Monday, 13 May 2013
KEBAIKAN TIDUR DI DALAM TEMPAT YANG DINGIN
Assalamualaikum w.r.t sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,apa khabar kali ni saya nak berkongsi info kesihatan pula.Tahukah sahabat,bahawa tidur dalam gelap dan kedinginan malam tu banyak kebaikannya? Jadi mari kita mulakan malam ini dengan kegelapan tanpa ada ruang cahaya yang menembusi....sejuk?
Sejuk itu adalah dalam rahsia kehalusan putih, manakala hitam itu rahsia ketajaman panas. Berpakaian hitam semasa musim sejuk adalah cara bagaimana anda menyesuaikan warna dalam mencari pasangan suhu.
Tidur dalam kegelapan malam yang dingin dengan tanpa sebarang cahaya lampu adalah cara bagaimana tubuh dapat mengekalkan suhu secara semulajadi. Anda boleh sahaja tidur di tempat yang dingin asal sahaja anda berselimut untuk memerangkap haba agar tidak berlaku kebocoran tenaga dalaman.
Sebaliknya anda amat dilarang tidur di tempat yang dingin dengan tanpa berselimut kerana tubuh anda akan menyerap kedinginan (angin) yang membahayakan kesihatan. Anda disarankan agar mengambil wuduk sebelum tidur agar segala medium elektromagnetik yang diserap oleh sistem deria (bulu roma) agar tidak memendamkan segala maklumat negatif yang mampu membuatkan anda stress (tertekan) dan menganggu tidur sehingga tiada kepuasan dalam tidur anda. Nah,bagaimana sudah praktik ke...selamat mencuba ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment