CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 20 December 2014


Selamat Tinggal Sepiku


Ku tinggalkan segala duka
di perkampungan nestapa
ku tinggalkan segala cintaku
yang tidak kesampaian di belantara sunyi
semuanya ranap bagai sangkakala
menggulung sadis setiap memori
terjelepok kaku di kaki pasrah
biar masa menjana takdir
Ku perhati dengan hati yang mati
Selamat tinggal desa sepiku
selamat tinggal kamar heningku
alunkan kembali lagu rindu ini
tika aku sudah jauh melangkah
agar dapat ku dengar kembali
setiap tangis dan tawa
mengiringi kembaraku
bersama airmata yang mengalir

Sunday, 31 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 32




                                        Rina dan Muaz melangkah longlai keluar dari  perkarangan mahkamah syariah.Rina yang sentiasa ditemani pembantu peguam itu kelihatan tenang walaupun kesnya tidak dapat disebut hari itu.Tak sabar dia hendak menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan bulan depan.Dah letih dia naik tangga turun tangga mahkamah.Tapi kesnya tidak selesai juga.Asyik ada penangguhan disebabkan Hakim bercuti dan kadang Muaz dan peguamnya tidak dapat hadir. Hemm...macam dirancang je.Yela kan,Muaz tu bekas polis,pernah masuk keluar mahkamah bawa kes.Hakim dan kakitangan serta yang terlibat dalam mahkamah tu sikit pun dia tak hairan.Semua kenalan dia.Kalau dia nak 'beli' mahkamah tu bila-bila masa.Takpalah,sabarlah hati.Mati tak akan mengundang andai belum tiba waktunya.Bisik Rina sambil memecut laju meninggalkan hingar bingar mahkamah.

                                      Di rumah,Muaz cuba sedaya upaya hendak memikat hati Rina.Bila masuk maghrib terus saja dia membentangkan sejadah di tempat yang mana ada Rina.Tak kiralah di dapur ke,di ruang tamu ke atau di permukaan pintu masuk janji Rina dapat melihatnya bersolat." Aik....nape abah solat tepi tangga tu.Kan tak bersih dan tempat orang lalu lalang" Tegur Aina sebaik melihat bapanya membentang sejadah di tepi tangga tingkat atas." Nanti senang mama nampak.Biar dia tahu yang abah ni solat bukan tak solat seperti yang dia tuduh.Kalau tak sampai ke mahkamah dia dakwa abah" Jawab Muaz sambil terus angkat takbir. Aina menggeleng kepala.Pelik..ada ke solat kerana takutkan isteri.Bermakna dia solat bukan kerana Allah,kerana manusia pulak...hemm....patutlah asyik tak aman je rumah ni.. Keluh Aina sambil pergi ke dapur.Dia sudah hilang daya fikir untuk mengatasi kemelut yang melanda rumahtangga ibubapanya.Pasrah.terima saja apa yang diputuskan oleh mahkamah. Tapi Aina dan adik beradiknya yang lain memang akur dan bersetuju andai ibubapa mereka berpisah.Bukan menggalakkan tapi mereka sudah tidak sanggup melihat ibu mereka tersiksa dan sering bergenang airmata. Mungkin perpisahan nanti akan menjadikan ibubapa mereka lebih baik dari sekarang.Itulah harapan Aina dan adik-adiknya.Cuma Aina bangga dengan ibubapanya yang kadang tidak suka bertengkar atau bermasam muka di hadapan mereka.Apa-apa yang berlaku semua di dalam bilik tanpa mereka dapat mendengar dan mengetahuinya.Melainkan ibu atau bapanya saja yang akan menceritakan perkara yang berlaku.

                                Aina dapat rasakan perbezaan pada bapanya setelah kes penceraian semakin hampir.Bapanya sering ke gym,bagi duit belanja sekolah dan ambil berat tentang anak isterinya yang satu lagi iaitu Aida.Cuma dia  tidak mahu pulang membuat giliran seperti yang sepatutnya ditetapkan oleh agama.
Namum Rina tidak yakin dengan perubahan drastik Muaz.Bukan kali ini dia berubah malah sudah banyak kali berubah demi mengelakkan dari tindakan mahkamah.Apabila Rina sudah sejuk dan mempercayai dirinya,benda yang sama akan berulang semula. Ah,itu permainan sandiwara Muaz bukan Aina tak tahu.

~bersambung~


KASIH SAYANG


Kasih sayang yang kita dambakan ini
tidak setaraf dengan kasih sayang
yang Allah laburkan kepada kita


Friday, 29 August 2014




PETUA UNTUK TAHAN LAMA..

- Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo…….Ewah ewah ewah…suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?Kat bawah nie ada petua untuk ‘tahan lama’.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2014 Dan sebelah lagi
pada 1 January 2015. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah…

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah……!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

SELAMAT BERTAHAN LAMA







BIARLAH

Biarlah orang taknak sayang kita,
Biarlah orang taknak rindu kita
Biarlah orang taknak hargai kita
Biarlah orang nak marah-marahkan kita
Biarlah orang nak fitnahkan kita
Biarlah orang nak hinakan kita
Biarlah orang nak maki hamun kita
Biarlah orang taknak hormat kita
Biarlah orang nak jauhkan diri dari kita
Biarlah orang nak mengumpat kita...

Itukan hak mereka.Sebab mereka belum menguasai hati dan diri kita.Doakan,agar suatu hari nanti hati kita menjadi sesuatu yang dirindui mereka.Mereka juga akan berperasaan sama seperti kita andai mereka diperlakukan begitu.Maafkanlah.

Sunday, 24 August 2014



PASRAH


Kadang kita redha dengan perpisahan,tetapi hati kita kadang tidak sanggup melihat dan mendengar orang yang pernah bertahta di hati kita berbahagia dengan orang lain.


REDHA



Jangan sedih andai dikau sentiasa berkaki ayam atau menaiki kenderaan yang buruk ke tempat kerja.Mereka yang berkereta besar dan berkenderaan mewah pun akhirnya diusung ke kubur dengan berjalan kaki juga.

Saturday, 23 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 31


                                " Rina dah makan ke belom ni,nak abang belikan ke atau nak masak" Tanya Muaz dengan lembut sebaik Rina balik dari kerja .Terkesima sejenak Rina mendengar nada suara Muaz yang begitu lembut dan romantik dan boleh mencairkan kepenatannya dari bekerja.Sudah lama Rina tidak mendengar nada sedemikian dari mulut suami kessayangannya.Seingatannya nada itu pernah dia dengar seawal perkahwinan ketika cinta mereka dihangat dengan seribu kemanisan berumahtangga. " Err..xpalah biar Rina masak je.Lagipun nak habiskan ayam dan sayur dalam freezer tu." Jawab Rina sambil menanggalkan tudung birunya dan tidak langsung memandang ke arah Muaz yang dari tadi asyik memandang wajahnya.Seolah-olah sudah bertahun tidak menatap wajah Rina." Abang rindu sayang,sayang jangan benci abang ye..abang tak boleh hidup tanpa sayang.Sayanglah satu-satu isteri abang dunia dan akhirat.Abang sanggup berbuat apa saja demi sayang,maafkan abang ye sayang" Pujuk Muaz sambil matanya bergenang dan hampir menitis tapi cepat-cepat dia menyekanya.Dia memegang tangan Rina tapi cepat-cepat ditarik oleh Rina.Baginya masa untuk minta maaf sudah tamat,Sudah beberapa kali dia telah beri peluang untuk Muaz berubah,bertahuh-tahun dia menunggu saat perubahan itu,namun Muaz tetap berdegil dan saja membesarkan egonya." Abang,kes kita dah sampai ke Mahkamah.Rina takkan berpatah balik." Jawab Rina ringkas sambil mengemas laci dan bersiap untuk mandi."Sayang,apa  kata kalau sayang tarik balik kes tu.Abang berjanji akan tunai semua yang sayang tuntut.Ok sayang,abang sanggup junjung Quran...nah kalau tak percaya,ni Quran ini menjadi saksi ..abanf bersumpah dengan nama Allah akan jaga sayang dan anak kita dengan sempurna seperti yang dikehendaki sayang.Abang akan bagi nafkah dan keperluan yang sayang minta.Abang akan serah semua harta atas nama sayang,ok tak sayang?" Pujuk Muaz tak putus asa sambil memandang Rina di birai katil.
                              "Abang,dah banyak kali abang bersumpah dengan namaAllah dan junjung Quran.Masuk kali ni dah lima kali.Abang jangan nak permainkan sumpah dan nama Allah,kelak makan diri.Sudah lah abang,alih-alih benda yang ni juga kita pertikaikan.Tak berkesudahan.Kita serah je pada mahkamah.Mereka bijak pandai boleh tentukan yang mana benar yang mana salah.Rina tak mahu jagi mangsa keadaan lagi.Cukup-cukuplah apa yang dilalui selama ini.Janji-janji macam yang abang sebut tadi bukan harini je,tapi setiapkali Rina nak fail kat mahkamah,janji mcam ni juga abang bagi,endingnya habuk pun takada.Sebab apa,sebab Rina ni bodoh,lemah,terlalu lurus.Macam budak-budak merajuk,bagi gula-gula sebiji dua lama-lama,ok.Hemm...tu Rina dulu,Rina sekarang dah lain abang.Maaflah banyak-banyak.Ok Rina nak mandi dan solat asar ni" Cantas Rina sambil cuba berlalu tapi di tarik oleh Muaz."Nanti dulu.Abang tak abis lagi cakap.Abang nak tanya dan harap Rina jawab dengan jujur,apakah Rina ada kekasih? Rina saja nak failkan kes ni kat mahkamah dengan bertujuan hendak lari dari abang dan boleh senang lenang dengan boyfriend ye...yela abang kan tua,tak hensom dan buruk." Muaz cuba memancing Rina, tapi Rina malas hendak berdebat kerana dia hendak mandi dan solat asar.Terus dia masuk dan menutup pintu bilik mandi meninggalkan Muaz terkulat-kulat dengan menunggu jawapan yang tak pasti. ~Bersambung~

Wednesday, 20 August 2014




KERANA DIA YANG ESA


Allah sengaja menyorok salah satu jalan penyelesaian dari masalah yang kita hadapi.Sehingga kita menjadi buntu.Kerana Dia mahu kita berfikir dan mencariNya di saat kesusahan.Kemudian Allah kembalikan semula jalan penyelesaian itu kepada kita semula.Untuk apa? Untuk kita tanamkan sifat bersyukur dan berterimakasih kepadaNya dan mengakui keEsaan dan KebesaranNya.




