MEMBILANG BINTANG DI AWANAN
Aku masih ingat lagi ketika selepas balik dari mengaji Quran dari rumah bapa saudara sebelah ibuku,Tokwan.Aku,Eton,Sudin dan adik bongsuku bila setiapkali habis mengaji kami berempat tidak terus pulang tapi kami pergi ke tanah lapang seperti biasa untuk melihat bintang dan bulan.Kalau hari tidak hujan memang begitulah kegemaran kami berempat sehingga lenguh leher mendongaknya. Berjam-jam juga kami membilang bintang dan kami namakan sendiri setiap kerlipan mengikut citarasa kami.Kalau Eton dia gemar dengan nama 'bintang hati' dan setiap kali ke tempat itu dia akan mencari 'bintang hati'nya.Kadang kedudukan 'bintang hati'berubah-rubah mengikut perubahan awan.Sudin pula dengan nama 'bintang manja',dan aku lebih suka dengan nama 'bintang sepi'.Sedar tak sedar, emak kami sudah menjerit-jerit memanggil pulang kerana hari dah larut malam.Terasa singkat masa berlalu.Dan kami pulang sambil membawa kerlipan bintang di minda masing-masing,esok kami akan datang lagi,membawa secangkir harapan agar bintang-bintangku masih indah berkelip menerangi malam kelam.
No comments:
Post a Comment