera melempiaskan keinginan yang semakin menular hinggaku hampir kekejangan. Sabarlah..di malam yang dingin dan gelita ini ku campakkan selimut yang membaluti kedua belah kakiku yang dingin.Sehelai demi sehelah pakaian yang ku pakai telah ku tanggal sehingga tinggal sepasang maxi labuh sahaja yang masih membaluti badanku.Terus aku bangun untuk mendapatkan.dia yang sedang berdiri tegak di sudut sana...Tanganku terus mendepa dan memeluknya dengan rakus..sambil membuka penutup botol minuman yang berwarna pink jenama tupperware itu dan terus minum dengan senafas sahaja.Alhamdulillah nikmatnya bila air suam2 kuku mengalir membasahi tekakku di waktu malam begini..Baru lah dapat ku sambung tidur semula.Sekian.

Saturday, 26 March 2016





NERAKA BUKAN MILIK KITA



Wahai Muslimahku,
indahnya tika bersama
kita bernaung di satu serambi yang sama
tenangnya dalam pencarian Tuhan di sepertiga malam
suara kita bersatu dalam menyeru Ilahi
airmata yang merembes di dinihari
kita usap bersama dalam
mengalun kalimah suci

Muslimahku
kan ku bawa semua bicara hati kita
serta basahan airmatamu
ke Syurga yang menanti
andainya kakiku tergelincir
di saat melangkah ke tempat kalian
tariklah tangaku dari Neraka
yang bukan milik kita.




ANDAI BUKAN UNTUKKU


Kalau bukan dia untuk kita,berbagai asbab Allah takdirkan untuk memisahkan.Begitu juga kalau Allah jadikan dia untuk kita tidak perlu seminit,malah sesaat dia akan hadir untuk kita.Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa bersiap sedia menghadapi waktu2 akan sendirian samada di dunia atau akhirat.Hidup ini harus sentiasa dalam keadaan siapsiaga.Harus terima dan redha setiap ketentuan.Jangan terbiasa bergantung harap pada manusia.Bergantung haraplah pada Al Wahhab,bukan En.Wahab.Meminta pertolonganlah pada  Al Somad,bukan En.Samad.Allah,Al Wahhab,Al Somad,Al Wadud.Dialah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Pasangan itu umpama persalinan pengantin yang disewa atau dipinjam.Kita akan disarungkan dengan busana  yang cantik dan meriah mengikut kehendak dan tema.Tetapi andainya tidak sesuai dengan fizikal diri kita,walaupun pada hakikatnya  cantik dan indah,ianya akan  ditanggalkan dan akan diganti dengan busana yang lain pula.




SI KUNANG-KUNANG



Malam ini kelamnya menelan segala kesunyian
malam ini sepinya menghambat
segala penglipurlara 
tapi syukurlah ada si kunang-kunang
sudi memercik cahaya

di celahan dedaunan kering
meskipun kecil
tapi sirnanya
melolos ke hati
inginku tangkap dan kudakap
andainya sikunang itu
adalah awak

Saturday, 20 February 2016




Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan. Tolehlah, lihatlah dengan mata hati kita perpisahan dan kesedihan serta bukakan minda kita, hargailah pengorbanan mereka yang berjuang demi kehidupan kita masa kini. Usah kita terbuai indah kata si tetamu senja cuma. Ku langkahi biar pun dalam lesu demi sebuah perjuangan ini.Perpisahan kadang menyakitkan kadang jua menenangkan.


PELANGI SENJA


Hati diibaratkan sebuah ladang, yang harus dirawat, disirami tetesan hujan hikmah dan nasihat, sehingga tidak gersang serta tandus. Betapa merananya hati yang tandus, hati yang tandus tidak akan mampu merasakan erti kebahagiaan dan tidak mampu merasakan inti kehidupan. Syukurilah apa yang kita miliki ini. Usah tertipu agenda tersirat yang menjanjikan pelangi senja


INGAT TU..


Belum ada didunia ini kepastian tanpa sedikitpun keraguan seperti halnya Kematian. Namun begitu banyak manusia yang ragu-ragu dan lupa bahwa hal itu akan segera menimpa dirinya, tanpa pemberitahuan, cepat.. atau lambat, manakala bunga yang indah hanya tumbuh diatas tanah yang lembut, bukan diatas batu. Begitu pula ilmu dan kebijaksanaan, hanya tumbuh dihati orang-orang yang merendahkan diri, bukan di hati orang-orang yang bongkak dan keras hati



FIKIRLAH SAYANG..


Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita impikan segera TERJADI dari mana kita belajar erti SABAR
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar erti IKHTIAR
Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT
YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNYA adalah TERBAIK untuk kita.

Friday, 19 February 2016




TAMBATLAH HATIMU


Cukuplah aku memandangmu dari jauh
walaupun lisanku sentiasa membisu
namun hatiku sering berpesan
tambatlah cintamu sekuat temali
jangan sesekali terlepas
kerana dia yang di sana itu
belum tentu bersedia menyambut
salam cinta mu yang ramah
boleh jadi dia sekadar tersenyum
sedangkan hatinya masih sepi
terhadap sebuah cinta yang hadir

Tuesday, 16 February 2016




PERIHAL RINDU

Rindu sukar dihurai
dan tidak boleh disukat
kadang rindu hanya percuma
tiada siapa yang mengendahkan
kerana rindu itu hanya si perindu sendiri
yang memahami sejauh mana rindu dan kesan pada dirinya.
ada ketika diri sendiri  keliru adakah dia sedang rindu atau angau?
sesungguhnya rindu itu adalah penyakit yang tiada ubatnya melainkan dirinya sendiri menjadi penawar untuk racun bisanya.


APAKAH TANDA-TANDA GADIS YANG SUDAH HILANG DARA? 


1. . DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.


SUAMIMU BUKAN SEORANG HAMBA


Wahai para isteri,janganlah kalian perhambakan sangat suami kalian persis org suruhan mentang2lah suami tu baik hati dan ringan tulang.Jaga lah maruah suami.Jangan nak tunjuk kat org sgt bahawa suami itu syg dan manjakan kalian dlm ertikata lain takutkan kalian.Sedar lah syurga isteri di telapak kaki suami.Yang mana kalian boleh buat tu buat lah jangan nak tebar punggung ats kerusi je.Masyarakat akan menilai sebaliknya bkn menilai bahawa tingginya sayang suami kat kalian tapi mereka akan kata sebaliknya. Masyarakat akan melihat dengan hati yang sayu,kasihan dan berbuih memuji si suami dan mengeji si isteri.Lain lah kalau isteri itu sakit atau benar-benar sibuk atau tiada dalam kawasan. Cubalah hadirkan sifat kasihan dan rasa bersalah atau tidak sampai hati terhadap suami. Sedarkan diri bahawa suami itu sifat lahiriahnya macamana,tidak sama dengan perempuan. Cuba jenguk dalam jasad suami, berapa kerat lagi yang tinggal tenaganya setelah mereka berpenatan mencari rezeki kemudian balik rumah kalian tambahkan lagi dengan seribu masalah kadang yang remeh temeh.Suami juga punya maruah.Aib mereka kena jaga. Jiran tetangga,keluarga,kawan-kawannya akan memandang jelik andai kalian tegar dalam memerintah mereka tak kira tempat.Memang dunia akhir zaman di mana para suami akan tunduk pada perintah isteri.Jaga2 suami,sayang biar bertempat jgn sampai jadi dayus..tau apa hukum suami dayus??? Kajilah Al Quran.



