CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 12 May 2013





MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W YANG HARUS KITA TAHU


Assalamualaikum  w.r.t sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Pengetahuan kita selama ini banyak berkisar dengan tentang adat-adat dan perbuatan Rasulullah s.a.w sahaja,tetapi kita kadang terlepas pandang akan makanan kegemaran yang baginda paling suka,betul tak? Di bawah ini saya ingin berkongsi info dengan sahabat-sahabat jenis makanan dan buah-buahan yang selalu di makan oleh baginda. Cuba kita perhatikan bahawa baginda seorang yang pemilih (bukan pemilih makanan yang mahal atau bertaraf orang kaya) tetapi baginda memilih makanan dan buah-buahan yang mengandungi zat serta ada kaitan dengan tuntutan fizikal serta srtuktur dalaman badan,bukan macam kita yang pantang nampak,pulun je asalkan sedap anak tekak menelan.Apa kata lepas ini kita ubah citarasa ke makanan dan buah-buahan di bawah ini.


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

No comments:

Post a Comment