CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 7 April 2012

REMAJA,DI SINI KU BERPESAN


BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM.ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKAATUH


Wahai remaja yang dirahmati Allah,sedar tak sedar kedewasaan kita hampir menyamai ibu dan bapa kita atau penjaga kita.Kalau kita renung semula ke masa-masa silam kita sewaktu dilahirkan dulu hingga ke alam remaja sekarang betapa jauh bezanya.Macam-macam ragam,dan karenah yang terpaksa ibubapa atau penjaga kita alami yang saban hari terpaksa berdepan dengan perangai kita yang memeningkan fikiran mereka. Cuba kita ambil gambar-gambar sewaktu bayi,kemudian sewaktu tadika,sekolah rendah,menengah,menara gading atau intitusi tertinggi dan sewaktu kita menjawat jawatan awam.Mesti berbeza kan.Pernah tak kita fikir di dalam susunan kehidupan dan rentetan kita itu apakah yang berlaku,apakah konflik perasaan yang kita lahirkan bersama dengan insan yang dipertanggungjawab terhadap kita,samada suka dan duka,jerih perit dalam merealisasikan tuntutan kehidupan?.Pernahkah kita terbayang tangan-tangan mana yang membelai dan membuai kita waktu tidur,waktu kita bersedih dan waktu kita membutuhkan kemanjaan?Pernahkah kita terbayang tangan-tangan mana yang menghulurkan kita wang belanja  dan menghantar kita ke sekolah?Pernahkah kita terbayang tangan-tangan siapakah yang menyuap nasi ke mulut kecil kita,membasuh pakaian kita,menjaga saat kita dalam kesakitan,dan membersihkan kencing dan najis? Dan pernahkah kita terbayang berapa kali titisan airmata dan peluh yang dialirkan dalam menangani masalah kita?Tidak terhitung kan.Tidak terbalas dengan kata-kata.


Wahai remaja seusiaku,cuba sekarang kita renungi bakti kita terhadap keduanya,apakah cukup budi kita laburkan untuk mereka  dengan apa yang mereka korbankan untuk kita.Mereka tidak mengharapkan wang ringgit,harta atau barang perhiasan,tapi cukuplah dengan perhatian dan kasihsayang serta simpati dari kita.Rasa tanggungjawab seorang anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh dulu,sering hadir dalam kehidupan mereka sewaktu mereka memerlukan.Itu sahaja sudah memadai dari cukup.Senyuman dan hati mereka sentiasa mekar bak mawar di jambangan.Bibir mereka sering membuahkan doa-doa untuk anak-anaknya.Tapi adakah kita dapat merealisasikan semua itu untuk mereka? Cuba tanya diri kita bila kali terakhir kita peluk erat diri mereka serta mengucapkan kata sayang dan rindu di cuping telingan mereka.Bila kali terakhir kita suap nasi ke mulut mereka sebagaimana mereka menyuap kita sewaktu kecil dulu.Bila kali terakhir kita menjengah kamar tidurnya dan menghias serta membentangkan hamparan untuknya beradu demi menghilangkan penat.Bila kali terakhir kita menyuapkan ubat ke mulutnya dan membersihkan darah di lukanya.Bila kali terakhir kita membelai mesra rambutnya serta memicit-micit badan dan kakinya yang telah uzur.Bila kali terakhir kita menghulurnya wang dan bertanya khabar tentang keadaan mereka di kampung.Terlalu banyak tugasan yang harus kita laksanakan demi melangsaikan segala 'hutang piutang' kita terhadap mereka walaupun mereka tidak pernah syaratkan untuk kita.


Wahai remaja yang mukmin dan mukminah. Sayangilah kedua-dua mereka selama mereka berada.Janganlah ada di hatimu bahawa dalam memberi perhatian atau mengikuti kehendak mereka merupakan satu bebanan buat kita.Lakukanlah dengan ikhlas hati dan rasa penuh penghormatan.Contohnya kalau kita perempuan tolonglah mereka seterika baju dan susun pakaian di dalam almari mereka.manalah tahu itulah baju terakhir yang kita gosok untuk mereka  pakai pada hari itu,atau pun cuba kita berfikir inilah baju atau pakaian yang mereka pakai  hari ini untuk pergi tempat kerja mencari rezki   untuk kita.Bagi lelaki pula bantulah mereka mencuci kereta atau kenderaan yang akan mereka naiki,manalah tahu itulah kenderaan yang terakhir kita cuci untuk dinaiki oleh mereka.Ataupun cuba kita berfikir itulah kenderaan yang ibu dan ayah kita guna untuk pergi ke tempat kerja mencari rezki untuk kita.


Sentiasalah bersalam dan berdoa untuk kesejahteraan mereka setiapkali mereka berpergian,manalah tahu itulah doa dan salam kita buat yang terakhir untuk mereka,dan supaya kita tidak akan menyesal seumur hidup andainya dengan takdir Allah,tiba-tiba mereka tidak pulang lagi menemui kita untuk selama-lamanya...nauzubillah.Menangislah teman remajaku,menangislah demi kedua orang tuamu.Alirkan airmata dan keringatmu sebagaimana mereka dahulu,tapi dalam situasi yang berbeza,iaitu dengan rasa insaf dan rasa penuh tanggungjawab dalam merealisasikan harapan mereka.Jangan gurisi hati dan perasaan mereka,kerana mereka sudah begitu azab menahan perih seketika dahulu.Ingatlah teman remajaku,andai kita memperlakukan sesuatu yang tidak baik kepada keduanya,suatu hari nanti anak-anak kita atau generasi kita akan ada yang menjejakinya,nauzubillah.


Wahai remaja pujaan ibu dan ayah,marilah sama-sama kita membalas semula segala penat lelah akan jasa-jasa mereka yang terlibat dalam kejayaan kita.Walaupun kita tidak berjaya pada cita-cita yang diharapkan,sekurang-kurangnya kita berjaya mengenal sifat-sifat Allah dan Rasulullah s.a.w.Kita berjaya mengenal erti kesyukuran kerana dilahirkan ke dunia ini dengan sifat kemanusiaan yang penuh mulia.Semuga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi tunggak kebanggaan kepada kedua ibu dan bapa,insyaAllah.Daripada Muawiyah bin Haidalal Qusyairi katanya,aku bertanya  Rasulullah s.a.w "siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah s.a.w menjawab: "ibumu".Kemudian aku bertanya lagi "siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab: "ibumu".Kemudian aku bertanya lagi:"siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab: "bapamu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya"(Hadis Riwayat at-Tirmizi)




RENUNG-RENUNGKANLAH  DAN SELAMAT BERAMAL





No comments:

Post a Comment