MAHSYAR DUNIA


Kalau kita nak tahu macamana azab di padang mahsyar secara lebih kurang ialah, semasa kita beratur di kaunter2 menunggu giliran.Letih,penat,berpeluh,..apa perasaan kita waktu itu.Begitulah bila kita hendak menunggu giliran mendapat buku catatan kebaikan dan keburukan kita di sana kelak.kalau kita sedang berpanasan menunggu sesuatu,sampai menitis-nitis peluh,perit mata dan dahaga berdiri di bawah matahari sedangkan orang yang ditunggu tak tahu bila muncul .Bayangkan di padang mahsyar dengan matahari sejengkal di atas ubun-ubun.Tiada sehelai daun untuk berteduh. Apa2 urusan kepayahan itu adalah gambaran di sana.Oleh itu segala yang kita lakukan di dunia ini cuba kaitkan perbuatan kita selepas kematian.Gilaplah hati jangan sampai jadi gelap.

Wednesday, 10 February 2016





ANGANKU

Aku bukan mengharap yang terbaik dalam hidupku.Aku tidak mengharap yang sempurna mendampingiku.Juga aku tidak mengimpikan yang  hebat untuk untuk memilikiku,Tapi memadailah ketika aku sedih dia sentiasa hadir untuk menyapu airmataku.



Bukan saja ubi,pisang,labu, tapi cendol pun boleh dilepatkan tau..lagi sedap..jomm kita ngeteh dengan resipi sahabat ni pula...

Lepat Cendol



1 cawan tepung jagung.
2sb tepung Hong kwe
1 cwn gula..nk manis lebehkan sikit.
1st garam.
Daun pandan.
1 kotak kecil santan kara..tambah air jadikan 400ml..+lagi dgn 4 cawan santan cair..maknanya kalau guna santan perah..dlm 5 3/4 cawan santan
Sebungkus kecil cendol..di basuh dan toskan airnya..
Bancuh semua bahan..kecuali cendol..tapis..masak sampai kilat dan letup2..baru masukkan cendol..kacau sebati..padam api..terus bungkus semasa masih panas..sejukkan..simpan dlm peti..
Sedap d mkn sejuk..lembut lemak manis..
Selamat mencuba..tq kepada penyumbang resepi..



Alhamdulillah dapat juga resepi sirih kaduk ni,puas cari dan tanya orang.Bukan susah pun.Jom pakat cuba makan makanan berasaskan herba ni.

MIANG KAM

Bahan-bahan :-
Daun kaduk secukupnya 
6 biji bawang merah - didadu
3 biji limau nipis - buang kulit, biji dan dipotong kecil
8 biji cili padi merah dan hijau - dihiris halus
2 camca besar udang kering - rendam sekejap, toskan dan goreng tanpa minyak hingga garing
3 batang serai - ambil bahagian putih & hiris halus
100 g kacang tanah - digoreng tanpa minyak hingga garing tapi jangan sampai hangit
80 g kelapa parut putih - digoreng tanpa minyak hingga perang juga jangan sampai hangit
10 g halia muda - buang kulit dan potong kecil2
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus

Bahan-bahan Sos :-
200 g gula melaka - dipotong kecil
200 ml air
(masak gula & air hingga larut, angkat dan tapis)




Pesanan Buat Rindu


Usah dikau khabarkan resah hatiku
usah dikau sapa setiap angin yang yang menderu
aku di sini menjeruk hiba
aku di sini menongkah getir
namun tidak ku harap cinta datang bersujud
tidak ku tagih segugus belai darimu lelaki
telah ku pahat sakit di hati
kecewa itu menusuk sanubari

Monday, 8 February 2016





BAHAGIA ITU ADALAH KITA


Bahagia itu sebenarnya datang dari diri kita.Kita yang menciptanya.kita yang mencarinya bukan orang lain,Bahagia akan datang bila semua keresahan lenyap.Bila yang sakit kembali sihat.Bila yang sempit menjadi lapang.Bila yang keruh menjadi jernih. Carilah bahagia di celahan sengsara.Kerana bahagia yang datang dari lubuk sengsara itulah yang paling juara.Itulah kejayaan yang sebenar.Raihlah bahagia,tinggalkan derita.



BUKAN UNTUK KITA


Sekujur jasad kita ini yang dijaga diberi makanan yang lazat setiap hari,diberi minuman yang berkhasiat,diberi pakaian yang indah,rupa-rupanya adalah bukan untuk kita.
Daging untuk ulat
Tulang untuk tanah
Roh untuk Allah

MasyaAllah.