SUBUH YANG TERAKHIR





Andai subuh ini adalah yang terakhir buatku..

Biarlah pagi ini berbicara yang baik-baik tentangku
Biarlah pagi ini menyampaikan yang indah-indah perihalku
Kerana daku telah cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik
Demi sekujur jasad yang akan menemuiNya pada bila-bila masa

Tuhanku,sesungguhnya aku tidak layak untuk SyurgaMu namun aku jua
tidak sanggup berdepan dengan NerakaMu yang penuh keazaban
oleh itu kurniakan ku pintu-pintu taubat untukku menyucikan segala noda
dan dosa yang telah aku lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.Amin



Rempitan Cinta

Ya Robb...tolong kawal kelajuanku dari merempit di lebuhraya cinta agar aku tidak mengalami kemalangan jiwa yang boleh mencacatkan imanku.

Sunday, 17 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 30



                             Pagi-pagi lagi telefon bimbit Rina berbunyi.Cepat-cepat dia mencapainya di atas almari solek kerana mungkin pemanggil itu dalam kecemasan atau teramat memerlukannya."Waalaikumussalam,ye Dila,nape...oh ye ke....emmm....ktne....waktu habis keje la ye nanti selepas Rina angkut semua anak-anak balik sekolah dan bagi mereka makan dan sebagainya baru kita leh jumpa.....banyak-banyak sabar dan letak Allah di hati...kita ni siapalah yang hendak mengelak dari diuji....ya betul tu...ok ye Dila,Rina pegi keje dulu,anak-anak dah tunggu dalam kete tu...maaf ye..assalamualaikum."Sopan Rina menjawab panggilan dari sahabat lamanya yang setia mendapat khidmat nasihat dan motivasi dari Rina.Bukan Adila sahaja malah rata-rata kawan Rina di tempat kerja maupun kenalan yang lain suka mendapat khidmat nasihat dari Rina walaupun pada masa yang sama Rina sendiri sedang mengalami konflik jiwa dan rumahtangga.Rina tidak sedikit pun menjadikan konflik yang dia alami itu untuk menidakkan akan pertolongan dari sahabat-sahabatnya.Sebab itu ramai kenalannya termasuk kakitangan di tempat dia bekerja tidak tahu akan masalah yang dialami Rina.Bijak sungguh dia menyembunyikan kekusutan yang membalut jiwa.Biarlah senyuman ini sentiasa membalut perih di wajah kusamku,bisik Rina.

                         "Kau dah selesai semua jemput anak- anak kau ke" Tanya Adila sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di bangku KFC. " Ha ah....aku tak sempat nak masak lauk pagi tadi,Masak nasi je,.Tadi aku beli  lauk je dua tiga perkara cukuplah.Malam masak lain pulak".Jawab Rina sambil melilau memandang menu yang ada di atas meja."Kau nak makan apa Dila,jom gi order" Tanya Rina ."Aku takda selera sebenarnya snak makan,kalau kau rajin bangun,pegi lah ambik aku potato putar regular dan pepsi tu je" Jawab Adila sambil membelek telefon bimbit dan membaca mesej yang kelihatan berderet di inbox.Mukanya kelihatan benar-benar sunggul dan tidak terurus.Selalunya wanita yang bergelar jurutera elektrik di salah sebuah syarikat swasta milik Jepun itu seorang yang sentiasa kemas dan up to date.Tapi harini seperti orang dikejar hantu lagaknya.Tak sabar dia hendak meluahkan segala yang terbuku yang bermain di benaknya selama ini.Sudah puas dia mencari dan menghubungi Rina tapi Rina dan taliannya asyik sibuk memanjang.
                       "Ok..nah ini kau punya.....nasib baik tak ramai tak adalah aku nak berbaris panjang" Rina menghulurkan kentang putar dan pepsi kepada Adila yang macam orang hilang akal. "Kau ni kenapa,aku tengok dari tadi macam kucing jatuh longkang,dengan tudungnya senget,broochnya tak kena tempat kau letak,muka tak bermekup,nape? Kau gaduh lagi dengan Irwan tu? "  Rina mengomel sambil mengunyah french fries brserta dengan sos cili.Adila mengeluh lemah seoalah seksa sangat hendak dia muntahkan segala isi benaknya kepada Rina."Aku sebenarnya cemburu lihat kau dengan Muaz,bahagia,ceria,tenang.Bertuah kau dapat memiliki suami seperti Muaz,sayang kau,manjakan kau,apa yang kau nak semua dia ikuti.Dia pun seorang yang penyayang dan ambik berat tentang anak-anak,pendekata dia lelaki yang sempurna yang pernah aku kenal"  Puji Adila sebagai pembuka cerita.Terpancut air milo yang di dalam mulut Rina dan tersembur habis di atas meja."Oppsss...sorry...aku rasa nak termuntah tadi sebab dari pagi tadi aku belum makan apa-apa.Angin kot" Cepat-cepat Rina mengambil tisu dan mengelap meja percikan milo.
" Si Irwan tu aku rasa sudah sampai masanya aku bertindak,aku sudah banyak bersabar,sudah banyak beralah,aku ikut je  apa yang dia nak,tapi dasar lelaki tak guna,dasar kaki betina,memang tak pernah serik.Malam tadi kau tau dia balik pukul berapa dari klinik?  5.00 pagi .Pukul 7 pagi aku  dah nak pegi keje.Rumah tu macam homestay,selisih bahu je.Kalau dia dah tak mau tengok aku,dah jelak tengok muka aku,wat apa simpan aku? Cerai je.Tapi dah berkali aku minta cerai dia tak mau.Dia sayangkan aku lagi...sakit hati aku kau tau tak" Jelas Adila sambil memandang tepat ke arah Rina dengan mata yang bundar.
" Kalau aku suruh kau sabar,perkataan tu dh lama kau dengar kan.Macam ni lah,cuba kau letak masalah yang Irwan rasai ini pada kau.Seawal perkahwinan yang aku tau Irwan mau anak,tapi kau tak mau sebab kau nak wat master kat Australia.Fine. Selepas tiga tahun,Irwan masih lagi menunggu,alasan kau nak merasa kerja dulu.Irwan tu doktor perubatan,seharian dia bergelumang dengan berbagai masalah dan kerenah pesakit dan staff nya. Kalau kau lah,boleh sabar ke.Balik rumah dia nak release,kalau ada anak hilanglah sikit tensionnya.Ini asyik mengadap muka kau dah hampir lima tahun.Kau pula bukannya lekat sangat kat rumah ada je keje kau.Yang lekat kt rumah tu bibik kau.Tak kan si Irwan tu nak tatap muka bibik je.Cuba kau fikir.Pemikiran orang lelaki tak sama dengan kita perempuan ni. Kita kalau kat rumah banyak benda nak buat sebab tu kalau ada masalah boleh je hilang.Tapi orang lelaki ni dia tak mau nak serabutkan dengan banyak hal,mereka kalau relax,biar betul-betul relax,kalau sibuk,biar betul-betul sibuk.Sebab tu kalau mereka balik rumah,mereka dah tak mau fikir yang boleh menyesakkan lagi kepala hotak mereka,.Kau faham tak apa yang aku cakap?" panjang lebar Rina memulakan pendapatnya.
                                
                             "Kau jangan nak pentingkan diri kau Dila,kesian si Irwan tu.Kalau dia nak kawin kau izinkanlah sebab kau pun tak mau lahirkan zuriat dia,nak jaga body konon.Suami kita bukan milik kita sepenuhnya,Dia milik Allah.Allah pinjamkan sementara pasangan kita itu untuk kita menjaganya dan memberi kasihsayang dan cinta seikhlasnya.Dan Allah amanahkan untuk kita menjaga pasangan itu sebaik mungkin sehingga Dia mengambilnya semula.Samada dalam bentuk perpisahan di dunia ataupun perpisahan di akhirat.
Jangan jadi tamak.Kalau kau sendiri pun sudah tidak boleh hendak menerima amanah Tuhan,eloklah kau beri pada orang lain untuk menjaganya.Aku cakap direct je.Kalau kau nak terasa,terpulanglah.Tapi aku cakap yang benar.Aku tidak berpihak pada siapa-siapa sebab korang berdua kawan aku dari bujang lagi.Kau kena turunkan ego kau,kembali pada fitrah yang kau adalah isteri dia.Kemana pun kau pergi kau tetap isteri orang selagi tali syurga masih dalam genggamannya. Ingat,redha isteri pada doa suaminya.Sudah-sudah lah tu.Insya allah aku doakan suatu hari nanti kau juga akan memiliki cahayamaya yang comel macam kau,dan hensom macam Irwan.Aku ingin sangat tengok kau bahagia berpimpinan tangan dan sama-sama mendidik anak-anak sehingga dewasa.Seronok Dila kalau menjadi  ibu.Bahagia yang tiada harganya.Cubalah" Pesan Rina sambil menggenggam erat tangan Adila dan merenung anak matanya seolah-olah mengharapkan secangkir bahagia.

~Bersambung~

Monday, 11 August 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 29




                                  Muaz persis orang yang kena rasuk,mukanya pucat serta asyik memandang searah sahaja.Dunianya seolah menjadi gelap bagai di dalam gua yang tidak dimasuki cahaya.Terasa dunia ini kosong se kosongnya.Kemana arah dia selepas ini kalau benarlah perpisahan ini terjadi.Dengan siapa lagi hendak dia mengadu nasib dan bermanja.Adakah anak-anaknya akan membenci dan meninggalkan dirinya berseorangan,siapa nanti akan menjaga pakai minumnya.Oh Tuhan kenapa harus begini berakhirnya istana yang aku bina atas dasar kasih sayang.Kasih sayang? Benarkah? Atau aku saja yang mempunyai sifat demikian sedangkan di pihak Rina bertentangan.Apa salah aku? " Apa salah abang? banyak abang....cuba  abang renung ke dalam diri sebentar,apa yang telah abang lakukan yang paling terbaik untuk anak-anak dan isteri-isteri abang.Abang abaikan Aida dan anak-anaknya tanpa jengah khabar.Gantung tak bertali.Abang tak pernah balik sana semenjak akhir-akhir ini.Entah hidup ke entah makan ke mreka tiga beranak tu.Ada abang tanya pelajaran dan belanja serta pakai makan minum anak-anak di sana? Kat rumah ni pun sama,ada pernah abang solat bersama dengan anak-anak? Sepanjang kita kawin tak pernah Rina tengok abang mengaji Quran atau baca yassin walau sebaris.Apatah lagi nak menyuruh anak-anak solat.Abang menzalimi anak-anak dan isteri-isteri abang.Hak-hak isteri abang abaikan. Dah tu cemburu buta dan buruk sangka tak abis-abis .Dan pula abang tidak menghormati arwah ibu abang semasa hayatnya.Tak pernah Rina tengok abang bersalam dan mengucup pipi serta memeluk dia dengan penuh kasihsayang dan insaf apatah lagi hendak menyuap walau sebutir nasi ke mulutnya semasa dia sakit.Hendak memandikan dia jauh sekali.Tiap kali balik si usu dan si Rizal  dan along tu je yang suapkan dan mandikan dia.Tapi abang hanya memandang dari jauh,geli dan rasa mual tengok najis dan air kencing mak" Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Rina suatu masa dulu.Airmatanya mula mengalir laju membasahi pipinya yang agak tembam...Makkkk....maafkan Muaz mak....

                                 "Assalamualaikum kak...ni nak bagitau mak dah masuk hospital,mak kata nak tengok anak cucu serta menantu dia.Rindu sangat katanya,akak balik lah ye...bagitau abang Muaz sekali,assalamualaikum" bagitau adik bongsu Muaz dari kampung.

" Mana abang boleh balik,keje menimbun,biar si Rizal dan along dulu lah yang balik kita kemudian pun takpa.alah mak tu bukannya apa saja rindu lah tu,Kalau semua dah depan mata,baik lah dia nanti"
Sebulan kemudian mereka terima panggilan lagi dari kampung "Assalamualaikum kak,hospital dah tak boleh terima mak lagi katanya mak harus di bawa balik, Mak dah tak boleh nak bercakap laju,hanya sepatah-sepatah je dia pun dah tak berapa kenal orang,tapi masih lagi menyebut nak jumpa anak cucunya...dia harap sangat akak balik sebab dia nak teringin nak makan gulai ayam yang akak masak.Orang lain dia tak mahu,balik lah akak,bagitau abang Muaz ye kak,assalamualaikum" Pesan adik bungsunya lagi.
" Hemm...macam-macam lah si Usu ni..dia dan isterinya kan ada kt rumah tu takkan tak boleh nak masak gulai ayam tu.Nak tunggu orang kat sini juga.Kita dah lah jauh banyak kerja pulak tu.Kerja saya ni tak sama dengan orang lain.Susah orang nak ganti dan buat. Tengok lah minggu depan ke kita baliik nak selesai kerja ni dulu,nanti tertangguh siapa yang hendak sambung buat.Abang banyak nak bayar tau,mereka tau apa je"
" Balik lah abang,sekejap je,kalau abang tak mau balik biar Rina dan anak-anak je kesian mak tu rindu sangat dengan cucunya" pujuk Rina melembutkan hati besi Muaz." Rina kan rabun malam,dan  tak boleh drive waktu hujan,nanti kalau ada apa-apa yang berlaku siapa yang hendak tolong? Jangan nak cari pasal" Larang Muaz dengan tegas sekali. Beberapa minggu kemudian, adik bongsu dari kampung menghubunginya lagi tapi kali ini nadanya berlainan. " Assalamualaikum kak, maaf ganggu,mungkin ini kali terakhir Usu telefon sebab mak pun dah terus diam dan tak boleh menyebut nama sesiapa lagi...mak dah koma dan nazak,balik lah kalau akak dan abang rasa itu yang terbaik dan dia adalah ibu kalian,kalau rasa sebaliknya,tak apalah,assalamualaikum" Talian itu terus terputus da sepi seketika. Rina terus menghubungi Muaz.Berdebar-debar dadanya dan mundar-mandir tak tahu apa yang hendak dilakukan. Apakan daya dia terlalu taat akan suami dan tak mahu jadi isteri yang derhaka.

                                 "Abang kita balik awal pagi ye,nanti cepat kita sampai dan semuga dapat berjumpa dengan mak. Usu kata mak dah nazak tu"
"Sabarlah,nak cek minyak hitam dan brek ni dulu,kedai cina tu pukul 9 baru buka" Jawab Muaz selamba sambil membelek fail-fail tendernya yang berseelerakan di atas meja." Ya Allah abang..di saat mak abang tengah nazak pun abang masih nak relax dan masih boleh belek kerja lagi.Kenapa abang tak pergi servis minggu lepas,sabtu tu cina buka.Masa ni pula nak buat serba serbi.Kereta slain kan ada.Ada dua buah lagi tu simpan buat apa.Jom lah abang nanti tak sempat" Ajak Rina lagi dengan penuh resah. " eh awak ni kot iya pun bertenang lah,sempat punya,kalau ada rezki kita berjumpa dengannya alhamdulillah tapi kalau dah tak ada rezki nak buat macamana tu dah takdir tak dapat berjumpa" Jawab Muaz spontan.

"Ya Allah,tolong lah abang,kalau abang penat biar Rina yang drive abang tidurlah sepanjang jalan ok? Jom abang kita dah tak ada masa." Rina terus saja memujuk dan mendesak akhirnya Muaz mengalah.
           
                                   Sebaik tiba di kawasan  rehat dan exit plaza sempat lagi Muaz membeli belah dan minum-minum di situ tanpa rasa gusar akan keadaan ibunya. Seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku terhadap ibunya. Rina cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menunggu anak-anak serta suaminya masuk.Hatinya sudah berada di sisi ibu mentuanya.Rina berhenti pula di rumah abang sulungnya Jamil untuk Qasar dan Jamak sembahyang. Itupun dia ambik masa yang yang tergesa-gesa namun Muaz masih lagi sempat membelek suratkhabar di rumah Jamil.Jamil rasa serba salah untuk menyuruh mereka berangkat balik ke rumah mentua Rina memandangkan Muaz seolah tidak ambil kisah akan nasib ibunya. Tiba-tiba telefon Rina berbunyi " Assalamualaikum kak,..mak dah tak ada......"...berdetak jatuh telefon bimbit Rina ke lantai.Lututnya longlai tekaknya perit.Dia memandang Muaz.Tergamam seketika.Makkkkkk........
 

