MENSYUKURI AKAN KEJADIAN DIRI SENDIRI
Kali ini saya nak kongsi perasaan yang selalu bermain di benak kita.Semua orang ada perasaan seperti suka membuat perbandingan antara diri kita dengan orang lain. Sebenarnya kita tidak boleh membandingkan diri kita dengan orang lain secara tidak sihat,kononnya orang lain lebih bijak,pandai,kaya,cantik,kacak dan bernasib baik dari kita. Ingatlah,setiap kita mempunyai kelebihan tersendiri.Kita adalah unik,dan dunia tidak akan lengkap tanpa kehadiran kita.Kita dicipta untuk berjaya.Mahasuci Allah yang tidak sekali-kali mencipta hambaNya untuk gagal.
Allah mencipta kita untuk berjaya.Untuk itu kita diberikanNya pelbagai keistimewaan tersendiri.Soalnya apakah kita telah membangunkan segala keistimewaan itu secara optimum? Sejauh manakah segala kelebihan yang Allah berikan kepada kita telah kita kenali,terokai dan kita pergunakan. Jadilah diri sendiri,sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil,dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita miliki.Bila kita mula menghargai diri,barulah orang lain akan menghargai diri kita.
Jangan sesekali menghina atau mengutuk diri sendiri lantaran kekurangan yang ada berbanding dengan orang lain,malah bersyukurlah sekurang-kurangnya kita masih lagi mampu melakukan yang terbaik dalam hidup. Tanamlah dalam diri kita bahawa kita adalah insan yang unik justeru tidak ada siapa yang serupa dengan kita samada dari segi luaran atau dalaman di dunia ini.Cara yang terbaik untuk membanding ialah,bandingkanlah diri kita sekarang dengan potensi kita yang sebenar. Akhir sekali ingatlah pesanan ini,jangan bimbang jika diri kita tidak dihargai,tetapi bimbanglah jika diri kita memang tidak berharga langsung..Dan yakinlah bahawa diri kita amat berharga....<3<3
SELAMAT BERAMAL DAN SENYUM-SENYUMLAH SELALU WAHAI SAHABAT FILLAHKU
Kata2 ini pernah ku bicarakan pd seorg teman suatu masa dlu.."Kita tak perlu merasa hebat,bila kita pernah sampai melihat persekitaran ditempat yg mgkin belum org kunjungi,tetapi memadailah hanya melihat diri sndiri didpn cermin..cukup indah,ckup smpurna Allah menciptakan diri kita..jd syukurilah kehebatan dan keindahan itu"..wallahualam.
ReplyDelete