KEMULIAAN HARI JUMAAT🌸🍃



PADA suatu hari Nabi Musa a.s naik ke sebuah bukit. Dari tempat itu terlihat suatu kaum yang tekun beribadat. Nabi Musa a.s bertanya kepada mereka tentang ibadat yang mereka lakukan itu. Mereka menjawab, "Kami ini termasuk umatmu juga. Kami telah menyembah Allah dengan tekun selama tujuh puluh tahun. Kami makan buah-buahan dan minum air hujan. Kami hidup penuh kesabaran."

Nabi Musa a.s amat senang mendengarnya. Kemudian turun wahyu dari Allah SWT, firman-Nya, "Hai Musa, bagi umat Muhammad nanti, akan ada suatu hari dimana orang mengerjakan ibadat hanya dua rakaat. Pahalanya akan lebih baik daripada ibadat umatmu yang tujuh puluh tahun ini."

Mendengar firman Allah itu, Nabi Musa bertanya, "Ya Allah, hari apakah yang dilebihkan itu?"
Musa pun memohon kepada Allah agar untuk umatnya disediakan pula satu hari yang dilebihkan itu. Allah berfirman,
``Untukmu,hari yang berbahagia itu adalah hari Sabtu.

Untuk (Nabi) Isa hari Ahad (Minggu).

Untuk (Nabi) Ibrahim hari Isnin.

Untuk (Nabi) Zakaria hari Selasa.

Hari Rabu untuk (Nabi) Yahya.

Sedangkan hari Kamis untuk (Nabi) Adam.

Jumaat adalah untuk umat (Nabi) Muhammad."

Nabi Musa a.s bersyukur atas firman Allah itu.
Menurut hadist Nabi Muhammad SAW, doa seseorang pada hari Jumaat adalah doa yang makbul atau langsung dikabulkan oleh Allah SWT. Jumaat adalah hari yang penuh berkah.
Siapa yang awal datang ke masjid di hari Jumaat, diberi pahala ibarat berkorban seekor unta. Orang yang datang lebih lambat diberi pahala ibarat seekor sapi. Yang datang lebih lambat lagi, ibarat berkorban seekor domba. Dan orang yang datang pada saat-saat terakhir ibarat berkorban seekor ayam. Siapa yang datang paling akhir, ibarat berkorban sebutir ayam.
Siapa yang mandi sebelum solat Jumaat diampuni segala dosanya. Setiap langkah perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat akan ditulis oleh Malaikat Allah seperti ibadah dua puluh tahun. Orang yang melakukan solat Jumaat, pahalanya sama dengan amalan dua ratus (200) tahun.
Di Baitul Makmur (langit ketujuh) ada suatu menara dari perak yang berwarna cemerlang berkilau. Di hari Jumaat naiklah malaikat Jibril ke atas menara itu untuk mengumandangkan adzan. Kemudian malaikat Israfil berkhutbah dan malaikat Mikail menjadi imam solat Jumaat. Semua malaikat ikut solat Jumaat.
Setelah selesai malaikat Jibril berkata, "Semua pahala adzan yang kulakukan, kuberikan pada sekalian muazzin di antara umat Muhammad."
Berkata pula malaikat Israfil, "Semua pahala khutbah-ku, kuserahkan pada umat Muhammad yang menjadi khatib di muka Bumi."
Berkata pula Malaikat Mikail, "Semua pahalaku karena menjadi imam dalam solat Jumaat ini, aku berikan pada semua orang di kalangan umat Muhammad yang menjadi imam di hari Jumaat."

Semua malaikat yang menjadi makmum solat Jumaat pun tak mau ketinggalan. Mereka pun berkata, "Semua pahala solat kami berjamaah ini, kami berikan pada semua orang yang melakukan solat Jumaat berjamaah."

Allah SWT berfirman, "Wahai sekalian malaikatulku! Adakah kamu perhatikan bahawa Allah Maha Pemurah?