                                    Setibanya di rumah ibunya orang kampung memenuhi ruang,Rina dan anak-anak bergegas naik ke atas dan memeluk sekujur jasad yang telah kaku.Rina membaca Yassin diiringi anak-anaknya.Kelibat Muaz tidak kelihatan.Hampir setengah jam baru dia naik dan mencium wajah pucat ibunya.Airmatanya menitis laju.Lama dia menatap wajah tua dan tenang itu dan menutup semula kain batik yang menutupi wajah ibunya.Dia terus berlalu tanpa meninggalkan secebis yassin sebagai sedekah untuk arwah ibunya. Jenazah telah dibawa ke kubur.Adik beradik Muaz yang tiga orang itu semua turun ke dalam liang lahad menyambut jenazah dan menimbusnya. Muaz hanya berdiri di birai kubur sambil berpayung kerana hujan turun dengan rintiknya.Dia menyingsing kaki seluar takut dikotori oleh tanah kubur ibunya.Dia tidak menyentuh tanah kubur arwah ibunya walau seketul kerana dikuatiri kotor dan berkuman.Sedangkan adik beradiknya yang lain habis berlumuran dengan selut dan lumpur.Semua yang hadir hanya memandang gelagat Muaz dengan menggeleng kepala dan istighfar....Ponn..ponnnn..ponnnn....tiba-tiba lamunan Muaz terhenti bila bunyi hon yang kuat menusuki telinganya." Abang buat apa kt bawah jambatan ni? Dah dua kali saya round tengok abang tak gerak-gerak.Abang sakit ke" Tanya Jamal salah seorang pekerja Muaz.
" Oh...ya...saya kat sini ke tadi? Ya Allah...entahlah Jamal saya pun tak sedar bila saya park kat bawah jambatan ni.ManyaAllah dan maghrib rupanya ye...terimakasih Jamal,biar saya balik dulu" Ucap Muaz sambil memecut keretanya ke rumah. ~ Bersambung~



Sunday, 10 August 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 28


                         
                              Suasana di dalam rumah semi D dua tingkat itu begitu muram .Anak-anak pasangan itu semua menyendiri di dalam bilik masing-masing melayani perasaan dan cuba menjawab setiap persoalan yang berlaku di antara kedua ibubapa mereka.Kasihan mereka,dalam seusia begitu mereka tidak sepatutnya dihidang dengan permasalahan yang tidak perlu mereka kongsikan.Seharusnya mereka masih di dalam situasi yang menggembirakan dan ceria serta tenang.Mereka perlu memberi penumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan perkembangan fizikal dan mental,tapi,,, Ah..biarlah mereka belajar tentang kehidupan ini walaupun hanya tempias.Sekurang-kurangnya mereka harus sedar bahawa masalah orang lain boleh mendewasakan dan mematangkan mereka juga. Biar mereka sedar kehidupan yang senang tidak akan berakhir dengan kebahgiaan dan kehidupan yang susah tidak akan berakhir dengan penderitaan.Maka itu harus berwaspada pada setiap rencah kehidupan.

                         Perlahan Rina menatap wajah Muaz dan merenung anak matanya.Terlalu berat hendak dia luahkan segala apa yang telah terancang dan telah diputuskan tanpa pengetahuan Muaz.Muaz kebingungan menanti setiap patah yang akan keluar dari bibir Rina."Rina minta ampun dan maaf,hanya setakat ini sahaja yang Rina mampu mempertahankan.Rina tidak dapat meneruskan perkahwinan ini.Bukan Rina membenci,bukan menidakkan kasihsayang dan kesenangan yang diberi tapi Rina tidak sanggup hidup dalam kepuraan dan hipokrit.Mungkin Rina bukan isteri dah ibu yang terbaik untuk abang dan anak-anak.Abang carilah isteri yang lebih baik dari Rina ye...Rina jahat,Rina degil dan keras kepala kan..Jodoh kita terhenti setakat ini saja.Mungkin kita ditakdirkan untuk lebih baik menjadi seorang sahabat dari menjadi pasangan suami isteri.Semua ini Qadar dan qadar.Maafkan Rina abang.." jelas Rina sambil menyeka setiap titisan airjernih yang menerjah laju di pipinya yang cengkung.Muaz terkedu." Err,,,er,,,,,apa...Rina dah pergi ke Mahkamah ye...bermakna....kes ini dan sampai ke sana ye....kkenapa Rina sanggup buat macam ni,Rina tak sayang abang ke? apa salah abang ? sampai hati Rina hendak meninggalkan abang...abang boleh mati tau Rina..abang dah takda siapa lagi dalam dunia ni selain Rina dan anak-anak.." Muaz tidak dapat menahan perasaan dan terus memeluk Rina sambil melutut di kaki Rina yang duduk di birai katil.

                      "Tolong lah abang..rina dah tak boleh...selama ini pun Rina hanya bertahan kerana anak-anak je..nak tunggu mereka besar dan faham.Rina dah bagi peluang dah lama kat abang untuk abang berubah,Rina bukan mau harta,bukan mau gelang sampai ke siku atau kereta mewah,cuma mau abang jadi seorang suami dan seorang bapa yang benar-benar dituntut oleh Islam tu je...Tapi abang sedikit pun tak mau ikut kehendak Rina dan nasihat Rina abang ego,abang pentingkan kerja dan duit semata.Abang abaikan kebajikan anak isteri.Rina tak kisah walau sekujur tubuh ini tidak disalut dan disarung emas berkilau walau sejanggut udang sekalipun asalkan abang tunaikan kewajipan terhadap Allah dan anak-anak.Abang tak mau berjiran,tak mau ke masjid tak mau ziarah sedara mara tak mau bawa anak-anak bersiar-siar bila hari cuti,susah ke kalau itu yang Rina minta?Benda yang sama juga menjadi persoalan dan benda yang itu juga yang abang tak dapat tunaikan.Itu tak termasuk nafkah zahir dan batin......" jelas Rina lantas cepat-cepat dicantas oleh Muaz.
"Dah..dah jangan sebut pasal itu..ok..ok..abang mengalah...abang janji akan lakukan semua itu untuk Rina ye sayang..tolong jangan tinggalkan abang Rina..abang akan mati tanpa Rina..tolonggg..cakap saja apa yang Rina mahu abang lakukan..." Muaz masih lagi memegang kedua kaki Rina persis seorang anak yang bakal dihukum. "Rina bukan macam tu,Ini pun Rina tak mau.Seolah-olah abang berubah kerana Rina,ini sudah dayus namanya.Masyarakat akan mencemuh perubahan yang macam ni.Berubah lah kerana Allah. Dan satu lagi Rina mau abang berlaku adil dengan Aida..kesian dia.Apa nasib dia yang abang tinggal begitu sahaja.Anak-anak di sana,apa nasib mereka...." Rina cuba menjelaskan lagi tapi cepat-cepat juga Muaz menyanggah.Pantang sekali dia bila sebut nama Aida.Entah kenapa  dia terlalu sensitif dengan nama Aida..
                   "Abang..macam ni..kita berpisah hanya untuk mengenali diri antara satu sama lain.Mungkin dengan perpisahan ini kita mendapat keputusan dan kehidupan yang lebih baik dari ini.Kita tidak tahu semua ini takdir Tuhan yang telah tersurat dalam perkahwinan ini.Mungkin selama ini kita ego dengan sikap masing-masing.Kita tak ada masa dan ruang untuk memikirkan perihal dan kelakuan diri.Dengan terjaraknya hubungan kita,insyaAllah kita akan lebih sedar di atas kesilapan masing-masing...percayalah Rina tak akan pernah membenci abang dan kita akan sentiasa berhubung demi anak-anak kita." Rina masih lagi memujuk supaya Muaz dapat menerima kenyataan.Namun tidak semudah itu Muaz akan akur dan terima membuat keputusan berpisah dengan orang yang dia sayang separuh mati. ~ bersambung~


Saturday, 9 August 2014




 Ku Rindu Kamu


Nak di cium jauh
Nak di peluk tak tercapai
Nak di belai tiada di sisi
Nak di renung tak nmpak
Hanya namamu
Terpahat di hatiku
Serta doa yang
Sering mengiringi
Di kala sunyiku


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 27




                           Hari demi hari kebahagian Rina dan Muaz semakin terhakis oleh arus deras cemburu buta dan kasihsayang yang disalah gunakan.Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan oleh Rina demi untuk menyelamatkan rumahtangganya yang dibina hampir 19 tahun.Dia tak diam anak sulungnya sudah menjadi gadis yang cantik jelita sepertinya dan mempunyai anak teruna yang tampan dan berbudi pekerti. Rina terpaksa akur andai sesuatu yang tidak terduga terjadi di antara dia dan Muaz...ya..dia sudah benar-benar bersedia menghadapi apa saja rintangan.Aku perlu kuat,aku takkan mati demi kehidupan anak-anakku.Akan ku kutip semua sejarah hitam ini dan akan kubukukan menjadi sebuah novel untuk tatapan pembaca khususnya wanita seperti aku.Biar wanita dan kaum ibu di luar sana mengerti bahawa kita tidak seharusnya beralah pada masalah dan kesulitan.Kita harus ada pegangan. Harus ada sesuatu yang kita pegang.Contohnya aku berpegang pada kasihsayang terhadap anak-anakku serta masa depan mereka.Akan aku gagahi dan aku mesti hidup untuk mereka.Justeru itu aku harus tempuh dan redah apa-apa yang merintangi pandanganku takkan ku toleh ke belakang lagi.Ketika itulah kekuatan akan timbul kerana di benakku hanyalah ada anak-anakku.

                       Esok Rina harus menemui abang sulungnya Jamil di kampung.Kisah ini akan diceritakan setiap baris.Tapi percaya kah mereka?..Sedangkan selama ini sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata yang besar remaja tak pernah dengar pun walau secebis kisah duka.Selalunya ceria dan penuh romantik.Tiba-tiba hujan tak ribut taufan tak,terus tsunami pula. Ishh...ini kisah bohong yang saja direka-reka. " engkau kan pelakun teater terkenal.Dapat title pelakun wanita terbaik lagi,memang lah kau pandai buat skrip kan" bentak Jamil setelah habis semua episod sedih ditumpahkan kepada abang sulungnya. Rina sedikit pun tak gentar dan rasa rugi menceritakan tanpa ada yang menitis airmata atau menunjukkan muka simpati.Dia memang sudah agak dari awal situasi begini yang akan dia terima.Siapalah yang hendak percaya bila mengenangkan kesopanan dan ketertiban Muaz di depan ahli keluarga.Walaupun selama ini semua aib dan semua rahsia enam jahanamnya ditutupi oleh manisnya bicara dan kesabaran Rina.
Kalau lah mereka tahu yang selama ini Muaz tidak pernah solat dan berpuasa sepenuhnya,rasa-rasanya sudah lama Muaz terpelanting terkeluar dari keluarganya.Begitu juga andainya masih ada hayat arwah ayahnya,tahulah nasib muaz kalau tidak solat dan berpuasa.Arwah ayah Rina amat tegas dalam mendidik anak-anak terutama solat.Beliau tidak akan menjamah makanan yang dimasak oleh tangan-tangan yang tidak solat tanpa sebab.Keluarga Rina tidak tahu yang selama ini bila setiap balik kampung,Rina tak lena tidur memikirkan rahsia Muaz takut terbongkar.Rahsia Muaz yang tidak solat.Rina terpaksa kejutkan Muaz semata-mata pergi cuci muka persis orang ambil wuduk supaya mereka tahu yang Muaz sudah solat subuh.
"Tolonglah bangun sekejap.Ini sudah pukul 6.30..abang masih berdengkur,orang mesti perasan abang belum bangun.Bangun je pergi basuh muka lps tu tidurlah balik,tolonglah jangan malukan Rina biarpun abang tak malu kat Allah"..dan pernah Rina ucap "Maarobbuka" dan "Innalillahiwainnailaihi roojiun" di telinga Muaz semasa kejutkannya dari tidur.Pun tak berganjak dia dari menarik kain selimut.Ya Allah jentikkan lah walau seinci di hati dan benaknya agar dia kembali kepada keesaanMu ya Allah....

                "eh,kau ni nape Rina? Kau ada skandal ke,kau dah tak ingat anak-anak ke.." Jerkah Jamil setelah soalannya dari tadi tidak dijawab oleh Rina.Tersentak terkejut Rina bagai halilintar menyambar memanah jantungnya."Ya..ya..Rina tau Rina yang failkan penceraian ini.Sebab Rina sudah tak tahan dan tak sanggup hendak meneruskan perkahwinan ini abang...tuduh dan katalah apa saja yang abang mahu..bunuhlah Rina abang kalau tindakan Rina ini memalukan keluarga.Tapi Rina lakukan ini semuanya kerana Allah,kerana anak-anak dan kerana madu Rina,Aida." jawab Rina tersekat-sekat sambil berderai airmata.
"Bodoh.Tak sangka kau sebodoh ini tindakan kau.Takkan kau tak boleh bertolak ansur dan berbincang.Takkan kau tak ada cara lain selain bercerai?..Yang kau kesiankan si Aida tu nak buat apa,lantaklah dia,itu bukan masalah kau,itu masalah Muaz.Tak perlu kau nak masuk campur urusan rumahtangga dia,Kau jaga rumahtangga kau sudah.Kau dah fikir habis nak jadi janda? kau tau dunia dan nasib janda?Teringin sangat nak jadi janda ye?Kau boleh bela anak-anak sendirian?Banyak sangat ke harta dan duit kau yang gatal nak hidup menjanda? Dasar bodoh, tak tau bersyukur." bentak Jamil lagi dengan habis keluar semua lava berapinya.
                  "Biarlah apa yang orang hendak tohmahkan.Hanya Rina dan Tuhan yang tau..tak perlu hendak ditegakkan lagi,memang tiada siapa akan percaya dan menyebelahi Rina.Sebab itu masalah ini biar mahkamah je yang putuskan Sebab di sana terdiri dari bijakpandai dan tahu hukum hakam perkahwinan.biar mereka yang adili.Rina tak sedih dan mengharap andai tiada siapa ynag memihak pada Rina.Hanya sekadar ingin memberitau sahaja bahawa kes ini telah difailkan di mahkamah syariah. Terimakasih abang dan maafkan Rina kerana terlalu banyak menyusahkan abang sekeluarga,biar Rina balik dulu,assalamualaikum" Ucap Rina sambil mencium tangan abangnya dan kakak ipar lalu terus berlalu dari situ dengan hati yang kosong dan sepi. ~ bersambung~
                       

Tuesday, 1 July 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU


 EPISOD 26


                    

                             Rizal menarik nafas panjang seolah terlalu berat hendak dia lepaskan semula.Memikir masalah kelurga abangnya ini umpama menarik benang dalam tepung dan umpama memikul bebanan satu lori treller.Bukan dia tak kenal dengan perangai abangnya tu.Dia dulu pernah bekerja berpuluh-puluh tahun menjadi orang kanan Muaz,akhirnya terpaksa berundur sebab sudah tidak boleh bersabar dengan perangai panas baran,ego dan kedekut Muaz.Lebih baik dia buka kedai makan selesa dan tenang hingga sekarang.
Kisah-kisah dan cerita yang Rina bagitaunya semalam masih lagi menghantuinya,Kesian pun ada.Padan muka pun ada.Kesian sebab memikirkan nasib anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM .Bagaimana nasib anak-anak ti selepas penceraian.Kesian kan Rina bagaimana nanti dia hendak menyesuaikan diri dengan hidup sebagai ibu tunggal.Sedangkan selama ini dirinya dikongkong sepenuhnya oleh abangnya yang cemburu buta dan buruk sangka.Hendak ke pejabat pos dan nak bayar bil-bil pun tak tau di mana.Nak bawa anak bersiar-siar pun tak tau mana hala nak tuju.Yela..kalau mengikut cerita yang kakak ipar dia cerita tu,setiap hari minggu dan cuti umum suaminya asyik baring dan lepak depan tv,pejam celik,bangun pergi tandas,mandi,makan,lepak tidur lagi depan tv..hingga habis seharian macam tu..anak-anak pun terpaksa lah kena ikut macam tu.Nak keluar rumah? Nak mamposss??...Siapa nak rasa penampar dan penumbok,cubalah. Tapi anak-anaknya semua akur. Adus..berat tu...berat...takkan macam tu sekali abang aku ni...tapi yang ni bahaya. Palimg bahaya kalau betullah abang aku wat macam tu kat kak Rina...

                      Semakin tak tentu hala Rizal dibuatnya.Buntu.Abangnya tak dapat memberi nafkah zahir dan batin dengan sempurna.Zahir tu memang dah agak dah sebab memang dasar kedekut bakhil. Tapi yang batin tu.Tengok macam ok je...kalau dengar dari cakapnya..huh..ngalahkan pasangan remaja...macam tak percaya pun ada cerita kak Rina ni...Betul ke abang Muaz tu asyik lembek je....bukan harini tapi dah dekat enam tahun macam tu...lepas tu mereka dah tak tidur bersama,seorang tingkat bawah sorang tingkat atas...engkau dengan cara engkau,aku dengan cara aku...hidup tak ubah sewa bilik hotel.Duduk satu rumah tapi semuanya berasingan.Seharian tak tengok muka memasing hanya berselisih saja...ishhh...macam tak masuk akal je...Anak-anak semua bawah jagaan kak Rina.Yang abang aku pula,asyik kira duit untung dan jaga kesihatannya je....Berubat pun dah bermacam tempat pergi hendak pulihkan tenaga batin abang tu.Tak juga sembuh.Solat pula langsung tidak.Tinggi betul kesabaran kak Rina ni.Tabahnya dia.Macamnanalah dia boleh menanggung semua tu tanpa ada yang mengetahui dan membantunya selama ini.Dan dalam diam-diam rupanya mereka dah dirujuk ke pejabat agama untuk diminta kaunseling tapi dasar sombong dan ego abang aku tu..tak pasal-pasal kena maki je pegawai kaunseling tu..Entahlah.Selama ni pun bukan aku tak cuba nasihatkan dia,dah berbuih mulut.Abang Long pun pernah nasihatkan dia,pun macam tu,last-last dituduhnya kami ni cemburu akan rumahtangga dia...suroh pula kitaorang jaga rumahtangga memasing.Memang keras hati betullah.Patutlah emak pun dah tak ada suara nak bercakap dengan dia.Ya Allah,ampunilah dosa abang aku.Lembutkanlah hatinya dan berilah dia taufik dan hidayahMu. Panjang lebar Rizal mengomel sendiri sambil berguling-guling atas sofa.Dia menjenguk anak-anak dan isterinya di bawah yang terbaring atas toto.Mereka semuanya dah lama dibuai mimpi hanya tv bersiaran sendiri tanpa ada yang memberi perhatian padanya... ~bersambung~

Tuesday, 17 June 2014




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 25



                         Rina sudah buntu dengan masalah rumahtangga.Terasa setiap rongga dirinya dipenuhi nanah berbisa dan bila-bila masa saja akan membusuk.Fikirannya sudah bercelaru.Sekuat manalah sangat hati dan perasaannya untuk menelan semua racun dan dusta yang saban hari terhidang di dalam rumahtangganya.Selain pada Allah,dia tidak tahu lagi untuk mengadu "Hasbiayallahu wanikmal wakil.La haulawala Quwwatailla Billa Hil A'liyyil azim" hanya kalimah itu yang sentiasa menemaninya ketika gusar dan galau.Sebelum ini segala kepahitan dengan seribu perasa telah dia kecapi,kali ini dia ingin mencuba meluahkan apa yang terbuku dibenaknya untuk dikongsi dengan adik iparnya Rizal."Ishh..boleh caya ke si Rizal tu.Buatnya dicerita semua pada Muaz pula,naya aku.Tapi,siapa lagi aku nak cerita.Kat famili aku...emm..dah tau dah apa jawapannya.Memang aku juga yang mereka kecam.Siapa nak percaya dengan cerita aku ni.Takda bukti yang jelas.Tak ada video dan perakam suara.Takpa,biarlah apa yang Rizal nak kata.Itu abang dia.Biar dia yang nasihatkan.Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang abangnya telah lakukan terhadap rumahtangga ini.Bukan aku nak aibkan Muaz dan nak kata aku yang terbaik,tapi sekadar hendak meminta pendapat yang terbaik demi menyelamatkan rumahtanggaku"

                    "waalaikumussalam,sekejap ye,kak Rina ke tu?" tanya suara dari dalam rumah sebaik sahaja Rina memberi salam. "Silakan masuk kak Rina,dengan anak-anak je ke..abang Muaz mana" pelawa Siti isteri Rizal sambil mempersilakan Rina dan anak-anaknya sambil dia mengangkat pakaian yang berselerak serta buku di atas sofa dan juga meja tamu.Di wajahnya menampakkan perasaan malu dan segan terhadap birasnya yang sentiasa kemas dan bersih menguruskan rumah."maaf ye rumah bersepah,maklumlah mereka ni lasak,dah kemas berkali-kali pun,pusing je belakang,dah berterabur balik,haha....duduklah ye akak,siti nak ke dapur jap, Rizal tengah solat asar kat surau,jap lagi balik lah tu.." Siti memohon diri dan berlalu ke dapur.
"Eh..tak payah susah-susah Tie,kak Rina dan anak-anak baru je lepas makan balik keje tadi.Kebetulan harini akak balik awal sebab badan tak sihat,lepas tu ada hal sikit nak cakap dengan Rizal.Ni pun tak lama sebab abang Muaz korang belum balik lagi,nanti dia balik tengok kami tak ada kat umah bising pulak.Ni pun kata nak hantar baju ke rumah Tie" sanggah Rina." ala,takpa bukannya susah sangat pun,air bujang je..." jawab siti dan terus menghilang ke dapur.Tak lama kemudian bau bawang putih goreng semerbak memenuhi ruang tamu...bunyi minyak menumis dan menggoreng memencit-mencit ke telinga Rina membuatkan perutnya tiba-tiba lapar.Emmm..tadi kata nak buat air bujang je,tapi...si Siti ni memang,tak sah kalau tak hidang makanan yang berat-berat kalau sesiapa yang datang ke rumah dia.

                       " Assalamualaikum.." suara lelaki di luar memberi salam di susuli dengan suara-suara kecil mengikuti salam bapanya. " Walaikumussalam...ohh..Rizal dah balik..." jawab Rina sambil melebarkan senyuman pada Rizal dan dua anak lelakinya. ~ bersambung~

Sunday, 15 June 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 24



                         Aida kebingungan melihat perubahan pada diri Syukri anak sulungnya.Dulu dia tak reti nak bersalam dan cium pipi ibunya bila setiap kali mahu keluar.Nada percakapannya pun lain  dari biasa.Tak kasar dan biadap.Kali ini dia penuh dengan kesopanan.Ishh...nape ngan budak ni.Buang tabiat ke...ke nak mampos mcm mak tiri dia tu...ishh tak faham aku...bisik hati Aida keseorangan.Dia tidak tahu secara diam-diam Rina telah 'mencuri' Syukri dan membawa balik ke rumahnya.Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan mereka adik beradik walaupun berlainan ibu." Yang awak bawa balik si Syukri ni buat apa? Nanti kalau maknya tau mcamana? Awak ni..memandai je.." tegur Muaz kurang senang dengan tindakan Rina yang membawa balik anak tirinya." Ala abang ni..apa salahnya.Mereka kan adik beradik yang sah.Itu pun dah terlewat.Sepatutnya dari kecil lagi mereka hidup bersatu dan kenal antara satu sama lain." jawab Rina sambil membuka peti air mencari bahan-bahan untuk di masak." Syukri nak makan apa sayang biar mama Rina masak ye..emm..mama Rina tau syukri suka makan daging masak merah kan...ok nanti kita masak ye..makan puas-puas tauu..." Rina cuba mengambil hati anak tirinya.Syukri amat sayang kat Rina mengatasi ibunya.Kebaikan dan keperihatinan Rina terhadapnya jauh berbeza dengan Aida.

                        Anak-anak Rina kurang senang dengan kehadiran abang tiri mereka kerana wataknya berbeza berbanding dengan mereka." mama..abang Syukri tu lama ke tinggal kat rumah kita? " tanya Muhammad Hasnol Hakimi dengan muka mencuka." Ha ah..nape..sekarang kan cuti penggal seminggu.Biarlah dia tinggal kt sini..sian dia duduk sorang-sorang kat rumah.Mama dia tu bukannya jenis tunggu rumah,sibuk memanjang dengan kerja pejabatnya.Lagipun mereka selalu je bertengkar. Nape Akim tanya macam tu..tak suka ke dia tinggal kat sini?" jelas Rina panjang lebar sambil sibuk memasak makanan kegemaran anak tirinya. " Bukan apa..abang Syukri tu tak suka solat.Pastu suka melepak. Cakap pun tak senonoh.Kami tak suka dia.." jelas Akim. " Ishh...tak baik cakap macam tu.Kan dia abang korang jugak.Kesian dia dah tak ada adik beradik lain.Adik dia Nani tu kecik lagi dan tinggal ngan jiran siang malam.Abah korang pulak dah lah tak suka balik sana. Sebulan sekali pun tidak.Abis tu dia nak bersembang dengan siapa?..Dah...dah..nanti pelan-pelan ajak dia solat,dan cakap lembut-lembut dengan dia.Lama kelamaan dia akan terikut cara kita,ok?" Pujuk Rina terhadap anak-anaknya.

                     " Abang, nanti petang kita pergi beli baju Syukri ye,kesian dia tak ada baju.Asyik pakai baju ni saja" Rayu Rina sambil menjeling manja ke arah Muaz yang sedang menonton tv. " Awak nak tau tak,Aida tu pantang kalau saya sebut nama anak-anak kita kat sini,menggerutu muka macam memerang. Itu belum saya ajak anak-anak ni pergi sana. Dia siap pesan,jangan seorang pun keturunan sini nak jejak kaki di rumahnya.Huhh..tak sedar diri,rumah tu bukan dia yang beli.basuh kaki je dia masuk rumah dulu. Berlagak." rungut Muaz dengan muka yang meluat mengingati Aida. " Biarlah abang.Memanglah dia sukar hendak menerima hakikat bermadu.kita doakan je lah dia berubah.Yang abang pun satu nape dah tak reti-reti nak balik sana? Dah berbulan dah.Tak baik tau.poligami kena adil.Kalau tidak boleh berlaku adil,kahwini je salah seorang sebabb......" belum sempat Rina menghabiskan hujjahnya Muaz terus menyampuk. " Ahhh..tak payah awak nak jadi ustazah kat saya.Saya tau apa saya buat.Saya bukan tak mau balik sana,tapi semenjak saya dah banyak kali terserempak dan terjumpa benda-benda yang dia masuk dalam makanan,tempat tidur,macam-macam lagi, saya dah fedup.Saya memang tak gemar kaki bomoh ni.Semua tempat di taburnya.Naik seriau saya dibuatnya." Muaz naik angin tanpa ribut dan hujan."Biarlah abang.Benda-benda macam tu tak kekal lama.Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.Err...abang dah so....." sekali lagi percakapan Rina tercaras." Ishhh..bisinglah awak ni.Suka nak arah orang itu ini,awak ingat saya ni budak tadika ke semua nak kena cakap?Jap lagi saya solat lah" Bentak Muaz sambil menjengilkan mata ke arah Rina dan berlalu dari situ.Rina pun cepat-cepat bangun dan mengintai-ngintai balik kabinet samada suaminya ke bilik air ambil wuduk atau sebaliknya. Sebab waktu maghrib hampir tamat.Rina sudah tidak larat menjadi mata-mata gelap dalam rumahnya,setiap kali masuk waktu solat dia mengerah anak-anaknya berjemaah dan selepas itu mengaji Quran. Tapi dalam masa yang sama dia juga ustazah kepada suaminya..Ya Allah besarnya dugaan terhadap Rina.Mendidik anak-anaknya tidaklah sesusah mendidik suaminya.Sebab anak-anaknya telah diasuh dari kandungan lagi.Anak-anaknya berjemaah tanpa bapa.Kadang Rina yang mengimani solat lima waktu.Muaz seperti biasa,balik kerja terus terkam juadah bawah saji dan masuk bertapa dalam mini pejabatnya.Berhenti sekejap untuk mandi dan masuk ke mini pejabat lagi sehingga dia berpuashati dengan urusannya.Anak?.Ah..biarlah mak dia kan ada...lagi pun mak dia kan dah ada kerja boleh bagi belanja kat mereka tu...  ~ bersambung~
                          
                           

Friday, 13 June 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 23




                         Hari ini hari penyerahan buku rekod atau buku pelapuran pelajar.Rina tak tau yang mana dulu hendak pergi.Empat orang anak,bermakna empat sekolah hendak dia jengah.Sedangkan dalam masa yang sama dia seorang guru.Ya Allah...berilah aku kekuatan.Berilah aku daya fikir yang sihat dan bernas.Bantulah aku Ya Tuhan untuk menyelesaikan pembelajaran anak-anakku.Rina terpaksa menipu pengetuanya bahawa suaminya berada di luar kawasan dan tidak dapat menghadiri program penyerahan buku rekod anak-anaknya.Terpaksalah dirinya seorang yang mengurusnya.Padahal memang pun dia seorang yang selama ini menguruskan pembelajaran anak-anaknya tanpa bertanya kabar oleh Muaz."Er,,cikgu..maafkan saya,boleh tak saya ambil dulu kad pelapuran anak saya ni sebab saya hendak pergi ke sekolah anak saya yang nombor dua pula" bisik Rina tanpa segan silu pada guru kelas anak sulungnya.Terpaksa dia menebalkan muka di hadapan ibubapa yang lain.Guru itu mengangguk tanda faham dan simpati dengan keadaan Rina.Memang kebanyakan guru-guru dan kakitangan di semua sekolah anak-anak Rina mereka sudah faham dan tahu serba sedikit sejarah hidupnya.Pada mulanya mereka ingat Rina seorang ibu tunggal kerana tak pernah nampak bayang Muaz datang ke sekolah.

                   Selepas satu sekolah ke satu sekolah sehingga habis kad pelapuran anaknya diterima barulah Rina berasa lega dan kembali bertugas.Begitulah tugasan Rina yang tidak kehabisan dari seawal subuh hingga larut malam.Itupun Muaz selalu terlepas pandang dan menganggap Rina sentiasa relax dan tidak banyak tugasan selain dia.Malas Rina untuk berdebat dalam perkara sedemikian.Penat rasanya untuk memikirkan semua itu.Kepalanya sudah penuh dan perlu ada sedikit ruang untuk berehat.Muaz tidak pernah bertanya tentang pelajaran anak-anak apatah lagi tentang kewangan dan perbelanjaan sekolah.Kalau Rina tidak meminta bermakna dia anggapkan Rina sudah selesaikan semuanya.Bermakna kalau Rina dan anak-anak mahukan belanja,mereka kena sentiasa mengingatkan dan meminta.Aduss..sampai bila? Dalam rumah pun kena jadi peminta sedekah ke? Wahai hati bersabarlah dikau,Allah kan ada.

             Kepenatan Rina tiba-tiba diganggu oleh panggilan telefon." Assalamualaikum,Kak,ini Zul,abang di mana kak? Dari tadi Zul call tak angkat" sapa Zulhairi adik bongsu Muaz di kampung. "Waalaikumussalam,oh Zul,ingat siapa tadi dah tukar nombor baru iya,abang keje,agaknya dia tak cam nombor baru Zul sebab itu dia tak angkat."Jawab Rina sambil membela Muaz.Padahal Muaz memang susah hendak menjawab panggilan telefon kalau tak ada kaitan bisnes dengannya." Takkan langsung tak angkat,manalah tau kalau nombor ni pelanggan dia..saja lah tu..ni Zul nak bagitau,mak sekarang tak sihat.Dia kalau boleh nak sangat akak dan anak-anak semua balik.Rindu sangat dia kat cucu-cucunya kt perak.Abang Long dan Abang Rizal dah balik minggu lepas.tu yang mak rasa terkilan akak dan abang Muaz tak balik sama" Jelas Zulhairi seakan-akan menahan sebak.
"Ya Allah yeke dik...akak tak kisah boleh je ambik cuti.Abang Muaz tu la tak tau macamana boleh cuti ke tak,akak ni tak reti nak drive balik sana .Akak takut tak biasa.Lagi pun abang Muaz tu memang tak benarkan akak drive sorang-sorang balik kampung.Nantilah akak bagitau dia ye dik..kirim salam kat mak cakap akak dan abang serta anak-anak akan balik dalam minggu ni".Janji rina terhadap Zulhairi."Emm..ok kak terimakasih ye..jangan lupa bagitau abang ye,assalamualaikum" Zulhairi menamatkan perbualan.
"Waalaikumussalam..." perlahan Rina mematikan handsetnya.Fikirannya menerawang ke kampung membayangkan keadaan mak mentuanya yang sakit darah tinggi,kencing manis dan buah pinggang.Dia tahu mak mentuanya sangat merinduinya bukan saja waktu sakit malah waktu sihat pun sebab Rina terlalu rapat dengannya." Mak tak kisah kalau orang lain tak balik pun asalkan Rina dapat balik.Mak tak reti dan kekok dan minta tolong menantu-menantu mak yang lain,mereka tu tak sama dengan Rina.Bila balik je ke sini isteri Rizal dan bang Long tu terus je bawa barang masuk bilik,tak keluar-keluar dah.Kalau keluar pun bila nak mandi dan makan. Kadang bersalam dan bertanya khabar mak pun tidak.Tapi mak tak kisah asalkan mereka bahagia" teringat luahan mak mentuanya semasa dia balik beraya dua tahun yang lalu.memanglah kalau Rina balik kampung sesampai je terus cari mak mentuanya dan peluk cium persis ibunya sendiri.Lepas itu diurut-urutkan tempat mana-mana bahagian mak mentuanya yang sakit.Terus pula dia ke dapur melihat dan menjenguk ke dalam peti ais kot-kot masih ada stok makanan atau sebaliknya.Kalau takada rina akan membawa mak mentuanya pergi bershopping di pasaraya.Kemudian mereka masak bersama mengikut selera mak mentuanya.Lepas itu mereka ke kebun belakang rumah mencari ulam...ahhh...betapa indahnya kenangan setiap kali balik beraya di sana...tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kepulanngan Muaz.

                   Cepat-cepat dia menceritakan apa yang disampaikan oleh adik bongsunya tadi." Ishhh...mana boleh,saya ni kan banyak kerja.Memang saya tau tu panggilan dari dia saja je saya tak mau angkat.Dah tau dah Rizal ada bagitau saya." jawab Muaz selamba sambil menuju ke mini pejabatnya. Rina membontoti Muaz sampai ke mini pejabat. Dia terus memujuk untuk pulang ke kampung Tapi hati batu Muaz tetap membatu ~ bersambung~
                         



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 22



                          Sakit hati Aida bukan dibuat-buat.Rasa tak tertanggung lahar cemburunya yang terus membakar dan kini menjadi lava.Tak mampus-mampus juga perempuan celaka tu..Liat betul nyawanya ye..takpa tau lah aku nak mengajar betina keparat tu.Aida telah mengupah seseorang untuk menghantar satu bungkusan yang berisi perca kain dan pasir dari tanah kubur.Bungkusan itu disangkutnya di atas kerawang pintu pagar rumah Rina.Tujuannya adalah untuk memecah belahkan rumahtangga Rina dan Muaz.Tapi Allah maha berkuasa di atas segala sesuatu.Setibanya Rina balik dari kerja dan memungut semua anak-anaknya dari sekolah salah seorang anaknya ternampak bungkusan plastik tergantung di pintu pagar.Rina dengan tenang memandang dan menyuruh anaknya supaya jangan pegang.Rina sudah biasa dengan keadaan begini.Bukan sekali,tapi sudah banyak kali rumahnya dicampak dengan benda-benda tahyul begini.Tujuannya sama.Kalau dulu pernah di garaj kereta betul-betul di bawah kereta Rina diletaknya semangkuk nasi bersama abu mayat serta serpihan batu nisan.Nasib menyebelahi Rina juga.Kalau lah dia masuk dalam kereta dan terlangkah benda-benda tu entahlah tak tau apa yang berlaku.Tapi Rina seorang yang tenang dan bijak.Dia tak cepat menuduh dan mengelabah.Dia telepon kakak angkatnya yang mahir tentang benda-benda misteri untuk membuat tindakan seterusnya.Kakak angkatnya pesan jangan buat masuk ke dalam rumah.Ambil dengan kayu atau apa-apa selain dari menyentuh dan buang ke dalam air yang mengalir beserta dengan selawat dan ayatul kursi.

                       Muaz sudah dapat mengagak siapa yang punya angkara.Pada mulanya dia menuduh Aida yang melakukannya tetapi fikirannya berubah macam orang hilang akal pula.Dia menuduh ada orang lelaki yang mungkin kekasih Rina yang melakukannya. Rina terkejut dan sakit hati dengan tuduhan melulu Muaz.Lelaki?Siapa? Apa buktinya? " Awak jangan nak menuduh Rina yang bukan-bukan.Jangan nak buat cerita wayang" bentak Rina." Huh...awak tu siapa tak kenal..orang cantik dan g;lamor kan.Lelaki keliling kelalang..manalah tau dalam ramai-ramai tu ada yang sakit hati tengok awak jadi isteri saya" tuduh Muaz membabi buta."Astaghfirullah hal azim..Rina masih waraslah,Ingat apa,kalau Rina ni jenis yang gatal,curang,dari dulu lagi Rina dah buat.Kenapa masa kat KL dulu masa awak tak duduk sana Rina tak buat,kenapa tiba di sini baru nak buat.Ah, sudahlah jangan nak cari pasal..Rina banyak kerja nak buat.Malulah dengan anak-anak kalau mereka dengar".Rina cuba membela diri sambil meletak semua barang-barang dapur di dalam peti ais.Tak ada mood pula dia hendak memasak petang tu.Anak-anaknya semua senyap di dalam bilik masing-masing.Tidak lama kemudian Rina keluar membeli beberapa bungkus nasi.Muaz menjadi tidak menentu.Dia terus masuk ke dalam mini pejabatnya dan menyambung tugasan kerjanya.Maghrib berlalu begitu sahaja.Peduli apa dengan maghrib,yang penting kerja aku mesti beres.Duit aku mesti cukup jangan berkurang.Rina sudah penat dalam soal 'mengislamkan' Muaz. ~bersambung~


Thursday, 5 June 2014





Inginku tinggalkan secebis perkongsian buatmu teman...
 

 Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya.
  

Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah agresif
Penyakit pemurah adalah menyebut2 pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit kaya adalah kikir
Penyakit agama adalah hawa nafsu
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
Penyakit mewah adalah berlebih-lebihan

Tuesday, 13 May 2014




Takdir Tak Menyebelahi Kita 

Ku susuri jalan berliku
tika fajar mengintai bumi
ditemani awan memutih
dalam kabus dingin menghiris

hanya berselimut
selendang pedih

Kuatur langkah mengikut kata hati
ke rimba dan juga benua
kerana pilu ini kan ku serahkan
pada mega yang berlari
agar bawa bersama
segumpal sepi yang tak bernama
dari terus bermastautin
di jiwa raya

Kan kulakarkan sonet indah
di dedaunan kering
buat tatapan di kala sunyimu
dan kuhanyutkan bersama
aliran bayu lesu
agar menjadi singgahan
di dalam sepi kudusmu

Kupadamkan segala kenangan
indah yang menjadi tugu
kesucian cinta dan
kugantikan dengan kisah
yang menyakitkan agar
dirimu tak kuingati
dan sayangku bertukar benci

Andai namaku masih
ada di dairi hatimu
ingatlah bahawa
cinta kita pernah ada
hanya terpisah
oleh kata
SELAMAT TINGGAL..

Saturday, 10 May 2014



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 21


                          Rina mesti melakukan sesuatu supaya anak-anaknya tidak lapar dan tidak dimalukan di khalayak ramai lagi seperti di medan selera tempohari.Rina perlu wang yang mencukupi untuk perbelanjaan harian.Dia tidak boleh mengharapkan duit ringgit dari suaminya kerana dia tahu suaminya banyak tanggungjawab dan memerlukan perbelanjaan yang besar demi menampung dua keluarga.Kesian Muaz,yang sana pun nak duit,yang sini pun nak duit.Hemm...takpa lah kalau dia bagi,aku ambik kalau dia tak bagi terimalah seadanya..Tuhan kan ada...bisik Rina sambil tangannya pantas menguli tepung untuk dibuat cucur hidangan petang.Selalunya kalau orang gaji ada,kerja-kerja macam tu mereka yang buat.

                  Hari demi hari Rina menghitung masa,cepatlah anak-anaknya membesar supaya mereka faham dan mengerti akan penderitaan ibunya.Dan dapatlah dia bercerita ceriti dengan mereka sebagai kawan.Tiadalah sepi hidupnya seperti sekarang.Rina bukan tak mahu bertandang ke rumah adik beradiknya yang lain,dia bimbang adik beradiknya akan terhidu tentang masalah rumahtangganya.Rina jenis tak suka kalau orang tahu tentang peribadinya apatah lagi menjaja dan bersoal siasat tentang dirinya.Rimas katanya.Tapi dia suka menyelesaikan masalah rumahtangga orang lain atau masalah-masalah yang berkaitan dengan kehidupan dan agama.Dengan menjadi penasihat yang ala-ala pakar motivasi itu sekurang-kurangnya hilanglah sebahagian masalah dalam hidupnya.Adik serta kakaknya sering berjumpa dengan Rina untuk mendapatkan khidmat nasihat rumahtangga.Malah Rina dipuji oleh keluarganya kerana pandai menjaga hati suami dan mendidik anak-anak.Bukan itu saja Rina dan Muaz juga menjadi perhatian rakan-rakannya setiap kali mereka keluar kerana mereka diibarat pasangan yang romantik dan paling bahagia.Rina tidak pernah menceritakan apa yang berlaku dalam rumahtangganya selain kebahgiaan yang dia kecapi." Alhamdulillah lah setakat ni saya tak pernah diabaikan.Semua keperluan saya dipenuhi.Muaz tidak pernah bertanya tentang duit gaji saya dan semua barang-barang dapur dan keperluan anak-anak dia yang beli.Dia suami yang baik.


             Dan satu lagi semua bill-bil dia yang jelaskan.sehingga ke pasar pun saya tak pernah pergi.Dia akan telefon saya sebelum balik kerja dan bertanya apa barang yang hendak saya masak dia akan belikan.Sebab tu saya tak reti nak bayar segala bil dan tak tahu cara membayarnya.memang dia tak bagi."Rina menceritakan kebaikan Muaz kepada kakaknya Siti.Memang Muaz baik dan manjakan Rina tapi dia tidak tahu kenapa Muaz perlakukan demikian terhadapnya.Rina kan jenis wanita lurus.Dia fikir apa yang suami dia lakukan terhadapnya semuanya yang terbaik buatnya."Tapi awak kena fikir juga Rina,dalam baik-baik Muaz tu awak kena kaji kenapa dia buat macam tu.Entah-entah dia cemburu atau dia takot awak akan tahu serba-serbi mengenai urusan rumahtangga.Dia tak mahu awak panjang langkah.Kalau semua dia yang urus,sudah tentu awak akan bergantung harap padanya sampai bila-bila.Yang bahayanya pula,andai terjadi apa-apa kat dia suatu hari nanti,awak juga yang susah.Sekarang ni jangan bagi dia urus semua.Awak kena juga ambik tahu" nasihat kakaknya Siti panjang lebar.

               Sebenarnya dalam cerita Rina itu ada benar dan tidak benar.Dia saja mengada-ngadakan cerita kebaikan Muaz supaya keluarganya tidak tertekan dengan masalah yang dia alami. Suatu hari Rina mendapat panggilan talipon dari kawannya mengatakan ada jawatan kosong di sebuah sekolah kemahiran. Rina dengan penuh rasa syukur kehadrat Allah terus menerimanya tanpa bertanya tentang gajinya.Dia benar-benar memerlukan kerja dan duit demi anak-anaknya.Tanpa memberitahu Muaz dan anak-anaknya dia terus ke sekolah kemahiran untuk ditemuduga.Alhamdulillah berkat doanya Rina diterima menjadi tenaga pengajar di situ biarpun dia bukanlah pandai dalam bidang yang dia mohon sekarang.Rina terpaksa menipu mengatakan baju-baju yang dia bawa masa sessi temuduga tempohari adalah hasil jahitannya sendiri.Macam-macam dia berbohong terhadap penemuduga tempohari.Dia tahu itu satu kesalahan yang besar.Ketika itu hatinya teringat akan nasib anak-anaknya bagaimana andai permohonannya ditolak.Tanpa disedari airmatanya menitis di pipi dan membuatkan para penemuduga terkejut dan simpati terhadap dirinya biarpun mereka tidak tahu apa yang bermain di benaknya ketika itu.Rina berjanji,selepas dia menjawat jawatan guru kemahiran,dia akan belajar selok belok tentang kemahiran yang dia perlu ajar terhadap pelajar nanti.

               Rina tidak henti-henti melakukan solat hajat dan sujud syukur terhadap Allah yang telah mengurniakan dia kelapangan dalam mencari rezki. Sudah seminggu Rina bekerja tanpa diketahui oleh Muaz. Bukan Rina tidak mahu bagitahu,tetapi dia bimbang Muaz akan marah dan akan melakukan macam-macam tektik kotor untuk memberhentikannya.Rina sedar akan cemburu buta Muaz yang melampau batas itu ~bersambung~

Saturday, 19 April 2014


KU SAPU AIRMATAMU

Ku petik bintang kejora
lewat malam mimpiku
kan ku suluh tidurmu
dengan cahaya sinar purnama
kan ku anyam gemersik malam
menjadi selendang buat
menyapu airmatamu



SUARA SUBUH



Perlahan-lahan kulepaskan dakapan malam
yang sekian lama dibuai asyik mimpi lena
berselimut dengan keindahan ceritera indah
hanyut di muara jawapan yang tak pasti


Kicauan beburung dan unggas
memenuhi di seluruh nuansa indah
khayal dalam aksara yang didendang
namun kokokan ayam tetap menyeru
membangkitkan penghuninya
yang diulit alpa

Suara subuh mendayu
memanggilku ke pangkuannya
mengajak untuk bersama mengenal Yang Maha Esa
di barisan para Malaikat yang suci hatinya
lalu tersenyumlah wajah-wajah
arwah yang di alam sana
menerima senaskah amalan
dari keturunan yang ditinggalkan

Kitabullah pun menggamit rindu
pada tangan-tangan suci membelek kelu
bibir mulus mengatur barisan kalimahnya
penuh tertib dengan seribu keinsafan
pedoman kehidupan terakhir
sebelum tanah kubur
menjamah jasad


MAAFKAN AKU...


Aku tahu hatimu tersakiti
bicaraku adalah belati di hatimu
namun ku berjanji
takkan ku ulang kedua kali

Ku susun jari sepuluh
ku ulang kata maaf
biarpun berkali
biarpun hatimu berpaling
namun ku tetap pertahankan
agar maafku disirami kasihmu

Dan tidak sesekali aku biarkan
hatimu merintih sendirian
dan takkan kubiarkan
harapanku dicaras hampa
berilah daku peluang
untuk kita bercanda lagi


Ampuni Daku Tuhan


Tuhanku,aku tahu aku bersalah dan banyak membuat dosa,tapi ku bermohon padaMu berilah daku peluang untukku menebus segala kesalahanku padaMu sehingga aku kembali padaMu dengan keadaan yang suci sebagaimana aku dilahirkan.