CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Tuesday, 3 April 2012

TUHAN,SESUNGGUHNYA DIKAU SENTIASA DEKAT


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi,terimakasih Tuhanku kerana masih meletakkan diriku di dalam perhatianMu...biarlah andai ada insan yang terlepas pandang akan kesetiaanku,biarlah ada insan yang menidakkan kasih sayangku,biarlah ada insan yang tidak sudi memaafkan akan kesalahan dn khilafku,biarlah ada insan yang mengamburkan kata nista buatku dan biarlah ada insan yang membuangku jauh dari hidupnya,asalkan jangan KAMU YA ALLAH....sesungguhnya KAMUlah yang aku harapkan,kasih dan sayangmu sentiasa berpanjangan,kasih dan sayangmu tidak pernah diminta balasan,kesalahanku tidak pernah bersambut dendam,diriMu sentiasa mendekat denganku walau dalam situasi apa sekalipun aku berada,DIKAU tidak pernah menjauh apatah lagi membuangku yang hina dina ini,walaupun DIKAU lengkap dengan segala sifat kesempurnaan yang tiada pada manusia tapi DIKAU tidak pernah sombong dan tidak pernah menghinaku serta sentiasa menerimaku seadanya.Dikau benar-benar memahami apa yang terbuku dalam sanubariku,Dikau bijak dalam menyelami kepedihan dan kesulitan yang aku alami,kerana setiap titisan airmataku hanya diriMu sebagai penyaksi.Setiap rintihan bicaraku hanya Dikau yang sudi mendengar tanpa rasa jemu dan sangsi,aku benar-benar terharu dengan kasihMu,dalam diam aku bertanya,layakkah aku menjadi kekasihMu? sedangkan aku yang banyak dosa dan selalu membuat Dikau marah dan murka dan tidak tahu bersyukur ini ada hati mengharapkan cinta dariMu? ....terimakasih Tuhanku,Allah yang satu...dan aku berjanji padaMu Ya Allah, andainya aku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini lagi,aku ingin menjadi kekasihMu sebagaimana Rasulullah s.a.w mengabdikan masa dan segala pengorbanan terhadapMu,maafkan dan ampunilah daku Ya Robb....Tengku Aini Natasha (TAN)

No comments:

Post a Comment