Demi Kemuliaan dan Kesucian-Nya, orang-orang yang solat Jumaat diampuni dosa-dosa-nya. Merekalah yang taat pada perintah Allah dan setia pada kekasih-Nya, Muhammad."

Wallahualam bissawab


p/S ~ COPYPASTE DARI ARTIKEL SEORANG PENCERAMAH.


🍃🌸


ANDAI DOSA ITU DAPAT KU HITUNG



Seorang lelaki sedang berjalan di sebuah taman, tiba- tiba lalu seekor burung dan melepaskan najis jatuh atas kepalanya...
Cepat-cepat dia berlari mencari paip air lalu membersihkan kotoran tersebut...

Seorang gadis sedang makan di sebuah restoran... Tanpa disengajakan, sedikit makanannya tertumpah lalu terkena baju...
Pantas si gadis bergegas ke sinki lalu membersihkan sedikit kotoran itu...

Kekotoran. Sesuatu yang kita tak suka... Bila kita nampak kotoran itu, pasti kita tak senang dan akan berusaha untuk membersihkannya...

DOSA juga satu kekotoran... Yang boleh mendatangkan keresahan pada orang yang melakukannya...

Tapi sayang, dosa itu tak boleh kita nampak dengan mata zahir... Tiada bentuk fizikal...
Maka kita jarang sedar akan dosa kita meskipun hampir keseluruhan hati kita telah terpalit noda...

Jarang kita merasakan bahawa diri kita sebenarnya sangat kotor, hina dan jijik akibat dosa yang bertimbun...

Andai kita dapat nampak dosa itu ibarat kotoran pada baju, nescaya kita takkan berani dan mampu untuk melakukannya...

Pasti kita akan malu untuk melakukannya... Pasti kita sendiri akan jijik untuk mendekatinya...

Ada hikmah kenapa DOSA dan PAHALA itu tak dinampakkan secara zahir...

Untuk menguji keyakinan dan keimanan kita terhadap perkara yang di luar kemampuan pancaindera zahir kita...

DOSA memang tak nampak... Tapi boleh dirasa... Hadirnya dosa itu bersama keresahan hati yang tak kunjung hilang...

Hidup seakan terencat... Serba tak kena... Keresahan yang takkan mampu dihilangkan walau dengan segala jenis ubat dan terapi yang ada di dunia...

Cuma satu jalan membuang keresahan hati akibat dosa...
TAUBAT... Kembali kepada Allah... Pemilik hati kita...

Tuesday, 2 February 2016




APABILA DIRI TIDAK DIPERLUKAN LAGI



Kalau seseorang itu sudah tidak memerlukan kita lagi,macam2 alasan yang direka dan diberi.Tujuannya sama sahaja iaitu hendak menjauhkan diri dari kita.Faham2 lah ye kita andai ada ayat kata," maaf lah saya tak senang harini,.."Alohhh...ada org lak.kt umh..."Alohhh...bos arah sroh siap keje harini bz sgt.." sorry lah bini aku...laki aku..anak aku..makbapak aku...."

Kita tulis whatsaap berjela atau mesej tapi sebaris ayat pun tak sampai dia reply.Paling kerap dia reply "huhu.." itu je. Kadang kita send malam  tadi esok pagi baru reply.Takda lines dan banyak kerja katanya. Tapi yang herannya nape tidak berterus terang saja,bagitau sidia supaya tidak senang dengan whatsaap yang dihantar.Sebab tak sampai hati kan?Tapi dengan membiarkan sidia berharap sejauh itu,boleh pula hati itu sampai.Tak kesian ke kat sidia.Atau lebih baik block je sidia abis cite.Dia pun tak akan menganggu lagi.

Beruntunglah sekurang-kurangnya ada juga insan yang menyayangi diri kita dari langsung takda siapa yang ingin ambil peduli.



ALLAH DI HATIKU

Di saat Allah membenciku ketika aku leka dengan permainan duniaku.
Di saat Allah menerimaku
ketika aku sudah meninggalkan jauh segala kejahatanku.Ampuni aku Ya Rabb.