CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 5 April 2012


CINTA HAKIKI

Masa bercinta mungkin bukan warna sebenar(true colours)pasangan kita tidak nampak ketara.Dia rela mengikut selera,minat dan jalan hidup atau kita rela mengikutnya.Tetapi semakin lama berumah tangga,maka semakin ketara kelemahan dan kekurangannya.Ah,bagaimana hendak mengekalkan cinta? Apakah ia umpama bulan yang dipuja dari kejauhan tetapi botak dan berlopak di mata angkasawan?

   Kata bijak pandai,sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula.Mukadimah banyak menentukan natijah.Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga),ia mesti diperkukuhkan dari pangkalnya.Perkahwinan dimulakan dengan percintaan,tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab.Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab.sebab itu ramai ahli psikologi mendefinisikan cinta sebagai 'rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang!'.

   Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk kehendak fisikologi dan biologi.Atau mengejar status sosial.Atau lebih hina lagi hanya untuk memenuhi keperluan fizikal dan material semata-mata.jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum,perlindungan (rumah),pengangkutan (kereta),berkelamin (seks),kawan (sosial),kesihatan dan penghargaan diri (ego)...apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan.Ingat kata Farabi,"cinta yang didorong untuk memenuhi kehendak seks ialah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk binatang!"Itulah cinta kelas dua.

   Oleh itu pada tahap mana pun rumah tangga kita...di permulaan,pertengahan atau pengakhiran marilah bermuhasabah apakah benar-benar rumah tangga kita diasaskan di tapak cinta Allah?Ini cinta kelas pertama.Jika sebarang cinta diasaskan atas cinta ini,insya-Allah cinta itu kekal selama-lamanya.Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta Allah?Jawapannya mudah.Cubalah nilai,apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah ?Bagaiman dengan solat?Bagaimana dengan Al--Quran ?Bagaimana dengan hak-hak Allah yang ada di kalangan manusia ?Sudahkah kita tunaikan amanah itu ?

   Jika tidak,itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar.Sekali-sekala jika terjadi pertembungan kehendak Allah dengan kehendak isteri atau suami,yang mana satu didahulukan ?Jika didahulukan kehendak pasangan,sah itu petanda cinta telah tersasar.Hakikatnya,inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini.Dan inilah punca mengapa ramai pasangan suami isteri berpisah sekalipun dikalangan pasangan yang saling mencintai.Berpisah,bukan kerana mereka tidak cinta,tetapi cinta mereka telah meminggirkan cinta Allah.

   Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.Cinta hanya semata-mata berasaskan fitrah,adalah cinta kelas bawah.Cinta jenis ini dikurniakan secara semula jadi (fitrah) oleh Allah kepada semua manusia,yang islam dan bukan islam,malah binatang pun mendapatnya.Hanya dengan cinta kategori ini,sebuah rumah tangga tidak akan dapat bertahan dengan perubahan fizikal.Bila wajah kendur,cinta luntur.bila kemudaan hilang,sayang melayang.Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan,malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku,justeru tapak cinta itu dihati,bukan dimata.Ingat ,cinta itu buta ada kebenarannya.Bila sudah cinta,semuanya indah saja.

  Tegasnya,cinta yang berdasarkan fitrah semata-mata akan runtuh dipukul badai alam rumah tangga.Ketika itu perkahwinan akan menjadi pusara percintaan.Sebaliknya cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan.Mungkin sekali sekala bergolak jua,tetapi atas dasar ibadah,tanggungjawab,cinta dapat dibina semula...rumah tangga akan dipacu ke arah cinta selamanya,di syurga !.

No comments:

Post a Comment